Ahad, 4 November 2012

Datang & Pergi : Hollow Earth [Part 4/5]]

THEY COME AND GO.... a.k.a MEREKA DATANG DAN PERGI....
[Part 4 of 5]

Seperti yang kita tahu teknologi al-insaan yang melibatkan banyak cabang ilmu seperti ilmu fizik, kimia, biologi, matematik dan sains adalah terhad. Ya, sekali pandang
memang nampak hebat namun teknologi ada hadnya.

Sebagai contoh.... “graviti”. Hampir semua orang tahu apa itu graviti. Semua al-insaan tertakluk dengan graviti. Tanpa graviti jirim dan jisim tidak akan mempunyai berat. Ia adalah daya yang amat penting. Akan tetapi sehingga kini al-insaan tidak tahu daripada mana datangnya graviti. Cubalah tanya mana2 saintis di dunia ni. Tiada siapa yang mampu menjelaskan daripada mana datangnya graviti. Itu belum lagi perkara2 yang lebih halus seperti keberadaan jin, malaikat, makhluk2 allah yang lain, roh dan perjalanan inter-dimensi oleh penduduk2 langit serta cakerawala.

Kenapa saya utarakan semua perkara ini? Saya utarakan semua perkara ini kerana planet nibiru jatuh dalam kategori yang sama pada pandangan kita al-insaan. Jika dilihat dengan lebih dekat, semua perkara ini tidak dapat dijelaskan dengan teknologi walaupun kewujudannya memang tidak dapat dinafikan. Bagaimana mungkin hendak dinafikan kerana kesannya memang kita dapat rasakan di dalam realiti dunia fizikal kita. Cuma kita tidak tahu dan faham puncanya... daripada mana datangnya...?

Betulkah semua al-insaan memang tidak tahu atau ada segelintir yang tahu tetapi merahsiakannya atas sebab2 tertentu? Betulkah terdapat banyak lagi jenis ilmu2 lain selain teknologi yang mempunyai kebolehan menghasilkan apa yang teknologi hasilkan atau malahan lebih lagi? Adakah kita percaya yang piramid2 di seluruh dunia termasuk di Malaysia dibina dengan teknologi? Adakah kita masih percaya patung2 di Pulau Easter didirikan dengan teknologi? Adakah batu2 di Stonehenge disusun dengan teknologi? Atau... adakah semua ini terhasil dengan ilmu2 lain selain teknologi?

Geng2 jahat sentiasa mengatakan teknologi adalah satu2 nya ilmu di dunia ni. Tidak cukup dengan itu, mereka berpura2 menggunakan teknologi untuk mencari sesuatu yang memang tidak akan dapat dicapai dengan teknologi. Adakah kita betul2 percaya cerita geng2 jahat bahawa kononnya mereka belum menemui sebarang kesan tentang adanya makhluk2 lain di alam semesta ini walaupun sudah bertahun2 mencarinya? Sekiranya mereka mencari hanya dengan teknologi... mungkinkah mereka dapat menemui kesan2 kewujudan makhluk2 ini? Jika benar mereka telah menemuinya, fahamkah mereka daripada mana makhluk2 ini datang dan bagaimanakah keberadaan atau struktur kehidupan makhluk2 lain ini?

Okay... sekarang mari kita lihat sedikit maklumat tentang planet nibiru. Mohon kita ketepikan dulu sementara maklumat2 yang kita dengar tentang kisah annunaki, enlil dan yang sepertinya yang dikatakan berkaitan dengan nibiru. Apa yang saya ingin kongsikan ini adalah amat berlainan. Diharapkan kita bersedia untuk bersabar ketika membacanya nanti kerana sekali dengar bunyi cerita tentang nibiru ini adalah amat asing sekali pada pemikiran biasa kita. Ianya juga bukan sesuatu yang boleh dijelaskan dengan teknologi.

Masih ingatkah pada Part 3 of 5 saya meminta anda untuk membuat carian google tentang “hollow earth”. Apakah yang telah anda temui? Saya percaya apa yang kita temui ialah seperti apa yang dipaparkan di dalam grafik yang disertakan bersama posting ini. Bersama2 grafik hollow earth, saya sertakan juga grafik kalendar kaum maya dan pohon kehidupan kaum maya. Soalan cepumas.... adakah kita rasa yang semua grafik ini boleh dijelaskan dengan teknologi? Tentu sekali tidak. Sekiranya tiada halangan nanti, di masa hadapan saya akan cuba buat siri posting2 yang membincangkan ilmu2 selain daripada ilmu teknologi... InsyaAllah.

Kita lihat dulu hollow earth. Cerita tentang hollow earth ini sudah lama berada di internet. Malah semenjak tahun 1970an lagi telah banyak buku2 yang ditulis mengenainya. Geng2 jahat memang membiarkannya sahaja kerana mereka yakin, ianya memang berbunyi tidak munasabah bagi kebanyakan al-insaan yang telah lama diasuh dengan ilmu teknologi acuan mereka selama berpuluh-puluh malah mungkin beratus-ratus generasi. Sebenarnya, cerita tentang hollow earth adalah cerita tentang planet nibiru.

Saiz planet nibiru ialah 5 kali ganda lebih besar daripada bumi. Penghuni planet nibiru tidak duduk dipermukaan luaran planet seperti kita di bumi. Mereka hidup di permukaan dalam planet nibiru. Di tengah2 planet nibiru terdapat sebutir punca tenaga dan cahaya yang dipanggil "Matoma" bertindak seolah-olah seperti sebutir matahari. Kat planet nibiru, tiada istilah waktu malam pada penghuninya. Daya gravitinya pula adalah terbalik berbanding graviti di bumi. Penghuninya terbahagi kepada 24 kaum utama yakni Chan (penguasa langit), Wink (perantara makhluk2), Witz (penguasa gunung), K’in (penjaga matoma/matahari), B’alam (penguasa api), Bak (tabib atau penguasa tulang), Way (pengimbang jiwa), Juun (pengajar kitab), Ja (penguasa air), Ajaw (raja pemerintah), Muyal (penjaga pintu awan), Ix (penguasa kesuburan feminin), Ch’am (penguatkuasa/penggenggam undang2), K’uk (penguasa warna warni jelmaan burung quetzal), Chan (pelilit ular/DNA), Ch’ul (pengingat tuhan pencipta), Chok (penggembur), Jaab’ (penjaga masa), Yax (pembantu K’uk penjaga warna biru dan hijau), Pakal (pelindung bencana), Tok (pandai permata senjata), Naj (perancang tempat menghuni) dan K’al (pengira menggunakan andasar 20). Rasanya cukup la kalau setakat mengenal nama kaum2nya sahaja dulu sebab kalau nak huraikan satu persatu anatomi sifat kejadian dan kehidupan mereka di planet nibiru ni nanti jadik panjang sangat pulak macam cerita Lord of the Rings.

Sama ada kita percaya atau tidak kisah annunaki, enlil dan yang sepertinya ialah kisah yang telah diputar belitkan oleh pihak2 tertentu. Ianya telah banyak diputar belitkan seperti terjadi kepada kisah Atalan/Lamarakh berbanding Atlantis/Lemuria yang pernah diceritakan di dalam album NWO dahulu.

Kalau takder aral... di dalam part terakhir nanti yakni Part 5 of 5... saya akan cuba ringkaskan cerita tentang bagaimana penghuni2 planet nibiru pernah berhubungan dengan al-insaan di bumi suatu masa dahulu. Ya, kaum maya ialah antara kaum yang pertama berinteraksi dengan penghuni2 planet nibiru ini.


Wassalam – Public Secret

6 ulasan:

  1. Dimana tuan dapat sumber cerita ni... Kaum maya sahaja telah mencetuskan fenomena
    ganjil seperti membina piramid yg kita sedia maklum utk melakukan peyembahan kepada tuhan mereka dengan mengadakan korban (manusia) dengan menyembelih mangsa.. Tidak pula saya tahu piramid itu sebenarnya adalah telepot utk berhubung dgn planet nibiru.. Sbenarnya saya pernah jua terfikir apabila terlihat poster startrek yang boleh menghantar manusia dr tmpat laen ke tempat laen (planet) kemudia terbayangkan piramid.. Sungguh terkejut.. Jika tuan sudi berkongsi boleh tuan add saya di fb Sulaiman Azam.. Boleh bertukar buah fikiran dan berkongsi ilmu tq...

    BalasPadam
  2. Hipotesis-teori copy-paste je ni. Pengetahuan yg takde manfaat pe pun untuk menyelamatkan al-insan di alam kubur apatah lagi di akhirat. Apatah lagi jika ianya tidak bersandar kpd mana2 hadis atau ijmak ulamak2 muktabar.

    Sekadar maklumat tambahan sebagai hiburan minda (bagi yg takde keje nak buat sambil buang masa baca artikel ni).

    Kerahsiaan sumber adalah helah/dalih kepada sumber yg mencurigakan atau sumber yg direkacipta atau sumber yg boleh diperdebatkan.

    Apa yg lebih dibimbangi ialah blogger rasa SYOK SENDIRI. Yang seterusnya rasa SYOK SENDIRI itu berjangkit kpd pembaca yg kagum dgn pengetahuan 'luar kebiasaan' ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tiada yang hebat ilmu pengetahuannya selain Allah yg empunya ilmu. Namun meletakkan segala hal yg tidak di sebut Al Quran sebagai tidak bermanfaat itu satu yg kurang tepat.

      Al Quran adalah ayat ayat Allah. Begitu juga segala ciptaannya yg dibentangkan kepada kita termasuk diri kita sendiri adalah ayat2Nya jua..

      Kalau mahu dipertikaikan semua ilmu yg selain dari apa yg ada di dalam AlQuran. Mungkin kita pertikaikan dulu ilmu masak memasak.. ilmu teknologi dan sbgnya.

      Hari ini mungkin yg dihidangkan dlm blog ini dilihat satu yg luar biasa, tapi mungkin 10 tahun lagi mungkin ia cuba ilmu yg biasa2 saja dan mungkin jadi satu perkara yg jadi perkara seharian. 1400 tahun dulu, kalau ada org mengatakan yg kita boleh berkomunikasi dgn orang yg jaraknya 100 km melalui gelombang mungkin di anggap SYOK SENDIRI dan HIBURAN MINDA semata mata. Tapi hari ini bukan setakat 100 km. Beribu ribu km pun kita bolah berkomunikasi dan ia dah menjadi perkara yg amat biasa.

      Apapun saya berterima kasih kpd saudara krn sudi singgah di blog ini dan sedikit sbyk mengingatkan saya supaya tidak syok sendiri dan lebih yg saya takuti adalah timbul rasa riak dn takbur dlm diri saya.

      Saya cuma manusia yg lemah dan mempunyai pengetahuan yg amat terbatas.

      Padam
    2. Apa kita rasa ilmu di dada ni sudah cukup untuk menjelaskan fenomena yg berlaku sekeliling kita ni ke hinggakan bila ada yang sudi berkongsi pendapat kita boleh perkecilkan? Jangan la jadi insan yang bodoh sombong, ingat lah yang ilmu Allah yang kita tahu hanyalah setitik dari seluruh lautan. Kalau tak bersetuju pun jangan memperkecilkan. Cukup sekadar kata tak setuju atau jangan baca lagi.

      Padam
  3. Salam ajaque, bnyk sangat info yg anda ceritakan, siap blh tahu penghuni nebiru. Aku yakin sangat awk berkawan rapat dgn jin yg berumur panjang.(jika kisah ini benar). Kerna hanya mka saja yg mampu terbang sana sini termasuk diruang angkasa.
    Hati2 kerna ditakuti awk akan terikut ajaran sesat dan kawan awk itu sedang menipu.

    Aku minati cerita2 awk itu dan saya anggap sebagai cerita fiksyen saja. Dan saya memang sangat meminati cerita filem feksyen.

    Aku duduk tengah2 saja pd cerita2 awk ini kerna jika benar atau tak, itu semua kuasa tuhan jua. Aku pula nak tahu juga jika dapat mengenali mahkluk2 terdahulu yg pernah tuhan cipta samada diunivese ini atau univese sblm itu dan sblm itu

    BalasPadam
  4. Chan disebut dua kali. Penguasa langit dan pelilit ular/DNA

    BalasPadam