Selasa, 29 Oktober 2013

"Now You See Me" - Doktrin melalui Filem (Bhgn 1)

"Now You See Me" menceritakan tentang sekumpulan ahli silap mata yang melakukan magis yang amat luar biasa. Mereka menggunakan kepandaian mereka bagi melakukan rompakan bank yang besar. Kebanyakan isi cerita ini menjurus kepada sebuah organisasi yang diberi nama "The Eye" yang mengurus dan mengawal ahli ahli silap mata ini.Sedar atau tidak satu mesej penting dankunci kepada cerita ini adalah : Satu kumpulan elite yang menerajui dan mengawal industri hiburan... sudah nampak permainannya? kalau belum teruskan membaca.

Sudah tentu aksi dan scene menarik dalam filem ini membuatkan penonton menumpukan fikiran mereka untuk memikirkan logik tentang keberkesanan cara ahli silap mata itu untuk merompak bank, namun disebalik itu filem ini secara berulang kali memberi mesej kepada penonton "The closer you look, the less you see" yang bermaksud "Lebih dekat anda memandang, makin kurang yang anda nampak". Selain itu filem ini juga secara berulang menayangkan scene yang memberi maksud yang ahli silap mata akan sentiasa melakukan sesuatu untuk mengalih perhatian penonton yang menyaksikan persembahannya dan yang
sebenarnya magik yang sebenar sedang berlaku di tempat lain. Adakah ia berlaku dalam filem itu sendiri? sudah tentu!! Plot kejar mengejar, plot rompakan bank dan letupan disana sini adalah semata mata untuk membuatkan mata anda sebagai penonton terpaku melihat aksi aksi itu manakala disebaliknya, ia menceritakan bahawasanya dalam industri hiburan, terdapat satu tenaga yang menguasainya dan mereka yang dipergunakan. Ia juga memberitahu yang penonton juga telah diperbodohkan oleh golongan ini. Ayat pertama dalam cerita ini telah pun menceritakan segalanya :

“Come in close. Closer. Because the more you think you see, the easier it’ll be to fool you. Because what is seeing? You’re looking, but what you’re really doing is filtering, interpreting, searching for meaning. My job? To take that most of gifts you give me, your attention, and use it against you.”

Ayat ini menceritakan, ketika magic card trick dibuat, ia cuba menyampaikan tentang apakah role sebenar mass media dan industri hiburan. Selebihnya ia mendeskripsi tentang siapa yang menguasai industri ini dan juga cara mereka menggunakannya. Ahli silap mata di rekrut oleh satu pertubuhan rahsia yang bernama "The Eye" (Tentu anda dapat faham apakah The Eye) yang menggunakan penghibur untuk melaksanakan agendanya dan menjadikan simbolism sebagai budaya yang popular.

Cuba anda bayangkan dan letakkan : Filem ini sendiri adalah sebagai ahli silap mata. Dan mari kita lihat tema sebenar filem ini dengan lebih dalam.


Rekrut


Di awal cerita, kita dapat lihat 4 ahli silap mata yang menjalani kehidupan mereka masing masing. Mereka semuanya menyara kehidupan dengan melakukan pertunjukan silap mata. Namun mereka bukanlah selebriti yang hebat mahupun terkenal. Namun mereka diekori oleh oleh seorang yang memakai "hood" yang kemudian memberikan satu kad jemputan dalam bentuk kad tarot.

Di belakang kad jemputan itu terdapat simbol All Seing Eye. Dalam shot ini, kad itu dipegang di atas gambar salah seorang ahli silap mata itu dengan menutup sebelah matanya - sebagai hint yang dia akan menjadi sebahagian daripada elit occult dalam industri hiburan. Kenyataan dari menggantikan matanya dengan All Seing Eye membawa maksud yang dia akan hilang semua pandangannya dan juga kebebasannya.


Keempat empat mereka dipilih kerana masing masing sedang meningkat naik bersama occult magik masing masing.


Dari kiri : Henley Reeves seorang escapist (High Priestess tarot card); J. Daniel Atlas seorang illusionist (Lovers card); Merritt McKinney seorang mentalist (Hermit card); Jack Wilder is a illusionist yang cekap menggunakan jari jarinya (Death card).

Jack Wilder, antara yang termuda dalam krew dan menerima Death card atas satu sebab: Ia menggambarkan dia akan melalui satu ritual pengorbanan.
Mereka dijemput ke sebuah apartment yang pelik yang mempunyai contraptions(Sebuah alat pelik) yang aneh. Selepas memikirkan dan mendapat jawapan teka teki yang diletakkan di situ, mereka akhirnya dibentangkan plan kumpulan elit ini terhadap mereka. Dan juga seperti magik mereka terus menjadi terkenal dalam bidang hiburan silap mata.


Boneka kepada para pengatur


Selepas menyertai The Eye, para ahli silap mata berada di Las Vegas dikelilingi ribuan manusia yang bersorak diiringi  keriuhan muzik yang sebenarnya melaungkan "This is showbiz, baby!". Empat ahli silap mata yang dahulunya secara bersendirian, kini bersatu dan menggelarkan diri mereka "Four Horseman". Nama ini sebenarnya diambil dari kitab Bible Book of Revealation, di mana the Four Horsemen adalah pemberi peringatan tentang Apokalips yang berkaitan dengan wabak, peperangan, kebuluran dan kematian.
Ini adalah nama yang agak suram untuk sekumpulan ahli silap mata, tetapi ia boleh diterima akal apabila kita tahu bahawa mereka bekerja untuk golongan elit occult(ghaib). The Book of Revelation adalah amat penting dalam secret society  kerana ia dipercayai untuk menyembunyikan makna yang ghaib yang akan hanya ditafsirkan oleh orang yang menulis/memulakannya. Banyak simbol mereka adalah berasal darinya.

Tidak seperti penghibur sebenar, The Four horseman berada di arena kegemilangan di atas suatu misi dari golongan elit ghaib dan hanya mematuhi apa jua arahan dari kumpulan elit ini.

Pentas yang digunakan oleh the Four Horseman berbentuk mata yang besar. Gambar menunjukkan bentuk pentas dalam skala kecil.

Apabila kumpulan ini  selesai melengkapkan silap mata yang paling menakjubkan, simbol The Eye muncul di Times Square. Walaupun kebanyakan orang percaya bahawa simbol mata ini adalah cuma sebuah mitos, namun simbolisme adalah di mana-mana ... ia seperti dalam kehidupan yang sebenar.

 Dalam satu adegan , kita dapat melihat hiasan aneh yang berbentuk "EYE". Pendek kata, logo adalah satu lagi cara yang tersembunyi, bersembunyinya simbolisme mata di depan mata.
Segala-galanya tentang Four Horsemen itu sebenanya dilabelkan dan di "stamp" dan di "seal" kan dengan "The Eye".

Ia adalah sesuatu yang menarik untuk diambil perhatian bahawa orang-orang di sebalik filem ini tidak mewujudkan simbol yang hanya direka reka untuk mewakili secret society ini. Mereka menggunakan simbol yang paling penting dalam elit ghaib hari ini - salah satu simbol yang paling penting dalam pelbagai secret society yang kuat. Seperti yang kita sering lihat, simbol ini juga telah digunakan di seluruh media massa. Mengapa? Adakah kerana filem ini  memainkan peranan sebagai The Four Horsemen - atau menjadi kenderaan untuk menyampaikan  simbolisme elit occult(ghaib) ini?


Ikuti sambungan artikel ini di bahagian kedua nanti :

  • The Eye - Adakah ia berdasarkan Secret Society yang sebenar yang menjalankan misi mereka di Hollywood?
  • Dalam Industri Hiburan
  • Ditipu atau tertipu? 
  • Gambaran Besar
  • Kesimpulan

 Kalau anda belum menonton filem yang dimaksudkan, boleh di download di sini
“Come in close. Closer. Because the more you think you see, the easier it’ll be to fool you. Because what is seeing? You’re looking, but what you’re really doing is filtering, interpreting, searching for meaning. My job? To take that most of gifts you give me, your attention, and use it against you.”
“Come in close. Closer. Because the more you think you see, the easier it’ll be to fool you. Because what is seeing? You’re looking, but what you’re really doing is filtering, interpreting, searching for meaning. My job? To take that most of gifts you give me, your attention, and use it against you.”
It is also about the audience, the masses that are being fooled by

5 ulasan:

  1. Jangan lupa tengok ulasan pengkritik video ni : Everything Wrong With Now You See Me In 8 Minutes Or Less (http://www.youtube.com/watch?v=-2bqfDrtd6M)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, kalau dari segi nilai ceritanya memang teramat tidak masuk akal. Maybe, diversion kepada penonton. Mungkin sebenarnya, subliminal message dalam filem ini yang menjadi objektifnya.

      Padam
  2. Salama,
    hamba nak jelaskan sedikit tentang ilmu. Ianya menunjukkan jalan dan jika di gunakan dgn cara salah boleh juga memperdayakan manusia. Jadi,biar hamba jelaskan sedikit ttg ilmu tuhan. Pandang ke Kaabah ianya berbentuk kiub segi 4 yg melambangkan 4 penjuru alam kekuasaan tuhan yang di walikan kepada 4 penghulu malaikat. Alam-alam ghaib ini wujud di dalam alam nur dan hanya tercapai oleh insan dengan kekuatan nur iman yg di pertaruhkan tuhan di dalam hati insan. Jadi insan memiliki 2 mata zahir dan 1 mata batin. Sesiapa yg beriman kpd tuhan di kurniakan nur yg yg di panggil nur akal bg membezakan hak dan bathil. Akhir zaman ini adalah kisah kebenaran vs kebathilan namun kemenangan tetap milik kebenaran walau banyak kebathilan berusaha menanam dakyahnya. Peperangan akhir zaman di luar pemikiran kebanyakan manusia kerana di lalaikan dan apabila sampai masanya kebanyakan manusia akan mengikut dakyah kebathilan, Tuhan yg maha berkuasalah yg maha melihat lagi maha mengetahui. mahadaya-asalama.blogspot.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, Saya akan melawat blog saudara nanti.

      Padam
  3. Salam, sy peminat dlm ilmu2 sedara curah kn dlm blog saudara ini, ada kebarangkalian sambungan cerita : Pulau Berkembar (Segitiga Bermuda 10/13) ?

    BalasPadam