Khamis, 10 Januari 2013

Penipuan Sejarah


Apa itu sejarah?
Sejarah bermaksud "menyiasat/inkuiri, ilmu yang diperolehi melalui kaedah penyiasatan") adalah penemuan, pengumpulan, pengurusan, dan persembahan maklumat terhadap peristiwa silam atau lampau.- Wikipedia

Dalam bahasa mudah, sejarah adalah perkara yang telah berlaku yang disampaikan atau didokumenkan oleh seseorang berdasarkan 'kajian' nya.

Apakah tujuan sejarah dan apakah kesannya kepada kehidupan?

Tujuan murni sesebuah sejarah ditulis adalah supaya ia menjadi pengajaran yang berguna kepada mereka yang hidup pada masa kini. Di dalam Al Quran sendiri terdapat pelbagai cerita cerita sejarah yang disampaikan bagi tujuan murni ini. Di dalam ayat 7 surah Al Fatihah(Surah yang menceritakan kandungan keseluruhan Al Quran atau dikenali sebagai Ummul Kitab)  :

صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
Jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
Ayat ini memberitahu tentang salah satu isi kandungan Al Quran adalah sejarah manusia yang boleh menjadi tauladan dan juga yang boleh dijadikan sempadan.

Selain daripada itu sejarah juga mampu memberi impak kepada jati diri sesuatu kaum sama ada ke arah yang positif mahupun negatif. Sesebuah tamadun itu akan menulis sejarahnya agar menampakkan bangsa atau kaumnya hebat. Ini dilakukan supaya jati diri rakyat dan kaumnya tinggi bagi memasikan kelangsungan tamadun itu. Begitu sebaliknya mereka akan menulis sejarah yang negatif terhadap musuh musuh mereka bagi merendahkan dan melemahkan jati diri musuh musuh mereka ini agar mereka tidak bangkit dan menentang.
Jadi sejarah sebenarnya memberi impak yang besar dalam kehidupan kita hari ini. Jika dalam sejarah menyatakan dan menceritakan betapa hebatnya British meluaskan jajahannyam secara tidak langsung ia menaikan jati diri mereka dan merendah jati diri mereka yang terjajah.  Sejarah sebenarnya dapat dijadikan senjata canggih bagi menyerang musuh dari dalam.

Musuh manusia yang paling utama adalah iblis. Iblis telahpun mengisytiharkan perang dengan manusia sejak Allah mengarahkan dia sujud kepada Adam A.S. manusia pertama. Sejak dari saat itu, pelbagai tipu daya dilakukan untuk menyesatkan manusia. Salah satunya adalah dengan memanipulasikan sejarah. Sudah tentu bukan iblis yang tulis buku sejarah, manusia yang telah disesatkan iblis ini yang menulis bagi pihak iblis bagi merealisasikan tujuan iblis itu sendiri untuk menyesatkan umat manusia. Sebagai contoh, secara umumnya  umat manusia percaya wujudnya zaman paleolitik adalah zaman awal manusia. Namun berdasarkan Al Quran, Adam A.S manusia pertama ini, telah diajar padanya "nama nama". Banyak manusia percayakan akan sejarah zaman paleolitik ini dan secara tidak langsung percaya bahawa manusia asalnya bodoh, tak tahu nak buat apa pun, duduk dalam gua makan dan tidur seperti haiwan yang tidak berakal. Inilah salah satu usaha iblis merendahkan jati diri manusia dengan menggunakan sejarah.

Kita perlu berhati hati menerima sesuatu fakta sejarah kerana ia mungkin adalah racun untuk melemahkan jati diri kita dan mungkin mampu melemahkan keimanan kita.

Video di bawah ini sedikit sebanyak menceritakan hal ini. Semoga memberi manfaat buat semua.




13 ulasan:

  1. profile pic tu bkn ka gambaq prototype?

    BalasPadam
    Balasan
    1. bukan bro .. tu gambaq assasin creed.. :)

      Padam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. Saya ada pembetulan sedikit terhadap artikel ini tuan.

    Pertamanya, aspek yang perlu dilihat adalah dari segi jeda masa.

    Zaman Paleolitik adalah bermula ratusan ribu tahun yang lalu sementara zaman nabi Adam pula adalah kurang daripada 15 Ribu tahun yang lalu.

    Ini menampakkan 2 percanggahan masa antara 2 sejarah tersebut. Keranan itu, sebenarnya Toeri Zaman Paleolitik telah digantikan dengan teori Zaman Adam sebelum Adam A.S.

    Bukanlah bermakna saya ingin menyokong zaman paleolitik ini benar, tapi saya menyokong bahawa memang dah wujud tamadun pada zaman tersebut, tetapi bukan seperti yang digambarkan oleh para orientalis.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terimakasih atas pendapat saudara..mungkin benar wujud zaman sebelum Adam A.S. tapi pd pendapat saya makhluk yg wujud pd zaman ini bukan manusia kerana menurut Al Quran manusia pertama yg dicipta adalah Adam A..S. wallahualam.

      Padam
    2. Btol kate admin tu... ko neutronboy jgn pndai2 je.. kaji dlu.. kan da bgthu adam mnusia prtama.. sakal kpale ko bru taw

      Padam
    3. Hinggus hbs kluar xlagi dik (neutronboy)

      Padam
    4. Bagaimana boleh wujud Adam sebelum Adam.Pendapat saya, Nabi Adam A.S hanya lah seorang iaitu yang disebut di dalam Al-Quran. Teori zaman paleolitik yang di uar-uarkan kemungkinan adalah makhluk yang berevolusi menjadi seperti manusia tetapi akal fikiran mereka tidak mampu berkembang menjadi seperti kita umat Nabi Adam. Sebab itu mereka tinggal di dalam gua. sama seperti rangka yang ditemui di gua Niah dan di Pulau Flores.

      Padam
  4. Salam.
    Tuan minta pautan dlm blog tuan. Sy senaraikan blog tuan dalam SENARAI BLOG SANTAI DAN HANGAT. Blog sy revolusifikiran.blogspot.com blog santai "Gambar-gambar dan Fakta-fakta yang menarik" Terima kasih kerjasama tuan

    BalasPadam
  5. Saya setuju Dgn Sedara ajaque, dalam Quran xade bagitau bilangan tahun atau masa wujudnya Adam. Tetapi dalam kitab2 lain Ada. X mustahil org bkn Islam akn Cuba mecipta timeline bg mewujudkn kepercayaan pada kitab mereka, Adam mungkin Ada beribu, berjuta tahun dahulu. Wallahualam. Baru ini kononnya Ada jumpa bahtera nuh berusia 1800 tahun bc. Kononnya apa yg tertulis Dlm bible adalah Benar namun semua harus berhati2 Dgn perkara ini.

    BalasPadam
  6. Jika Adam manusia yg pertama mengapa malaikat mengatakn manusia akan melaku kemusnahan dan kerosakan di masa Allah memberitahu malaukat untuk mencipta manusia

    BalasPadam
    Balasan
    1. Malaikat tidak mengatakan "manusia". Malaikat mengatakan "makhluk" yang akan melakukan kerosakan. Ini menunjukkan adanya makhluk sebelum Nabi Adam A.S yang menduduki bumi sebelum Nabi Adam A.S. Makhluk itu kita tidak tahu spesis nya.

      Padam
  7. Ada jawapan nya di entri segitiga bermuda.kalau tak silap la.sebab saya mula ikut blog ini dari situ.

    BalasPadam