Jumaat, 18 Disember 2015

EX NIHILO NIHILO FIT Part 8

Buat sementara ini, kita tinggalkan kisah dongeng tentang Zoltan, rakan-rakan Zoltan dan kasta Elite tu dulu yer. Kewujudan mereka sebenarnya bukanlah suatu yang patut kita bimbangkan sangat. Suatu hari nanti, mereka akan melingkup jugak. Mereka terlalu angkuh dengan menyangka perancangan mereka lebih hebat daripada perancangan Pencipta alam ini.

Sekarang mari kita lihat hal yang ini...

Secara fitrah manusia mempunyai sifat ingin mengetahui. Bak kata Aristotle, “All men by nature desire to know”. Maka persoalannya... apakah yang dimaksudkan dengan ‘know’ atau ‘mengetahui’? Macam mana kita boleh isytihar diri kita sebagai mengetahui tentang sesuatu itu? Di sinilah timbul satu cabang pengajian yang dinamakan Epistemologi (Epistemology). Istilah Epistemology dikatakan datang daripada perkataan Greek... Episteme (Pengetahuan) dan suffix Ology (Pengajian). Justeru timbul la istilah Epistemology. Setakat ini, sistem pendidikan kita masih belum memasukkan cabang ilmu ini secara khusus di dalam kurikulum pembelajaran kita. Mengapa? Tidakkah kita suka kalau semua orang termasuk anak-anak dan generasi muda kita mempunyai kemahiran berfikir? Tidakkah kita suka kalau semua orang sentiasa usul periksa terlebih dahulu sebelum mempercayai sesuatu? Masih ingatkah kita dengan apa yang dibincangkan di dalam Part 4? Perbuatan memproses maklumat dengan kaedah tertentu untuk untuk sekadar mendapat ‘output’ adalah tidak sama dengan perbuatan berfikir. Ingat... jangan samakan kemampuan CPU komputer dengan kemampuan otak manusia.

Okay... kita teruskan lagi...

Adakah mata kita sentiasa boleh dipercayai? Apabila kita memerhati matahari, apa yang kita nampak bukanlah seperti yang kita sangkakan. Ini kerana cahaya matahari mengambil masa 8 minit untuk sampai kepada mata kita. Apa yang kelihatan di mata kita ialah apa yang telah berlaku 8 minit yang lalu. Benarkah begini? Lihat pula langit di waktu siang... ia kelihatan biru. Adakah langit memang berwarna biru? Lihat laut... ia juga kelihatan berwarna biru. Cedok air laut itu... oh... ianya jernih dan bukan berwarna biru. Bagaimana pula dengan Bumi kita... pada pandangan kita ia kelihatan datar. Adakah Bumi memang mendatar yakni bukan bulat? Macam mana pula dengan deria-deria kita yang lain... Adakah deria-deria kita yang lain pun sama juga tidak dapat dipercayai? Bagaimanakah kita nak tahu bila masanya deria-deria kita memberi maklumat yang betul dan bila pulak ia menipu kita? Tidakkah ini mengelirukan?

Tersebut al-kisah tentang Imam Syafi’e... suatu hari sedang beliau menunggang unta, sekumpulan pemuda telah menahan perjalanan beliau. Mereka selalu mendengar tentang reputasi Imam Syafi’e yang sangat berhati-hati dengan apa yang beliau katakan. Beliau tidak akan tergopoh-gapah di dalam perbuatan-perbuatan beliau terutamanya di dalam mengeluarkan pendapat tentang persoalan agama. Salah seorang pemuda pun bertanya... “Wahai Syafi’e, unta engkau ada berapa kaki?” Secara logiknya, kalau kita berada di dalam situasi Imam Syafi’e kita akan segera sahaja menjawab... “Unta aku ada 4 kaki la... korang buta ke?”. Tidakkah begitu? Akan tetapi lain pula halnya dengan Imam Syafi’e. Beliau amat berhati-hati dengan apa yang beliau ucapkan. Imam Syafi’e tidak segera menjawab soalan... beliau turun daripada unta dan mengira sambil memeriksa semua kaki unta beliau... setelah itu baru beliau menjawab... “Unta aku ada 4 kaki”. Seorang pemuda lain pula bertanya... “Mengapa engkau bersusah payah turun daripada unta semata-mata untuk memastikan ia benar-benar mempunyai 4 kaki?” Imam Syafi’e menjawab... “Aku tidak suka mengatakan sesuatu yang aku ragu-ragu mengenainya”.

Soalan cepumas: Berapa ramai di antara kita yang suka berbuat seperti kisah Imam Syafi’e ini? Berapa ramai pula di antara kita lebih suka memberi jawapan dengan membuat andaian sendiri apabila berdepan dengan sesuatu situasi? Membuat andaian tentu lebih mudah serta menjimatkan masa... bukan? Masih ingatkah kita dengan apa yang dibincangkan di dalam Part 1? Adakah kita suka dengan mengambil jalan mudah yakni mempercayai sahaja apa yang diberitahu oleh program-program televisyen serta radio, kandungan buku-buku, kandungan majalah-majalah serta suratkhabar hinggalah kepada sukatan pembelajaran di semua peringkat sekolah yang kita lalui? Patutkah kita percaya bulat-bulat dan apabila berdepan dengan sesuatu situasi... kita pun tergesa-gesa membuat andaian berdasarkan apa yang kita diberitahu dan apa yang kita diajar daripada saluran-saluran ini? Adakah kita suka untuk terus mempercayai apa yang kita lihat?

Hal yang dibincangkan di dalam Part 8 ini mungkin lebih pendek berbanding dengan bahagian-bahagian yang sebelumnya (Part 1 hingga Part 7). Namun, persoalan-persoalan di dalam Part 8 ini sebenarnya berat dan perlu difikirkan betul-betul terlebih dahulu sebelum kita bersedia untuk mencerna Part 9 dan seterusnya nanti. Peringatan: sewaktu berfikir... jangan pula lupa untuk mengawal emosi kita... seperti yang dijelaskan di dalam Part 6. Mungkin benar... “Ignorant is bliss” atau “tidak mengetahui adalah suatu keselesaan”. Akan tetapi... adakah anda suka menjadi “ignorant”?

Wassalam - zulsegamat

Khamis, 17 Disember 2015

EX NIHILO NIHILO FIT Part 7

Kisah ini adalah rekaan semata-mata. Ianya bersifat cerita dongeng. Jangan ambil apa-apa pengajaran daripada cerita ini. Anggaplah ia sebagai hiburan sahaja... Jangan ambik serius yer...

Di planet Bumi, makhluk-makhluk seperti Zoltan digelar sebagai makhluk asing. Zoltan baru sahaja pulang ke kapal angkasa induknya bagi melaporkan hasil tinjauan ringkasnya di planet Bumi. Dengan rakan-rakannya Zoltan pun mula bercerita...

Planet bumi diduduki dan dikuasai oleh satu jenis hidupan yang menggelarkan diri mereka manusia. Semenjak zaman berzaman mereka kelihatan berperang sahaja kerjanya dan tanpa segan silu membunuh sesama sendiri hingga la ke hari ini. Pada mulanya, aku memang berasa hairan dengan tabiat mereka ini, tetapi setelah lama meninjau baru la aku faham. Nanti akan aku jelaskan.

Mereka mempunyai 3 kasta utama... Elite (5%), Mandur (20%) dan Hamba (75%). Kasta Elite saling kenal mengenali sesama mereka. Dari semasa ke semasa mereka akan bertemu dan membincangkan tentang bagaimana mereka boleh bekerjasama bagi mengekalkan kekayaan, kekuasaan dan keilmuan mereka. Mereka amat bimbang kalau ketiga-tiga hal ini jatuh ke tangan kasta Hamba.

Aku merasa amat kasihan kepada kasta Hamba ini. Kebanyakan mereka tidak tahu menahu langsung tentang kerjasama kasta Elite ini. Yang mereka tahu hanyalah bekerja keras setiap hari demi memastikan mereka dan keluarga mereka secara ala kadarnya ada makanan, tempat tinggal, pakaian dan dapat meneruskan kelangsungan hidup.

Kasta Elite membahagikan planet Bumi kepada lebih kurang 200 buah kawasan yang direkodkan di atas sebuah dokumen yang dipanggil peta dunia. Kawasan-kawasan ini diberi nama-nama tertentu. Setiap kawasan ini, diletakkannya wakil-wakil kasta Elite bagi mentadbir kasta Hamba. Wakil-wakil ini diberi status atau nama kasta Mandur. Setiap kawasan ini diwajibkan untuk mempunyai sebuah bendera, lagu kawasan dan undang-undang kawasan.

Kasta Mandur amat sayangkan kasta Elite walaupun mereka tidak mengenali mereka. Kasta Mandur amat patuh menjalankan semua arahan kasta Elite kerana sayangkan status serta secebis kekayaan, kekuasaan dan keilmuan yang diberikan oleh kasta Elite kepada mereka. Kadang-kadang, kasta Mandur ini sanggup berbunuhan sesama mereka pula demi mengikut arahan kasta Elite.

Semenjak kecil lagi sehinggalah dewasa, kasta Hamba telah diasuh supaya taat setia kepada kasta Mandur. Semua yang boleh dilihat, didengar, dikecapi dengan lidah, dihidu dengan hidung dan dirasai dengan deria rasa kasta Hamba telah ditetapkan dan dikawal dengan ketat oleh kasta Mandur. Bagi kasta Hamba, kasta Mandur adalah hero dan amat mulia. Mempersoalkan manusia-manusia kasta Mandur adalah suatu kesalahan besar.

Kebanyakan kasta Hamba ini telah sebati dengan apa yang mereka belajar dan terima daripada kasta Mandur. Mereka sangat sebati hinggakan jika ada di kalangan kasta Hamba yang cuba-cuba berfikir tentang kewujudan tiga kasta ini serta kelicikan sistem ini... mereka sendiri yang akan mempertahankan sistem yang telah diterapkan oleh kasta Mandur. Mana-mana manusia kasta Hamba yang cuba pandai-pandai nak berfikir pasti akan dicemuh, dihina dan dijatuhkan oleh rakan-rakan kasta Hamba mereka sendiri. Malah, ada sesetengah manusia kasta Hamba ini dinaikkan status kepada kasta Mandur sebagai upah dan imbalan kerana usaha-usaha seperti ini.

Tiba-tiba Zoltan berhenti bercerita... dia baru tersedar yang rakan-rakannya memberikan renungan yang aneh kepadanya.

Zoltan kemudiannya bersuara... Aku rasa aku tahu apa yang kamu sekelian fikirkan. Dengan apa yang ada pada kita, tentu elok kalau kita kembali ke bumi dan menguasai kasta Elite ini. Kita ada apa yang mereka mahukan.

Seorang rakan Zoltan pun bertanya... Apa yang mereka mahukan?

Zoltan menjawab... Lebih kekayaan, lebih kekuasaan dan lebih keilmuan.

Okay... kita hentikan la yer cerita mengarut ni kat sini. Tak boleh cerita panjang-panjang sangat. Nanti ada pulak yang marah...

Wassalam - zulsegamat

Rabu, 16 Disember 2015

EX NIHILO NIHILO FIT Part 6

Setelah membaca Part 1 hingga Part 5, diharapkan kita sudah dapat menjawab secara kasar beberapa persoalan yang telah dibincangkan. Persoalan yang dimaksudkan ialah... Bagaimana cara manusia berfikir serta perbezaan di antara perbuatan berfikir dan perbuatan memproses maklumat? Mengapa baru sekarang “String Theory” didedahkan untuk tatapan umum? Mengapa sifat makhluk-makhluk ni tertakluk kepada keadaan kadang-kadang “patuh” dan kadang-kadang “engkar”? Mengapa hampir semua perkara diwujudkan secara berpasang-pasangan? Apakah itu geliga dan mengapa kini geliga boleh didapati dengan mudah di merata-rata tempat? Mengapa saluran-saluran maklumat pembelajaran serta berita kita dikawal ketat oleh “pihak berkuasa” dan entiti-entiti yang tidak kita kenali? Apakah itu wang dan mengapa US Dollar sangat berkuasa? InsyaAllah... semua persoalan ini akan dapat kita dekati dengan lebih rapat lagi menjelang akhir Part 6 ini.

Mari kita lihat tentang “emosi”. Dikatakan oleh ramai orang bahawa perasaan yang sentiasa dirasai oleh kita digelar sebagai emosi. Ianya dapat kita rasai dengan nyata tetapi pada masa yang sama kita tidak dapat menuding secara fizikal di manakah ia terletak. Emosi bukan dirasai oleh mana-mana deria kita yang lima itu. Emosi tidak dapat dilihat dengan mata, didengar dengan telinga, dihidu dengan hidung, dikecap dengan lidah dan dirasa dengan deria sentuhan di seluruh badan kita. Justeru, di manakah letaknya emosi?

Cuba fokus pada perasaan anda sebentar. Apakah emosi anda sekarang? Adakah ia menyenangkan atau tidak menyenangkan anda? Adakah anda sedang merasa gembira, bahagia, tenang dan nyaman? Atau... Adakah anda sedang merasa murung, bosan, marah, cemas dan takut?

Ok... sekarang penerangan akan mula berbunyi pelik. Kalau anda mula merasa emosi anda terganggu ketika membaca penerangan ini, elok hentikan dulu pembacaan anda sehingga anda dapat mengawalnya semula.

Emosi tidak dapat kita tuding kedudukannya kerana ia terletak di suatu realiti alam yang lain. Kalau anda memahami String Theory, anda akan dapati bahawa di peringkat asas sahaja terdapat 11 realiti alam yang wujud serentak. Tapi tak perlu la cerita panjang-panjang pasal String Theory ni sebab anda boleh dapati semua maklumat tentangnya di Internet.

Sifat emosi pula boleh diibaratkan seperti portal atau “gateway”. Dengan kata lain, emosi sebenarnya ialah sebuah pintu kepada diri anda. Sesiapa yang dapat mengawal emosi anda, dia akan dapat mengawal fikiran dan lima deria tubuh anda. Sukar untuk dipercayai?

Lihat sebuah komputer... bagaimanakah anda berkomunikasi dan memberi arahan kepadanya? Adakah anda menggunakan tetikus (mouse), papan kekunci (keyboard), skrin sesentuh (touch screen) atau kamera yang terpasang kepada komputer ini? Kalau semua ini tiada, terdapatkah cara lain yang dapat anda guna untuk berkomunikasi dan memberi arahan kepada komputer ini.

Lihat lagi komputer ini. Adakah ianya jenis yang ada skrin bagi membolehkannya memaparkan maklumat dan berkomunikasi dengan anda? Adakah ianya mempunyai “speaker” untuk ia mengeluarkan suara atau bunyi untuk anda dengari? Adakah ia mempunyai roda atau kaki yang membolehkan ia menggerakkan jasadnya? Apakah sumber tenaganya... bateri atau “power supply” yang menjalar kepada sebuah “power point”? Adakah ia mempunyai tuan punya? Adakah ia mempunyai jantina?

Gelaran komputer yang boleh berkelakuan seperti manusia dipanggil robot, cyborg atau humanoid. Bolehkah anda bayangkan robot yang boleh bergerak-geri seperti manusia? Ia boleh melihat, bercakap, mengecapi “taste”, menghidu bau dan merasa dengan “sensor” rasa... Pada pendapat anda, apakah yang akan membezakan robot begini dengan manusia? Ya, yang akan membezakan robot begini dengan diri kita ialah robot tidak ada emosi. Manusia ada emosi.

Sekarang diulang semula perenggan di atas untuk tatapan kita... < Sifat emosi pula boleh diibaratkan seperti portal atau “gateway”. Dengan kata lain, emosi sebenarnya ialah sebuah pintu kepada diri anda. Sesiapa yang dapat mengawal emosi anda, dia akan dapat mengawal fikiran dan lima deria tubuh anda. Sukar untuk dipercayai?”>

Masih sukar untuk dipercayai? Atau anda sudah mula dapat memahaminya?

Setiap kali kita merasai emosi yang negatif seperti murung, bosan, marah, cemas dan takut, ia bermakna ada sesuatu entiti atau makhluk yang sedang berusaha untuk “hacking” atau memecah masuk ke dalam fikiran kita. Kalau nak “hack” robot, kita tau macam mana nak buat... tidakkah begitu? Tapi kalau nak “hack” manusia macam mana?

Bagaimana? Semakin sukar untuk dipercayai?

Pada masa yang sama, stimulasi atau rangsangan luaran juga dikenakan kepada kita bagi mencetus emosi negatif. Rangsangan-rangsangan luaran ini boleh dijana dengan mudah melalui kewujudan “wang”. Dengan “wang”, ramai manusia dapat dikawal pemikiran mereka. Pada bila-bila masa emosi negatif dapat dicetuskan. Emosi negatif dapat dicetuskan dengan berita-berita di saluran-saluran TV, radio, akhbar, majalah dan internet. Dengan “wang”, manusia akan saling tipu-menipu dan saling mengkhianati sesama manusia. Ekonomi dapat dijatuhkan. Pendidikan dapat dicemarkan. Peperangan dapat dihasilkan.

Iklan-iklan di semua media pula akan menekan kita bagi membantu dalam mencetus emosi negatif. Iklan-iklan ini akan mengatakan... anda tidak cukup cantik, pakai la produk kecantikan ni. Anda gemuk, makan la ubat ni. Anda tidak cukup gagah di ranjang, makan la produk ni. Anda bodoh, masuk la universiti ni. Anda tidak mempunyai status yang baik, beli la kereta mewah ni. Anda tidak cukup wangi, beli la minyak wangi ni. Anda tidak cukup bergaya, beli la kasut dan jam tangan ni. Anda akan terus-terusan merasa rendah diri, sentiasa merasa hina, sentiasa ingin berlumba-lumba untuk jadi lebih kaya, lebih cantik, lebih mulia, lebih berstatus tinggi dan terus-terusan merasai emosi negatif.

Justeru, persoalan seterusnya ialah... bolehkah kita mengawal emosi kita supaya sentiasa positif? Apa kita nak buat bila tiba-tiba emosi negatif menerpa dan memeluk kita? Biasanya apabila kita bangun tidur pun... kajian menunjukkan 80% emosi kita adalah negatif. Pandai-pandai la yer... rasanya tak perlu la nak diceritakan panjang lebar bagaimana nak mengekalkan emosi yang positif.

Oh ya... kalau anda nak tau lebih lanjut tentang bagaimana emosi digunakan untuk mengawal manusia boleh google dengan katakunci mkultra, monarch butterfly, mind-controlled slaves dan montauk project. Anda mungkin terkejut dengan eksperimen-eksperimen yang mereka telah lama jalankan dan produk-produk (manusia-manusia) yang telah mereka hasilkan. Mereka boleh mengawal manusia-manusia ini untuk digunakan sebagai pembunuh, pelacur, perusuh, artis atau pemberontak. Google juga “Club of 27”.

Cukup dulu... nanti terganggu lagi pulak emosi kita wink emoticon InsyaAllah bersambung...

Wassalam – zulsegamat

Selasa, 15 Disember 2015

EX NIHILO NIHILO FIT Part 5

Membunuh diri adalah suatu perbuatan yang bukan asing lagi kepada kita. Melihat kepada statistik semenjak 2 dekad yang lalu sehingga hari ini, setiap tahun seramai lebih kurang 1 juta orang membunuh diri. Ya… setiap tahun seramai 1,000,000 orang membunuh diri. Ini bermakna, setiap 30 saat akan ada sahaja seseorang di dalam dunia ni yang membunuh diri. Persoalan yang secara spontan timbul daripada hal ini ialah… Mengapa ini terjadi?

Sama ada kita percaya atau tidak… 99% daripada semua kejadian ini adalah berkaitan dengan wang dan boleh dielakkan dengan wang. Ya… dengan wang, statistik kejadian bunuh diri boleh dikurangkan sehingga 10 ribu orang setahun. Masih teruk jugak la… tapi jauh lebih baik daripada 1 juta orang membunuh diri setahun. Tidakkah ini menjadi sesuatu yang patut dimusykilkan? Kalau anda merasakan hal ini adalah tidak memusykilkan, elok la berhenti sahaja membaca nukilan ini dan kembali kepada kehidupan anda yang tenang, bahagia serta gembira tu. Mengetahui tentang hal di bawah ini hanya akan merunsingkan dan memeningkan kepala sahaja.

Bagi yang berminat mengetahui hal ini, ada dua perkara pokok di sini yang menarik untuk diperhalusi.

Persoalan pokok yang pertama ialah: Keadaan emosi yang bagaimanakah boleh menyebabkan orang membunuh diri mereka sendiri? Sebelum itu, kita perlu jawab dulu soalan… apakah itu emosi?

Persoalan pokok yang kedua pula ialah “wang”… Apakah itu wang? Hebat sangat ke wang ni sampai boleh menyebabkan ramai orang mencapai tahap emosi tertentu yang kemudiannya boleh menyebabkan mereka memilih untuk bunuh diri? Dikatakan juga... kerana wang, manusia sanggup buat apa sahaja termasuk menjual diri dan maruah sendiri. Benarkah begini?

Baiklah… kita lihat dulu tentang “wang”. Nanti baru kita akan lihat pula tentang “emosi”.

Kita sudah lama diperdayakan. Wang sebenar dengan nilai sebenar telah lama dilenyapkan dan ia adalah sesuatu yang lain sama sekali berbanding dengan wang yang ada pada hari ini. Dengan kata lain, wang yang ada di zaman moden ini bukan lagi wang sebenar yang pernah digunakan suatu masa dahulu. Wang yang ada di zaman moden ini ialah sesuatu yang merbahaya dan ia merupakan suatu alat hikmat yang boleh mengawal tingkah-laku manusia. Siapa yang mencipta wang ini? Siapa yang sedang mengawal tingkah-laku manusia dengan wang? Mengapa penciptaan wang ini tidak diajar di mana-mana sekolah atau universiti? Untuk apa kawalan tingkah-laku ini?

Seperti yang kita tahu, di zaman kebelakangan ini wang secara umumnya terbahagi kepada 2 jenis… wang kertas dan wang elektronik. Sama ada kita sedar atau tidak, suka atau tidak… hampir semua orang (lebih kurang 6 billion lebih orang setakat tahun 2014) dalam dunia ini memerlukan wang untuk hidup. Memerlukan wang? Takder wang tak boleh hidup ke?

Secara asasnya di zaman mutakhir ini, mempunyai wang adalah mandatori untuk mendapatkan makanan, pakaian, tempat tinggal dan seterusnya membiayai apa sahaja aktiviti-aktiviti kehidupan lain. Bagi kebanyakan orang, setelah semua keperluan asas ini dicapai, keinginan diri akan pasti meningkat. Jumlah wang yang dimiliki seseorang mula dilihat sebagai pengukur status seseorang di dalam masyarakat. Lebih banyak wang, lebih mulia. Lebih banyak wang, lebih dihormati. Dengan wang, hampir semua benda boleh dibeli. Jangan tipu diri anda sendiri la dan mengatakan... money cannot buy everything... I don’t need money dan yang sewaktu dengannya.

Justeru, kita tertanya-tanya... apakah itu wang? Bagaimana ia dicipta? Siapa yang cipta? Siapa yang berkuasa ke atasnya?

Bagi memendekkan cerita yang panjang, boleh la dikatakan wang (tak kira la wang kertas atau wang elektronik) dicipta dengan ilusi nilai emas. Pada suatu masa dulu, wang kertas dicetak berdasarkan jumlah emas yang dipunyai oleh si pencetak wang kertas. Kemudian suatu hari, semua wang kertas di dunia dipaksa untuk diikat dengan nilai wang kertas Amerika Syarikat yakni US Dollar. Bagaimana ini boleh terjadi? Ya, ia ada kaitan dengan keperluan hidup moden terhadap minyak.

Di sinilah perkataan “Petro-Dollar” mula didengari. Dengan kelicikan dan kekuatan ketenteraan, semua jual-beli minyak telah dipaksa supaya hanya menggunakan US Dollar. Nak minyak? Kena ada US Dollar dulu. Takder US Dollar, takder minyak. No US Dollar, no oil. Di zaman kita kini, tak boleh langsung jual-beli minyak dengan wang selain US Dollar.

Sama ada kita sedar atau tidak, tiada negara di dunia ini yang berani menentang Amerika Syarikat. Tiada negara dalam dunia ni yang berani jual atau beli minyak dengan wang selain US Dollar. Kalau ada yang berani, negara anda akan dibom, dilenyek dan diganyang sehingga anda menerima US Dollar semula sebagai medium jual-beli minyak anda.

Adalah sesuatu yang sungguh menghairankan, hampir semua penduduk dunia seolah-olah bodoh bebenar menggaru-garu kepala masing-masing dan bertanya... “Mengapa ada sahaja negara-negara yang dibom oleh Amerika?” Nah... inilah jawapannya. 99% kes negara-negara yang dibom dan diganyang oleh Amerika Syarikat ini ialah negara-negara yang cuba-cuba berani untuk membeli atau menjual minyak tanpa menggunakan US Dollar. Kalau anda perlukan kepastian tentang hal ini... google la atau buat kajian sendiri.

Apa yang tambah menghairankan lagi setelah memahami hal di atas ialah si pencetak US Dollar pula bukanlah Amerika Syarikat sendiri. Si pencetak US Dollar ialah sebuah badan swasta yang dipanggil Federal Reserve. Ia dipunyai dan dikuasai oleh suatu kumpulan makhluk-makhluk yang tidak kita kenali.

Federal Reserve ni pulak boleh cetak seberapa banyak US Dollar yang dia suka. Emas... habuk pun tarak. Takder emas pun boleh cetak ikut suka. US Dollar ini pula terpaksa dipinjam oleh Amerika Syarikat.

Dah nama pun pinjaman wang, maka mesti la dikenakan bunga atau interest. Apa bodoh benar ke rakyat Amerika Syarikat ni? Atau... Adakah rakyat Amerika Syarikat telah terjebak dan dipaksa-rela oleh sesuatu?

Sehingga setakat ini... Amerika Syarikat telah berhutang dengan Federal Reserve sebanyak 18 thrillion dollars dan ianya semakin bertambah dengan laju... Ya, telah berhutang sebanyak 18,000,000,000,000 dollars. Kalau nak mengikuti peningkatan hutang ini secara real-time, boleh la rujuk http://www.usdebtclock.org/

Soalan cepumas: Agak-agaknya kita nak tunggu Amerika Syarikat hutang sampai berapa Gazillion lagi baru kita nak isytihar dia bankrup? Amerika Syarikat ni tak payah bayar hutang dia ke kat Federal Reserve? Kegilaan apakah ini?

Okay... cukup dulu la yer. Lepas ni kita akan bincangkan pula kaitan “wang” dengan “emosi” manusia di dalam Part 6 of 27. Nanti kita juga akan lihat bagaimana "emosi" boleh dikawal dengan "wang" dan seterusnya memahami cara manusia diperhamba dan diperdagangkan. InsyaAllah bersambung...

Wassalam - zulsegamat

Isnin, 14 Disember 2015

EX NIHILO NIHILO FIT Part 4

Pernah dengar tentang Pulau Socotra di Yemen? Betul ke Dajjal pernah menetap di sini? Tentu ramai di antara kita yang pernah mendengar tentang kisah Dajjal yang tinggal dan mempelajari banyak ilmu-ilmu hebat di sebuah pulau. Kalau tak pernah dengar tentang kisah ini, google jer la...

Kisah Dajjal juga ada disebutkan di dalam banyak hadith Rasulullah SAW. Di antara hadith-hadith ini, satu daripadanya menyentuh agak terperinci tentang keadaan Dajjal suatu ketika di sebuah pulau -http://tayibah.com/eIslam/Dajjal2.htm

Selaras dengan kisah Dajjal ini, Pulau Socotra yang terletak di selatan Yemen ini nampaknya memang amat berpotensi menjadi pulau yang diceritakan di dalam hadith Rasulullah SAW. Akan tetapi, kalau mengikut cerita daripada Maulana Imran Hosein pula (boleh didapati di Youtube dengan mudah), selepas Dajjal dibebaskan yakni sejurus selepas Rasulullah SAW wafat, Dajjal terus menubuhkan HQ Dajjal di Pulau Britain dan seterusnya mula mengukuhkan tapaknya di Eropah ( http://aku-macjay.blogspot.com/2011/06/membongkar-penampilan-dajjal-sebagai.html) ... kemudian berpindah ke Amerika Syarikat dan kini Dajjal sedang dalam proses berpindah HQ ke Israel di bandar Ludd sebelum akhirnya muncul secara fizikal di Jerusalem nanti. Beliau mengatakan, Dajjal dikurung di Pulau Britain.

Okay la... cukup la cerita pasal pulau Socotra. Berikut ialah link tambahan untuk maklumat lanjut Pulau Socotra http://muhdhazrie.wordpress.com/2011/08/08/keanehan-socotra-pulau-dajjaldajjalpulauabppalinghantumisteri/

Sekarang mari kita “side-track” untuk melihat satu persoalan. Bunyik nya begini:

Sebuah komputer moden boleh memproses maklumat-maklumat dengan amat pantas bergantung kepada “geliga” atau “processor” jenis apa yang dipasangkan kepadanya. Ianya jauh lebih pantas daripada otak manusia. Hal ini tentu sukar dinafikan. Walaupun demikian... mengapa dikatakan otak manusia lebih berkuasa daripada mana-mana komputer yang pernah dicipta?

Berbanding dengan otak manusia, “processor” komputer hanya mampu memproses maklumat-maklumat sahaja dan ia dikatakan tidak mampu berfikir. Boleh ke kita senang-senang kata begitu? Apakah perbezaan perbuatan memproses maklumat dengan perbuatan berfikir? Habis tu... “artificial intelligence (AI)” bagi sesebuah komputer tu apa benda? Bukankah sesuatu yang mempunyai “intelligence” dianggap sebagai mampu berfikir?

Setiap hari... sama ada kita suka atau pun tidak... kita kena berfikir. Macam-macam la benda yang difikirkan. Daripada sekecil-kecil benda sampailah benda-benda besar yang mungkin memberikan impak tinggi kepada kita atau masyarakat... tak henti-henti kita berfikir. Paling tidak pun kita mungkin kena fikir pasal cam mana nak bayar hutang, macam mana nak nampak kekal cantik menawan, hari ni nak makan apa, kenapa nasib kita selalu malang, macam mana nak majukan bisnes/karier kita, macam mana nak mengenakan orang, bila nak balik kampung, siapa kita nak undi, kenapa kena undi, kalau tak undi boleh ke tak, kat mana nak beli rumah, atau macam mana nak ngorat awek atau mamat yang kita suka... Ish ish... tak habis2 berfikir, berfikir dan berfikir.

Sedarkah kita, setiap kali berfikir, apa yang kita buat sebenarnya ialah bercakap dengan diri kita sendiri? Kalau tak percaya... cubalah fikirkan sesuatu dalam keadaan sedar yang kita sedang berfikir. Cuba camkan apa yang kita sebenarnya sedang buat...

Ya, sewaktu berfikir kita sebenarnya bertanya kepada diri sendiri dan kemudiannya, kita sendiri yang menjawab soalan tersebut. Bagi para saintis tak kira la saintis sekular ataupun tak sekular, hal ini dipanggil monolog. Dalam sehari... kita dikatakan membuat monolog beratus-ratus kali... malah bagi sesetengah orang mungkin bermonolog beribu-ribu kali.

Bila nak bermonolog atau berfikir... kita perlu gunakan bahasa. Ada orang berfikir dalam bahasa Inggeris... ada yang berfikir dalam bahasa Melayu... bahasa Cina... bahasa India dan sebagainya. Pendek kata, bermacam2 bahasa la yang kita gunakan sebagai medium kita berfikir atau bermonolog. Disebabkan hal ini, lahirlah pendapat yang mengatakan “the limits of my language are the limits of my world” atau “had penguasaan bahasa saya ialah had dunia saya”. Dengan kata lain, sekiranya penguasaan bahasa kita lemah... tak kiralah bahasa apa yang kita gunakan untuk berfikir, maknanya lebih terbataslah kebolehan kita untuk berfikir dalam memahami dunia yang kita diami ini. Betul ke kalau kita simpulkan begini?

Ada orang pula berpendapat, sesetengah bahasa itu lebih baik daripada bahasa-bahasa yang lain kerana ketepatan istilah yang dimiliki. Dikatakan bahasa-bahasa yang terbaik ialah bahasa Arab, Hebrew, Sanskrit dan Portugis. Jika hal ini benar, adakah ini bermakna... sesiapa yang berfikir di dalam bahasa-bahasa ini lebih mudah menguasai ilmu-ilmu dan dapat berfikir dengan lebih baik?

Sekarang cuba bayangkan mereka yang dilahirkan pekak dan bisu pula... Mereka membesar tanpa pernah mendengar dan mempelajari sebarang bahasa khusus. Bagaimanakah cara mereka berfikir? Sekiranya mereka belajar bahasa isyarat tangan pula, adakah setiap kali berfikir mereka akan melakukan monolog bahasa isyarat tangan di dalam minda mereka?

Persoalan lain yang juga timbul ialah... benarkah tiada cara lain untuk kita berkomunikasi atau berfikir melainkan bermonolog menggunakan bahasa? Tak bolehkah kita berfikir tanpa bahasa? Apa benda sebenarnya bahasa ini? Tidakkah anda dapat merasakan bahawa bahasa ini telah dikuatkuasakan ke atas manusia supaya ianya menjadi pagar atau lebih tepat lagi penjara bagi menghadkan fikiran kita sebagai manusia?

Pernahkah kita terfikir bahawa sewaktu kita berfikir... kita bermonolog ke atau sebenarnya kita bukan bermonolog dan dalam diri kita memang ada dua karektor atau lebih yang sentiasa berbual-bual di antara satu sama lain? Malah pernah kah anda merasakan yang di dalam diri anda ada bermacam-macam karektor yang bergilir-gilir mengambil alih menyuarakan kehendak dan fikiran masing-masing? Apakah sebenarnya yang sedang berlaku di dalam hal ini?

Ok... cukup dulu la yer. Nanti sambung lagi.

Wassalam - zulsegamat

Sabtu, 12 Disember 2015

EX NIHILO NIHILO FIT Part 3

"Mustika"? Apa benda tu? Lagu M. Nasir kah? Majalah Mustika kah? Jamu Mustika Ratu kah?

Mungkin ramai di antara kita yang tidak pernah mendengar tentang objek-objek yang dikatakan ajaib dan mempunyai khasiat yang hebat diberi gelaran "mustika". Tapi, mungkin ramai yang pernah mendengar istilah "geliga". Ya, "mustika" dan "geliga" ialah benda yang sama.

Bagi peminat atau pemburu "mustika" ini, tentu sahaja tahu "mustika" paling sering ditemukan dalam bentuk batu. Rupanya tidak semestinya cantik dan kadang-kadang sama sekali tidak cantik. Khasiatnya macam-macam... daripada pelaris, pemanis, pengasih dan kebal hinggalah dikatakan mampu membuka hijab pandangan disertai dengan kebolehan-kebolehan luar biasa lain.

Sebenarnya, "mustika" atau "geliga" ini adalah kebanyakannya berasal daripada pulau yang diduduki Dajjal. Kat mana pulau tu? Nanti la cerita. Di dalam “mustika” terkandung khasiat-khasiat, ilmu-ilmu dan kadang-kadang khodam yakni Jin yang sedia berkhidmat untuk kita. Jin tu apa benda pulak?

Bagaimanakah nak mendapatkan "mustika"? Di waktu akhir zaman ini... banyak "mustika" yang sengaja memunculkan dirinya untuk dikutip oleh manusia. Maknanya... tak payah susah-susah cari... dia datang sendiri. Tapi ramai juga yang bersungguh-sungguh mencarinya di dalam hutan, atas gunung, dalam gua dan tidak kurang pula yang menjalankan pelbagai upacara bagi memunculkan "mustika" ini.

Adakah salah di sisi agama Islam sekiranya percaya kepada kebolehan dan keajaiban "mustika"? Ramai yang mengatakan ianya tidak salah dan hanya menjadi kesalahan atau syirik jika kita menganggap ianya berkebolehan seperti Allah dan kita meminta daripada "mustika" seperti kita meminta daripada Allah. Tapi tak salah sekiranya kita menggunakan khasiat "mustika" sambil tetap memohon daripada Allah... boleh ke begitu? Tak berani saya nak menjatuhkan hukum... Saya rasa biarlah orang yang ahli sahaja yang mengeluarkan fatwa.

Bagi saya, adalah lebih baik kita berpegang kepada hakikat bahawa... "Hasbunallahu wa niqmal Wakil, niqmal Maula wa niqmanNashir"...

Menyambung cerita tentang "mustika" atau "geliga" ini, adalah satu anugerah Allah kepada Dajjal di mana dia boleh membuat "geliga" buatan sendiri. Ya... hebat sungguh ilmu yang Allah kurniakan kepada Dajjal ini.

Ish... banyak kali pulak dok sebut nama Dajjal ni. Siapa dia Dajjal? Daripada mana asal-usulnya? Nanti-nanti la yer... sekarang kita fokus kat cerita “mustika” atau “geliga” dulu.

Walaupun demikian, sama ada kita sedar atau tidak... "geliga" buatan sendiri oleh Dajjal ini boleh kita beli di shopping mall malah bersepah-sepah dijual di kedai-kedai tepi jalan. Aku ni pun dok bercakap sedap jer... aku sendiri pun membeli dan menggunakan "geliga" Dajjal ini.

Tetapi nama "geliga" yang dijual merata-rata ini tak la dipanggil "geliga"... mesti pakai nama komersial serta moden la... mesti pakai nama omputih. Al-maklum, di zaman moden ini, nama “mustika” atau “geliga” ni macam kuno sangat nak menyebutnya.

"Geliga" buatan Dajjal ini biasa kita dengar namanya iaitu "INTEL" dinamakan sempena perkataan "Intelligent"... biasa dengar ungkapan bagi orang yang intelligent iaitu "otak bergeliga" atau "tak sangka, ada geliga rupanya dalam kepala otak ko"... dan sebagainya. Pastu... banyak la jugak "geliga" lain yang dibuat tak guna nama INTEL... al-maklum OEM la katakan a.k.a. white label.

Di waktu akhir zaman ini, semua orang membawa atau mengguna "geliga" masing-masing dalam bentuk notebook, tablet PC, handphone dan pelbagai lagi smart devices.

Memikirkan perkara-perkara ini... rasanya tidak keterlaluan kalau dikatakan... silap-silap kita boleh jatuh syirik dengan mengharapkan rezki atau kekayaan daripada "geliga" Dajjal ini sekiranya kita terlupa rezki dan kekayaan hanya datang daripada Allah. Kita wajib meminta daripada Allah sahaja dan bukan kepada "geliga" yang kita beli di shopping mall ini.

On another note, cuba bayangkan kalau budak umur 3 atau 4 tahun dapat main Tablet PC macam iPad dan Galaxy Tab tu. Semua mender-mender yang dia mintak, Tablet PC boleh tunjukkan atau munculkan. Silap-silap bebudak kecik yang masih tak faham ni ingat Tablet PC tu macam Tuhan plak.... (hehehh...extreme thoughts... but it can happen).

Okay la. Nanti sambung lagi.



Wassalam - zulsegamat

Jumaat, 11 Disember 2015

EX NIHILO NIHILO FIT Part 2

Saya mulakan dengan terjemahan beberapa ayat suci Al-Quran seperti berikut:

“Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui” [QS,36:36]

“Dan Yang menciptakan semua yang berpasang-pasangan” [QS,43:12]

“Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah” [QS,51:49]

“dan Kami jadikan kamu berpasang-pasangan” [QS,78:8]

Selepas itu, mari kita lihat pula asal-usul perkataan “intelligence”. Perkataan “intelligence” asalnya di ambil daripada perkataan Latin “inter-lagere” yang bermaksud boleh membuat pilihan.

Nanti... nanti duluuuu.... Apa semua ni? Kejap cerita tentang terjemahan ayat2 suci Al-Quran... pastu tiba2 ajer... masuk pasal asal-usul perkataan “intelligence” pulak? Dah gila ke?

Bertenang ... bertenang... Ada sebab musababnya.... saya mohon maaf kalau intro begini membuatkan anda hampir hilang sabar... Saya faham perasaan anda... malah saya sendiri pun hampir hilang sabar sewaktu menulis nukilan ini.

Sekarang saya mohon untuk membuat penerangannya.

Setiap hari, tidak kira sama ada kita mahu atau pun tidak mahu... kita kena membuat beribu2 pilihan. Contohnya... apabila celik sahaja mata kita daripada tidur... kita sudah perlu memilih... nak bangun tidur ke atau nak sambung tidur? Kalau nak bangun tidur, nak terus mandi ke atau nak berus gigi dulu atau nak duduk2 dulu? Kalau nak sambung tidur pula... perlukah kita memasang semula “alarm clock” kita atau pun tidak? Dan begitulah seterusnya... tak henti2 kita kena membuat pilihan.

Dah siap berus gigi dan mandi... kena pilih pulak nak pakai baju merah atau baju biru? Nak sikat rambut belah tengah atau belah tepi? Nak pakai perfume Burberry atau perfume Bvlgari? Nak minum kopi atau teh? Nak makan terus atau nak makan di opis? Masih nak pergi kerja atau nak ambik MC? Ish...ish... tak sampai sejam kita bangun tidur... macam2 pilihan kita dah kena buat.

Sebenarnya... pilihan kita itu adalah berbentuk mudah sahaja. Kita hanya perlu memilih di antara “YA” atau “TIDAK”, “MAHU” atau “TIDAK MAHU”, “INI” atau “ITU”, “SUKA” atau “TIDAK SUKA”, “BOLEH” atau “TIDAK BOLEH” dan seterusnya.... ibarat sebuah komputer yang berfikir dalam bentuk binari yang berpasang-pasangan.

Komputer pun macam kita juga... hanya perlu memilih “1” atau “0”, “ON” atau “OFF”... itu sahaja. Akan tetapi, apabila beribu2 pilihan telah dibuat malah mungkin berjuta2 pilihan yang telah dibuat di dalam sehari, maka wujudlah pelbagai situasi kompleks yang kadang-kala kita rasa sukar untuk dihuraikan. Macam mana boleh jadi begini?

Sekarang anda sudah nampak, kaitan ayat2 suci Al-Quran tadi dan perkataan “intelligence”? Kita sebagai manusia yang dikurniakan "intelligence" tidak dapat lari daripada membuat pilihan daripada pasangan “1” atau “0” seperti sebuah komputer.

Ishhhh... kita ni sebuah komputer ke? Alam sejagat ni pun komputer jugak ke?

Kalau mengikut salah satu ajaran Melayu Kuno (ni kuno habis la ni... beribu2 tahun punya kuno ni), inilah intipati kehidupan manusia. Hidup kita tidaklah susah sebenarnya... hanya perlu memilih di antara dua perkara sahaja iaitu “PATUH” ataupun “ENGKAR”.... “1” ataupun “0”.

Sekiranya kita selami falsafah ajaran ini, kita akan dapat nampak bahawa kita tidak boleh hidup hanya dengan “PATUH” sahaja sepanjang masa... dan kita juga tidak boleh hidup dengan “ENGKAR” sahaja sepanjang masa. Kita perlukan kombinasi kedua2 pasangan ini... “PATUH” dan “ENGKAR”... “1” dan “0”. Kejap “PATUH”, kejap “ENGKAR”... baru la hidup kita akan menghasilkan makna dan mencapai sesuatu maksud. Maksud apa?

Setakat ini... adakah anda faham? Kalau tak faham... jangan sambung baca kerana anda akan semakin bertambah tidak faham nanti. Elok baca semula daripada awal Part 2 ini atau lebih baik... baca semula daripada Part 1. Kalau faham, takper... sila teruskan pembacaan anda...

Sekarang... cuba fikirkan soalan-soalan ini pula.

Adakah seekor ular sedar yang dirinya adalah seekor ular? Adakah sama kesedaran ular ini dengan kesedaran manusia? Adakah anda sedar yang anda sedang menjadi diri anda? Atau... Adakah anda sedar yang anda sedang menjadi diri orang lain dan bukan diri anda? Adakah anda sedar yang anda kadangkala “SEDAR” dan kadangkala “TIDAK SEDAR”. Ini pun satu lagi contoh pasangan yang tidak boleh dipisahkan.

Demikianlah... misteri kehidupan yang sangat asas ini pun kita tidak dapat faham lagi. Al-maklum... kita ni kadangkala “FAHAM” dan kadangkala “TIDAK FAHAM”.

Okay... cukup la rasanya setakat ini dulu. Sebenarnya, dialog2 atau kata2 di atas bukanlah hasil fikiran saya sendiri. Saya mendengarnya daripada seseorang yang dianggap tidak siuman oleh masyarakat kita. Ya... saya mendengarnya daripada seorang yang dianggap “gila” sewaktu saya sedang menunggu bas untuk pulang ke Segamat di Stesen Bas Muar. Pada masa itu, saya masih bersekolah si sebuah sekolah menengah berasrama penuh di Tanjung Agas, Muar.

Semenjak daripada peristiwa itu, setiap kali saya hendak pulang ke Segamat, saya akan mencari orang “gila” ini untuk mendengar kata2 nya. Pada saya... dia tidak gila.

InsyaAllah... bersambung lagi nanti.


Wassalam -zulsegamat

EX NIHILO NIHILO FIT Part 1

Lambat laun kita akan tiba juga di suatu ketika di mana kita akan berhenti dan bertanya... “Ini sahajakah kehidupan di dunia ini?” Dilahirkan di suatu tempat. Dibesarkan di suatu tempat. Pergi ke sekolah rendah, sekolah tinggi dan sekolah yang lebih tinggi (Kolej atau Universiti) di mana kita belajar sesuatu yang telah ditetapkan oleh suatu watak yang kita panggil “pihak berkuasa”.

Dengan pengetahuan yang kita telah susah payah timba ini, kita seterusnya dipaksa masuk pula ke alam pekerjaan dan mula bekerja bagi mendapatkan sesuatu yang yang dipanggil “wang”. Ya... kita telah diajar untuk merasakan wang amat penting untuk membolehkan kita meneruskan hidup. Semakin lama kita hidup, semakin banyak wang yang kita perlukan. Tidak boleh hidupkah tanpa wang? Kita tinggalkan persoalan tentang wang dan kita tengok dulu tentang sesuatu yang lain.

[Nota: Daripada Part 1 hinggalah Part 21 nanti... beginilah keadaannya. Kita akan meloncat daripada suatu hal kepada suatu hal yang lain sehinggalah tiba di Part 22 hingga Part 27 nanti, barulah kita boleh membuat perkaitan tentang semua hal yang meloncat-loncat ini]

Pernahkah kita terfikir... apa sahaja yang kita rasa kita kini tahu adalah datangnya daripada saluran-saluran yang telah ditetapkan. Ditetapkan oleh siapa?

Daripada program-program televisyen serta radio, kandungan buku-buku, kandungan majalah-majalah serta suratkhabar hinggalah kepada sukatan pembelajaran di semua peringkat sekolah yang kita lalui... ianya adalah dikawal serta ditetapkan oleh suatu makhluk, lembaga atau entiti yang tidak pernah kita kenali. Kita juga sukar untuk menolak hakikat bahawa apa yang diajarkan oleh ibubapa, guru-guru, pensyarah-pensyarah dan masyarakat sekeliling kita juga berasal daripada saluran-saluran yang telah ditetapkan ini sejak zaman berzaman. Ada juga yang mungkin bertanya... “bagaimana pula dengan internet?” Jawapannya tetap sama... kandungan internet pun asalnya ialah daripada saluran-saluran yang telah disebutkan sebelum ini.

Persoalan-persoalan perdana yang timbul di sini ialah... Ada kemungkinankah entiti berkuasa yang tidak kita kenali ini dengan sengaja telah menetapkan kandungan-kandungan serta saluran-saluran pengetahuan kita dengan tujuan-tujuan tertentu? Mungkinkah salah satu tujuannya ialah untuk menghalang kita daripada mengetahui sesuatu? Jika benar begitu... Apakah yang mereka tidak ingin kita tahu?

Seseorang pernah mengajarkan kepada saya... semua yang terkandung di dalam alam ini hanyalah asalnya daripada benang-benang halus yang bergetar. Benang-benang ini sangat halus sehingga tiada mikroskop yang cukup hebat untuk kita melihatnya.

Hanya benang-benang halus yang bergetar? Benarkah begitu?

Benang-benang ini pula dikatakan menerima arahan-arahan daripada suatu sumber kuasa yang memberikan “arahan-arahan suci (divine instructions)”. Apabila menerima arahan, benang-benang ini hanya berbuat dua perkara sahaja... benang-benang ini hanya tahu untuk kadang-kadang patuh dan kadang-kadang engkar. Itu sahaja kerjanya benang-benang ini. Benang-benang ini ada yang panjang menjalar dan ada pula yang hujungnya saling bersentuhan membentuk bulatan-bulatan.

Kebelakangan ini, saintis-saintis sekular telah mula mengakui kemungkinan bahawa benang-benang halus ini mungkin benar-benar wujud. Mereka memanggil kajian tentang benang-benang halus ini sebagai “Teori Benang”, “String Theory” atau “M-Theory”.

Sekarang cuba bayangkan... kita mempunyai kuasa membentuk benang-benang ini untuk menjadi apa sahaja yang kita suka. Ada yang kita arahkan untuk menjadi huruf “A”, “B”, “C” sehinggalah huruf “Z”. Daripada huruf-huruf ini kita boleh membentuk perkataan-perkataan yang kemudiannya boleh pula diatur menjadi ayat-ayat.

Sekarang cuba bayangkan pula, apa yang akan terjadi apabila ada benang-benang yang kita telah arahkan tadi engkar? Yang kita arahkan untuk jadi huruf “A” tiba-tiba engkar arahan dan menjadikan diri mereka huruf “H”. Yang kena jadi “B” tiba-tiba engkar arahan dan menjadikan diri mereka huruh “P”. Apa pula akan jadi kepada perkataan-perkataan serta ayat-ayat yang dibina daripada benang-benang yang engkar ini?

Baiklah... setakat ini dahulu. Tujuan nukilan EX NIHILO NIHILO FIT (Part 1 of 27) adalah untuk percubaan sahaja. Bagi anda yang merasakan ianya hanyalah mengarut atau tidak berfaedah... tidak mengapalah. Harap abaikan sahaja nukilan ini. Akan tetapi, bagi yang ada minat... InsyaAllah saya akan sambung tulis lagi bahagian-bahagian yang seterusnya bila ada mood nanti.



Wassalam - zulsegamat