Rabu, 3 Julai 2013

Pesanan untukku..

Aku lihat dia punya harta
Aku juga ingin kaya
aku nampak porche carerra
aku mahu walau punya kereta..

Aku punya isteri cantik
gadis montok lain ku ingin jua
Ku lihat di sana mahligai cantik
ku idamkan jua, walau rumah dah ku punya


Aku ini sering keliru
Yang mana satu ingin.. mana pula yang perlu
Sedang aku sudah tahu
Ingin itu hanya refleksi nafsu

Semoga Ramadhan ini melatih diriku
Agar tidak hanyut di buai nafsu...

3 ulasan:

  1. ramai orang mati...tapi ,,,mati yang bagaimana???

    mati yang mulia,
    mati yang di muliakan,
    mati dalam kemuliaan....

    mati dalam hina,
    mati dalam kehinaan,
    mati yang dihinakan.


    kita dimana ....renung-renungkan....

    BalasPadam
  2. ingat sedara nyanyi lagu kalau aku kaya awi rafel/altimet tuh.. hehehehe

    BalasPadam