Khamis, 10 Januari 2013

Penipuan Sejarah


Apa itu sejarah?
Sejarah bermaksud "menyiasat/inkuiri, ilmu yang diperolehi melalui kaedah penyiasatan") adalah penemuan, pengumpulan, pengurusan, dan persembahan maklumat terhadap peristiwa silam atau lampau.- Wikipedia

Dalam bahasa mudah, sejarah adalah perkara yang telah berlaku yang disampaikan atau didokumenkan oleh seseorang berdasarkan 'kajian' nya.

Apakah tujuan sejarah dan apakah kesannya kepada kehidupan?

Tujuan murni sesebuah sejarah ditulis adalah supaya ia menjadi pengajaran yang berguna kepada mereka yang hidup pada masa kini. Di dalam Al Quran sendiri terdapat pelbagai cerita cerita sejarah yang disampaikan bagi tujuan murni ini. Di dalam ayat 7 surah Al Fatihah(Surah yang menceritakan kandungan keseluruhan Al Quran atau dikenali sebagai Ummul Kitab)  :

صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
Jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
Ayat ini memberitahu tentang salah satu isi kandungan Al Quran adalah sejarah manusia yang boleh menjadi tauladan dan juga yang boleh dijadikan sempadan.

Selain daripada itu sejarah juga mampu memberi impak kepada jati diri sesuatu kaum sama ada ke arah yang positif mahupun negatif. Sesebuah tamadun itu akan menulis sejarahnya agar menampakkan bangsa atau kaumnya hebat. Ini dilakukan supaya jati diri rakyat dan kaumnya tinggi bagi memasikan kelangsungan tamadun itu. Begitu sebaliknya mereka akan menulis sejarah yang negatif terhadap musuh musuh mereka bagi merendahkan dan melemahkan jati diri musuh musuh mereka ini agar mereka tidak bangkit dan menentang.
Jadi sejarah sebenarnya memberi impak yang besar dalam kehidupan kita hari ini. Jika dalam sejarah menyatakan dan menceritakan betapa hebatnya British meluaskan jajahannyam secara tidak langsung ia menaikan jati diri mereka dan merendah jati diri mereka yang terjajah.  Sejarah sebenarnya dapat dijadikan senjata canggih bagi menyerang musuh dari dalam.

Musuh manusia yang paling utama adalah iblis. Iblis telahpun mengisytiharkan perang dengan manusia sejak Allah mengarahkan dia sujud kepada Adam A.S. manusia pertama. Sejak dari saat itu, pelbagai tipu daya dilakukan untuk menyesatkan manusia. Salah satunya adalah dengan memanipulasikan sejarah. Sudah tentu bukan iblis yang tulis buku sejarah, manusia yang telah disesatkan iblis ini yang menulis bagi pihak iblis bagi merealisasikan tujuan iblis itu sendiri untuk menyesatkan umat manusia. Sebagai contoh, secara umumnya  umat manusia percaya wujudnya zaman paleolitik adalah zaman awal manusia. Namun berdasarkan Al Quran, Adam A.S manusia pertama ini, telah diajar padanya "nama nama". Banyak manusia percayakan akan sejarah zaman paleolitik ini dan secara tidak langsung percaya bahawa manusia asalnya bodoh, tak tahu nak buat apa pun, duduk dalam gua makan dan tidur seperti haiwan yang tidak berakal. Inilah salah satu usaha iblis merendahkan jati diri manusia dengan menggunakan sejarah.

Kita perlu berhati hati menerima sesuatu fakta sejarah kerana ia mungkin adalah racun untuk melemahkan jati diri kita dan mungkin mampu melemahkan keimanan kita.

Video di bawah ini sedikit sebanyak menceritakan hal ini. Semoga memberi manfaat buat semua.




Rabu, 9 Januari 2013

Ilmu Akhir Zaman / Esketologi Islam

Apabila disebut frasa "Akhir Zaman", pelbagai persepsi yang akan timbul. Ada pendapat yang menyatakan, "akhir zaman" telah pun bermula sejak Nabi Muhammad SAW dilantik sebagai Nabi dan Rasul terakhir. Ada juga yang menafsirkan bahawa akhir zaman ini adalah zaman di mana munculnya Imam Mahdi dan Nabi Isa A.S. Walau apa pun tafsirannya, ia membawa kepada satu pemahaman yang sama, yakni ketika atau waktu atau era yang hampir dengan hari kiamat, salah satu daripada bukti keimanan kita sebagai seorang muslim.

Berikut adalah ceramah yang disampaikan oleh Sheikh Imran Hosein mengenai Akhir Zaman atau Esketologi Islam. Mungkin kita boleh manfaatkan ilmu yang disampaikan ini bagi menempuh hari hari yang penuh cabaran ini. Insyaallah.


Isnin, 7 Januari 2013

Gerak Diri


Bila aku kata memang mereka suka dengar..
Kalau tidak suka, jangan tukar jadi hingar..
Hitam lawan putih, putih itu tetap benar..
Bangun dari tidur, baru hidup dalam sedar..

Hidup ini bisa jadi mudah walau ia kompleks
Ada depan mata, namun ada dalam konteks
Jauh perjalanan luas pengalaman
Kalau sesat jalan, cepat cari jalan aman..

Rahsia ini bukan rahsia semua orang
Kita tidak tahu, bagi dia sudah terang
Jangan sampuk dulu,  kalau dia sedang sembang
Kita dengar dulu, kalau mampu kita tentang...

Kau dan aku tidak lebih dari refleksi
kita tidak punya, cuma mampu jadi saksi,
Bernafas hari ini.. esok lusa belum pasti..
Dah cuci hati,  baru sedia untuk mati..

Jaga dari mimpi, baru nampak realiti,
Petunjuk sudah ada, sudah jelas setiap segi,
Kita tidak faham kerana kita buta hati..
Sibuk ajak perang, baik pergi cuci diri..