Jumaat, 22 November 2013

Relativity dan Time Dilation

Apa saja yang kita lihat, rasa mahupun yg diukur adalah sesuatu yang relatif. Tidak ada satu pun yang benar benar boleh dikatakan tetap pada satu keadaan. Ia amat relatif kepada satu keadaan dengan keadaan yang lain. Konfius? Ok sebelum saya terus membebel tentang relatif ini, mungkin lebih baik kita cuba fahami dulu istilah "relatif" ini. Relatif berasal dari perkataan "relate" yang memebawa makna "berkait". Jadi relatif bermaksud "sifat berkait". Dalam konteks tertentu, boleh juga digunakan takrifan "pergantungan". Sebagai contoh
"kecantikan adalah relatif terhadap pandangan seseorang." 
Ini bermaksud kecantikan itu bergantung kepada mata yang memandangnya seterusnya berkait dengan otak yang menafsirnya. Harap anda faham istilah relatif ini. Di dalam artikel bersiri Matrix ada dijelaskan apa maksud relatif dengan panjang lebar (Rujuk disini)

Seterusnya kita akan telusuri  pula satu teori yang agak kontroversi mengenai relatif ini, tak lain tak bukan adalah Teori Relativiti yang diperkenalkan oleh seorang saintis yang tidak asing lagi iaitu Albert Einstein. Ada yang mengatakan bahawa Einstein ini seorang yahudi, mungkin juga benar, tapi yang pastinya Einstein ini bukan seorang Atheis. Beliau mempercayai kewujudan dan kekuasaan tuhan. Ini boleh dilihat dalam beberapa quotes dari beliau.  Lupakan dulu tentang Einstein, kita pinjam sebentar teori beliau ini untuk kita lihat apa signifikan nya teori ini dalam bidang sains mahupun kehidupan.

Teori relativiti ini tidak bercanggah dengan Al Quran malah tersokong didalam beberapa ayat di dalamnya. Antara  yang menerangkannya dengan agak jelas adalah di dalam surah Al Kahfi.

[QS 18:10] (Ingatlah) tatkala para pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua, lalu mereka berdo'a: "Wahai Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)." 

[QS 18:11] Maka Kami tutup telinga mereka beberapa tahun dalam gua itu

[QS  18:18] Dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri; sedang anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah engkau akan merasa sepenuh-penuh gerun takut kepada mereka.

[QS 18:19] Dan demikianlah Kami bangunkan mereka agar mereka saling bertanya di antara mereka sendiri. Berkatalah salah seorang di antara mereka: Sudah berapa lamakah kamu berada (disini?)". Mereka menjawab: "Kita berada (disini) sehari atau setengah hari". Berkata (yang lain lagi): "Tuhan kamu lebih mengetahui berapa lamanya kamu berada (di sini). Maka suruhlah salah seorang di antara kamu untuk pergi ke kota dengan membawa uang perakmu ini, dan hendaklah dia lihat manakah makanan yang lebih baik, maka hendaklah ia membawa makanan itu untukmu, dan hendaklah ia berlaku lemah-lembut dan janganlah sekali-kali menceritakan halmu kepada seorangpun.  
QS 18:25] Dan mereka tinggal dalam gua mereka tiga ratus tahun dan ditambah sembilan tahun (lagi).

Dalam Teori Relativiti ini terdapat beberapa formula dan kesimpulan yang dihasilkan. Antaranya ialah "Time Dilation" atau Pelebaran Masa. Sebelum kita kaitkan dengan ayat ayat dari surah al kahfi ini, adalah lebih baik pembaca menonton video dibawah untuk memahami tentang Teori Relativity dan khususnya mengenai Time Dilation.


Salah satu dari kesimpulan menarik yang terhasil dari teori ini adalah :

"You age slower when you move faster."
"Umur anda lebih panjang jika anda bergerak lebih laju"
 Dan formula yang terhasil dari penyataan di atas ialah :


Dalam surah Al Kahfi, t1 merujuk kepada 309 tahun manakala t merujuk kepada 1 hari. v merujuk kepada kelajuan dan c merujuk kepada kelajuan cahaya. Berdasarkan formula ini, untuk t1 menjadi 309 tahun sedangkan t adalah satu hari, maka kelajuan(v) harus satu nilai yang besar. Lihat frasa yang di highlightkan dari ayat 11 dan 18 surah al kahfi tadi :
"Kami tutup telinga mereka"
"Dan kami bolak balikkan mereka ke kanan dan kekiri"
Dua frasa ini menunjukkan mereka ini digerakkan ke kanan dan ke kiri dengan kelajuan yang amat laju. Buktinya adalah telinga mereka ditutup. Seperti kita tahu dalam pergerakan ke kanan dan kekiri dengan laju akan menghasilkan frekuensi yang amat tinggi. Frekuensi yang tinggi ini boleh mengakibatkan kecederaan kepada gegendang telinga. Frasa d ibawah ini mengukuhkan lagi hujah ini :
"kamu akan dipenuhi oleh ketakutan terhadap mereka"
Sudah pasti kalau sesiapa yang melihat pergerakan atau keadaan yang amat laju dan ganjil itu akan menakutkan mereka yang melihatnya.(Tidak tidur dalam keadaan biasa). Berapa kelajuan sebenar pergerakan itu? Anda boleh lah masukkan sendiri nilai nilai ke dalam formula diatas untuk mendapat kelajuan(v) yang sebenar. Tukarkan t1 (309 tahun kepada saat) dan t juga (1 hari kepada saat) manakala c adalah 299,792,458 m/s. Kira sendiri ya..

Teori Relativiti ini sebenarnya jika difahami dan  dihayati dengan lebih mendalam akan dapat menyingkap banyak persoalan persoalan yang sering bermain difikiran kita jika kita adalah seorang pemikir dan pencari yang dahagakan kefahaman tentang keberadaan diri kita dan alam ini. Akhirnya tidak satu pun yang kita pegang, rasa dan lihat ini adalah satu yang  nyata. Ia hanyalah relatif relatif kepada satu keadaan dengan keadaan yang lain.

Itu saja nukilan saya kali ini, hanya untuk mengajak para pembaca meneliti teori ini dan berkongsi penemuan anda di ruang komen di bawah. Agar kita beroleh manfaat darinya.

Apa pun, Tidak ada yang wujud selain wujudnya dia yang Maha Pencipta.

Wallahualam




16 ulasan:

  1. "makes sense" ..

    sebenar aku antara mereka yang sering merindui penulisan-penulisan terbaru anda

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas kesudian tuan membacanya.. semoga ia bermanfaat

      Padam
  2. Persoalan...

    Adakah pemuda2 yang bangkit selepas ditidurkan selama 300+9 tahun itu mempunyai keadaan tubuh fizikal yang mengikut peredaran masa atau tubuh fizikal yang sama seperti mereka mula2 ditidurkan?

    Sebagai contoh sekiranya salah seorang dari mereka mempunyai fizikal seperti orang yang berumur 21 tahun, adakah selepas "ketiduran" selama 309 tahun itu menyebabkan fizikalnya juga berubah maka tubuhnya seperti manusia berusia 330 tahun? Atau kekal seperti tubuh 21 tahun?

    ...........

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika berdasarkan teori relativiti.. penuaan tidak akan berlaku kerana t yang relatif terhadap penuaan, tidak kepada t1. Dan juga menurut alquran sendiri.. pemuda 2 itu yakin mereka hanya tidur 1 hari jadi jika penuaan berlaku tentu mereka dapat lihat pada fizikal mereka sendiri dan tidak akan yakin mereka hanya tidur satu hari..

      Padam
  3. salam.. mohon invite saya ke http://mistisfiles.blogspot.com/.. hasil perkongsian saudara amat menarik perhatian saya.. terima kasih.
    email : fad.ae86@gmail.com

    BalasPadam
  4. teramat lazat rasanya mereka bertawajuh..
    hingga tak tersedar teramat pantasnya masa yang....

    BalasPadam
  5. salam... tuan mohon invite saya ke http://mistisfiles.blogspot.com/. alhamdulillah hasil penulisan tuan memang saya kagumi. bisa memberi ilham untuk berfikir akan kebesaran Allah.

    BalasPadam
  6. pembukaan minda yg sukar dinafikan selepas membaca tulisan2 ini..jika tak keberatan mohon dijemput masuk ke blog mistisfile... emiemywb@gmail.com. (mode:berharap)hehe..

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum.

    Hasil tulisan yang sentiasa membuka ruang pemikiran baru dalam minda. Setiap penulisan tuan memerlukan telaah yang berkali-kali.

    Dengan rendah diri, saya ingin meminta jemputan ke blog mistisfiles.blogpsot.com dengan emel msufian94@gmail.com

    Sekian.

    BalasPadam
  8. Salam.sy amat berharap dapat di jemput ke mistisfiles.blogspot.com. email saya flyingflue@gmail.com. kisah al bashar bukan suatu theori. Its a fact.

    BalasPadam
  9. Mohon invite sy ke http://mistisfiles.blogspot.com/
    ..emel sy tony901221@gmail.com

    BalasPadam
  10. Diharap penulis dpt invite saya ke mistisfiles.blogspot.com saya amat meminati nukilan2 penulis

    Email saya reza2811@gmail.com

    BalasPadam
  11. interstellar,, dalam movie tu ada sebut 'singularity' dan 'relativity'..

    BalasPadam
  12. Saya meminta tuan invite saya ke ttp://mistisfiles.blogspot.com/

    Email saya watimt@gmail.com

    BalasPadam
  13. Salam tuan mohon invite saya dlm mistis.blogspot.com..
    Email saya paichuenl@gmail.com
    Jutaan terima kasih tuan

    BalasPadam