Selasa, 5 Mac 2013

Kunci

Gendang perang terdengar sana sini,
Namun tidak sama dengan perang satu ini
Tiada perang yg sehebat perang ini
Menang perang ini perang lain milikmu pasti

Segak pahlawan keris tersisip di sisi
Pedang dihunus jangan lupa benteng diri
Berani mati tak mati
Takut mati merana diri

Perjalanan ke sana pasti ada onak duri
Wajib ditempuh walau ia bukan realiti
Hanya keyakinan dapat membuka segala kunci
Pintu kepada hakikat cinta yang sejati

Jika dah jelas,bukan nama rahsia lagi
Jika masih kabur, maksud iman belum pasti
Pejam mata zahir, cuba lihat guna hati
Terzahir itu palsu, cari realiti dalam diri.