Sabtu, 30 November 2013

Ilham


Apa itu ilham?

Ilham adalah satu bentuk ilmu yang kita perolehi dari sumber yang kita sendiri tidak dapat tafsirkan. Ia seolah olah muncul dibenak fikiran kita dengan semula jadi. Saat kita mendapat satu ilham kita seolah olah dapat membuat sesuatu yang biasanya terbatas untuk kita lakukan. Ada juga yang mendapat ilham tentang suatu perkara yang tidak pernah terfikir oleh diri kita mahupun orang sekeliling kita.

Ilham biasanya muncul apabila kita mengetahui asas asas tentang satu ilmu itu. Contohnya anda seoarang penulis lagu, anda mengetahui bagaimana kod kod atau note note muzik, namun hanya dengan ilham anda akan dapat mencipta sebuah lagu yang indah dan menusuk kalbu. Begitu juga jika anda seorang programmer. Anda tahu asas asas bahasa pengaturcaraan namun hanya dengan ilham anda akan dapat menulis satu aplikasi yang berguna kepada anda dan juga pada masyarakat sekeliling.

Dari mana datangnya ilham?

Jika kita meyakini segala sesuatu itu datang dari maha pencipta. Sudah tentu mudah untuk menjawab persoalan ini.Tidak ada sesuatu apapun yang sebenarnya datang atau yang kita terima ini kecuali ia datang dari yang maha pencipta dan maha memeliki segala sesuatu yakni ALLAH SWT. Secara mudahnya kita faham bahawa yang mendatangkan ilham kepada kita adalah Allah SWT. Namun seperti yang disebut didalam contoh diatas tadi, kita perlu ada ilmu ilmu asas dahulu sebelum Allah SWT mengurniakan ilham kedalam benak fikiran kita. Asas kepada segala bentuk ilmu adalah Al Quran dan hadis. Al Quran adalah ilmu asas dan juga sebagai panduan asas kepada kita agar ilham yang dikurniakan itu memberi manfaat kepada diri kita mahupun kepada orang lain.

Ilham boleh datang melalui pelbagai arah. Ada yang mendapatnya ketika tidur melalui mimpi, ada juga yang mendapatnya ketika bertafakur, ada juga yang datang pada waktu biasa dalah kehidupan kita sehari hari, ada yang merasakan ia datang dalam bentuk bisikan halus. Apapun bentuk atau cara ilham itu sampai kedalam kotak fikiran kita, ia seolah olah muncul dengan sendirinya. Tidak melalui perantaraan, dan tidak juga berdasarkan pembelajaran melalui buku buku mahupun kuliah kuliah.

Namun begita ilham yang disangkakan itu mungkin sebenarnya bisikan syaitan yang cuba merosakkan pemikiran kita. Ya, memang benar,, boleh juga ia datang melalui syaitan, jin atau makhluk makhluk lain namun ia adalah berdasarkan keizinan Allah jua, kerana Allah jualah yang menciptakan mereka dan berhak keatas mereka. Contohnya begini, Allah mengilhamkan mahkluk ciptaannya tentang suatu perkara, dan kemudian mahluk itu bisikkan kepada manusia melalui kelebihan yang diberi Allah kepadanya. Di situlah datangnya fungsi Al Quran dan hadis yang menjadi asas dan panduan kepada kita menerima sesuatu ilham.
Samakah ilham dengan wahyu?
Dan Kami wahyukan kepada ibu Nabi Musa...  (Al-Qasas :7)
Dan Kami wahyukan kepada lebah... (An-Nahl : 68 )

Al Quran menggunakan perkataan wahyu disini tapi tidak kepada nabi nabi. Di sini kita dapat simpulkan bahawa wahyu yang dimaksudkan disini adalah ilham. Ia tidak sama dengan wahyu kepada para nabi dan rasul yang bertujuan untuk menetapkan syariat kepada kaumnya.
“Apabila telah menghampiri zaman (kiamat), mimpi seseorang yang beriman itu hampir-hampir tidak dusta, dan yang paling benar mimpinya dikalangan kamu ialah orang yang paling benar percakapannya. Dan mimpi orang Muslim (yg sentiasa bercakap benar) itu adalah sebahagian daripada 45 bahagian kenabian. Mimpi itu ada 3: Mimpi yang baik, khabar gembira daripada Allah, mimpi kesedihan/kebimbangan daripada Syaitan dan mimpi dari perkara yang dilaluinya sendiri (terkesan dari apa yg terjadi pada dirinya). Maka apabila seseorang dari kamu melihat apa yang tidak disukainya, maka hendaklah dia bangun dan menunaikan solat, dan jangan dia ceritakan kepada orang lain."
(Sahih Muslim, dan lain-lain)

Ilham juga disebut sebagai hikmah atau juga dipanggil ilmu laduni (ilmu tanpa belajar).
Dia memberikan ilmu hikmah kepada siapa yang dikehendakiNya. Barangsiapa mendapat hikmah, itu sesungguhnya dia mendapat kebaikan yang banyak. (Al-Baqarah : 269)
Sesungguhnya telah kami berikan hikmah kepada Luqman. (Luqman : 12)

Apakah kegunaan ilham?


Tidak ada satu apapun yang tercipta tanpa sebab. Begitu juga ilham. Para mujaddid dan pejuang islam menerima ilham untuk memperkukuhkan syariat Allah dimuka bumi ini. Para pencari kebenaran menerima ilham supaya ia dapat teruskan usahanya dan juga dapat menyampaikan ilham itu kepada orang lain selagi ia tidak bercanggah dengan syariat yang telah di lengkapkan melalui Al Quran.
Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu, (Al Maidah ayat 3)
Jadi ilham bukan lah untuk memperbahrui sesuatu syariat yang telah lengkap. Ia merupakan ilmu ilmu lain yang berguna kepada kehidupan kita. Contohnya, Allah telah menetapkan makanan yang haram dan halal. Allah telah mensyariatkannya. Kita tahu babi itu haram dimakan dan ikan itu halal untuk kita menjamahnya. Namun Allah tidak mensyariatkan tentang bagaimana kita menghidangkannya. Jadi dengan ilham terciptalah masakan yang enak enak seperti ikan bakar, Ikan Kerapu Tiga Rasa dan yang lain lain yang tidak tertulis dalam Al Quran mahupun hadis. 

Begitu juga Allah telah menyatakan di dalam Al Quran tentang kewujudan makhluk makhluk lain selain dari manusia. Dia tidak menyatakan apakah makhluk makhluk itu secara terperinci.  Kemudian datangnya ilham dari padaNya menceritakan secara jelas setiap makhluk yang telah diciptakan. Yang akhirnya dapatlah kita menemui pelbagai jenis makhluk seperti micro organisma yang tidak dapat dilihat sebelum ini. Dan ada juga yang mendapat ilham tentang makhluk yang bernama Al Hin, Al Basyar, Polips, Hantu Raya, dan sebagainya. Ia tdak bercanggah dengan asas yang telah digariskan bahawa terdapat pelbagai makhluk yang diciptakan sebelum terciptanya manusia mahupun selepas manusia.

Jika ada orang yang datang kepada kita menceritakan yang dia mendapat suatu ilham dari Allah dan menyatakan bahawa tidak lagi perlu solat 5 waktu sekadar cukup 1 waktu sehari, maka ia adalah bercanggah dengan syariat yang telah ditetapkan oleh Allah melalui wahyu ke Nabi Muhammad SAW., maka ia adalah dusta.

Kita selalu mempersoalkan sesuatu jika ia tidak terlintas difikiran kita. Ya, ia adalah lumrah fikiran manusia. Ada yang meminta di berikan nas nas dalam Al Quran daripada orang yang memberitahu sesuatu itu kepada kita. Bagus tindakan kita itu, tapi kita juga harus sedar bahawa jika tidak ada nas nas yang membenarkan apa yang disampaikan, kita juga harus memberikan nas nas yang menyatakan perkara itu bercanggah. Seperti contoh Ikan Kerapu Tiga Rasa tadi, sudah tentu jika kita minta nas Al Quran daripada orang yang mencipta resepi itu, beliau tidak dapat memberikannnya. Tapi tidak pula kita dapat menyatakan nas nas yang menyatakan resepi itu bercanggah dengan syariat.


Kepada siapa Allah berikan ilham?

Pertama, kita harus yakin  Allah berhak terhadap apa jua, ia boleh memberikan apa saja kepada mereka yang beriman mahupun yang tidak beriman kepadanya. Jika DIA berkehendak memberi kekayaan kepada yang tidak beriman, maka orang itu akan menerima kekayaan. Begitu juga dengan ilham, dia berhak untuk memberi kepada sesiapa sahaja mengikut kehendakNya. Terpulang kepada mereka yang menerima pemberiannya itu. Jika kekayaan yang diterimanya digunakan dengan cara yang bathil, maka celakalah dia. Jika ilham yang diterima juga digunakan secara bathil maka termasuklah mereka dari orang orang yang rugi.

Walau bagaimanapun dalam Al Quran ada menyatakan kepada siapa Allah akan memberi ilham.
..hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah dan (ingatlah), Allah mengajar kamu dan Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (Al Baqarah ayat 282)
Dan Rasulullah pernah bersabda :
Barangsiapa yang mengamalkan ilmu yang ia ketahui, maka Allah akan memberikan kepadanya ilmu yang belum ia ketahui (Hadits riwayat Imam Ahmad dalam kitab  Al-hikam)
Seperti perkara lain, apabila memperbincangkan persoalan ilham ini tentu ada yang menerima dan ada yang tidak menerimanya. Itulah ketetapannya.  Ada orang yang menolak ilham sebagai sumber ilmu. Antara kenapa ia menjadi penolakan ada kerana kurangnya pendedahan tentang ilmu ini. Ilham adalah salah satu cabang daripada ilmu tasawwuf. Kita sekarang hanya banyak menumpukan kepada ilmu fekah sahaja. Apabila ada orang bercerita tentang ilham kita terus melenting mengatakan ia tidak ada dalam Islam, malah lebih dasyat lagi kita menuduh pula orang itu sesat dengan mudah, sedangkan kita sendiri yang tidak pernah belajar mengenainya.

Ada jua yang menolaknya sedangkan mengetahui tentang adanya ilmu sebegini, cuma perasaan hasad dengki kerana dia tidak menerimanya. Ada juga yang mengatakan dia hanya menerima sesuatu perkara yang telah tertulis di dalam Al Quran dan Hadis. Golongan seperti ini secara tak langsung, menolak qias mahupun ijmak ulama. 

Walau apapun kita mesti berlapang dada "agree to disagree" dalam apa jua hal. InshaAllah apabila kita melaluinya nanti, kita akan merasai nikmat, kesannya dan juga ujian yang sama juga akan diterima apabila kita cuba menyampaikannya.

Semoga Allah menetapkan iman kita dan tidak membolak balikkan hati kita semua. Ameen Ya Rabbal A'lamin.


Jumaat, 22 November 2013

Relativity dan Time Dilation

Apa saja yang kita lihat, rasa mahupun yg diukur adalah sesuatu yang relatif. Tidak ada satu pun yang benar benar boleh dikatakan tetap pada satu keadaan. Ia amat relatif kepada satu keadaan dengan keadaan yang lain. Konfius? Ok sebelum saya terus membebel tentang relatif ini, mungkin lebih baik kita cuba fahami dulu istilah "relatif" ini. Relatif berasal dari perkataan "relate" yang memebawa makna "berkait". Jadi relatif bermaksud "sifat berkait". Dalam konteks tertentu, boleh juga digunakan takrifan "pergantungan". Sebagai contoh
"kecantikan adalah relatif terhadap pandangan seseorang." 
Ini bermaksud kecantikan itu bergantung kepada mata yang memandangnya seterusnya berkait dengan otak yang menafsirnya. Harap anda faham istilah relatif ini. Di dalam artikel bersiri Matrix ada dijelaskan apa maksud relatif dengan panjang lebar (Rujuk disini)

Seterusnya kita akan telusuri  pula satu teori yang agak kontroversi mengenai relatif ini, tak lain tak bukan adalah Teori Relativiti yang diperkenalkan oleh seorang saintis yang tidak asing lagi iaitu Albert Einstein. Ada yang mengatakan bahawa Einstein ini seorang yahudi, mungkin juga benar, tapi yang pastinya Einstein ini bukan seorang Atheis. Beliau mempercayai kewujudan dan kekuasaan tuhan. Ini boleh dilihat dalam beberapa quotes dari beliau.  Lupakan dulu tentang Einstein, kita pinjam sebentar teori beliau ini untuk kita lihat apa signifikan nya teori ini dalam bidang sains mahupun kehidupan.

Teori relativiti ini tidak bercanggah dengan Al Quran malah tersokong didalam beberapa ayat di dalamnya. Antara  yang menerangkannya dengan agak jelas adalah di dalam surah Al Kahfi.

[QS 18:10] (Ingatlah) tatkala para pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua, lalu mereka berdo'a: "Wahai Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)." 

[QS 18:11] Maka Kami tutup telinga mereka beberapa tahun dalam gua itu

[QS  18:18] Dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri; sedang anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah engkau akan merasa sepenuh-penuh gerun takut kepada mereka.

[QS 18:19] Dan demikianlah Kami bangunkan mereka agar mereka saling bertanya di antara mereka sendiri. Berkatalah salah seorang di antara mereka: Sudah berapa lamakah kamu berada (disini?)". Mereka menjawab: "Kita berada (disini) sehari atau setengah hari". Berkata (yang lain lagi): "Tuhan kamu lebih mengetahui berapa lamanya kamu berada (di sini). Maka suruhlah salah seorang di antara kamu untuk pergi ke kota dengan membawa uang perakmu ini, dan hendaklah dia lihat manakah makanan yang lebih baik, maka hendaklah ia membawa makanan itu untukmu, dan hendaklah ia berlaku lemah-lembut dan janganlah sekali-kali menceritakan halmu kepada seorangpun.  
QS 18:25] Dan mereka tinggal dalam gua mereka tiga ratus tahun dan ditambah sembilan tahun (lagi).

Dalam Teori Relativiti ini terdapat beberapa formula dan kesimpulan yang dihasilkan. Antaranya ialah "Time Dilation" atau Pelebaran Masa. Sebelum kita kaitkan dengan ayat ayat dari surah al kahfi ini, adalah lebih baik pembaca menonton video dibawah untuk memahami tentang Teori Relativity dan khususnya mengenai Time Dilation.


Salah satu dari kesimpulan menarik yang terhasil dari teori ini adalah :

"You age slower when you move faster."
"Umur anda lebih panjang jika anda bergerak lebih laju"
 Dan formula yang terhasil dari penyataan di atas ialah :


Dalam surah Al Kahfi, t1 merujuk kepada 309 tahun manakala t merujuk kepada 1 hari. v merujuk kepada kelajuan dan c merujuk kepada kelajuan cahaya. Berdasarkan formula ini, untuk t1 menjadi 309 tahun sedangkan t adalah satu hari, maka kelajuan(v) harus satu nilai yang besar. Lihat frasa yang di highlightkan dari ayat 11 dan 18 surah al kahfi tadi :
"Kami tutup telinga mereka"
"Dan kami bolak balikkan mereka ke kanan dan kekiri"
Dua frasa ini menunjukkan mereka ini digerakkan ke kanan dan ke kiri dengan kelajuan yang amat laju. Buktinya adalah telinga mereka ditutup. Seperti kita tahu dalam pergerakan ke kanan dan kekiri dengan laju akan menghasilkan frekuensi yang amat tinggi. Frekuensi yang tinggi ini boleh mengakibatkan kecederaan kepada gegendang telinga. Frasa d ibawah ini mengukuhkan lagi hujah ini :
"kamu akan dipenuhi oleh ketakutan terhadap mereka"
Sudah pasti kalau sesiapa yang melihat pergerakan atau keadaan yang amat laju dan ganjil itu akan menakutkan mereka yang melihatnya.(Tidak tidur dalam keadaan biasa). Berapa kelajuan sebenar pergerakan itu? Anda boleh lah masukkan sendiri nilai nilai ke dalam formula diatas untuk mendapat kelajuan(v) yang sebenar. Tukarkan t1 (309 tahun kepada saat) dan t juga (1 hari kepada saat) manakala c adalah 299,792,458 m/s. Kira sendiri ya..

Teori Relativiti ini sebenarnya jika difahami dan  dihayati dengan lebih mendalam akan dapat menyingkap banyak persoalan persoalan yang sering bermain difikiran kita jika kita adalah seorang pemikir dan pencari yang dahagakan kefahaman tentang keberadaan diri kita dan alam ini. Akhirnya tidak satu pun yang kita pegang, rasa dan lihat ini adalah satu yang  nyata. Ia hanyalah relatif relatif kepada satu keadaan dengan keadaan yang lain.

Itu saja nukilan saya kali ini, hanya untuk mengajak para pembaca meneliti teori ini dan berkongsi penemuan anda di ruang komen di bawah. Agar kita beroleh manfaat darinya.

Apa pun, Tidak ada yang wujud selain wujudnya dia yang Maha Pencipta.

Wallahualam




Ahad, 3 November 2013

Kepentingan Mengenali Imam Mahdi


Seperti yang kita tahu, salah satu figure yang akan lahir pada akhir zaman adalah seorang lelaki yang akan mengetuai perjuangan di atas jalan yang benar. Figure itu tak lain dan tak bukan adalah, Imam Mahdi. Semenjak Nabi Muhammad menyebut tentang perihal Imam Akhir Zaman ini, para sahabat dan salafus soleh sudah berusaha mencari siapakah Imam Mahdi yang dimaksudkan, kerana pada masa itu mereka juga pasti merasakan akhir zaman itu sudah hampir dengan mereka. Dan sehinggalah hari ini, figure itu terus menjadi bahan kajian dan ramai yang begitu ghairah mencari beliau, tidak kira atas tujuan mahu menjadi sebahagian dari pasukan yang dipimpin beliau, dan ada juga yang mencarinya adalah musuh yang tidak mahu waktu itu tiba. Tidak kurang juga yang menggunakan hadis ini bertujuan untuk mengaku diri mereka sebagai Mahdi.

Dalam pos kali ini saya tidak lagi mahu memetik hadis hadis yang membuktikan adakah figure ini benar2 wujud atau sekadar bayangan kerana itu telah banyak dikupas oleh para cendiakawan dan ilmuan Islam yang lain, malahan terdapat banyak buku buku yang cuba merungkaikan tentang Imam Mahdi. Saya cuba memfokuskan artikel ini mengenai kepentingan dan keperluan untuk mengetahui siapakah Imam Mahdi dan persediaan yang harus dibuat sebelum kemunculan beliau satu hari kelak.

Dalam membicarakan tentang Imam Mahdi tidak dapat tidak untuk mengaitkannya dengan kemunculan Dajjal. Seperti ciptaan Allah yang lain menciptakan sesuatu, pasti ada pasangan atau pun lawannya. Contohnya jika ada yang gemuk pasti ada orang yang kurus, Jika ada orang yang bijak pasti ada orang yang bodoh, begitu jugalah tentang kemuculan dajjal yang disifatkan fitnah terbesar sepanjang kewujudan manusia di muka bumi ini pasti ada lawannya, tak lain tak bukan dia lah Imam Mahdi.


Apa pentingnya kita mengambil tahu tentang Imam Mahdi ini?

Tidak ada yang tidak penting jika sesuatu arahan, amaran mahupun peringatan itu datangnya dari Allah atau dari Muhammad SAW. Seperti kita tahu hadis hadis tentang Imam Mahdi adalah dari hadis hadis yang sahih. Jadi ada kepentingan untuk kita mengambil berat tentang beliau. Jika kita beriman kepada Rasul dan kita beriktikad bahawasanya Nabi Muhammad itu rasul Allah, maka memandang rendah terhadap peringatan baginda adalah satu yang amat tidak baik dan akan memberi kesan buruk pada diri kita sendiri. Cuba lihat contoh ini:

Boss anda menyuruh anda untuk pergi ke satu presentation untuk satu tender. Dia ada berpesan, dalam perjalanan ke situ nanti anda akan bertemu dengan seorang konsultan(Sedangkan anda tidak mengenali konsultan itu secara fizikal), beliau menceritakan serba sedikit tentang konsultan itu. Mengikut perkiraan boss anda hanya dengan bekerjasama dengan konsultan ini, company anda akan berjaya memenangi tender ini. Sementara itu, ada company rival juga akan membuat presentation yang sama telah mengetahui tentang konsultan yang boss anda maksudkan Untuk memastikan mereka berjaya menewaskan company anda dan seterusnya memenangi tender itu, mereka cuba menukarkan konsultan itu dengan orang lain yang berpihak kepada mereka. Kerana sikap endah tidak endah tentang hal itu anda tidak cuba mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang konsultan itu. Tiba hari yang ditetapkan, anda pergi menuju  ke tempat yang telah ditentukan. Sebelum itu anda singgah di satu mall untuk bertemu dengan konsultan itu. Tiba  di mall, ketika anda memakir kereta datang seorang lelaki menghampiri kereta anda dan mengakui yang dia adalah konsultan yang dimaksudkan. Oleh kerana anda tidak mengenali konsultan itu dengan detail anda pun percaya dialah orang yg dimaksudkan,  yang sebenarnya dia adalah orang yg diupah oleh rival anda dalam perebutan tender itu. Apakah kesudahan cerita ini? anda tentu dapat menekanya.

Begitulah juga perihal kepentingan mengenali Imam Mahdi ini. Seperti yang diterangkan diawal artikel, semua hal yang dicipta ini mempunyai pasangan yang berlawanan, begitu juga dengan perjalanan menuju akhirat ini hanya ada 2 jalan. Jalan yang benar (haq) dan jalan yang salah(bathil). Sama ada anda akan memilih Imam Mahdi atau sebaliknya anda memilih dajjal. Tiada jalan tengah. Mungkin ada yang berkata, tentu ada golongan lain juga yang benar ketika kemunculan Mahdi nanti. Jawapannya tidak, kerana ia antara Baik dan Jahat, hitam atau putih syurga atau neraka. dalam sebuah hadis sahih juga ada menyebut

Dari Abu ‘Amir al-Hauzaniy ‘Abdillah bin Luhai, dari Mu’awiyah bin Abi Sufyan, bahwasanya ia (Mu’awiyah) pernah berdiri di hadapan kami, lalu ia berkata: “Ketahuilah, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah berdiri di hadapan kami, kemudian beliau bersabda, “Ketahuilah sesungguhnya orang-orang sebelum kamu dari Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) terpecah menjadi 72 (tujuh puluh dua) golongan dan sesungguhnya ummat ini akan berpecah belah menjadi 73 (tujuh puluh tiga) golongan, (adapun) yang tujuh puluh dua akan masuk Neraka dan yang satu golongan akan masuk Surga, yaitu “al-Jama’ah.”
Walaupun satu ketika nanti kita nampak seperti ada banyak kumpulan yang kita rasa menuju jalan yang benar (73 Golongan) namun menurut Rasulullah hanya 1 sahaja lah yang benar.


Adakah cukup dengan mengetahui tentang Imam Mahdi?


Sudah tentu tidak. contoh paling mudah telah dibentangkan di dalam al quran. semasa iblis diperintahkan Allah untuk sujud kepada nabi Adam, bukankah dia sudah mengenali siapa Adam. Dia ingkar terhadap perintah allah, bukankah dia lebih mengenali Allah lebih dari kita hari ini. Saya bahagikan dunia ini hanya kepada dua golongan iaitu jahat dan baik. Kumpulan jahat sudah mengetahui perihal Mahdi dan berusaha mencarinya. Orang islam juga sedar tentang Mahdi dan juga berusaha mencarinya. Bezanya adalah pada tujuan pencarian. namun pokoknya disini adalah, kedua dua kumpulan ini mengetahui tentang Imam Mahdi. Satu adalah untuk mengikutnya menyokongnya dan satu lagi untuk menentangnya.

Seperti contoh "tender" tadi, selain dari mengetahui tentang imam Mahdi dan usaha untuk mengenalinya, satu lagi kunci penting adalah mengetahui dan mengenali musuh. Kalau kita tidak mengenali musuh dan mengkaji perancangan licik mereka, kemungkinan besar kita akan tewas sebelum pertandingan yang sebenar. Maka dengan itulah para pengkaji Teori Konspirasi cuba memberi pendedahan tentangnya. Bukan kerana mahu menujukkan kepandaian tapi memberi pencerahan agar mereka yang mahukan kebaikan agar tidak tersalah memilih jalan yang sebenar. Kerana itulah juga Al Quran mahupun hadis juga menceritakan tentang musuh musuh ini. Agar kita semua mengenali musuh musuh ini dan bersedia mengatasi segala perancangan busuk mereka. Sesungguhnya iblis dan konco konconya tidak akan pernah jemu untuk berusaha menyesatkan manusia.

Apakah persediaan kita sebelum kemunculan beliau? 

Tidak ada perkara lain yang lebih penting selain daripada usaha mengukuhkan aqidah. Kunci utamanya adalah kalimah La ilaha illaallah Muhamad al rasulullah. Persediaan terpenting buat yang menginginkan jalan kebenaran adalah pengukuhan aqidah. Aqidahlah akan memandu segala perbuatan dan tindakan serta pilihan yang akan kita lakukan. Jika ditakdirkan kita kembali ke rahmatullah sebelum kemunculan Mahdi pun, aqidahlah yang menjadi penentu tempat kita di sana nanti. Oleh kerana kepentingan inilah Rasulullah menekankan perkara berkaitan aqidah pada awal kerasulan baginda. Jika hari ini kita sudah tergugat apabila menghadapi fitnah (baca ujian) dunia ini, apatah lagi apabila tiba masanya fitnah(baca ujian) terbesar tiba, iaitu apabila munculnya dajjal di muka bumi ini. Mungkin pada hari ini mulut kita mengatakan yang kita akan memilih Mahdi berbanding dajjal, namun adakah apabila tiba masanya nanti setelah dihujani ujian ujian yang dasyat kita masih mampu berpegang kepada pendirian itu.

Akhir kata

Mempelajari mengkaji mahupun usaha mencari Imam Mahdi adalah satu yang baik. Namun begitu apa yang lebih penting adalah usaha yang berterusan memperkukuhkan aqidah. Selain dari itu usaha mengkaji musuh musuh juga harus diteruskan bagi mengelakkan diri kita daripada tipu daya mereka yang tanpa jemu mahu menarik kita ke lembah kehancuran. Kepada mereka yang kurang atau tidak mahu mengambil tahu tentang ilmu akhir zaman ini (Teori Konspirasi, Dajjal, Imam Mahdi dan lain lain), berlapang dada lah, usah mencemuh sesama kita, kerana ilmu Allah ini luas dan meliputi segalanya. 

Wallahualam.

Sabtu, 2 November 2013

"Now You See Me" - Doktrin melalui Filem (Bhgn 2)

The Eye - Adakah ia berdasarkan Secret Society yang sebenar yang menjalankan misi mereka di Hollywood? 

Sepanjang filem ini, kita menemui beberapa maklumat tentant "The Eye"dan sejarahnya. Segala-galanya  menyerupai sebuah pertubuhan rahsia sebenar yang berkuasa di Hollywood.

Dalam filem ini "The Eye" adalah :
 “keepers of real magic and protectors of those who practice it. Candidates for initiation must follow a series of commands with blind obedience”.
Bermaksud : Penyimpan kepada magik yang sebenar dan pelindung kepada mereka yang mengamalkannya. Calon yang dipilih mesti mematuhi secara membuta tuli perintah perintah yang telah disusun.

Ia secara terang terang menceritakan asal usul simbol "The Eye" adalah berasal dari The Eye of Horus yang berasal dari Mesir Purba.

Dokumentari tentang asal usul "The Eye"

Ini adalah halaman di dalam buku catatan seorang penyiasat yang sedang k menyiasat Four Horsemen. The Eye of Horus adalah salah satu simbol yang paling penting dalam Freemason, Oto dan Illuminati. Penggunaan simbol dalam filem ini bukan hanya sesuatu yang kebetulan mahupun sekadar rawak.
Ciri-ciri The Eye amat menyerupai OTO. Apa itu OTO?

OTO adalah sebuah organisasi yang berdasarkan
Thelema Aleister Crowley - falsafah yang telah "disampaikan" kepadanya di dalam sebuah piramid Mesir. Seperti The Eye, OTO memberi tumpuan utama  kepada "The Real Magick" dan diaplikasi dengan lebih saintifik. Crowley menambah huruf "k" pada akhir Magick untuk membezakan ia daripada magik trick biasa. Oleh itu, ia sama seperti The Eye dalam filem ini, yang menganggap dirinya sebagai OTO "penjaga The Real Magic".

Simbol The Eye of Horus adalah amat  penting Bagi OTO kerana segelanya bagi OTO adalah tentang Aeon of Horus  (era kekuasan Thelema).

Dalam filem ini, salah satu buku yang menjadi rujukan mengenai The Eye adalah "The Guardian of Horus"


Rekabentuk muka buku dalam filem itu menyerupai buku OTO ini
Sama seperti The Eye, OTO mempunyai pengaruh yang besar di Hollywood. Salah satu kenyataan misinya adalah untuk membawa Thelema dan Aeon Horus kepada orang ramai. Apakah alat yang lebih baik selain daripada media massa demi untuk mencapai misi itu?

Dalam Industri Hiburan 


Seperti yang kita saksikan bagaimana Four Horsemen menjadi masyhur, kita juga melihat bagaimana  industri hiburan berfungsi. Sebagai contoh , terdapat beberapa kiasan kepada kaedah penggunaan kawalan minda Di lakukan kepada pelbagai orang.

Ini lelaki Perancis, yang kononnya menjadi seorang yang dipilih secara rawak daripada kalangan penonton untuk satu pertunjukan silap mata yang sebenarnya adalah seseorang yang telah disasarkan dan diprogramkan untuk melakukan apa sahaja yang mereka mahu dia lakukan.


Kononnya lelaki ini dipilih secara rawak daripada penonton  untuk satu silap mata, sebenarnya dia  adalah seorang hamba melalui teknik kawalan minda. 

Thaddeus ( lelaki yang cuba untuk membongkar rahsia Horsemen dan The Eye) menerangkan bagaimana lelaki ini akhirnya berada di atas pentas:
“He was selected. Programmed his mind to make it to Las Vegas. And then they kept reinforcing it until he did. They trailed him. They studied him. Nothing was left to chance. He had no idea he was their target. And they simply activated him in Las Vegas.”


Ini adalah  ejen FBI yang  mula memainkan biola yang tidak wujud selepas dia mendengar perkataan "Bullshit". Adegan ini memberitahu kepada kita tahu bahawa sesiapa sahaja  walaupun dalam penguatkuasa undang-undang boleh dikawal mindanya untuk merealisasi agenda dan rancangan golongan elit ini

Satu lagi aspek penting dalam industri Illuminati adalah penggunaan upacara pengorbanan untuk membawa satu perubahan . Jack Wilder telah diberikan kad tarot (The Death)  pada permulaan filem itu kerana dia telah dipilih untuk satu upacara korban.


Jack, adalah  salah seorang daripada Empat Horsemen, meninggal dunia dalam kemalangan kereta - satu adengan yang disiarkan di TV secara langsung.
 
Adegan ini menyebabkan kejutan dan mendapat simpati daripada peminat peminat terhadap ahli-ahli sihir elit ini . Kita kemudian mendapati bahawa kemalangan kereta itu adalah satu set up dan Jack sebenarnya masih hidup - walau bagaimanapun orang ramai tidak tahu tentang ini. Ini adalah satu contoh pengorbanan ritual dimainkan pada skala besar-besaran oleh golongan elit ghaib.

Filem ini juga menunjukkan apa yang akan  berlaku kepada orang-orang yang cuba menentang golongan elit ini. Thaddeus, bekas ahli silap mata, kini menukar kerjayanya dengan membuat DVD pendedahan tentang ahli silap mata. Apabila tindakan yang bertentangan dengan Horsemen yang disokong oleh elit, berlaku perkara yang tidak baik pada beliau. 


Thaddeus di set up oleh The Eye yang mengakibatkan beliau akhirnya meringkuk di dalam penjara.

Apabila Tahddeus meminta penjelasan daripada pegawai polis (yang ternyata menjadi sebahagian daripada The Eye) kenapa perkara ini berlaku kepada beliau, ini  adalah jawapannya :


“The legend is that The Eye is everywhere. Waiting for the truly great magicians to distinguish themselves from the mediocre ones. Maybe that was you. Deep down inside you wanted nothing more than be part of The Eye, but you were never invited.”

Ditipu dan tertipu?   

Di sepanjang cerita, jelas bahawa ahli-ahli Four Horsemen tidak tahu apa yang sebenar benarnya berlaku . Seperti artis di dunia sebenar di dalam industri hiburan, mereka juga adalah boneka semata-mata yang hanya cuba untuk memenuhi tugas-tugas yang diberikan kepada mereka . Walau bagaimanapun mereka pasti mengetahui tahu satu perkara : Namun mereka tetap juga berkeinginan untuk menjadi sebahagian daripada The Eye. 
Sebaik sahaja mereka melengkapkan keseluruhan misi mereka, Horsemen berkumpul di Central Park.



  
Ahli-ahli sihir itu disambut oleh seorang lelaki yang sepanjang cerita ini begitu  bersungguh sungguh berusaha untuk menangkap mereka. Tak masuk akalkan?  memang tak masuk akal, namun ia cuba memberitahu penonton bahawa The Eye berada di dalam  media massa DAN juga dalam badan penguatkuasa undang-undang .

 
Rhodes menyambut  ahli-ahli sihir dengan ucapan  "Welcome to  The Eye" dan membawa mereka ke karusel yang sedang bergerak dan kemudian mereka semua menaikinya. Ini membuat kita untuk berfikir: Adakah ahli silap mata yang diambil secara  literal sepanjang masa ? Dan adakah The Eye itu wujud ?

Berdasarkan skala magnitud perancangan yang dilakukan The Four  Horsemen, tiada keraguan lagi bahawa terdapat sesuatu entiti yang SANGAT berkuasa yang berada di belakang mereka . Walau bagaimanapun, seperti di dalam dunia nyata, orang luar tidak pernah berjaya/boleh menjadi sebahagian daripada "INNER CIRCLE" ini. Walaupun Horsemen melakukan segala-galanya yang diarahkan oleh kumpulan elit ini, mereka akhirnya tetap tidak akan menjadi sebahagian daripada golongan elit ini. Hakikat ini diperkukuhkan lagi dalam adegan separuh tersembunyi pada akhir filem ini.Beberapa minit selepas screen credit dipaparkan , terdapat satu babak yang saya pasti ramai yang terlepas, yang menunjukkan kesudahan sebenar penghibur yang telah digunakan oleh golongan elit ini. 


The Four Horsemen diberitahu untuk pergi ke suatu tempat yang di padang pasir  di Las Vegas tempat signboard lama dibuang. Kuburan neon ini  sebenarnya mewakili kerjaya mereka sendiri.

Kemudian mereka pergi mendapatkan peralatan2 untuk pertunjukan silap mata baru mereka. 


Para ahli silap mata mula menyedari bahawa kotak ditangda dengan tanda The Eye terkunci. The Four Horsemen tidak lagi mempunyai akses kepada keistimewaan yang berkaitan The Eye.

Mereka terfikir yang mungkin dengan menggunakan  kad tarot ajaib mereka, ia akan dapat membuka peti peti itu, namun bila mereka cuba mendapatkan kad kad mereka, kad tarot mereka itu telah pun tiada. The Eye tidak lagi memerlukan penghibur2 ini lagi manakala pas(Kad tarot)  mereka juga telah dibatalkan. Mereka telah dipergunakan dan kini mereka telah dibuang di padang pasir. Habis madu sepah dibuang.

Gambaran Besar 

Di sepanjang filem ini , para penyiasat sering bertanya kepada diri mereka  sendiri "Kenapa The Four Horseman sanggup melalui semua masalah ini ?". Tujuan mengapa ahli-ahli sihir ini atau lebih tepat lagi The Eye sendiri, merancang skim yang rumit ini langsung tidak dapat diterima akal. Dan, ramai juga penonton, yang mengatakan  filem itu sendiri tidak masuk akal. Kebanyakan aksi aksi cuma berkisar tentang  pegawai polis yang cuba menangkap ahli ahli silap mata. Walau bagaimanapun , di sebalik adegan adegan dan muzik yang kuat ini, ada mesej yang cuba disampaikan kepada penonton. Filem itu secara berkali-kali memberitahu penonton : " Semakin dekat anda melihat, semakin kurang apa yang anda nampak". Lebih dekat anda cuba untuk memahami tindakan yang berlaku di skrin, semakin kurang anda akan nampak "gambaran besar" yang disampaikan."Now you see me" sememangnya bukanlah kisah tentang rompakan bank. Ia sebenarnya adalah mengenai "sihir" yang wujud dalam industri hiburan. Magick ditakrifkan oleh Crowley sebagai " Sains dan seni yang menyebabkan suatu PERUBAHAN  selaras dengan sesuatu kehendak ". Matlamat industri hiburan adalah untuk menyebabkan PERUBAHAN. Tetapi perubahan yang mengambil masa ... tahun, dekad dan generasi. Filem ini menerangkan prosesnya secara yang penuh dengan metafora.Ejen Interpol yang menyelidik tentang The Eye menerangkan helah yang paling terkenal adalah helah seorang ahli silap mata yang bernama Lionel Shrike.

“When he was 14, he saw a hole in a tree in Central Park. He had a guy, who worked at the carousel, sign a card for what looked like a routine little trick. At the guy’s retirement, 18 years later, Shrike performs, has the guy sign a card and presto! The card is in the tree. It was in the tree for 18 years.

The trick was not to look closely. It was to look so far that you see 20 years into the past.”



Selepas The Four Horsemen menyelesaikan ke semua tugas-tugas mereka, mereka telah diminta untuk bertemu di pokok Shrike, ini kerana ia mewakili The Eye yang sebenar.  Sama seperti di dalam magic trick pada pokok itu, transformasi  elit "sihir" adalah mengenai suatu gambaran besar dalam satu jangka masa panjang.

Pada satu ketiki Thaddeus ada berkata :
“This is a magic trick played out on the global scale. And you are the abracadabra, the distraction”.

Ketika penonton dipukau dengan adegan letupan dan aksi kejar mengejar, mereka sebenarnya terlepas pandang terhadap magik yang sebenar: Golongan elit sedang melakukan transformasi kepada masyarakat untuk memenuhi kehendak dan keperluan mereka melalui media massa.





Kesemua ilusi dalam filem ini menggunakan teknolgi CGI. Industri hiburan adalah master terhadap ilusi yang sebenar.

Filem ini berakhir dengan mesej dari Illuminati kepada orang awam, dengan memberitahu bahawa penontonlah adalah orang-orang yang ditipu oleh ahli-ahli silap mata yang sebenar.

“Come in close. Closer. Because now you know our secret. We could be anywhere. Watching you. We’re looking for someone to help us with our next trick. On the count of three, open your eyes and tell me what you see. One. Two …”
.... Fade to black ... 


Kesimpulan



Sebenarnya tidak ada apa yang benar dalam file "Now you see me" ini , ia sebenarnya hanya menggambarkan apa yang sebenarnya yang berlaku di dalam industri hiburan. Ahli-ahli silap mata dalam filem itu mewakili artis-artis dan pelbagai jenis penghibur yang di rekrut oleh golongan elit untuk menjalankan agendanya. The Eye adalah berdasarkan Secret Society  yang sebenar yang menggunakan pengaruhnya di Hollywood. Walaupun fakta-fakta ini mungkin jelas kepada sesetengah pihak, namun kebanyakan penonton mungkin terlepas mesej ini kerana mereka cuba untuk memahami jalan cerita filem itu.Malah, pada sepanjang masa , ffilem ini  ini seolah olah sedang mentertawakan penonton. Pada satu ketika, seorang ahli Horsemen berkata: " Ahli silap mata mesti menjadi orang yang paling bijak di dalam bilik ini". Filem ini adalah mimik atau parodi kepada dunia Hollywood. Ia seperti memberitahu penonton : " Lihatlah cerita bodoh ini yang memakan masa untuk dilayan ". Tetapi , di sebalik semua itu, ada satu mesej yang kuat yang datang terus The Eye . Sama ada anda BENAR BENAR melihatnya ... atau anda tidak.

Wallahualam