Sabtu, 30 November 2013

Ilham


Apa itu ilham?

Ilham adalah satu bentuk ilmu yang kita perolehi dari sumber yang kita sendiri tidak dapat tafsirkan. Ia seolah olah muncul dibenak fikiran kita dengan semula jadi. Saat kita mendapat satu ilham kita seolah olah dapat membuat sesuatu yang biasanya terbatas untuk kita lakukan. Ada juga yang mendapat ilham tentang suatu perkara yang tidak pernah terfikir oleh diri kita mahupun orang sekeliling kita.

Ilham biasanya muncul apabila kita mengetahui asas asas tentang satu ilmu itu. Contohnya anda seoarang penulis lagu, anda mengetahui bagaimana kod kod atau note note muzik, namun hanya dengan ilham anda akan dapat mencipta sebuah lagu yang indah dan menusuk kalbu. Begitu juga jika anda seorang programmer. Anda tahu asas asas bahasa pengaturcaraan namun hanya dengan ilham anda akan dapat menulis satu aplikasi yang berguna kepada anda dan juga pada masyarakat sekeliling.

Dari mana datangnya ilham?

Jika kita meyakini segala sesuatu itu datang dari maha pencipta. Sudah tentu mudah untuk menjawab persoalan ini.Tidak ada sesuatu apapun yang sebenarnya datang atau yang kita terima ini kecuali ia datang dari yang maha pencipta dan maha memeliki segala sesuatu yakni ALLAH SWT. Secara mudahnya kita faham bahawa yang mendatangkan ilham kepada kita adalah Allah SWT. Namun seperti yang disebut didalam contoh diatas tadi, kita perlu ada ilmu ilmu asas dahulu sebelum Allah SWT mengurniakan ilham kedalam benak fikiran kita. Asas kepada segala bentuk ilmu adalah Al Quran dan hadis. Al Quran adalah ilmu asas dan juga sebagai panduan asas kepada kita agar ilham yang dikurniakan itu memberi manfaat kepada diri kita mahupun kepada orang lain.

Ilham boleh datang melalui pelbagai arah. Ada yang mendapatnya ketika tidur melalui mimpi, ada juga yang mendapatnya ketika bertafakur, ada juga yang datang pada waktu biasa dalah kehidupan kita sehari hari, ada yang merasakan ia datang dalam bentuk bisikan halus. Apapun bentuk atau cara ilham itu sampai kedalam kotak fikiran kita, ia seolah olah muncul dengan sendirinya. Tidak melalui perantaraan, dan tidak juga berdasarkan pembelajaran melalui buku buku mahupun kuliah kuliah.

Namun begita ilham yang disangkakan itu mungkin sebenarnya bisikan syaitan yang cuba merosakkan pemikiran kita. Ya, memang benar,, boleh juga ia datang melalui syaitan, jin atau makhluk makhluk lain namun ia adalah berdasarkan keizinan Allah jua, kerana Allah jualah yang menciptakan mereka dan berhak keatas mereka. Contohnya begini, Allah mengilhamkan mahkluk ciptaannya tentang suatu perkara, dan kemudian mahluk itu bisikkan kepada manusia melalui kelebihan yang diberi Allah kepadanya. Di situlah datangnya fungsi Al Quran dan hadis yang menjadi asas dan panduan kepada kita menerima sesuatu ilham.
Samakah ilham dengan wahyu?
Dan Kami wahyukan kepada ibu Nabi Musa...  (Al-Qasas :7)
Dan Kami wahyukan kepada lebah... (An-Nahl : 68 )

Al Quran menggunakan perkataan wahyu disini tapi tidak kepada nabi nabi. Di sini kita dapat simpulkan bahawa wahyu yang dimaksudkan disini adalah ilham. Ia tidak sama dengan wahyu kepada para nabi dan rasul yang bertujuan untuk menetapkan syariat kepada kaumnya.
“Apabila telah menghampiri zaman (kiamat), mimpi seseorang yang beriman itu hampir-hampir tidak dusta, dan yang paling benar mimpinya dikalangan kamu ialah orang yang paling benar percakapannya. Dan mimpi orang Muslim (yg sentiasa bercakap benar) itu adalah sebahagian daripada 45 bahagian kenabian. Mimpi itu ada 3: Mimpi yang baik, khabar gembira daripada Allah, mimpi kesedihan/kebimbangan daripada Syaitan dan mimpi dari perkara yang dilaluinya sendiri (terkesan dari apa yg terjadi pada dirinya). Maka apabila seseorang dari kamu melihat apa yang tidak disukainya, maka hendaklah dia bangun dan menunaikan solat, dan jangan dia ceritakan kepada orang lain."
(Sahih Muslim, dan lain-lain)

Ilham juga disebut sebagai hikmah atau juga dipanggil ilmu laduni (ilmu tanpa belajar).
Dia memberikan ilmu hikmah kepada siapa yang dikehendakiNya. Barangsiapa mendapat hikmah, itu sesungguhnya dia mendapat kebaikan yang banyak. (Al-Baqarah : 269)
Sesungguhnya telah kami berikan hikmah kepada Luqman. (Luqman : 12)

Apakah kegunaan ilham?


Tidak ada satu apapun yang tercipta tanpa sebab. Begitu juga ilham. Para mujaddid dan pejuang islam menerima ilham untuk memperkukuhkan syariat Allah dimuka bumi ini. Para pencari kebenaran menerima ilham supaya ia dapat teruskan usahanya dan juga dapat menyampaikan ilham itu kepada orang lain selagi ia tidak bercanggah dengan syariat yang telah di lengkapkan melalui Al Quran.
Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu, (Al Maidah ayat 3)
Jadi ilham bukan lah untuk memperbahrui sesuatu syariat yang telah lengkap. Ia merupakan ilmu ilmu lain yang berguna kepada kehidupan kita. Contohnya, Allah telah menetapkan makanan yang haram dan halal. Allah telah mensyariatkannya. Kita tahu babi itu haram dimakan dan ikan itu halal untuk kita menjamahnya. Namun Allah tidak mensyariatkan tentang bagaimana kita menghidangkannya. Jadi dengan ilham terciptalah masakan yang enak enak seperti ikan bakar, Ikan Kerapu Tiga Rasa dan yang lain lain yang tidak tertulis dalam Al Quran mahupun hadis. 

Begitu juga Allah telah menyatakan di dalam Al Quran tentang kewujudan makhluk makhluk lain selain dari manusia. Dia tidak menyatakan apakah makhluk makhluk itu secara terperinci.  Kemudian datangnya ilham dari padaNya menceritakan secara jelas setiap makhluk yang telah diciptakan. Yang akhirnya dapatlah kita menemui pelbagai jenis makhluk seperti micro organisma yang tidak dapat dilihat sebelum ini. Dan ada juga yang mendapat ilham tentang makhluk yang bernama Al Hin, Al Basyar, Polips, Hantu Raya, dan sebagainya. Ia tdak bercanggah dengan asas yang telah digariskan bahawa terdapat pelbagai makhluk yang diciptakan sebelum terciptanya manusia mahupun selepas manusia.

Jika ada orang yang datang kepada kita menceritakan yang dia mendapat suatu ilham dari Allah dan menyatakan bahawa tidak lagi perlu solat 5 waktu sekadar cukup 1 waktu sehari, maka ia adalah bercanggah dengan syariat yang telah ditetapkan oleh Allah melalui wahyu ke Nabi Muhammad SAW., maka ia adalah dusta.

Kita selalu mempersoalkan sesuatu jika ia tidak terlintas difikiran kita. Ya, ia adalah lumrah fikiran manusia. Ada yang meminta di berikan nas nas dalam Al Quran daripada orang yang memberitahu sesuatu itu kepada kita. Bagus tindakan kita itu, tapi kita juga harus sedar bahawa jika tidak ada nas nas yang membenarkan apa yang disampaikan, kita juga harus memberikan nas nas yang menyatakan perkara itu bercanggah. Seperti contoh Ikan Kerapu Tiga Rasa tadi, sudah tentu jika kita minta nas Al Quran daripada orang yang mencipta resepi itu, beliau tidak dapat memberikannnya. Tapi tidak pula kita dapat menyatakan nas nas yang menyatakan resepi itu bercanggah dengan syariat.


Kepada siapa Allah berikan ilham?

Pertama, kita harus yakin  Allah berhak terhadap apa jua, ia boleh memberikan apa saja kepada mereka yang beriman mahupun yang tidak beriman kepadanya. Jika DIA berkehendak memberi kekayaan kepada yang tidak beriman, maka orang itu akan menerima kekayaan. Begitu juga dengan ilham, dia berhak untuk memberi kepada sesiapa sahaja mengikut kehendakNya. Terpulang kepada mereka yang menerima pemberiannya itu. Jika kekayaan yang diterimanya digunakan dengan cara yang bathil, maka celakalah dia. Jika ilham yang diterima juga digunakan secara bathil maka termasuklah mereka dari orang orang yang rugi.

Walau bagaimanapun dalam Al Quran ada menyatakan kepada siapa Allah akan memberi ilham.
..hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah dan (ingatlah), Allah mengajar kamu dan Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (Al Baqarah ayat 282)
Dan Rasulullah pernah bersabda :
Barangsiapa yang mengamalkan ilmu yang ia ketahui, maka Allah akan memberikan kepadanya ilmu yang belum ia ketahui (Hadits riwayat Imam Ahmad dalam kitab  Al-hikam)
Seperti perkara lain, apabila memperbincangkan persoalan ilham ini tentu ada yang menerima dan ada yang tidak menerimanya. Itulah ketetapannya.  Ada orang yang menolak ilham sebagai sumber ilmu. Antara kenapa ia menjadi penolakan ada kerana kurangnya pendedahan tentang ilmu ini. Ilham adalah salah satu cabang daripada ilmu tasawwuf. Kita sekarang hanya banyak menumpukan kepada ilmu fekah sahaja. Apabila ada orang bercerita tentang ilham kita terus melenting mengatakan ia tidak ada dalam Islam, malah lebih dasyat lagi kita menuduh pula orang itu sesat dengan mudah, sedangkan kita sendiri yang tidak pernah belajar mengenainya.

Ada jua yang menolaknya sedangkan mengetahui tentang adanya ilmu sebegini, cuma perasaan hasad dengki kerana dia tidak menerimanya. Ada juga yang mengatakan dia hanya menerima sesuatu perkara yang telah tertulis di dalam Al Quran dan Hadis. Golongan seperti ini secara tak langsung, menolak qias mahupun ijmak ulama. 

Walau apapun kita mesti berlapang dada "agree to disagree" dalam apa jua hal. InshaAllah apabila kita melaluinya nanti, kita akan merasai nikmat, kesannya dan juga ujian yang sama juga akan diterima apabila kita cuba menyampaikannya.

Semoga Allah menetapkan iman kita dan tidak membolak balikkan hati kita semua. Ameen Ya Rabbal A'lamin.


17 ulasan:

  1. Alhamdulillah, Jazakallahukhairan. Terimakasih atas perkongsian ilmu ini. Mohon untuk berkongsi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

      Padam
  2. Salam, saya baru terjumpa blog ni.. bila di baca post2 sebelumnya rasa seperti kombinasi beberapa buah fikiran blogger.. mistisfiles, nusa naga, umat terakhir, dan neo matrix2u (kalau tak silap).. adakah admin ni neo matrix 2 atau ada kaitan dengan dia..?? Tapi admin punya olahan lain sikit..

    Post Tentang Bulan memang 'rare'.. harap ada lagi perkongsian sepertinya. Admin ni ada kebolehan untuk akses maklumat / memori alam ke..?? Apapun gudlak..

    BalasPadam
  3. Salama, sedikit pertanyaan ttg wahyu. Nabi di ajar oleh Jibril dgn wahyu di dlm bahasa A'rab. Kemudian nabi bacakan kpd sahabat utk di kitabkan. Kitab ini jelasnya tidak berubah hurufnya hingga kiamat namun perlu di ketahui bhw kitab yg di tulis hanya dlm bentuk huruf tanpa baris dan tanda. Kini, kitab itu telah di ubah dgn baris dan tanda. Kitab2 ulama silam semuanya dlm jawi arab yg juga tidak berbaris dan tanda. Bukankah fitnah jika kita katakan kitab yg ada kini sama dgn yg di turunkan kpd nabi? Bagaimana bunyinya kitab yg di baca dgn makhraj huruf dgn yg di baca dgn baris? Contoh Ayat 3 Maidah Al Yawama Akamalata Lakama Dayana Kama Wa Atamamata A'laya Kama Naa'mataya Wa Radhoyata Lakama Al Asalaama Dayanaa. Mmm.. takde sebut Islam kan? Bila Islam wujud ialah bila kitab di pinda. Sebab itulah ulamak kini tak berupaya menguasai bahasa kitab. Dan harus di ingat bahasa kitab adalah bahasa langit dan semua amalan yg naik ke langit mesti guna bahasa langit juga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam tuan al mahadaya

      Secara jujur saya pernah membaca tulisan tuan tentang hal ini. Tuan juga ada memberi komen di beberapa blog tentang hal yang sama, namun saya biasanya mengambil langkah berdiam diri utk mengelak konflik. Ternyata setiap kali Tuan membangkitkan isu ini di forum dan di blog blog, ia akan berkesudahan dengan konflik yang berpanjangan. Oleh kerana kali ini tuan menghantar komen di blog saya, maka saya akan menjawab. Saya menjawab atas pegangan dan pendapat saya sendiri.

      Saya menerima pendapat saudara pada mulanya ayat ayat alquran ditulis tanpa baris malahan huruf hurufnya tanpa titik dan tida dibukukan dalam satu buku. Ia hanya dalam bentuk mushaf mushaf yang berasingan sehinggalah pada zaman pemerintahan Khalifah Usman Al Affan, ia dijilidkan menjadi satu kitab, namun pada masa itu ia masih dalam bentuk huruf yang tidak bertitik dan tidak berbaris. Akhirnya pada zaman pemerintahan Khalifa Mu'awiyah, barulah Al Quran ditulis dengan mempunyai titik dan baris pada huruf hurufnya dan ia kekal sehingga sekarang.

      Walau bagaimanapun saya tidak bersetuju dengan tuan tentang cara lafaz bacaan kalimah kalimah di dalam alquran itu seperti yang tuan sangkakan. محمد tidak di lafazkan "mahamada" ia di sebut "muhammad"

      Kembali kepada sejarah penulisan al quran ini. Ia di beri baris dan titik pada zaman Mu'awiyah. Mu'awiyah bin Abu Sufyan (http://ms.wikipedia.org/wiki/Muawiyah_bin_Abu_Sufyan)ini adalah salah seorang sahabat nabi. Ini bermaksud ia sendiri mendengar bacaan Al Quran dari mulut nabi sendiri. Tentu masih ramai lagi para sahabat nabi yang hidup pada ketika ayat Al Quran ini diberi tanda titik dan baris pada penulisannya. Tujuan ia ditulis sedemikian rupa adalah untuk mengelakkan orang orang yang tidak pandai berbahasa arab salah menyebut ayat ayat Al Quran kerana pada masa itu Islam telah mula berkembang jauh dari tanah arab.

      Gaya penulisan tidak ada kaitan dengan cara lafaz sebenar. Jika ia berubah, tentu sekali para tahfiz yang juga hidup bersama nabi, ketika di zaman Mu'awiyah akan menentangnya. Pernahkah tuan melihat kamus bahasa inggeris? saya ambil contoh perkataan "Disclose" biasanya disebelah itu ada satu lagi ejaan untuk memudahkan kita menyebut perkataan itu "\dis-ˈklōz\", ia diberi baris dan titik. Ia tidak mengubah perkataan itu walaupun penulisannya berbeza. Ini sama seperti penulisan al quran tadi yang di beri baris dan titik.

      Itu pendirian saya secara ringkas ttg isu yang tuan bangkitkan.

      Wallahu'alam.

      Padam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. tuan minta izin mengakses mistisfile, lama dah ikuti tapi sekarang tak boleh.....

    BalasPadam
  6. salam. tolong terima saya ke mistis file..t.ksh bnyak

    BalasPadam
  7. salam,saya suka baca kajian tuan, kalau boleh invite kan saya ke mistifile.. dynne.midoyo90@gmail.com, terima ksh

    BalasPadam
  8. Watch HashemFilm The Antichrist Dajjal Series at freezersun.blogspot.com

    BalasPadam
  9. Salam , penulis sudah berpindah ke blog lain ke? saya amat minat membaca penulisan dia.. Tolong bagi tau dia pindah ke mana . ni email saya radii1992@gmail.com

    BalasPadam
  10. Re-matrix........aku suka blog ni.
    Harap teruskan penulisan soudara....

    BalasPadam
  11. Saya suka dgn penulisan saudara malah sahabat2 saya juga minat..alhamdulilah byk ilmu saya dapat pelajari dari saudara..terima kasih sanggup berkongsi ilmu..pd semua pembaca blog..

    BalasPadam
  12. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  13. Sedikit penambahan kepada tuan penulis. Wahyu yang berlainan daripada yang diberikan kepada para nabi dan rasul dipanggil :

    1. Ilhamul Fitri - eg. Dikurniakan Allah SWT kepada manusia biasa seperti ibu nabi Musa alaihissalam.
    2. Ilhamul Gharizi - eg. Dikurniakan Allah SWT kepada haiwan seperti lebah.
    3. Isyarat pantas - eg. Diberikan kepada nabi Zakaria kepada kaumnya.
    4. Bisikan dan godaan syaitan - eg. Kepada manusia
    5. Perintah Allah kepada para malaikat - eg. Untuk melakukan sesuatu perkara.

    Semua di atas terdapat di dalam sukatan pelajar Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah bagi pelajar jurusan agam Tingkatan 4.

    BalasPadam
  14. ILMU LADUNI.... Salah satu cabang Ilmu Allah secara berguru terus dgn-Nya Tuhan tanpa sebarang perantaraan. Kesahnya bermula apabila Allah Rabbul Izzati bertanyakan kepada Nabi Musa AS Kalamullah fasal Bab Iman. Lantas disangka oleh Nabi Musa AS dirinyalah orang yg sudah cukup sempurna Imannya dizamannya. Lalu Allah perintahkan Nabi Musa AS mengaji berguru lagi bagi mendalami Bab Iman...

    Bermulalah Nabi Musa AS dgn Pemudanya berjalan2 diperbatasan mencari menjejaki seorang "Hamba Allah Yg Beriman" (Nabi Khidir AS), yg telah dikurniakan Rahmat-Nya dari sisi-Nya, dan telah diajarkan Ilmu-Nya dari sisi-Nya. Tempat pencariannya dan kehadirannya diPertemuan 2 Lautan.. Satu perjalanan Mistik yg penuh Hikmah serta lambang2 tersirat, mencari Ilmu Kebenaran Sejati. Nabi Musa AS sudah bertaraf Nabi lagi Rasul, berdarjat Kalamullah, ada Kitab Taurat, ada Mukjizat Tongkat Sakti, serta ummatnya Bani Israel cukup ramai. Mampukah Nabi Musa AS meneruskan perjalanan hingga tamat perguruan..?? (Surah Al-Kahfi - Ayat : 60 - 82).

    BalasPadam
  15. Salam..minta jasa baik tuan utk invite sye dlm blog mistikfiles.

    BalasPadam