Jumaat, 13 September 2013

Pencarian mesti diteruskan


Maha suci Allah yang memiliki segala ilmu, yang memberikan ilmu kepada makhluk melalui apa jua perantaraan mengikut kehendaknya yang qudus. Saat terciptanya alam ini maka bermulalah jua perjalanan ilmuNya untuk makhluk yang tercipta sebagai panduan buat mereka mencari dan mengenali sang pencipta yang maha pencipta yang mencipta segala sesuatu. Sehingga saat ini ramai yang telah kecundang dalam menunaikan janji  sudah termaterai  sebelum diri ini di tiup ke dalam  jasad ke ruang yang diri merasakan ianya sebuah dunia yang nyata. Tidak kurang jua mereka yang berjaya menemui hakikat kejadian diri setelah mendalami setiap ruang yang nyata mahupun ruang yang terhijab.  Maka beruntunglah mereka yang sudah mengingati perjanjian awal itu kerana dengan hanya menyedari janji itu barulah diri di dalam jasad boleh berusaha menunaikan janji itu.

Seperti yang kita tahu ayat ayat Allah yang menjadi kunci kepada ilmu ini terbahagi kepada dua iaitu ayat Qauliyah dan Qauniyah. Ayat Qauliyah ini adalah ayat ayat yang telah disampaikan kepada Muhammad SAW melalui perantaraan Jibril AS yang kini menjadi panduan kehidupan kita di muka bumi ini, tak lain tak bukan  ianya Al Quran. Namun Dia yang maha pengasih dan maha penyayang tidak akan sesekali membiarkan hambaNya lesu tanpa pedoman,  setelah selesainya Muhammad SAW menyempurnakan setiap patah kalimah Allah untuk hambaNya. Peringatan demi peringatan ini akan terus wujud selagi wujudnya alam ciptaanNya dan inilah di sebut Ayat Qauniyah. Keberadaan manusia ini juga  merupakan  sebahagian dari ayat Qauniyah, dan tidak hanya itu sahaja, setiap yang terjadi setiap yang bergerak mahupun yang kaku di mata kita adalah merupakan ayat ayat Qauniyah. Dengan mendalami ayat ayat qauniyah ini juga dapat mendekatkan diri dengan Allah dan mengenali diri kita yang sebenar benarnya.

Lihatlah di sekeliling kita, setiap sesuatu itu mempunya ketetapannya sendiri. Balinglah sesuatu ke atas, ketetapannya tetap objek yang dibaling itu jatuh ke tanah. Jika hebat pun bila kita baling sesuatu sehingga  luar dari graviti bumi ini ia akan menurut pula ketetapan lain. Tidak ada pun sesuatu yang di luar ketetapan.  Mungkin ada yang berkata bahawa apabila kita membaling dadu, kita akan secara kebetulan akan dapat no 1,2 3,4,5 atau 6. Namun kalau difikirkan dengan teliti ia bukan lah kebetulan. Ia adalah satu ketetapan yang terhasil daripada saat pergerakan kita mengoncang goncangkan dadu sebelum membalingnya, kekuatan balingan  dan juga jenis permukaan saat dadu itu jatuh. Semua hal hal ini tidak bisa memilih untuk keluar dari ketetapannya. Bumi tidak dapat ingkar untuk tidak mengelilingi matahari.  Bulan tidak dapat ingkar untuk tidak mengelilingi bumi. Air yang di letakkan pada suhu 0 darjah celcius tidak dapat ingkar dari menjadi beku. Begitu juga dengan jasad atau tubuh badan yang diri kita duduki ini tidak mampu melawan ketetapan. Apabila kita tidak makan kita menjadi lapar. Apabila jasad kita menempuh masa, proses penuaan berlaku. Ia juga satu penetapan. Sama seperti seorang programmer membuat kode pengaturcaraan yang di dalamnya sudah termaktub penetapannya. Pengguna perisian itu akan mendapat output yang ditetapkan oleh programmer itu. Jika perisian itu adalah sebuah game, setelah pengguna melalui semua PILIHAN yang diberikan dalam game itu, dan berdasarkan pilihan pilihan yang dibuat itu, maka keputusannya sama ada pengguna itu akan menang ataupun kalah.

Jika semua yang disekeliling kita ini adalah satu  ketetapan, siapa pula yang diberikan hak membuat PILIHAN?  Anda sudah tahu jawapannya.  Yang membuat pilihan itu adalah  diri kita. Selepas pilihan dibuat barulah ketetapan akan berlaku terhadap pilihan tersebut. Diri kita tidak terikat kepada ketetapan terhadap objek yang sentiasa terikat kepada semua jenis ketetapan ini. Kerana diri kita yang sebenar bukanlah sebahagian dari apa yang kita pegang, rasa, dengar dan lihat ini. Kerana deria deria itu semua juga adalah satu ketetapan. Bingung? Kalau bingung cuba bayangkan anda sedang bermain permainan komputer. Adakah anda bersama  sama  berada atau  sebahagian dalam dunia permainan itu? Tidak bukan? anda berada di dunia lain, watak dalam permainan itu berada di dunia yang dicipta oleh programmer. Anda cuma meletakkan diri anda didalam watak dalam permainan tersebut.  Jika watak dalam permainan itu terikat dengan satu ketetapan yang telah di kode kan oleh programmer contohnya watak itu tidak boleh makan, adakah anda sebagai yang sedang mengemudi watak itu juga tidak boleh makan di dunia yang anda berada? Tidak bukan? Apakah tujuan permainan computer itu dicipta? Ya mudah jawapannya. Untuk menguji mereka yang sedang bermain sama ada mereka bisa membuat keputusan terbaik atas pilihan pilihan yang diberi untuk memenangi permainan itu.

Berbalik keberadaan diri kita yang sebenar di alam ciptaan Allah ini, seperti yang diterangkan tadi, di sekeliling kita termasuklah badan atau jasad kita ini terikat dengan pelbagai jenis ketetapan. Tidakkah anda merasa janggal? Kesemuanya tidak bisa melanggar ketetapan tapi anda sering diberikan pelbagai jenis pilihan dan anda tidak dapat lari dari memilih. Jelaslah yang sebenarnya diri kita yang sebenar bukanlah berwujud di dunia yang kita rasa dunia yang nyata ini. Diri kita yang sebenar berasal dari suatu tempat atau ruang yang berbeza. Dan diri kita yang sebenar  hanya diberi watak  yang berbeza beza dengan TUJUAN(PURPOSE)
tertentu di dunia ini, tapi sebenarnya memliki satu  MISI yang sama. 

Sedar atau tidak,  ketika di dunia ini, kita sering  terleka dalam menempuhinya. Ini kerana sang pencipta sengaja mencipta diversiti didalamnya.  Sebagai contoh MISI  utama dalam sebuah permainain komputer adalah untuk menyelamatkan seorang  Puteri. Tetapi programmer sengaja meletakkan tarikan tarikan lain seperti,  jika anda dapat mengutip emas yang banyak sepanjang permainan itu anda boleh membeli pakaian yang hebat dan sebagainya. Oleh kerana teralu asyik mencari emas dan programmer sengaja meletakkan halangan seperti terpaksa melawan binatang buas untuk mendapatkan emas tersebut, akhirnya anda gagal kerana  mati ketika sedang mengutip emas dan menyebabkan kita gagal dalam MISI sebenar iaitu menyelamatkan seorang puteri . Jadi kita harus sentiasa berpegang kepada MISI sebenar yang ditetapkan agar kita tidak hanyut di dunia ini. Apakah MISI sebenar kita di sini? Dan apa pula purpose kita di dinia ini?

Perkara yang lebih besar yang perlu kita sedar  adalah tempat atau ruang keberadaan diri kita yang sebenar. Kerana di situ lah PERJANJIAN sebenar kita dengan yang maha pencipta.  Kesedaran itu amat penting bagi menempuhi kehidupan dunia. Di tempat itu ia tidak terikat dengan hukum hukum atau ketetapan seperti dunia ini. Kalau kita sedar akan itu, kita akan mampu melepas ketetapan dalam dunia ini, Ini kerana di  sana kita tahu segala galanya, semuanya telah diberitahu oleh sang pencipta. Kalau dalam permainan komputer, seolah kita sudah tahu kode programmingnya dan kita tahu cheat code atau backdoor yang telah dibuat oleh programmer.

Teramat malanglah bagi kita jika kita terus terlupa yang kita sedang menjalani kehidupan dunia yang sebenarnya tiada sesuatu apa pun didalamnya.  Sebagai contoh anda begitu asyik bermain permainan komputer sehinggakan anda terleka untuk melakukan sesuatu yang sepatutnya anda lakukan di dunia yang anda berada. Anda terleka sehingga ponteng kelas dan sebagainya. Begitu jugalah di dunia ciptaan Allah ini, dek kerana kita terlalu asyik dengannya sehingga kita terlupa akan apa yang sepatutnya kita lakukan. Kita terlalu asyik mencari harta kekayaan sehingga terlupa kewujudan sebenar diri kita. Kita terlupa dengan PERJANJIAN yang telah kita buat dengan sang pencipta sebelum kita mulakan permainan kita di dunia ini. Apakah sebenarnya PERJANJIAN kita dengan Allah sebelum memulakan permainan di muka bumi ini?

Satu hal yang penting yang kita semua mungkin sudah ketahui bahawasanya dunia yang kita sedang bertempat ini tidak akan KEKAL. Saintis juga sudah mengetahui hal ini termasuk Einstein , tidak ada yang KEKAL dalam dunia ini. Semua hukum hukum serta persamaan persamaan terhadap keberadaan sesuatu di alam  ini yang ditemui oleh para saintis sentiasa bertemu dengan satu titik akhir. Tapi lihat pula penjelasan Allah tentang beberapa kekalnya diri kita dan beberapa jenis makhluk ciptaannya yang lain. Di dalam Al Quran secara berulang ulang kali menyebut, jika kita membuat suatu yang amat dimurkai Allah kita akan KEKAL didalam neraka. dan jika kita membuat sesuatu yang diredhai Allah kita akan KEKAL di syurga. Jadi Allah sendiri memberitahu bahawasanya keberadaan kita adalah kekal. Tidak seperti alam/dunia yang kita berada sekarang ini yang tidak akan kekal. Jelaslah yang sebenarnya diri kita yang sebenar bukanlah berada dalam dunia ini kerana ia tidak KEKAL. Adalah mustahil, sesuatu yang kekal akan berada di satu tempat yang tidak akan kekal.

Berikut adalah beberapa petikan ayat quran dan sumber lain untuk renungan kita bersama.
Dalam post ini hanya terdapat beberapa kata kunci yang kita perlu bersama sama merungkaikannya iaitu,KEKAL.DIRI  PILIHAN, PURPOSE,  MISI dan PERJANJIAN.

Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal yang saleh, Kami tidak memikulkan kewajiban kepada diri seseorang melainkan sekedar kesanggupannya, mereka itulah penghuni-penghuni surga; mereka KEKAL di dalamnya. (Al-A'raf: 42)

Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan menyombongkan diri terhadapnya, mereka itu penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya. (Al-A'raf:36)

"Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan SENDA GURAU dan MAIN-MAIN. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui." (Surah Al-Ankabut ayat 64)

Apa yang di sisimu akan lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah adalah KEKAL .” (QS. An Nahl: 96).

Allah (a.w) berfirman: ‘Dan ingatlah ketika Tuhan kamu menjadikan keturunan anak-anak (yakni, keturunan) Adam dari punggung (i.e. tulang sulbi) mereka. Dan (Tuhan) mengambil PENYAKSIAN (PERJANJIAN) mereka ke atas diri mereka (dengan berfirman): ‘Bukankah Aku Tuhan kamu?’ Mereka (yakni, roh) menjawab: ‘Bahkan! Kami MEMPERSAKSIKAN (Yakni, kami naik saksi dan mengakui Engkaulah Allah (a.w), Tuhan kami).’ Supaya tiada kamu katakan pada hari Qiamat nanti bahawa: 'Kami tertegah (i.e. tertegah dari memperhambakan diri dan mengerjakan segala perintah dan suruhanMu)dalam perkara ini.' (yakni, dari mengabdikan diri kepada Allah (a.w) (sejajar dengan tututuan Allah (a.w)).’ [Ayat 172, Surah al-A’raf].

"As far as the laws of mathematics refer to reality, they are not certain; and as far as they are certain, they do not refer to reality." - Albert Einstein

We're not here because we're free; we're here because we're not free. There's no escaping reason, no denying PURPOSE, for as we both know, without PURPOSE we would not exist. It is PURPOSE that created us, PURPOSE that connects us, PURPOSE that pulls us, that guides us, that drives us; it is PURPOSE that defines us, PURPOSE that binds us. (Matrix Reloaded)