Selasa, 4 Disember 2012

APA ITU “SINGULARITY” ? : Penutup [Part 7 of 7]

Saya mulakan Part 7 of 7 ini yakni bahagian terakhir siri posting Apa Itu Singularity dengan sepotong syair Persia yang saya kutip semasa saya berjalan2 di Negara Iran tidak lama dahulu. Syairnya panjang. Penulis syair ini pula tidak diketahui namanya kerana syair ini telah ditulis terlalu lama dahulu dan hanya disampaikan secara lisan daripada generasi ke generasi. Ia hanya ditulis semula pada awal tahun 1920an oleh pengutip2 syair tempatan di Esfahan. Anehnya, syair ini ada menyentuh tentang tentera2 yang telah lama besiap-sedia menanti kedatangan seorang pendeta yang buta satu matanya (tapi yang ini akan saya kongsikan di lain waktu lah yer). Saya pilih bait syair yang sedikit ini sahaja dulu kerana ianya kena mengena dengan hal “singularity” yang sedang kita kupas sepanjang siri posting 7 bahagian ini.

“Berjalanlah di muka bumi sambil sesekali mendongak ke langit. Selamilah lautan dan sedari di situ lebih banyak jenis kehidupan. Berhentilah berfikir dan jawapan dicari akan datang sendiri tatkala kita fahami adalah mustahil untuk kita berhenti berfikir. Pohonlah daripada tuhan hanya satu perkara maka kita akan mendapat kurnia yang bercambah-cambahan. Ini kerana satu itu banyak dan tidak pula banyak itu satu. Ingatilah nama2 makhluk bila kita bersua kerana mereka mengingati kita. Hanya manusia yang menyangka manusia itu lemah kerana tidak kenal kehendak yang Maha Pencipta”.

Antara lain, bait syair ini mengingatkan kita bagaimana kita selalu terlupa bahawa pokok2 dan pohon2 yang besar meninggi itu asalnya hanyalah daripada butir2 benih. Selalu juga kita terlupa manusia2 juga dulunya hanya berasal daripada benih2 sahaja. Betapa besar kuasa Allah yang mengizinkan benda sekecil benih boleh mengandungi jutaan maklumat dan “blueprint” makhluk2 nya. Benih hanya akan tinggal benih tanpa interaksi dengan benih2 yang lain seperti tanah, api, angin, air dan juga athar.

Adapun “inti” yang dimaksudkan di dalam cerita Alnitak di dalam bahagian yang terdahulu merujuk kepada benih ini jua. Benih adalah nama yang kita lebih kenal berbanding singularity. Sekiranya ini benar, bolehkah kita mengatakan singularity itu ialah benih alam semesta dan athar itu pula tanahnya. Kemudian kita bertanya lagi... apa pula roh, jiwa, nafs, nyawa dan minda? Bolehkah benih menghasilkan benih? Mengapa kita hanya melihat satu arah hayyah pertumbuhan benih sahaja? Ke mana menghilangnya arah hayyah pertumbuhan benih yang satu lagi? Semua ini memang sulit untuk difikirkan sekiranya kita tidak sedar bahawa setiap satu makhluk itu ada benihnya.... setiap satu kejadian itu ada singularity nya...

Sebagai contoh... Saintis2 sekular telahpun lama pening memikirkan bagaimana sebutir benih hidrogen boleh bercambah menjadi deutrium dan seterusnya menjadi tritium dan akhirnya menjadi helium. Helium pula boleh bercambah2 lagi menjadi unsur2 lain sehingga akhirnya boleh menghasilkan logam2 berat seperti aurum (emas) dan ferum (besi). Kalau difikirkan secara ilmiah empirikal mengikut acuan saintis2 sekular ini tentu kita akan terus terperangkap dengan soalan2 yang kita tidak tahu jawapan2 nya. Menjadilah kita pening seperti saintis2 sekular ini.

Menurut riwayat Matthew yakni salah seorang pengikut Nabi Isa a.s. ... Dia pernah mendengar Nabi Isa a.s. menjelaskan tentang kejadian alam melalui benih atau singularity ini. Diriwayatkan Nabi Isa a.s. berkata.... “Behold, a sower went out to sow. And as he sowed, some of the seed fell by the wayside … on stony places … among thorns … but others fell on good ground…” (Matthew 13:3-9).

Nabi Isa a.s. juga dikatakan menerangkan mengapa baginda terpaksa berkias-kias untuk menerangkan hal2 singularity ini.... “Because it has been given to you to know the mysteries of the Kingdom of Heaven, but to them it has not been given. For whoever has, to him more will be given, and he will have abundance; but whoever does not have, even what he has will be taken from him. Therefore, I speak to them in parables, because seeing they do not see, and hearing they do not hear, nor do they understand.” (Matthew 13:11-13).

Begitulah keadaannya. Kalau kita perasan, daripada Part 1 hinggalah kepada Part 6, saya terpaksa menulis secara pusing2 penuh dengan kiasan2 dan analogi2 untuk mengisahkan perihal singularity ini. Mengapa? Bagaimanakah saya mampu menerangkan sesuatu yang kita tidak pernah nampak, dengar atau mengesannya dengan lima deria kita yang terhad ini?

Soalan seterusnya ialah bagaimana pula saya boleh memahaminya sedangkan saya juga manusia biasa terhad dengan lima deria? Inilah point utama saya yang saya telah ulang2 berkali2 sepanjang saya menukilkan buah2 fikiran saya menerusi album NWO dan Page Public Secret. Jika kita seorang yang betul2 teliti... kita akan dapat mengesan banyak maklumat2 yang telah saya encrypt atau sembunyikan di dalam nukilan2 dan posting2 saya. Pada hemat saya... hanya muslimin dan muslimah sahaja yang boleh mengesan maklumat2 yang saya encrypt ini. Antara lain... saya tidak jemu2 menyelitkan maklumat2 tentang bagaimana kita boleh mengakses deria2 yang lain selain daripada deria kita yang lima ini. Kalau anda rajin, sudi dan berminat... telusurilah semula semua posting2 di dalam album NWO dan Page Public Secret ini dan anda akan menemui apa yang saya maksudkan.

Berbalik semula kepada persoalan Apa Itu Singularity? Jawapan padat dan tepat telah tertulis di dalam surah Al-Ikhlas. Bacalah ia sebanyak mungkin, hafalkan makna2 nya dan fikirkanlah dalam2 tentang singularity ini. InsyaAllah... kita akan menemui jawapannnya. Semoga kita bertemu lagi di dalam siri2 posting akan datang.


Wassalam – Public Secret

1 ulasan:

  1. Singularity:
    Perkembangan sains dan teknologi yang sangat pesat dan canggih sehingga ia berbeza dengan tamadun yang sebelumnya. Sekiranya kita perlu menyatakan konsep dan teknologi yang digunapakai pada hari ini kepada tamadun sebelumnya, ia akan kelihatan sangat aneh, magik dan sampai tahap tidak mampu diucapkan dengan kata-kata. Jika mampu diterangkan sekalipun, mereka tidak mampu memahaminya.

    Contoh yang paling mudah: Cuba terangkan konsep Internet dan telefon bimbit pada tahun 2013 kepada orang yang berada pada tahun 1990. Susah, bukan sahaja kita perlu menerangkan apa itu telefon dan internet, tetapi kita juga perlu menerangkan dari mana asalnya telefon dan internet (sama seperti analogi asal-usul kopi herba oleh pendeta dalam post sebelum ini).

    Kesimpulan:
    Kita selalu anggap realiti adalah sesuatu yang mampu dicapai oleh 5 deria kasar kita. Akan tetapi kita selalu lupa dengan realiti yang tidak mampu dicapai oleh deria kasar (seperti ether atau aura). Akan tetapi untuk memahami realiti-realiti (ada lebih dari 1 jenis realiti) tersebut, kita perlu menggunakan deria lain (seperti DR1 atau DR2) dan kembali kepada hakikat kejadian kita sendiri (inti).

    BalasPadam