Sabtu, 2 November 2013

"Now You See Me" - Doktrin melalui Filem (Bhgn 2)

The Eye - Adakah ia berdasarkan Secret Society yang sebenar yang menjalankan misi mereka di Hollywood? 

Sepanjang filem ini, kita menemui beberapa maklumat tentant "The Eye"dan sejarahnya. Segala-galanya  menyerupai sebuah pertubuhan rahsia sebenar yang berkuasa di Hollywood.

Dalam filem ini "The Eye" adalah :
 “keepers of real magic and protectors of those who practice it. Candidates for initiation must follow a series of commands with blind obedience”.
Bermaksud : Penyimpan kepada magik yang sebenar dan pelindung kepada mereka yang mengamalkannya. Calon yang dipilih mesti mematuhi secara membuta tuli perintah perintah yang telah disusun.

Ia secara terang terang menceritakan asal usul simbol "The Eye" adalah berasal dari The Eye of Horus yang berasal dari Mesir Purba.

Dokumentari tentang asal usul "The Eye"

Ini adalah halaman di dalam buku catatan seorang penyiasat yang sedang k menyiasat Four Horsemen. The Eye of Horus adalah salah satu simbol yang paling penting dalam Freemason, Oto dan Illuminati. Penggunaan simbol dalam filem ini bukan hanya sesuatu yang kebetulan mahupun sekadar rawak.
Ciri-ciri The Eye amat menyerupai OTO. Apa itu OTO?

OTO adalah sebuah organisasi yang berdasarkan
Thelema Aleister Crowley - falsafah yang telah "disampaikan" kepadanya di dalam sebuah piramid Mesir. Seperti The Eye, OTO memberi tumpuan utama  kepada "The Real Magick" dan diaplikasi dengan lebih saintifik. Crowley menambah huruf "k" pada akhir Magick untuk membezakan ia daripada magik trick biasa. Oleh itu, ia sama seperti The Eye dalam filem ini, yang menganggap dirinya sebagai OTO "penjaga The Real Magic".

Simbol The Eye of Horus adalah amat  penting Bagi OTO kerana segelanya bagi OTO adalah tentang Aeon of Horus  (era kekuasan Thelema).

Dalam filem ini, salah satu buku yang menjadi rujukan mengenai The Eye adalah "The Guardian of Horus"


Rekabentuk muka buku dalam filem itu menyerupai buku OTO ini
Sama seperti The Eye, OTO mempunyai pengaruh yang besar di Hollywood. Salah satu kenyataan misinya adalah untuk membawa Thelema dan Aeon Horus kepada orang ramai. Apakah alat yang lebih baik selain daripada media massa demi untuk mencapai misi itu?

Dalam Industri Hiburan 


Seperti yang kita saksikan bagaimana Four Horsemen menjadi masyhur, kita juga melihat bagaimana  industri hiburan berfungsi. Sebagai contoh , terdapat beberapa kiasan kepada kaedah penggunaan kawalan minda Di lakukan kepada pelbagai orang.

Ini lelaki Perancis, yang kononnya menjadi seorang yang dipilih secara rawak daripada kalangan penonton untuk satu pertunjukan silap mata yang sebenarnya adalah seseorang yang telah disasarkan dan diprogramkan untuk melakukan apa sahaja yang mereka mahu dia lakukan.


Kononnya lelaki ini dipilih secara rawak daripada penonton  untuk satu silap mata, sebenarnya dia  adalah seorang hamba melalui teknik kawalan minda. 

Thaddeus ( lelaki yang cuba untuk membongkar rahsia Horsemen dan The Eye) menerangkan bagaimana lelaki ini akhirnya berada di atas pentas:
“He was selected. Programmed his mind to make it to Las Vegas. And then they kept reinforcing it until he did. They trailed him. They studied him. Nothing was left to chance. He had no idea he was their target. And they simply activated him in Las Vegas.”


Ini adalah  ejen FBI yang  mula memainkan biola yang tidak wujud selepas dia mendengar perkataan "Bullshit". Adegan ini memberitahu kepada kita tahu bahawa sesiapa sahaja  walaupun dalam penguatkuasa undang-undang boleh dikawal mindanya untuk merealisasi agenda dan rancangan golongan elit ini

Satu lagi aspek penting dalam industri Illuminati adalah penggunaan upacara pengorbanan untuk membawa satu perubahan . Jack Wilder telah diberikan kad tarot (The Death)  pada permulaan filem itu kerana dia telah dipilih untuk satu upacara korban.


Jack, adalah  salah seorang daripada Empat Horsemen, meninggal dunia dalam kemalangan kereta - satu adengan yang disiarkan di TV secara langsung.
 
Adegan ini menyebabkan kejutan dan mendapat simpati daripada peminat peminat terhadap ahli-ahli sihir elit ini . Kita kemudian mendapati bahawa kemalangan kereta itu adalah satu set up dan Jack sebenarnya masih hidup - walau bagaimanapun orang ramai tidak tahu tentang ini. Ini adalah satu contoh pengorbanan ritual dimainkan pada skala besar-besaran oleh golongan elit ghaib.

Filem ini juga menunjukkan apa yang akan  berlaku kepada orang-orang yang cuba menentang golongan elit ini. Thaddeus, bekas ahli silap mata, kini menukar kerjayanya dengan membuat DVD pendedahan tentang ahli silap mata. Apabila tindakan yang bertentangan dengan Horsemen yang disokong oleh elit, berlaku perkara yang tidak baik pada beliau. 


Thaddeus di set up oleh The Eye yang mengakibatkan beliau akhirnya meringkuk di dalam penjara.

Apabila Tahddeus meminta penjelasan daripada pegawai polis (yang ternyata menjadi sebahagian daripada The Eye) kenapa perkara ini berlaku kepada beliau, ini  adalah jawapannya :


“The legend is that The Eye is everywhere. Waiting for the truly great magicians to distinguish themselves from the mediocre ones. Maybe that was you. Deep down inside you wanted nothing more than be part of The Eye, but you were never invited.”

Ditipu dan tertipu?   

Di sepanjang cerita, jelas bahawa ahli-ahli Four Horsemen tidak tahu apa yang sebenar benarnya berlaku . Seperti artis di dunia sebenar di dalam industri hiburan, mereka juga adalah boneka semata-mata yang hanya cuba untuk memenuhi tugas-tugas yang diberikan kepada mereka . Walau bagaimanapun mereka pasti mengetahui tahu satu perkara : Namun mereka tetap juga berkeinginan untuk menjadi sebahagian daripada The Eye. 
Sebaik sahaja mereka melengkapkan keseluruhan misi mereka, Horsemen berkumpul di Central Park.



  
Ahli-ahli sihir itu disambut oleh seorang lelaki yang sepanjang cerita ini begitu  bersungguh sungguh berusaha untuk menangkap mereka. Tak masuk akalkan?  memang tak masuk akal, namun ia cuba memberitahu penonton bahawa The Eye berada di dalam  media massa DAN juga dalam badan penguatkuasa undang-undang .

 
Rhodes menyambut  ahli-ahli sihir dengan ucapan  "Welcome to  The Eye" dan membawa mereka ke karusel yang sedang bergerak dan kemudian mereka semua menaikinya. Ini membuat kita untuk berfikir: Adakah ahli silap mata yang diambil secara  literal sepanjang masa ? Dan adakah The Eye itu wujud ?

Berdasarkan skala magnitud perancangan yang dilakukan The Four  Horsemen, tiada keraguan lagi bahawa terdapat sesuatu entiti yang SANGAT berkuasa yang berada di belakang mereka . Walau bagaimanapun, seperti di dalam dunia nyata, orang luar tidak pernah berjaya/boleh menjadi sebahagian daripada "INNER CIRCLE" ini. Walaupun Horsemen melakukan segala-galanya yang diarahkan oleh kumpulan elit ini, mereka akhirnya tetap tidak akan menjadi sebahagian daripada golongan elit ini. Hakikat ini diperkukuhkan lagi dalam adegan separuh tersembunyi pada akhir filem ini.Beberapa minit selepas screen credit dipaparkan , terdapat satu babak yang saya pasti ramai yang terlepas, yang menunjukkan kesudahan sebenar penghibur yang telah digunakan oleh golongan elit ini. 


The Four Horsemen diberitahu untuk pergi ke suatu tempat yang di padang pasir  di Las Vegas tempat signboard lama dibuang. Kuburan neon ini  sebenarnya mewakili kerjaya mereka sendiri.

Kemudian mereka pergi mendapatkan peralatan2 untuk pertunjukan silap mata baru mereka. 


Para ahli silap mata mula menyedari bahawa kotak ditangda dengan tanda The Eye terkunci. The Four Horsemen tidak lagi mempunyai akses kepada keistimewaan yang berkaitan The Eye.

Mereka terfikir yang mungkin dengan menggunakan  kad tarot ajaib mereka, ia akan dapat membuka peti peti itu, namun bila mereka cuba mendapatkan kad kad mereka, kad tarot mereka itu telah pun tiada. The Eye tidak lagi memerlukan penghibur2 ini lagi manakala pas(Kad tarot)  mereka juga telah dibatalkan. Mereka telah dipergunakan dan kini mereka telah dibuang di padang pasir. Habis madu sepah dibuang.

Gambaran Besar 

Di sepanjang filem ini , para penyiasat sering bertanya kepada diri mereka  sendiri "Kenapa The Four Horseman sanggup melalui semua masalah ini ?". Tujuan mengapa ahli-ahli sihir ini atau lebih tepat lagi The Eye sendiri, merancang skim yang rumit ini langsung tidak dapat diterima akal. Dan, ramai juga penonton, yang mengatakan  filem itu sendiri tidak masuk akal. Kebanyakan aksi aksi cuma berkisar tentang  pegawai polis yang cuba menangkap ahli ahli silap mata. Walau bagaimanapun , di sebalik adegan adegan dan muzik yang kuat ini, ada mesej yang cuba disampaikan kepada penonton. Filem itu secara berkali-kali memberitahu penonton : " Semakin dekat anda melihat, semakin kurang apa yang anda nampak". Lebih dekat anda cuba untuk memahami tindakan yang berlaku di skrin, semakin kurang anda akan nampak "gambaran besar" yang disampaikan."Now you see me" sememangnya bukanlah kisah tentang rompakan bank. Ia sebenarnya adalah mengenai "sihir" yang wujud dalam industri hiburan. Magick ditakrifkan oleh Crowley sebagai " Sains dan seni yang menyebabkan suatu PERUBAHAN  selaras dengan sesuatu kehendak ". Matlamat industri hiburan adalah untuk menyebabkan PERUBAHAN. Tetapi perubahan yang mengambil masa ... tahun, dekad dan generasi. Filem ini menerangkan prosesnya secara yang penuh dengan metafora.Ejen Interpol yang menyelidik tentang The Eye menerangkan helah yang paling terkenal adalah helah seorang ahli silap mata yang bernama Lionel Shrike.

“When he was 14, he saw a hole in a tree in Central Park. He had a guy, who worked at the carousel, sign a card for what looked like a routine little trick. At the guy’s retirement, 18 years later, Shrike performs, has the guy sign a card and presto! The card is in the tree. It was in the tree for 18 years.

The trick was not to look closely. It was to look so far that you see 20 years into the past.”



Selepas The Four Horsemen menyelesaikan ke semua tugas-tugas mereka, mereka telah diminta untuk bertemu di pokok Shrike, ini kerana ia mewakili The Eye yang sebenar.  Sama seperti di dalam magic trick pada pokok itu, transformasi  elit "sihir" adalah mengenai suatu gambaran besar dalam satu jangka masa panjang.

Pada satu ketiki Thaddeus ada berkata :
“This is a magic trick played out on the global scale. And you are the abracadabra, the distraction”.

Ketika penonton dipukau dengan adegan letupan dan aksi kejar mengejar, mereka sebenarnya terlepas pandang terhadap magik yang sebenar: Golongan elit sedang melakukan transformasi kepada masyarakat untuk memenuhi kehendak dan keperluan mereka melalui media massa.





Kesemua ilusi dalam filem ini menggunakan teknolgi CGI. Industri hiburan adalah master terhadap ilusi yang sebenar.

Filem ini berakhir dengan mesej dari Illuminati kepada orang awam, dengan memberitahu bahawa penontonlah adalah orang-orang yang ditipu oleh ahli-ahli silap mata yang sebenar.

“Come in close. Closer. Because now you know our secret. We could be anywhere. Watching you. We’re looking for someone to help us with our next trick. On the count of three, open your eyes and tell me what you see. One. Two …”
.... Fade to black ... 


Kesimpulan



Sebenarnya tidak ada apa yang benar dalam file "Now you see me" ini , ia sebenarnya hanya menggambarkan apa yang sebenarnya yang berlaku di dalam industri hiburan. Ahli-ahli silap mata dalam filem itu mewakili artis-artis dan pelbagai jenis penghibur yang di rekrut oleh golongan elit untuk menjalankan agendanya. The Eye adalah berdasarkan Secret Society  yang sebenar yang menggunakan pengaruhnya di Hollywood. Walaupun fakta-fakta ini mungkin jelas kepada sesetengah pihak, namun kebanyakan penonton mungkin terlepas mesej ini kerana mereka cuba untuk memahami jalan cerita filem itu.Malah, pada sepanjang masa , ffilem ini  ini seolah olah sedang mentertawakan penonton. Pada satu ketika, seorang ahli Horsemen berkata: " Ahli silap mata mesti menjadi orang yang paling bijak di dalam bilik ini". Filem ini adalah mimik atau parodi kepada dunia Hollywood. Ia seperti memberitahu penonton : " Lihatlah cerita bodoh ini yang memakan masa untuk dilayan ". Tetapi , di sebalik semua itu, ada satu mesej yang kuat yang datang terus The Eye . Sama ada anda BENAR BENAR melihatnya ... atau anda tidak.

Wallahualam

4 ulasan:

  1. mereka menyampaikan kebenaran dalam kelekaan manusia.supaya senang menyampaikan penipuan dalam kefokusan manusia.

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. Saya pelik.. Knp dia buat filem mengkantoikan diri sndiri?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui. [2:102]

      Padam