Ahad, 4 November 2012

Datang & Pergi : Nibiru [Part 1/5]

Salam sejahtera kepada semua. Sebagai posting pertama untuk page baru ini, saya dengan rendah hati dan perasaan takut2 :D ingin berkongsi beberapa maklumat dan kisah lanjutan daripada beberapa pendedahan yang telah dibuat melalui album NWO sebelum ini. Mungkin ada di antara kita pun yang telah mendengar tentang hal ini tetapi merasakan ianya amat susah difahami apatah lagi untuk dipercayai. Lantas, kita secara refleks atau tindakbalas automatik menolaknya mentah2.

Mengapa jadi begini? Mengapa sukar dipercayai dan difahami? Bagi kita yang telah mendalami dan jelas dengan isi utama album NWO, kita maklum yang ianya memang sukar diterima kerana amat bertentangan dengan apa yang kita telah biasa dengar dan lihat selama ini. Semenjak kita kecil lagi dan kemudian masuk ke alam persekolahan hinggalah ke menara gading, kita belajar menggunakan silibus dan skop yang telah ditetapkan oleh pihak2 tertentu. Ini ditambah pula dengan silibus pelajaran tidak formal sebagai pengukuhan penjara minda kita melalui media2 yang dikuasai mereka seperti surat khabar, radio, televisyen dan internet. Pendek kata, apa yang kita belajar, lihat dan dengar selama ini hanyalah apa yang mereka mahukan dan telah tetapkan sahaja.

Ramai yang mungkin sedia maklum yang kebelakangan ini (terutamanya di antara tahun 2005 hingga 2012 ini), suatu fenomena telah dapat dilihat berulang-ulang kali dan semakin menjadi2 di seluruh dunia termasuk di Malaysia sendiri. Terbaru... fenomena ini telah dapat dilihat dengan lebih jelas dan telah dirakamkan oleh ramai orang dengan kamera telefon masing2 (al-maklum sekarang zaman iPhone ngan hp android). Baru2 ini... di Petaling Jaya, Kuala Lumpur, Segamat, Batu Pahat dan Muar adalah tempat2 yang paling jelas kelihatan matahari bersinar di tengah2 halo (cincin cahaya). Malah ada tempat2 tertentu yang dapat melihat matahari bercincin cahaya ini diiringi pula oleh objek kemerah-merahan yang juga mempunyai cincin cahayanya sendiri (rujuk gambar yang disertakan).

Seperti yang kita telah lihat daripada posting2 terdahulu di dalam album NWO, badan2 atau organisasi2 yang mempunyai “authority” atau bidang kuasa tentang kajian angkasa lepas dan cakerawala seperti NASA misalnya sentiasa membekalkan kita dengan maklumat yang sekali pandang meyakinkan tetapi dua kali pandang meragukan. Mereka begitu berkuasa di dalam hal ini kerana mereka tahu yang kebanyakan kita memang tidak mampu untuk memeriksa kesahihan teori dan laporan saintifik palsu mereka. Manakala mereka yang cuba untuk menyebarkan maklumat yang sebenar, sudah tentu akan disenyapkan dengan pelbagai cara.

Apakah sebenarnya yang sedang berlaku dan apakah fenomena ini? Adakah ianya cuba memberitahu kita sesuatu?

Di sini saya rasa akan bermulanya kocakan fikiran yang akan menimbulkan rasa ingin menolak (rejection) tentang kemungkinan fenomena matahari bercincin cahaya ini cuba menyampaikan sesuatu maklumat penting. Akan tetapi ianya akan berbunyi seperti kisah2 dongeng purba kitab2 tulisan manusia2 terdahulu. Kalau anda rasa sanggup untuk meneruskan sambil menahan perasaan gundah anda ini, bolehlah meneruskan pembacaan :D Jika tidak sanggup... anda tentu tahu apa yang patut dibuat.

Baiklah... kita lihat sistem solar (sistem matahari) kita sendiri bersama planet2 nya dahulu.

Pernahkah anda terfikir bahawa matahari adalah sebenarnya berfungsi sebagai pintu keluar masuk (a.k.a. portal) bagi kita membuat “star jump” di mana kita boleh menggunakannya sebagai jalan pintas untuk pergi ke sistem bintang lain? Saya rasa tentu secara refleks atau tindakbalas automatik kita akan menolak hal ini. Mengapa? Ya, kita telah diajar dan telah pun belajar bahawa matahari sangat panas. Jika kita menghampirinya, sudah tentu kita akan hangus terbakar.

Next, pernahkah anda mendengar sebelum ini tentang “The Gatekeeper” atau Penjaga Pintu Pagar? Harap kita tidak keliru dengan penjaga pintu pagar kandang binatang ternakan atau penjaga pintu pagar kedai kereta potong yang menyimpan berbagai2 jenis “spare-part” dan “half-cut”. Pagar ini bukan pagar biasa. Pagar ini memagari matahari dengan kepanasan yang tinggi. Walaupun pun pagar ini sangat panas, “The Gatekeeper” diberi kebolehan untuk mengiringi anda atau sesiapa sahaja yang mempunyai syarat tertentu untuk melalui pintu pagar dengan selamat. Anda kemudiannya akan melalui matahari untuk keluar di pintu pagar bintang yang lain. Nanti akan diterangkan lebih lanjut lagi tentang “The Gatekeeper” ini.

Bagaimana? Adakah anda mampu lagi menahan perasan “rejection” yang mula membuak2 di minda anda? :D Masih ada kesanggupan untuk teruskan lagi pembacaan lagi? Untuk makluman anda, semasa pertama kali saya mendengarkan tentang hal ini pun, saya pun tsecara refleksnya tertawa terbahak2 sehingga berlelehan air mata. Manakan tidak, sekali pandang dan dengar tentang hal ini... tentu kita akan menolak mentah2 tanpa berfikir terlebih dahulu dan lebih merasakan ianya sebagai modal bahan jenaka. Inilah senjata paling ampuh geng2 jahat ini. Mereka tahu, perkara yang sebenar akan berbunyi sangat asing dan mengarut. Bak kata omputih... “the truth is stranger than fiction”.

Ok... mari kita teruskan lagi. Pernahkah anda mendengar pula tentang planet nibiru atau nama lainnya ada banyak... seperti planet X, saqqar, dan lain2 lagi? Cerita yang mungkin kita pernah dengar ialah ianya mempunyai orbit berbentuk elipse seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas. Setiap 2500 tahun sekali (plus minus 150 tahun), ia akan lalu melewati sistem solar kita dan menyebabkan pelbagai bencana alam seperti banjir besar dan polar shift. NASA pula menyifatkan planet nibiru sebagai komet atau asteroid yang besar dan bukannya sebuah planet. Maka persoalan timbul... Jika benar seperti yang dikatakan NASA ini tentang orbit planet nibiru, mengapa apabila selesai sahaja planet nibiru melewati sistem solar kita ianya tiba2 menghilang dan tidak dapat dikesan lagi? Sepatutnya, kita masih boleh melihat atau mengesan lagi kewujudannya semasa ianya bergerak meninggalkan sistem solar kita. Adakah planet nibiru menghilang kerana ia sebenarnya menuju dan kemudiannya masuk ke dalam matahari? Benarkah ianya hanya komet atau asteroid?

Nampaknya ruang dah habis. Saya tahu, masih belum terjawab lagi banyak perkara pokok seperti... apa ada dengan matahari bercincin cahaya?; apa pula objek kemerah-merahan bercincin cahaya?; apakah planet nibiru sebenarnya?; apa kena mengena pula cerita planet nibiru dengan matahari sebagai pintu pagar ke bintang lain?; siapa atau apakah sebenarnya penjaga pintu pagar atau “The Gatekeeper”?; kenapa planet nibiru hilang tiba2 setelah lalu melewati sistem solar kita setiap 2500 tahun sekali?; dan pelbagai lagilah persoalan2 yang bersangkut-paut dengannya. InsyaAllah dapat disambung di dalam part 2 of 5 nanti.

Wassalam – Public Secret

Tiada ulasan:

Catat Ulasan