Ahad, 4 November 2012

Datang dan Pergi : Mayan [Part 5/5]

THEY COME AND GO.... a.k.a MEREKA DATANG DAN PERGI....
[Part 5 of 5]

Melalui Al-Quran, ada banyak kali Allah mengajar kita tentang dimensi ruang dan masa. Di dalam Surah Al-Baqarah misalnya, diceritakan tentang kisah seorang hambaNya yang keluar daripada kampung kemudian tiba di suatu tempat lalu di ”tidur” kan selama 100 tahun. Apabila ia “bangun”, ditanyakan kepadanya berapa lama dia tertidur lalu dijawabnya mungkin sehari atau sebahagian daripada sehari. Dia diberitahu dia telah tidur selama 100 tahun. Dia disuruh memeriksa bekalnya dan bekalnya masih elok. Disuruh melihat binatang tunggangannya... didapati sudah tinggal tulang belulang sahaja. Kemudian Allah membangkitkan semula tunggangannya itu menjadi seperti sediakala. Adakah bekalannya duduk di dimensi lain dan tunggangannya pula duduk di dimensi lain kerana selepas 100 tahun keadaan bekal dan tunggagannya berbeza? Kemudian Allah menunjukkan kekusaanNya menguasai dimensi ruang dan masa dengan menghidupkan semula binatang tunggangan tersebut. Di dalam Surah Al Israk pula... kita tentu tahu tentang kisah Israk dan Mikraj Rasulullah SAW. Yang ini tak perlulah kot saya cerita panjang2... semua tentu tahu. Di dalam Surah Al Kahf pula, diceritakan tentang sekumpulan pemuda yang bersembunyi di dalam gua. Matahari silih berganti menyimbahkan cahaya di rekahan sebelah mereka pada waktu pagi dan di rekahan sebelah satu lagi pada sebelah petang. Walaupun fenomena pagi dan petang ini menunjukkan mereka masih lagi di alam fizikal dunia kita tetapi mereka tidak sedar mereka duduk di dimensi lain yang menyamai masa di alam fizikal selama 300 tahun. Selepas 300 tahun mereka masih lagi muda. Apakah maknanya semua ini? Dapatkah kita memahaminya?

Saya mencedok maklumat2 ini daripada ceramah Sheikh Imran Hossein di Sunway tidak lama dahulu kerana saya merasakan ianya sesuai dengan konteks penerangan tentang keberadaan planet nibiru.

Planet nibiru mempunyai sifat2 kejadian seperti yang digambarkan di dalam kisah2 di atas. Ia adalah planet yang aneh kepada kita jika kita masih kabur tentang wujudnya sesuatu yang kadang kala di dimensi ruang dan masa yang lain... kadang kala di dimensi ruang dan masa fizikal kita.

Sekarang mari kita lihat tentang kaum Maya pula. Menurut para pengkaji sejarah dan saintis sekular, kaum Maya mencapai kemuncak kegemilangan mereka di antara tahun 240 hingga ke tahun 900 masehi (A.D.). Kaum ini dikatakan menduduki dan menguasai kawasan yang luas... kalau hari ini kita mengenali kawasan ini sebagai Mexico, Honduras, Guatemala dan Belize. Mereka dikatakan mengamalkan agama yang menyembah Tuhan Utama Itzamna, Tuhan Chac penjaga Api dan Angin, Tuhan Kukulkan yang berbentuk ular berbulu pelepah dan banyak lagilah. Di awal tahun 900an... dikatakan saki baki kaum Maya ini telah ditawan dan dikuasai oleh askar2 Sepanyol. Akan tetapi, benarkah ini semua?

Okay... ini cerita yang kita mungkin tak pernah dengar pulak tentang kaum Maya ni. Mereka adalah keturunan yang berasal daripada beberapa kumpulan pertama yang memulakan tamadun selepas kejadian banjir besar di zaman nabi Nuh a.s. Apa? Betul ke ni? Ala... takpe la... biarlah saya habis cerita dulu... kemudian terpulang kepada semua untuk memeriksa sumber2 masing2. Boleh yer?

Teknologi mereka pula bukan seperti teknologi yang kita lihat hari ini. Ia bukan bersandarkan ilmu fizik, matematik, sains, elektronik dan astronomi biasa sahaja. Ia bersandarkan di atas kefahaman punca kuasa sebenar yakni cahaya tulen, ibu tenaga dan kawalan frekuensi jirim serta jisim. Bahasa yang mereka gunakan pula bukan seperti bahasa2 yang kita biasa guna hari ini di mana bahasa mereka boleh menjelaskan banyak perkara seperti bahan yang saintis2 sekular kita hari ini memanggilnya sebagai dark matter dan dark energy. Pendek kata, teknologi mereka bukan seperti teknologi acuan geng2 jahat sekular masa kini. Satu lagi yang mungkin memeranjatkan kita ialah mereka beragama yang sama aliran dengan agama Islam. Ya, mereka menyembah Allah... dan bukan seperti yang digembar-gemburkan menyembah Itzama, Chac, Kukulkan dan yang sepertinya itu.

Cuba kita fikirkan... mengapakah tamadun2 barat dan lain2 tamadun tajaan Iblis dan Dajjal bertungkus lumus menghantar askar2 mereka untuk menakluk dan memusnahkan tamadun2 lain yang tidak akur kepada kekuasaan mereka? Mengapa agaknya Sepanyol bersusah payah menghantar askar2 mereka untuk menakluk dan memusnahkan saki baki tamadun kaum Maya?

Okay... okay... jauh plak saya side-track. Balik semula kepada perkaitan planet nibiru dan kaum Maya ini... sama ada kita boleh proses maklumat2 ini atau tidak terpulanglah kepada yang empunya diri. Sesetengah kita boleh sahaja mengenepikan semua cerita2 ini kerana saya tak kuasa untuk menjelaskan sumber2 saya secara terperinci. Lagipun, tujuan page ini dan terdahulu album NWO bukanlah untuk menyediakan maklumat2 dan sumber2 menepati syarat2 akreditasi universiti atau kolej. Akan tetapi, hanyalah ingin mencetuskan budaya untuk berfikir sebelum menerima sebarang ilmu walaupun ianya datang daripada Harvard, Cambridge, MIT atau Oxford. Yang penting... marilah kita elakkan penyakit “Blind Acceptance”.

Baiklah.. here comes the bomb...

Penghuni2 planet nibiru ialah mereka yang berasal daripada kaum Maya. Mereka adalah di antara pengasas2 utama ilmu kosmologi dan ketuhanan semenjak zaman berzaman. Planet nibiru pula bukanlah planet... ianya adalah sebuah planet tiruan yang dibina dengan teknologi kaum maya. Mengapa kalendar kaum Maya berakhir pada 21 Disember, 2012? Ini ialah kerana mereka akan kembali membawa kalendar yang baru bagi menyambung kalendar kaum Maya yang semakin hampir sampai ke penghujungnya itu. Mengapa planet nibiru kejap boleh dikesan dan kejap hilang pula macam iklan biskut chipsmore? Ianya kerana planet nibiru mampu merubah keberadaannya keluar masuk dimensi ruang dan masa mengikut keperluan mereka. Adakah dunia akan kiamat pada 21 Disember, 2012? Hanya Allah yang tahu... tetapi seperti yang kita maklum Dajjal masih belum lagi muncul di Jurusalem, Imam Mahadi masih belum muncul daripada Khurasan dan Nabi Isa a.s. masih belum turun semula lagi.... so kalau mengikut perkiraan tersebut... 21 Disember, 2012 belum kiamat lagilah.

Semoga siri posting “THEY COME AND GO” ini memberi manfaat kepada kita. Yang baik datang daripada Allah... yang tak baik tu daripada kelemahan saya sendiri.


Wassalam – Public Secret

7 ulasan:

  1. Satu teori yang ternyata RARE secara keseluruhannya. Untuk apa Mayan membina planet tersebut?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ko penah dengar 'Death Star'..starwars..
      Ko paham cerita tersiratnya?

      Padam
    2. teori planet baru? hm bukan nk pandang rendah tapi kita manusia takkan sesekali bhidup luar dari bumi(pindah)disini kita BERAKHIR.dan sambung ke matrix selepasnya,alam barzakh,masyar syurga/neraka.

      Padam
  2. bnyak je cerita tersirat...starwars....tranfomers(rise of the darkmoon)...x man....sumenye ade maksud tersirat

    BalasPadam
  3. bumi dh tenat, nk planet baru la kot... sblm bumi hancur.. kot2 la.. aq pn x tau...

    BalasPadam
  4. Saya sokong usha anda (Re Matrix) menyiarkan atikal ini. Kalau anda benar2 buat kajian tentu anda tahu dimana lokasi sebenarnya. Saya dapati ada komen2 yg menyatakan tidak terdapat dalam Al Quran. Sebenar nya telah lama, sebelum anda menyiarkan atikal ini, saya telah buat kajian kisah ini, dan hanya sekarang ini saya terlintas blog anda. Kisah Nibiru ada tersebut didalam Alquran dan Hadis hanya dikalangan pembaca yang terlepas pandang ayat2 yang berkaitan kisah Hollow earth. Minat saya yang mendalam mendorong mengkaji nya setelah terlintas ayat2 nya didalam Alquran dan diteruskan keHadis2 ternyata ada juga. Hadis2 semuanya dengan sanad2 yang sahih. Kini saya punya banyak maklumat dari Alquran, Hadis, Saintific finding, physis, Taurat asli dan Injil asli serta skrip2 lama yg sah, termasok petunjok dari Allah yang membawa saya kealam tersebut setelah permohonan kebenaran wujudnya alam ini, melalui istiharah, hajat dan puasa selama 40 hari tanpa putus dimakbulkan. Yang mendorong saya adalah firman Allah ' .. mereka tanya tentang hal ku (Allah dan kerajaan nya), katakan itu urusan ku [ berma'ana satu ilmu yang dia (Allah) sahaja yang mengetahuinya], tidak aku beritahu [berma'ana hanya dia (Allah) guru nya - perlu belajar langsong dari Allah] kecuali sedikit [berma'ana tetap Allah beri petunjok] sedikit [berma'ana ilmu Allah itu sangat luas, andaikata air laut dijadikan tinta dan ditambah air laut itu dengan jumlah yang sama, ia tidak akan mencukupi menulis ilmu Allah]. Apa yang nak saya tambahkan sedikit dari tulisan anda (pt1-pt5) ialah 1. Ugama mereka ialah ugama tauhid [Islam.]
    2. Mereka sangat maju dalam bidang teknologi meniggalkan teknologi yang ada di
    dunia ribuaan tahun kebelakang.
    3. [Sama ada anda yakin atau tidak terserah fitrah yang Allah kurniakan], Nabi
    Adam A.S dan Siti Hawa datang kepermukaan bumi dari sana.
    4. Kaum maya bukan penghuni Nibiru, tetapi dari sana dan mereka mempunyai
    pendekatan hubongan kerana mereka tidak lalai dalam tauhid, mengigati Allah
    sentiasa. Kita ni terlalu lalai dek pengaroh keashikan dunia permukaan. Dan
    bukan hanya kaum Maya sahaja asal dari sana, kita semua mahluk manusia
    yang diciptakan Allah dengan sebaik2 kejadian akan melalui alam tersebut
    sebelum kepermukaan bumi.
    5. Keadaan suasana dan persekitaran nya Ta'dapat saya tambah kan disini,
    khuatir tersalah faham pembaca kerana ia memerlukan istiqamah keyakinan
    yang tinggi disisi Allah. Apa yang dapat saya nyatakan disini ialah kiasan2 nya
    terdapat dalam kisah cerita2 dongeng2 lama, seperti hikayat 1001 malam dan
    yang lain2 .
    6. Saya ucapkan setinggi2 tahniah kepada anda atas usha ini, dan teruskan web anda ini dengan atikal2 yang ta'pernah kebanyakan masyarakat kita ketahui. Saya akan terus mengikuti web anda dan kalau perlu saya akan tokok tambahkan hasil maklumat dari kajian yang saya ada. Syabas dan Tq.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tuan ada blog?hasil kajian tuan ada diterbit kan tak?sangat berminat.saya bukan islam.bukan juga kristian seperti ahli keluarga saya yg lain.saya masih mencari jalan yg satu.saya yakin Allah hanya satu.saya yakin Jesus bukan Tuhan.dan saya yakin Allah punya banyak misteri yang dia mahu kita rungkai tanpa tersepit dalam kotak.

      Padam