Jumaat, 30 November 2012

APA ITU “SINGULARITY” ? : Hayyah [Part 6 of 7]



Hari berikutnya pun tiba. Ketibaan ketiga2 pendeta disambut oleh raja dengan penuh rasa gembira. Setelah semua mengambil tempat duduk masing2, raja pun memulai bicara dengan berkata... “Saya telah fiki
r masak2 tentang apa yang kita semua bualkan semalam. Di antara banyak2 perkara yang kita bincangkan, satu perkara yang saya yakin ianya adalah perkara pokok yang mengikat semua persoalan2 yang saya bangkitkan tentang roh, jiwa, nafs, nyawa, minda dan athar”. Mintaka dan Alnilam tersenyum mendengar kata2 raja.

Mintaka kemudiannya berkata... “tuan memang tajam akal” sambil Alnilam mengiyakan kata2 Mintaka ini. Mintaka menyambung lagi... “oleh kerana Alnitak yang menjelaskan tentang persoalan2 tuan semalam, eloklah kalau dia sahaja teruskan penerangannya”. Raja merasa pelik dan bertanya... “Apakah kamu semua telah tahu apa maksud saya tentang perkara pokok yang saya maksudkan?” Mintaka menjawab... “Sudah tentu. Perkara pokok yang tuan maksudkan tentulah hakikat bahawa roh, jiwa, nafs, nyawa, minda dan athar ini seolah2 bersifat tiada kesudahannya”. Raja merasa hairan namun dia menahan dirinya untuk bertanya lagi tentang bagaimana pendeta yang bertiga ini telah sedia maklum tentang apa yang dimaksudkannya. Raja berkata... “Kalau begitu, silalah pendeta Alnitak menyambung penerangannya”.

Alnitak termenung sebentar dan akhirnya bersuara... “Tuan, adapun sifat tiada kesudahan ini saya biasa memanggilnya ‘hayyah’. Adapun hayyah ini pula mempunyai dua arah. Saya rasa tuan pun tentu boleh mengagaknya. Arah hayyah yang pertama ialah bersangkut-paut dengan sesuatu yang tiada kesudahan besarnya atau banyaknya. Contohnya alam semesta kita ini sangat2 besar hingga kita tidak tahu ianya sebesar mana. Arah Hayyah yang kedua pula bersangkut-paut dengan sesuatu yang tiada kesudahan kecilnya atau halusnya. Contohnya, setiap bahan di dunia kita ini boleh sahaja kita hancurkan dan kisar sehingga menjadi zarah2 halus. Zarah2 halus ini pun masih kita dapat membelah dan memecahkannya menjadi semakin kecil yang tiada kesudahannya. Adakah tuan faham penerangan saya ini?” Raja mengangguk2 kecil. (Nota: kalau dalam bahasa kita hari ini, perihal sifat tiada kesudahan ini atau ‘hayyah’ kita memanggilnya sebagai infiniti).

Alnitak kemudiannya menerangkan lagi... “tuan, seperti yang tuan mungkin telah tahu, adapun semua alam kita ini terjadi daripada setitis inti. Cuma yang tuan mungkin tidak jelas ialah apakah dia inti ini sebenarnya. Tidakkah begitu tuan?” Raja mengangguk2 kan kepala. Alnitak menyambung... “Tatkala inti ini mengembang menjadi alam semesta, ada bahagian inti ini yang mengecut selaras dengan bahagiannya yang mengembang. Bezanya bahagian yang mengembang ini kita boleh lihat dan kesan dengan deria dan peralatan kajian kita manakala bahagian yang mengecut ini seolah2 tidak wujud pada pandangan kasar kita. Adapun di bahagian tengah pengembangan dan penguncupan inti yakni kedua2 bahagian ‘hayyah’ ini saling tarik menarik di antara satu sama lain. Inilah yang menghasilkan tarikan semulajadi”. (Nota: tarikan semulajadi yang dimaksudkan di sini ialah apa yang kita biasa panggil graviti).

Raja kemudiannya berfikir sejenak dan seterusnya bertanya... “Kalau betul fikiran saya, adakah ini bermaksud roh, jiwa, nafs, nyawa, minda dan athar itu adalah bahagian inti yang mengecut? Sebab itulah kita tidak dapat mengesannya dengan deria kasar kita”. Alnitak segera memperbetulkan raja... “Bukan begitu tuan. Adapun setitis inti itu akan kekal menjadi setitis inti. Ia hanya akan menjadi alam semesta dengan dua arah hayyah berbeza apabila ditiupkan ke dalamnya roh, jiwa, nafs, nyawa, minda dan athar ini.... maka jadilah ia alam semesta penuh dengan kehidupan dan kejadian. Ada yang nampak di mata dan ada yang hanya nampak di hati”.

Selepas mendengar penerangan panjang lebar ini, raja bersandar dan termenung sejenak. Kemudian raja pun bertanya... “Jika demikianlah halnya... ada berapa banyak jenis inti yang ada?” Alnitak menjawab... “Begini tuan. Sewaktu semuanya tiada, hanya dijadikan satu inti sahaja. Kemudian athar dimasukkan di dalam inti ini sebagai pencetus lalu berpecahla ia dengan dua arah ‘hayyah’ seperti yang saya telah terangkan tadi. Pepecahan inti ini terbahagi 6 peringkat atau 6 masa dalam kedua2 arah ‘hayyah’ ini. Dalam peringkat pertama sahaja, beribu2 inti lain terhasil daripada inti yang tunggal tadi. Dalam peringkat kedua pula beribu2 inti ini berpecah pula menjadi jutaan inti2 lain dan hal2 ini berterusanlah berlaku sehingga peringkat keenam tiadalah dapat terkira lagi jumlah inti2 yang terhasil”. Alnitak kemudian menerangkan lagi... “di dalam semua 6 peringkat pemecahan inti utama tadi dan penghasilan inti2 baru... roh, jiwa, nafs, nyawa dan minda ditiupkan bagi mengisi bahagian2 hayyah terpilih. Suatu perkara tuan perlu betul2 faham. Tiadalah mengalir dan tersebarnya apa2 tanpa athar memenuhinya dan tiadalah berguna athar tanpa makhluk yang dipanggil masa. Ruang pula dilihat oleh roh, jiwa, nafs, nyawa dan minda daripada kaca mata masa ini. Begitulah tuan halnya. Tuan pula janganlah berputus asa sekiranya tuan tidak dapat serta merta memahami apa yang saya katakan sekarang ini kerana tuan akan faham juga nanti sekira tuan terus-terusan memikirkan apa yang telah saya terangkan ini”.

Dipendekkan cerita, raja pun terpaksalah berpuas hati dahulu dengan penerangan Alnitak. Diceritakan di dalam kitab Sandai Sasantara ini... tidak lama selepas itu raja pun fahamlah apa yang diterangkan kepadanya lalu berhasrat berkongsi pemahamannya dengan seluruh manusia sejagat. Inilah dikatakan permulaan era pembangunan piramid2, tugu2, ukiran2 dan monumen2 lain bagi mencatatkan pemahaman raja untuk rujukan sepanjang zaman (mungkin cerita yang ini boleh saya kongsikan di dalam siri posting yang lain). Adapun kerajaan Sunda Nusantara ini kemudian diceritakan tenggelam kerana tanah dan batu2 nya terpaksa digunakan untuk memagar lingkaran api pasifik (yang ini pun suatu babak lain pula). Lalu terjadilah Laut China Selatan yang memisahkan Semenanjung Tanah Melayu dan Pulau Kalimantan hingga hari ini.

Sebagai penjelasan dan penyimpulan apa yang dicatatkan di sini, di dalam bahagian terakhir nanti yakni Part 7 of 7, insyaAllah saya akan menerangkan apa maksudnya penerangan Alnitak ini melalui cara dan bahasa2 yang kita lebih biasa berbanding dengan apa yang diceritakan di atas. Apa yang saya catatkan di dalam Part 6 of 7 ini hanyalah “direct quote” atau “salinan semula terus” daripada kitab Sandai Sasantara. Sekiranya kita sesorang yang telah lama mengkaji atau memikirkan hal2 ini, mungkin Part 7 of 7 adalah tidak perlu dan memadai dengan Part 6 of 7 ini sahaja. Bagi memudahkan untuk kita membuat perbandingan, saya sertakan link ini yang menerangkan beberapa konsep lain tentang kejadian alam semesta...

http://lisanul-hakim.blogspot.com/2012/06/proses-kejadian-alam-menurut-al-quran.html


Wassalam – Public Secret

[InsyaAllah... To be continued]

Jumaat, 9 November 2012

APA ITU "SINGULARITY" ? : Roh [Part 5/7]



Mendengar permintaan daripada raja, Alnitak pun bangun sambil mengangkat cawan kosongnya. Kemudian ia berjalan perlahan2 dan berdiri betul2 di sebelah bejana kopi yang terletak berhampiran dengan raja
(bagi yang tak pernah dengar perkataan “bejana”... ia adalah tong besar yang ada kepala paip tu la macam yang orang catering jamuan makan selalu dok pakai letak air minuman). Kemudian ia berpaling melihat kepada muka raja. Alnitak berkata... “mohon maaf tuan kerana telah menumpahkan air kopi herba saya tadi. Saya tahu, kopi herba seperti ini tentu teramat amat mahal harganya kerana amat tinggi mutunya”. Kemudian Alnitak pun memusing kepala paip bejana kopi tadi bagi mengisi cawannya kembali lalu meminumnya.

Kemudian Alnitak menyambung lagi... “tuan, bekalan kopi herba sehebat dan semahal ini tentu tidak disimpan di sembarangan tempat dalam istana... bukankah begitu? Tuan pula terlalu sibuk dengan seribu satu macam urusan Sunda Nusantara sehingga tuan sendiri lupa mengambil tahu di mana bekalan kopi herba ini disimpan walhal perkara2 ini pernah dimaklumkan kepada tuan oleh ketua pekerja2 dapur istana... bukankah begitu?” Raja mengangguk-anggukkan kepalanya tanda bersetuju. Alnitak berkata lagi... ”tuan, saya juga tahu yang cara2 untuk menyediakan kopi herba ini pun bukannya mudah. Mula2 pekerja dapur perlu merebus tiga jenis herba istimewa selama 3 hari 3 malam dengan menggunakan air istimewa yang diperolehi daripada mata air suci puncak Gunung Ledang. Selepas itu, kopi bermutu tinggi hadiah tahunan daripada Baginda Raja Sulaiman akan dimasukkan dan rebusan diteruskan selama 3 hari 3 malam pula. Semua yang perlu dilakukan ini mengambil masa 6 hari 6 malam lamanya dan semuanya ini pula hanyalah untuk menyediakan satu bejana kopi herba untuk diminum oleh kita bereempat hari ini. Inilah perbandingan2 yang saya akan gunakan untuk menerangkan persoalan2 tuan”.

Raja mengalih pandangannya kepada Mintaka dan Alnilam. Mereka hanya diam sahaja sambil memberi isyarat supaya raja meminta Alnitak meneruskan sahaja penerangannya. Raja berkata... “Wahai pendeta Alnitak, saya merasa amat hairan bagaimana pendeta boleh tahu semua perkara2 sulit tentang kopi herba istimewa ini. Saya sendiri pun kurang periksa. Tentang urusan simpanan bekalan dan penyediaanya pula hanyalah diketahui oleh ketua pekerja2 dapur istana sahaja dan saya sendiri memang telah lupa mengenainya. Namun begitu, pendeta tidak perlulah menerangkannya sekarang. Mohon pendeta meneruskan sahaja penjelasan tentang kedua-dua persoalan yang saya tanyakan mula2 tadi terlebih dahulu. Terangkanlah apakah itu roh, jiwa, nafs, nyawa dan minda. Kemudian ceritakanlah juga apakah dia athar”.

Alnitak menjawab... “Baiklah tuan. Saya cuba menerangkan kedua2 persoalan tuan sekaligus. Sekiranya saya bertanya kepada tuan di manakah letaknya bekalan kopi herba... tuan akan hanya mampu menjawab... ianya ada di dalam istana. Tapi tuan tidak tahu di bahagian mana letaknya bekalan kopi herba tuan di dalam istana. Sekiranya saya bertanya lagi di mana pula letaknya kopi herba yang telah siap disediakan untuk diminum... tuan pun tidak tahu menjawabnya pada hari2 biasa yang lain. Kecualilah kalau saya bertanya hari ini... boleh la tuan mengatakan kopi herba yang sedia diminum ada di dalam bejana kopi ini. Adakah tuan faham apa yang saya katakan setakat ini?” Raja segera mengiyakan kata2 Alnitak.

Alnitak menyambung lagi... “Adapun roh itu adalah ibarat perihal kopi herba ini. Saya sedar memang tiada perbandingan yang tepat. Akan tetapi bolehlah saya katakan perihal roh mirip2 begitu juga. Seperti kopi herba ini, roh pun memerlukan bahan2 istimewa untuk disediakan iaitu jiwa, nafs, nyawa dan minda. Cara2 menyediakan roh daripada bahan2 istimewa ini juga bukanlah mudah pada pandangan kita. Sekiranya saya bertanya kepada tuan di manakah roh tuan... tuan akan hanya mampu menjawab... ianya ada di dalam jasad tuan. Tapi tuan tidak tahu di bahagian mana dalam jasad letaknya roh tuan sendiri”. Alnitak kemudiannya mengulang lagi pertanyaannya seperti tadi... ”Adakah tuan faham lagi setakat ini?” Raja mengangguk2 sambil meminta Alnitak meneruskan penerangannya.

Alnitak kemudian berkata lagi... “Tahukah tuan bahawa jiwa, nyawa dan minda telah direbus di dalam athar selama 30 ribu tahun langit? Kemudian nafs dimasukkan dan rebusan disambung selama 30 ribu tahun langit lagi. Semuanya mengambil masa 60 ribu tahun langit sebelum ianya boleh menjadi roh. Kemudian, roh ini telah diajarkan tentang kejadiannya dan diambil kesaksiannya namun ibarat tuan juga... apabila roh dimasukkan ke dalam jasad maka lupalah dia tentang semua ini kerana terlalu sibuk dengan urusan dunia. Sebab itulah jika ditanyakan kepada tuan tentang roh tuan pada hari2 biasa tentulah tuan tidak dapat menjawabnya. Kecualilah sampai masa malaikat izrael datang mahu mencabut roh tuan daripada jasad... tatkala itu barulah tuan sedar dan ingat kembali. Cukupkah penerangan saya ini atau tuan suka kalau saya menyambung lagi?”

Raja mengerutkan dahinya dan berkata... “Pendeta Alnitak, sekarang ini terangkanlah lebih lanjut tentang jiwa, nyawa dan minda”. Alnitak segera menjawab... “Ini samalah halnya kalau tuan bertanyakan daripada mana asal usulnya 3 herba istimewa kopi herba ini... tentulah saya kena menyiasatnya terlebih dahulu dimulai dengan ketua pekerja2 dapur tuan. Adapun ketua pekerja2 dapur tuan pun belum tentu dapat membantu saya kerana sewaktu menerima bekalan herba2 ini pekerja2 gudang istana pula yang menguruskannya. Lalu saya menyoal pula ketua pekerja2 gudang istana dan mereka pun hanya mampu memberitahu siapa yang menghantar herba2 ini kepadanya. Begitulah seterusnya... memang panjanglah penyiasatan saya seolah2 tiada kesudahannya. Itu belum lagi tuan bertanya tentang periuk bagaimana digunakan di dapur untuk memasaknya dan bagaimana air mata air suci puncak Gunung Ledang diangkut ke istana”. Sambil tersenyum Alnitak menyimpulkan.... “memang seolah2 tiada kesudahannya kalau nak diungkapkan dengan kata2”.

Kelihatan raja sudah mula nampak bahawa persoalan yang dibangkitkannya tentang roh, jiwa, nafs, nyawa, minda termasuk athar memang teramat rumit untuk diterangkan hanya dengan kata2 dan bukanlah boleh dijelaskan dalam masa yang singkat. Maka raja pun berkata.... “Benar wahai pendeta2 sekalian... Itu belum pula saya tanyakan mengapa roh lupa kejadiannya bila dimasukkan dalam jasad, semuanya direbus di dalam apa, 1 tahun langit sama dengan berapa tahun di bumi ini, dan lain2 lagi. Maka beginilah Pendeta Alnitak... saya mula nampak sekarang. Maka bagaimanakah caranya saya dapat betul2 memahami semuanya ini? Adakah memang mustahil untuk saya memahaminya atau sebenarnya ada cara tertentu?” Alnitak pantas menjawab... “Ada! Cuma kalau tuan tidak keberatan, bolehkah kita menyambung perbincangan ini esok hari sahaja?” Raja tersenyum tanda faham yang ketiga2 pendeta itu kini kepenatan. Raja bersetuju untuk menyambungnya pada keesokan harinya pula.


Wassalam – Public Secret

Ahad, 4 November 2012

Datang dan Pergi : Mayan [Part 5/5]

THEY COME AND GO.... a.k.a MEREKA DATANG DAN PERGI....
[Part 5 of 5]

Melalui Al-Quran, ada banyak kali Allah mengajar kita tentang dimensi ruang dan masa. Di dalam Surah Al-Baqarah misalnya, diceritakan tentang kisah seorang hambaNya yang keluar daripada kampung kemudian tiba di suatu tempat lalu di ”tidur” kan selama 100 tahun. Apabila ia “bangun”, ditanyakan kepadanya berapa lama dia tertidur lalu dijawabnya mungkin sehari atau sebahagian daripada sehari. Dia diberitahu dia telah tidur selama 100 tahun. Dia disuruh memeriksa bekalnya dan bekalnya masih elok. Disuruh melihat binatang tunggangannya... didapati sudah tinggal tulang belulang sahaja. Kemudian Allah membangkitkan semula tunggangannya itu menjadi seperti sediakala. Adakah bekalannya duduk di dimensi lain dan tunggangannya pula duduk di dimensi lain kerana selepas 100 tahun keadaan bekal dan tunggagannya berbeza? Kemudian Allah menunjukkan kekusaanNya menguasai dimensi ruang dan masa dengan menghidupkan semula binatang tunggangan tersebut. Di dalam Surah Al Israk pula... kita tentu tahu tentang kisah Israk dan Mikraj Rasulullah SAW. Yang ini tak perlulah kot saya cerita panjang2... semua tentu tahu. Di dalam Surah Al Kahf pula, diceritakan tentang sekumpulan pemuda yang bersembunyi di dalam gua. Matahari silih berganti menyimbahkan cahaya di rekahan sebelah mereka pada waktu pagi dan di rekahan sebelah satu lagi pada sebelah petang. Walaupun fenomena pagi dan petang ini menunjukkan mereka masih lagi di alam fizikal dunia kita tetapi mereka tidak sedar mereka duduk di dimensi lain yang menyamai masa di alam fizikal selama 300 tahun. Selepas 300 tahun mereka masih lagi muda. Apakah maknanya semua ini? Dapatkah kita memahaminya?

Saya mencedok maklumat2 ini daripada ceramah Sheikh Imran Hossein di Sunway tidak lama dahulu kerana saya merasakan ianya sesuai dengan konteks penerangan tentang keberadaan planet nibiru.

Planet nibiru mempunyai sifat2 kejadian seperti yang digambarkan di dalam kisah2 di atas. Ia adalah planet yang aneh kepada kita jika kita masih kabur tentang wujudnya sesuatu yang kadang kala di dimensi ruang dan masa yang lain... kadang kala di dimensi ruang dan masa fizikal kita.

Sekarang mari kita lihat tentang kaum Maya pula. Menurut para pengkaji sejarah dan saintis sekular, kaum Maya mencapai kemuncak kegemilangan mereka di antara tahun 240 hingga ke tahun 900 masehi (A.D.). Kaum ini dikatakan menduduki dan menguasai kawasan yang luas... kalau hari ini kita mengenali kawasan ini sebagai Mexico, Honduras, Guatemala dan Belize. Mereka dikatakan mengamalkan agama yang menyembah Tuhan Utama Itzamna, Tuhan Chac penjaga Api dan Angin, Tuhan Kukulkan yang berbentuk ular berbulu pelepah dan banyak lagilah. Di awal tahun 900an... dikatakan saki baki kaum Maya ini telah ditawan dan dikuasai oleh askar2 Sepanyol. Akan tetapi, benarkah ini semua?

Okay... ini cerita yang kita mungkin tak pernah dengar pulak tentang kaum Maya ni. Mereka adalah keturunan yang berasal daripada beberapa kumpulan pertama yang memulakan tamadun selepas kejadian banjir besar di zaman nabi Nuh a.s. Apa? Betul ke ni? Ala... takpe la... biarlah saya habis cerita dulu... kemudian terpulang kepada semua untuk memeriksa sumber2 masing2. Boleh yer?

Teknologi mereka pula bukan seperti teknologi yang kita lihat hari ini. Ia bukan bersandarkan ilmu fizik, matematik, sains, elektronik dan astronomi biasa sahaja. Ia bersandarkan di atas kefahaman punca kuasa sebenar yakni cahaya tulen, ibu tenaga dan kawalan frekuensi jirim serta jisim. Bahasa yang mereka gunakan pula bukan seperti bahasa2 yang kita biasa guna hari ini di mana bahasa mereka boleh menjelaskan banyak perkara seperti bahan yang saintis2 sekular kita hari ini memanggilnya sebagai dark matter dan dark energy. Pendek kata, teknologi mereka bukan seperti teknologi acuan geng2 jahat sekular masa kini. Satu lagi yang mungkin memeranjatkan kita ialah mereka beragama yang sama aliran dengan agama Islam. Ya, mereka menyembah Allah... dan bukan seperti yang digembar-gemburkan menyembah Itzama, Chac, Kukulkan dan yang sepertinya itu.

Cuba kita fikirkan... mengapakah tamadun2 barat dan lain2 tamadun tajaan Iblis dan Dajjal bertungkus lumus menghantar askar2 mereka untuk menakluk dan memusnahkan tamadun2 lain yang tidak akur kepada kekuasaan mereka? Mengapa agaknya Sepanyol bersusah payah menghantar askar2 mereka untuk menakluk dan memusnahkan saki baki tamadun kaum Maya?

Okay... okay... jauh plak saya side-track. Balik semula kepada perkaitan planet nibiru dan kaum Maya ini... sama ada kita boleh proses maklumat2 ini atau tidak terpulanglah kepada yang empunya diri. Sesetengah kita boleh sahaja mengenepikan semua cerita2 ini kerana saya tak kuasa untuk menjelaskan sumber2 saya secara terperinci. Lagipun, tujuan page ini dan terdahulu album NWO bukanlah untuk menyediakan maklumat2 dan sumber2 menepati syarat2 akreditasi universiti atau kolej. Akan tetapi, hanyalah ingin mencetuskan budaya untuk berfikir sebelum menerima sebarang ilmu walaupun ianya datang daripada Harvard, Cambridge, MIT atau Oxford. Yang penting... marilah kita elakkan penyakit “Blind Acceptance”.

Baiklah.. here comes the bomb...

Penghuni2 planet nibiru ialah mereka yang berasal daripada kaum Maya. Mereka adalah di antara pengasas2 utama ilmu kosmologi dan ketuhanan semenjak zaman berzaman. Planet nibiru pula bukanlah planet... ianya adalah sebuah planet tiruan yang dibina dengan teknologi kaum maya. Mengapa kalendar kaum Maya berakhir pada 21 Disember, 2012? Ini ialah kerana mereka akan kembali membawa kalendar yang baru bagi menyambung kalendar kaum Maya yang semakin hampir sampai ke penghujungnya itu. Mengapa planet nibiru kejap boleh dikesan dan kejap hilang pula macam iklan biskut chipsmore? Ianya kerana planet nibiru mampu merubah keberadaannya keluar masuk dimensi ruang dan masa mengikut keperluan mereka. Adakah dunia akan kiamat pada 21 Disember, 2012? Hanya Allah yang tahu... tetapi seperti yang kita maklum Dajjal masih belum lagi muncul di Jurusalem, Imam Mahadi masih belum muncul daripada Khurasan dan Nabi Isa a.s. masih belum turun semula lagi.... so kalau mengikut perkiraan tersebut... 21 Disember, 2012 belum kiamat lagilah.

Semoga siri posting “THEY COME AND GO” ini memberi manfaat kepada kita. Yang baik datang daripada Allah... yang tak baik tu daripada kelemahan saya sendiri.


Wassalam – Public Secret

Datang & Pergi : Hollow Earth [Part 4/5]]

THEY COME AND GO.... a.k.a MEREKA DATANG DAN PERGI....
[Part 4 of 5]

Seperti yang kita tahu teknologi al-insaan yang melibatkan banyak cabang ilmu seperti ilmu fizik, kimia, biologi, matematik dan sains adalah terhad. Ya, sekali pandang
memang nampak hebat namun teknologi ada hadnya.

Sebagai contoh.... “graviti”. Hampir semua orang tahu apa itu graviti. Semua al-insaan tertakluk dengan graviti. Tanpa graviti jirim dan jisim tidak akan mempunyai berat. Ia adalah daya yang amat penting. Akan tetapi sehingga kini al-insaan tidak tahu daripada mana datangnya graviti. Cubalah tanya mana2 saintis di dunia ni. Tiada siapa yang mampu menjelaskan daripada mana datangnya graviti. Itu belum lagi perkara2 yang lebih halus seperti keberadaan jin, malaikat, makhluk2 allah yang lain, roh dan perjalanan inter-dimensi oleh penduduk2 langit serta cakerawala.

Kenapa saya utarakan semua perkara ini? Saya utarakan semua perkara ini kerana planet nibiru jatuh dalam kategori yang sama pada pandangan kita al-insaan. Jika dilihat dengan lebih dekat, semua perkara ini tidak dapat dijelaskan dengan teknologi walaupun kewujudannya memang tidak dapat dinafikan. Bagaimana mungkin hendak dinafikan kerana kesannya memang kita dapat rasakan di dalam realiti dunia fizikal kita. Cuma kita tidak tahu dan faham puncanya... daripada mana datangnya...?

Betulkah semua al-insaan memang tidak tahu atau ada segelintir yang tahu tetapi merahsiakannya atas sebab2 tertentu? Betulkah terdapat banyak lagi jenis ilmu2 lain selain teknologi yang mempunyai kebolehan menghasilkan apa yang teknologi hasilkan atau malahan lebih lagi? Adakah kita percaya yang piramid2 di seluruh dunia termasuk di Malaysia dibina dengan teknologi? Adakah kita masih percaya patung2 di Pulau Easter didirikan dengan teknologi? Adakah batu2 di Stonehenge disusun dengan teknologi? Atau... adakah semua ini terhasil dengan ilmu2 lain selain teknologi?

Geng2 jahat sentiasa mengatakan teknologi adalah satu2 nya ilmu di dunia ni. Tidak cukup dengan itu, mereka berpura2 menggunakan teknologi untuk mencari sesuatu yang memang tidak akan dapat dicapai dengan teknologi. Adakah kita betul2 percaya cerita geng2 jahat bahawa kononnya mereka belum menemui sebarang kesan tentang adanya makhluk2 lain di alam semesta ini walaupun sudah bertahun2 mencarinya? Sekiranya mereka mencari hanya dengan teknologi... mungkinkah mereka dapat menemui kesan2 kewujudan makhluk2 ini? Jika benar mereka telah menemuinya, fahamkah mereka daripada mana makhluk2 ini datang dan bagaimanakah keberadaan atau struktur kehidupan makhluk2 lain ini?

Okay... sekarang mari kita lihat sedikit maklumat tentang planet nibiru. Mohon kita ketepikan dulu sementara maklumat2 yang kita dengar tentang kisah annunaki, enlil dan yang sepertinya yang dikatakan berkaitan dengan nibiru. Apa yang saya ingin kongsikan ini adalah amat berlainan. Diharapkan kita bersedia untuk bersabar ketika membacanya nanti kerana sekali dengar bunyi cerita tentang nibiru ini adalah amat asing sekali pada pemikiran biasa kita. Ianya juga bukan sesuatu yang boleh dijelaskan dengan teknologi.

Masih ingatkah pada Part 3 of 5 saya meminta anda untuk membuat carian google tentang “hollow earth”. Apakah yang telah anda temui? Saya percaya apa yang kita temui ialah seperti apa yang dipaparkan di dalam grafik yang disertakan bersama posting ini. Bersama2 grafik hollow earth, saya sertakan juga grafik kalendar kaum maya dan pohon kehidupan kaum maya. Soalan cepumas.... adakah kita rasa yang semua grafik ini boleh dijelaskan dengan teknologi? Tentu sekali tidak. Sekiranya tiada halangan nanti, di masa hadapan saya akan cuba buat siri posting2 yang membincangkan ilmu2 selain daripada ilmu teknologi... InsyaAllah.

Kita lihat dulu hollow earth. Cerita tentang hollow earth ini sudah lama berada di internet. Malah semenjak tahun 1970an lagi telah banyak buku2 yang ditulis mengenainya. Geng2 jahat memang membiarkannya sahaja kerana mereka yakin, ianya memang berbunyi tidak munasabah bagi kebanyakan al-insaan yang telah lama diasuh dengan ilmu teknologi acuan mereka selama berpuluh-puluh malah mungkin beratus-ratus generasi. Sebenarnya, cerita tentang hollow earth adalah cerita tentang planet nibiru.

Saiz planet nibiru ialah 5 kali ganda lebih besar daripada bumi. Penghuni planet nibiru tidak duduk dipermukaan luaran planet seperti kita di bumi. Mereka hidup di permukaan dalam planet nibiru. Di tengah2 planet nibiru terdapat sebutir punca tenaga dan cahaya yang dipanggil "Matoma" bertindak seolah-olah seperti sebutir matahari. Kat planet nibiru, tiada istilah waktu malam pada penghuninya. Daya gravitinya pula adalah terbalik berbanding graviti di bumi. Penghuninya terbahagi kepada 24 kaum utama yakni Chan (penguasa langit), Wink (perantara makhluk2), Witz (penguasa gunung), K’in (penjaga matoma/matahari), B’alam (penguasa api), Bak (tabib atau penguasa tulang), Way (pengimbang jiwa), Juun (pengajar kitab), Ja (penguasa air), Ajaw (raja pemerintah), Muyal (penjaga pintu awan), Ix (penguasa kesuburan feminin), Ch’am (penguatkuasa/penggenggam undang2), K’uk (penguasa warna warni jelmaan burung quetzal), Chan (pelilit ular/DNA), Ch’ul (pengingat tuhan pencipta), Chok (penggembur), Jaab’ (penjaga masa), Yax (pembantu K’uk penjaga warna biru dan hijau), Pakal (pelindung bencana), Tok (pandai permata senjata), Naj (perancang tempat menghuni) dan K’al (pengira menggunakan andasar 20). Rasanya cukup la kalau setakat mengenal nama kaum2nya sahaja dulu sebab kalau nak huraikan satu persatu anatomi sifat kejadian dan kehidupan mereka di planet nibiru ni nanti jadik panjang sangat pulak macam cerita Lord of the Rings.

Sama ada kita percaya atau tidak kisah annunaki, enlil dan yang sepertinya ialah kisah yang telah diputar belitkan oleh pihak2 tertentu. Ianya telah banyak diputar belitkan seperti terjadi kepada kisah Atalan/Lamarakh berbanding Atlantis/Lemuria yang pernah diceritakan di dalam album NWO dahulu.

Kalau takder aral... di dalam part terakhir nanti yakni Part 5 of 5... saya akan cuba ringkaskan cerita tentang bagaimana penghuni2 planet nibiru pernah berhubungan dengan al-insaan di bumi suatu masa dahulu. Ya, kaum maya ialah antara kaum yang pertama berinteraksi dengan penghuni2 planet nibiru ini.


Wassalam – Public Secret

Datang & Pergi : Matahari [Part 3/5]

THEY COME AND GO.... a.k.a MEREKA DATANG DAN PERGI....
[Part 3 of 5]

Cuba fikirkan... kita al-insaan diperbuat daripada tanah. Maka planet bumi tempat kediaman kita pun diperbuat daripada tanah. Bagaimana pula dengan jin? Mereka diperbuat daripada apa? Lidah api? :D Ya, mungkin ada asasnya lintasan fikiran kita tu... maka tempat kediaman yang sesuai dengan mereka ialah tempat yang diperbuat daripada api. Matahari sesuaikah untuk diduduki jin? Kita fikirkanlah dan jawab dalam hati.

Walaupun ada di antara kita telah jelas tentang perkara di atas (kalau kita masih tak jelas lagi, amik masa fikirkan betul2 sampai jelas di dalam minda kita), hakikatnya bukan semua makhluk termasuk jin sendiri boleh dan mampu untuk keluar dan masuk matahari sesuka hati. Mengapa? Ya la... sekali imbas fikiran kita, kalau kita buat perbandingan, kita al-insaan ni pun bukannya boleh keluar dan masuk bumi sesuka hati. Tidakkah begitu? Atau... adakah kita al-insaan sebenarnya memang boleh bebas keluar dan masuk bumi sesuka hati cuma kita tidak tahu caranya? Ish... kalau pening, rehat la dulu... pastu baru sambung fikirkan semula hal ini.

Kemudian, cuba kita sama2 lihat Ayat 6 hingga 11 daripada Al Quran Surah 72: Al Jin di bawah [Nota Peringatan: Ayat2 Al Quran di dalam posting ini tidak sama sekali bertujuan untuk digunakan sebagai dalil. Akan tetapi diharapkan ianya dapat mencetuskan minat dan keinginan untuk kita membuat renungan dan mengkajinya]. Sambil tu, cuba ingatkan kembali apa yang kita telah baca di dalam Part 1 dan 2 sebelum ini.

[6]`Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.

[7]`Dan bahawa sesungguhnya (tidaklah benar) manusia menyangka sebagaimana yang kamu sangka, bahawa Allah tidak sekali-kali mengutuskan sebarang Rasul (atau tidak akan membangkitkan manusia pada hari kiamat).

[8]`Dan bahawa sesungguhnya kami telah berusaha mencari berita langit, lalu kami dapati langit itu penuh dengan pengawal-pengawal yang sangat kuat kawalannya, dan (dengan rejaman-rejaman) api yang menyala.

[9]`Padahal sesungguhnya kami dahulu biasa menduduki tempat-tempat (perhentian) di langit untuk mendengar (percakapan penduduknya); maka sekarang sesiapa yang cuba mendengar, akan mendapati api yang menyala yang menunggu merejamnya.

[10]`Dan bahawa sesungguhnya kami tidak mengetahui adakah (dengan adanya kawalan langit yang demikian) hendak menimpakan bala bencana kepada penduduk bumi, atau pun Tuhan mereka hendak melimpahkan kebaikan kepada mereka?

[11]`Dan bahawa sesungguhnya (memang maklum) ada di antara kita golongan yang baik keadaannya, dan ada di antara kita yang lain dari itu; kita masing-masing adalah menurut jalan dan cara yang berlainan.

Bagaimana? Adakah kita mulai nampak sedikit sebanyak apakah sebenarnya matahari itu?

Nah, sekarang baru la boleh cerita sedikit tentang planet nibiru a.k.a saqqar a.k.a. planet X. Untuk mula menyentuh tentang planet nibiru ni... saya rasa ada baiknya kalau kita google dulu sebanyak mungkin di internet tentang beberapa perkara seperti... planet nibiru ini sendiri, kisah annunaki, enlil dan kaum kerabatnya, kisah2 atlantis dan lemuria version geng2 jahat, etc. Maklumat2 asas ini penting supaya apabila kita mula melihat penerangan mengenai planet nibiru di dalam posting2 seterusnya nanti... mudah la kita membuat perbandingannya. Oh ya... jangan lupa juga google tentang suatu terma yang dinamakan... “hollow earth”.

Posting Part 3 ini pendek sahaja. Walaupun pendek... rasanya ia cukup untuk menimbulkan banyak sekali persoalan2 yang berat2. Semoga di dalam Part 4 nanti... apabila sedikit sebanyak misteri tentang planet nibiru, bumi yang kita duduki ni dan matahari mula dirungkaikan... kita akan mendapat perspektif yang agak meluas dan mendalam tentang alam yang kita mungkin sangka hanya wujud dalam cerita2 Star Wars, Star Trek, The Matrix dan lain-lain yang sepertinya.


Wassalam – Public Secret

Datang & Pergi : The Gate Keeper [Part 2/5]

THEY COME AND GO.... a.k.a MEREKA DATANG DAN PERGI....
[Part 2 of 5]

Untuk part 2 ini kita mulakan dulu dengan “The Gatekeeper”.

Seperti yang diberitahu oleh NASA... matahari dipagari oleh satu lapisan yang sangat2 panas. Suhunya mencecah 5,505 darjah Celcius. NASA menamakan lapisan panas ini sebagai “corona”. Serta merta membuatkan kita terfikir, bagaimana mungkin sesiapa boleh melepasi lapisan pagar sepanas ini? Di sinilah “The Gatekeeper” memainkan peranannnya.

The Gatekeeper sebenarnya ialah satu teknologi yang mampu membiaskan haba. Bukan hanya setakat membiaskan haba, malah ianya juga mampu mengimbangi beberapa lagi hal lain seperti hentaman radioaktif serta meneutralkan kesan tindak balas “fusion” yang berlaku bagi menghasilkan lapisan “corona” yang amat panas ini. Struktur matahari juga sebenarnya banyak membantu sesiapa yang mahu memasuki pintunya untuk ke sistem bintang lain.

Jika kita tinjau tentang kajian2 sejarah yang selalu dipaparkan kepada kita melalui pelbagai media, kita tentu perasan yang bangsa2 terdahulu di dalam sejarah peradaban atau tamadun dunia kelihatan taksub dengan matahari sehingga ada yang seolah2 menyembah dan bertuhankan matahari. Contoh2 yang biasa kita lihat... Mesir Kuno – Tuhan Ra, Greek – Tuhan Helios, India dan Tibet – Tuhan Surya, etc. Tempat2 lain juga tidak terkecuali termasuklah di Amerika Selatan, Eropah dan di mana sahaja... ada sahaja bangsa2 yang kelihatan betul2 taksub dengan matahari. Adakah mereka ini benar2 menyembah matahari? Atau mereka hanya membuat sesuatu “ritual” sebagai penghormatan kepada matahari? Atau adakah mereka telah berpengalaman melihat berkali2 banyak makhluk2 hebat datang dan pergi daripada matahari?

Persoalan seterusnya ialah bagaimana pula matahari boleh menjadi portal? Kalau melihat daripada struktur matahari seperti yang dipromosikan oleh NASA dan “authority”2 yang sewaktu dengannya, matahari hanyalah bebola gas yang panas dan dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti yang ditunjukkan di dalam grafik di atas. Benarkah struktur matahari begini?

Sebenarnya memang ada banyak cara untuk menerangkan struktur sebenar matahari dan bagaimana ianya boleh menyebabkan ianya menjadi portal. Akan tetapi semuanya amat sukar untuk difahami... Di sini, saya akan cuba cara yang saya rasa paling mudah faham... tapi kalau kurang faham juga... mintak maaf la yer :D

Untuk permulaan, cuba kita renungkan ayat Al-Quran ini (Nota Peringatan Keras: Ayat2 ini disertakan BUKAN sebagai dalil. Akan tetapi dimuatkan di sini supaya mudah-mudahan dapat mencetus minat berfikir dan mengkaji mengenainya)

Surah 24 – An Nur (Ayat 35 dan Ayat 36)

[35]
Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah adalah sebagai sebuah “misykaat” yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu – dengan sendirinya – memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

[36]
(Nur hidayah petunjuk Allah itu bersinar dengan nyatanya terutama sekali) di rumah-rumah ibadat yang diperintahkan oleh Allah supaya dimuliakan keadaannya dan disebut serta diperingat nama Allah padanya; di situ juga dikerjakan ibadat mensuci dan memuji Allah pada waktu pagi dan petang.

Bagaimana? Pernahkah kita memikirkan perihal Ayat2 ini dengan serius?

Di dalam salah satu posting2 di dalam album NWO terdahulu, saya pernah bercerita tentang string theory ni. Kalau nak membacanya semula... boleh la pergi ke: http://www.facebook.com/photo.php?fbid=3146564863618&l=d1171463f7

Secara ringkasnya, string theory menerangkan tentang adanya 11 dimensi kewujudan jirim dan jisim yang terhasil oleh kombinasi lapisan2 tenaga, getaran dan cahaya yang berlainan. Jika kita mengkaji tentang matahari, kita akan dapati ianya adalah salah satu lokasi di mana semua 11 dimensi kewujudan ini saling bersentuhan. Tidak seperti yang biasa kita fahami, realiti hanya mempunyai 3 dimensi sahaja. Ok cukup... cerita panjang2 sangat takut makin konpius pulak. Kalau masih tak jelas... mungkin di masa hadapan saya boleh buat posting khas untuk menerangkan lebih lanjut tentang hal ini :D

Sekarang mari kita lihat fenomena matahari yang mempunyai halo (cincin cahaya) pula. Apabila sesuatu objek keluar atau masuk ke dalam matahari, fenomena matahari mengeluarkan halo terjadi. Semakin besar saiz objek yang keluar-masuk ini, semakin “intense” lah halo yang terbentuk sehingga boleh dilihat dengan jelas oleh mata kasar kita yang berada di bumi ini. Kejadian baru2 ini, sekiranya kita teliti kita akan dapat membuat agakan, objek merah yang mempunyai halo merah itu adalah salah satu objek yang sama ada dalam perjalanan masuk atau baru sahaja keluar daripada matahari. Daripada sumber2 yang saya rujuk, objek merah ini adalah objek yang baru keluar daripada matahari. Objek ini, dalam perjalanan untuk memintas planet nibiru. Nak pintas buat apa pulak?

Untuk makluman, “path” atau jalan laluan planet nibiru yang biasa ialah daripada sistem bintang terdekat dengan kita bernama alpha centauri... ia masuk ke sistem solar kita dan seterusnya masuk ke dalam matahari untuk muncul semula di alpha centauri. Sebab itulah apabila selesai kita membuat pemerhatian planet nibiru ini melintas masuk ke sistem solar kita, ia kemudiannya tiba2 menghilang. Tentang lokasi alpha centauri pula kita boleh sahaja membuat carian “google” atau rujuk link seperti ini http://earthsky.org/brightest-stars/alpha-centauri-is-the-nearest-bright-star

Untuk Part 3 of 5 nanti, saya akan berkongsi pula sedikit maklumat tentang siapa yang dok keluar- masuk masuk matahari ni? Dan... apa sebenarnya planet nibiru?

Wassalam – Public Secret

Datang & Pergi : Nibiru [Part 1/5]

Salam sejahtera kepada semua. Sebagai posting pertama untuk page baru ini, saya dengan rendah hati dan perasaan takut2 :D ingin berkongsi beberapa maklumat dan kisah lanjutan daripada beberapa pendedahan yang telah dibuat melalui album NWO sebelum ini. Mungkin ada di antara kita pun yang telah mendengar tentang hal ini tetapi merasakan ianya amat susah difahami apatah lagi untuk dipercayai. Lantas, kita secara refleks atau tindakbalas automatik menolaknya mentah2.

Mengapa jadi begini? Mengapa sukar dipercayai dan difahami? Bagi kita yang telah mendalami dan jelas dengan isi utama album NWO, kita maklum yang ianya memang sukar diterima kerana amat bertentangan dengan apa yang kita telah biasa dengar dan lihat selama ini. Semenjak kita kecil lagi dan kemudian masuk ke alam persekolahan hinggalah ke menara gading, kita belajar menggunakan silibus dan skop yang telah ditetapkan oleh pihak2 tertentu. Ini ditambah pula dengan silibus pelajaran tidak formal sebagai pengukuhan penjara minda kita melalui media2 yang dikuasai mereka seperti surat khabar, radio, televisyen dan internet. Pendek kata, apa yang kita belajar, lihat dan dengar selama ini hanyalah apa yang mereka mahukan dan telah tetapkan sahaja.

Ramai yang mungkin sedia maklum yang kebelakangan ini (terutamanya di antara tahun 2005 hingga 2012 ini), suatu fenomena telah dapat dilihat berulang-ulang kali dan semakin menjadi2 di seluruh dunia termasuk di Malaysia sendiri. Terbaru... fenomena ini telah dapat dilihat dengan lebih jelas dan telah dirakamkan oleh ramai orang dengan kamera telefon masing2 (al-maklum sekarang zaman iPhone ngan hp android). Baru2 ini... di Petaling Jaya, Kuala Lumpur, Segamat, Batu Pahat dan Muar adalah tempat2 yang paling jelas kelihatan matahari bersinar di tengah2 halo (cincin cahaya). Malah ada tempat2 tertentu yang dapat melihat matahari bercincin cahaya ini diiringi pula oleh objek kemerah-merahan yang juga mempunyai cincin cahayanya sendiri (rujuk gambar yang disertakan).

Seperti yang kita telah lihat daripada posting2 terdahulu di dalam album NWO, badan2 atau organisasi2 yang mempunyai “authority” atau bidang kuasa tentang kajian angkasa lepas dan cakerawala seperti NASA misalnya sentiasa membekalkan kita dengan maklumat yang sekali pandang meyakinkan tetapi dua kali pandang meragukan. Mereka begitu berkuasa di dalam hal ini kerana mereka tahu yang kebanyakan kita memang tidak mampu untuk memeriksa kesahihan teori dan laporan saintifik palsu mereka. Manakala mereka yang cuba untuk menyebarkan maklumat yang sebenar, sudah tentu akan disenyapkan dengan pelbagai cara.

Apakah sebenarnya yang sedang berlaku dan apakah fenomena ini? Adakah ianya cuba memberitahu kita sesuatu?

Di sini saya rasa akan bermulanya kocakan fikiran yang akan menimbulkan rasa ingin menolak (rejection) tentang kemungkinan fenomena matahari bercincin cahaya ini cuba menyampaikan sesuatu maklumat penting. Akan tetapi ianya akan berbunyi seperti kisah2 dongeng purba kitab2 tulisan manusia2 terdahulu. Kalau anda rasa sanggup untuk meneruskan sambil menahan perasaan gundah anda ini, bolehlah meneruskan pembacaan :D Jika tidak sanggup... anda tentu tahu apa yang patut dibuat.

Baiklah... kita lihat sistem solar (sistem matahari) kita sendiri bersama planet2 nya dahulu.

Pernahkah anda terfikir bahawa matahari adalah sebenarnya berfungsi sebagai pintu keluar masuk (a.k.a. portal) bagi kita membuat “star jump” di mana kita boleh menggunakannya sebagai jalan pintas untuk pergi ke sistem bintang lain? Saya rasa tentu secara refleks atau tindakbalas automatik kita akan menolak hal ini. Mengapa? Ya, kita telah diajar dan telah pun belajar bahawa matahari sangat panas. Jika kita menghampirinya, sudah tentu kita akan hangus terbakar.

Next, pernahkah anda mendengar sebelum ini tentang “The Gatekeeper” atau Penjaga Pintu Pagar? Harap kita tidak keliru dengan penjaga pintu pagar kandang binatang ternakan atau penjaga pintu pagar kedai kereta potong yang menyimpan berbagai2 jenis “spare-part” dan “half-cut”. Pagar ini bukan pagar biasa. Pagar ini memagari matahari dengan kepanasan yang tinggi. Walaupun pun pagar ini sangat panas, “The Gatekeeper” diberi kebolehan untuk mengiringi anda atau sesiapa sahaja yang mempunyai syarat tertentu untuk melalui pintu pagar dengan selamat. Anda kemudiannya akan melalui matahari untuk keluar di pintu pagar bintang yang lain. Nanti akan diterangkan lebih lanjut lagi tentang “The Gatekeeper” ini.

Bagaimana? Adakah anda mampu lagi menahan perasan “rejection” yang mula membuak2 di minda anda? :D Masih ada kesanggupan untuk teruskan lagi pembacaan lagi? Untuk makluman anda, semasa pertama kali saya mendengarkan tentang hal ini pun, saya pun tsecara refleksnya tertawa terbahak2 sehingga berlelehan air mata. Manakan tidak, sekali pandang dan dengar tentang hal ini... tentu kita akan menolak mentah2 tanpa berfikir terlebih dahulu dan lebih merasakan ianya sebagai modal bahan jenaka. Inilah senjata paling ampuh geng2 jahat ini. Mereka tahu, perkara yang sebenar akan berbunyi sangat asing dan mengarut. Bak kata omputih... “the truth is stranger than fiction”.

Ok... mari kita teruskan lagi. Pernahkah anda mendengar pula tentang planet nibiru atau nama lainnya ada banyak... seperti planet X, saqqar, dan lain2 lagi? Cerita yang mungkin kita pernah dengar ialah ianya mempunyai orbit berbentuk elipse seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas. Setiap 2500 tahun sekali (plus minus 150 tahun), ia akan lalu melewati sistem solar kita dan menyebabkan pelbagai bencana alam seperti banjir besar dan polar shift. NASA pula menyifatkan planet nibiru sebagai komet atau asteroid yang besar dan bukannya sebuah planet. Maka persoalan timbul... Jika benar seperti yang dikatakan NASA ini tentang orbit planet nibiru, mengapa apabila selesai sahaja planet nibiru melewati sistem solar kita ianya tiba2 menghilang dan tidak dapat dikesan lagi? Sepatutnya, kita masih boleh melihat atau mengesan lagi kewujudannya semasa ianya bergerak meninggalkan sistem solar kita. Adakah planet nibiru menghilang kerana ia sebenarnya menuju dan kemudiannya masuk ke dalam matahari? Benarkah ianya hanya komet atau asteroid?

Nampaknya ruang dah habis. Saya tahu, masih belum terjawab lagi banyak perkara pokok seperti... apa ada dengan matahari bercincin cahaya?; apa pula objek kemerah-merahan bercincin cahaya?; apakah planet nibiru sebenarnya?; apa kena mengena pula cerita planet nibiru dengan matahari sebagai pintu pagar ke bintang lain?; siapa atau apakah sebenarnya penjaga pintu pagar atau “The Gatekeeper”?; kenapa planet nibiru hilang tiba2 setelah lalu melewati sistem solar kita setiap 2500 tahun sekali?; dan pelbagai lagilah persoalan2 yang bersangkut-paut dengannya. InsyaAllah dapat disambung di dalam part 2 of 5 nanti.

Wassalam – Public Secret

APA ITU "SINGULARITY" : 3 Pendeta [Part 4/7]


Bagi memudahkan saya menerangkan bagaimana hubungan ether dengan kita al-insaan, rasanya elok kalau saya kongsikan sebuah kisah tentang tiga orang pendeta (the three wise men). Kisah ini telah diceritakan dari mulut ke mulut beribu2 generasi lamanya. Sayangnya, di masa ini, kisah tiga orang pendeta telah pun diolah oleh banyak pihak sehingga cerita serta mesej2 yang sebenar telah tenggelam dan hilang ditelan zaman. Sebagai contoh... lihat sahajalah di blog2 internet masakini dan buku2 mejai (magi) orang2 gipsy ataupun buku2 ahli2 sihir moden hasil terbitan orang2 eropah dan Amerika. Ada yang menceritakan kisah ini berlatarbelakangkan kerajaan Mesir di mana tiga pendeta ini dikatakan menjadi orang2 suci yang mengumumkan kemunculan Horus yakni dewa/tuhan mereka. Ada pula yang berlatarbelakangkan kerajaan Parsi di mana tiga orang pendeta ini menyelesaikan perbalahan besar tiga orang raja. Malah di negara2 barat pula, cerita tiga orang pendeta ini telah menjadi cerita tiga orang raja yang mempunyai angkatan perang yang hebat ditambah pula dengan kuasa2 ajaib masing2 seperti mampu membela pelbagai binatang2 aneh seperti naga, griffin, unicorn dan centaur. Ish... dan ada macam2 versi lagi la.

Kisah asal tiga orang pendeta ini sebenarnya berlaku di suatu masa di mana tiada wujud Laut China Selatan lagi. Kitab asal cerita tiga orang pendeta ini telah ditemui bersama2 sebuah lagi kitab yang mungkin tidak asing bagi sesetengah kita yakni Sulalatus Salatin. Seperti yang kita tahu... kitab Sulalatus Salatin ini pun telah banyak diolah2 dan kena “censor” sana sini.

Nama2 pendeta ini pun sebenarnya kita telah pernah dengar. Nama2 mereka telah diabadikan menjadi nama tiga butir bintang utama di dalam buruj orion (buruj belantik) yakni Mintaka, Alnilam dan Alnitak. Pada zaman di mana pendeta2 ini hidup, Laut China Selatan belum lagi jadik laut. Laut China Selatan masih lagi sebuah dataran subur yang luas terbentang menyambung Semenanjung Tanah Melayu dan Pulau Kalimantan pada waktu itu. Dataran ini digelar orang sebagai Sandai Sasantara (Sunda Nusantara). Bahasa yang dituturkan di seluruh dataran ini ialah bahasa Melayu Halus setara tinggi mutunya dengan bahasa2 semitik dan bahasa2 tinggi yang lain seperti bahasa Ibrani, bahasa Arab dan bahasa Sanskrit.

Oleh kerana kitab ini tebal dan ceritanya pun panjang, mungkin di masa lain, boleh la saya berkongsi tentang kisah kerajaan Sunda Nusantara ini. Buat masa ni, marilah kita memberi tumpuan terlebih dahulu kepada perbincangan raja Sunda Nusantara dengan tiga orang pendeta ini mengenai perkara2 yang kita sendiri pun selalu tertanya2 mengenainya. Mereka jadi berbincang tentang hal2 ini bagi menyelesaikan persoalan2 yang dihadapi oleh raja Sunda Nusantara ini. Seperti kita, raja Sunda Nusantara ini pun ingin sangat memahami tentang hal2 ini. Berpuluh2 guru dan cendekiawan telah ditemuinya namun masih tiada yang dapat memuaskan hatinya. Suatu hari baginda mendengar tentang tiga orang pendeta ini lalu menjemput mereka ke istana.

Untuk memendekkan cerita, hari yang ditunggu2 pun tibalah. Pendeta2 ini akhirnya sampai di istana dan dibawa bertemu dengan raja. Baginda raja merasa sangat gembira dan sudah tentu tidak berlengah2 lagi lantas mengajukan persoalan2 yang sudah lama dicari penjelasannya. Dengan muka bercahaya seronok, baginda menceritakan yang baginda telah mendengar banyak sekali penerangan2 dan jawapan2 tentang persoalan2 ini namun masih lagi keliru dan tidak faham. Baginda mengakhiri cerita dengan mengatakan.... “Maka dengan ini, mohonlah pendeta2 bertiga terangkan apakah itu roh, jiwa, nafs, nyawa dan minda. Kemudian, mohon juga pendeta2 bertiga terangkan juga apakah dia yang dipanggil orang athar (ether)”. Side track sikit... nama minyak atar yang biasa kita pakai tu diambil sempena nama athar ini lah. Minyak atar yang asli, harum gemersik baunya seolah2 bukan datang daripada dunia fizikal kita ini.

So... berbalik semula kepada cerita pendeta2 kita ni... pendeta pertama yang membuka mulut ialah Mintaka. Dia berkata.... “Tuan, adapun persoalan2 tuan itu hanya boleh mula dijawab dan dikupas dengan melontarkan beberapa soalan akar terlebih dahulu”. Kemudian, Mintaka menoleh kepada Alnilam dan Alnitak. Alnilam kelihatan mengangguk-anggukkan kepalanya tanda setuju. Alnitak pula hanya mendiamkan diri sambil menghirup kopi herba panas yang sedia terhidang. Gerak mata dan gaya tubuh Alnitak seolah2 melahirkan rasa kurang senang berada di dalam majlis perbincangan itu.

Tanpa memperdulikan body language Alnitak, Mintaka kemudiannya menyambung.. “Tahukah tuan, daripada segi bahasa kasar, lima perkara yakni roh, jiwa, nafs, nyawa dan minda itu lebih kurang sama sahaja maksudnya?” Seterusnya dia bertanya lagi beberapa soalan.... “Sebelum kita dipinjamkan jasad dan dilahirkan ke dunia ini, tuan tentu maklum yang lima perkara ini telah lama ada. Tahukah tuan di mana duduknya?”...... “Pernahkah tuan mengambil masa sejenak untuk memikirkan betapa anehnya keadaan kita ini. Jasad kita wujud serta hidup di dunia ini tapi ia dikawal oleh minda yang wujudnya di alam lain pula?”....

Selepas itu Alnilam pula bersuara....”Di dunia ini, jasad kita bernafas udara. Adakah lima perkara kita itu juga bernafas sama?”..... “Adakah perbuatan jasad kita bernafas dan jantung kita berdegup itu dipanggil nafs yakni hidup?”.... “Jika benar, bagaimanakah boleh berlaku, jasad kita masih hidup tetapi minda kita telah dicabut dan diputuskan hubungannya dengan jasad?”

Mintaka segera menyampuk setelah melihat air muka baginda raja yang berkerut2.... “begini sahajalah tuan... mungkin tuan boleh berfikir dengan lebih jelas sekiranya saya memberitahu tuan yang lima perkara itu sebenarnya adalah satu perkara jua. Namun satu perkara ini, jika dilihat dengan lima pandangan berbeza akan menjadi lima perkara yang berbeza yakni roh, jiwa, nafs, nyawa dan minda”.... “Semua itu hanyalah satu perkara jua”.

Habis sahaja kata2 Mintaka... Alnitak yang semenjak mula lagi mendiamkan diri dengan pantas menumpahkan air kopi herba hingga kosong cawannya seraya berkata.... “Tuan, maafkan saya kerana menumpahkan air ini dengan sengaja. Saya sebenarnya daripada awal lagi telah membuat agakan.... kalau nak diterangkan dengan perkataan semata2.... tentu pening tuan jadinya”.... “Sebab itulah saya menumpahkan air daripada cawan ini”....

Baginda raja terpinga-pinga dengan kata2 Alnitak.... Namun Mintaka segera bersuara.... “Tuan... di antara kami bertiga ini... nampaknya Alnitak lah yang paling arif menjelaskan persoalan2 tuan ini”.... “Sebaik sahaja dia menumpahkan air tadi.... Alnilam dan saya segera mengerti maksudnya”. Alnilam hanya mampu tersenyum mengiakan kata2 Mintaka.

Baginda raja kemudiannya berkata.... wahai pendeta Alnitak... mohon lah jelaskan...

Aiseh... ruang posting dah abis la plak... nanti sambung cerita kat Part 5 la yer :D


Wassalam – Public Secret

APA ITU "SINGULARITY" : ETHER [Part 3/7]

Sekarang tiba masanya untuk penjelasan lebih lanjut tentang “ether”. Sebagai permulaan, elok kalau kita tengok dulu beberapa perkara yang mungkin kita pernah dengar tentang ether ni. Sambil2 tu, kita lihat juga beberapa perbandingan ilmu sains sekular juga. Perkara2 ini diharapkan akan memudahkan penjelasan tentang ether ini.

Pernahkah anda mendengar istilah “ethernet”? Ya, istilah ini mula digunakan pada era2 awal implementasi “internet”...sekitar tahun 60an, 70an hinggalah 80an. Istilah ini kemudiannya digantikan dengan internet? Mengapa? Sebenarnya, geng2 jahat telah lama tahu dan faham mengenai ether dan merasakan istilah ethernet ni melampau. Mereka tahu, sehebat mana pun internet... ia tetap tidak boleh mencapai tahap kehebatan ethernet. Mungkin selepas habis membaca posting ini, kita akan faham mengapa istilah ethernet dirasakan melampau.

Cuba jawab soklan ni.... Ada tak benda yang lebih laju daripada cahaya? Jawapannya.... ADA. Berdasarkan ilmu sains sekular, kita telah diajar bahawa tiada benda yang lebih laju pergerakannya daripada cahaya. Sebenarnya... FIKIRAN kita bergerak jauh lebih laju daripada cahaya. Betulkah hal ini? Tahukah anda berapakah jarak setahun cahaya. Cahaya bergerak lebih kurang 6,000 billion (6,000,000,000,000) batu setahun. Kalau nak tukar pada sistem kiraan metrik yakni kilometer, anda darab la jarak 6,000 billion ini dengan 1.6.... Jauh tak? Ini bermakna, sekiranya anda dan saya duduk berjauhan sejauh 6,000 billion batu.... cahaya yang saya hantar kepada anda akan mengambil masa satu tahun untuk sampai. Jika kita nak membayangkan kelajuan fikiran pula mudah sahaja... Sekiranya anda dan saya mampu menggunakan ether dan membuat hubungan telepati, fikiran yang saya hantar kepada anda akan sampai serta merta. Begitulah kelajuan fikiran... jauh lebih laju daripada cahaya. Secara ekstrim (extreme)... hal ini boleh diandaikan dengan apa yang kita biasa baca di dalam Al Quran... kehendak Allah sekiranya Dia terfikir dan mahu sesuatu terjadi... Ia cuma perlu berkehendak KUN (jadi)... FAYA KUN (maka jadilah). KehendakNya tentu lebih laju daripada cahaya... tidak kira di mana pun tempat dan dimensinya serta merta apa yang difikirkan segera terjadi.... tidakkah begitu? Suka saya tekankan sekali lagi di sini... Apa yang saya cuba sampaikan ialah cahaya masih lagi berbentuk jirim dan jisim. Ia bergerak dalam corak zig-zag melalui lonjakan atom demi atom yang digelar saintis sekular sebagai radiasi elektromagnetik. Berbeza dengan fikiran... ia bergerak melalui medium yang dipanggil ether. Fikir sahaja.... terusssssss sampaiii..... terus terjadiiii....

Anda tentu biasa dengan bahan yang dipanggil besi (iron)? Ilmu sains sekular mengajar kita bahawa besi sangat padat. Akan tetapi, hakikatnya saintis2 sekular pun tahu bahawa kandungan besi ialah atom2 yang terdiri daripada nukleus (neutron + proton) yang dikelilingi elektron. Anehnya, perbandingan saiz serta jarak di antara nukleus besi ini dengan elektronnya adalah sama dengan nisbah perbandingan saiz dan jarak matahari kita dengan planet bumi di dalam sistem solar kita. Adakah ini suatu kebetulan? Ini pun ada kena mengena dengan kehadiran ether.

Saintis2 sekular telah lama mengkaji otak. Ya... otak. Bahagian yang duduk dalam kepala kita ni. Saintis2 sekular kini mendabik dada bahawa mereka kini mempunyai peralatan2 canggih untuk mengesan dan mengira aliran2 elektrik di dalam otak kita untuk memahami kaitan otak dengan pergerakan2 lain pada tubuh badan kita. Setiap kali kita berfikir pun saintis2 sekular ni dapat mengesan aliran2 elektrik yang muncul akibat aktiviti berfikir ini. Namun, mereka masih gagal mengesan kandungan fikiran itu sendiri. Mereka gagal menterjemah aliran2 elektrik di dalam otak ini kepada apa yang sedang difikirkan. Mengapa? Ini kerana fikiran bukanlah sesuatu yang boleh diterjemah hanya dengan hanya mengkaji dan menggunakan aliran2 elektrik. Fikiran hanya boleh diakses melalui kajian dan penggunaan ether.

Jadi... apakah ether ini? Ingat semula posting Part 2 of 7... mengenai Dimensi Ruang Pertama (DR1) dan Dimensi Ruang Kedua (DR2). Bagaimanakah ether boleh memenuhi DR1 serta pada masa yang sama juga melimpah dan memenuhi DR2? Mengapa kita tidak mudah untuk mengesannya? Adakah kita telah terlalu lama diasuh oleh saintis2 sekular semenjak ribuan tahun lamanya sehingga kita lupa apakah itu ether dan bagaimanakah kita dapat memanfaatkan kehadiran ether?

Ramai juga yang mungkin salah sangka... menyangkakan ether itu sesuatu yang amat tipis komposisinya sehingga sukar untuk dikesan kehadirannya. Sebenarnya, ether adalah sangat2 tumpat komposisinya. Kalau boleh kita bayangkan... ether adalah 1,000 billion (1,000,000,000,000) kali ganda lebih tumpat dan padat berbanding air (H2O). Tetapi, mengapa kita tidak menyedari keberadaannya?

Jika anda seorang ilmuan atau pengkaji ilmu fizik, anda tentu maklum dengan “String Theory”. Akan tetapi, pada hemat saya ramai orang belum lagi faham dan mengerti apa itu string theory. Oleh kerana itu penjelasan mengenai ether di dalam posting ini saya cuba buat dengan cara tradisional iaitu ilmu sains sekular (bercerita tentang atom, netron, proton dan elektron) yang kita lebih biasa atau familiar. Sebenarnya, penjelasan tentang ether menggunakan string theory adalah lebih jelas.

Okay... berbalik semula kepada persoalan.... mengapa kita tidak menyedari keberadaan ether sedangkan ianya 1,000 billion kali ganda lebih tumpat daripada air? Ini ialah kerana, bahan binaan ether adalah jauh lebih halus daripada elektron. Mikroskop paling hebat yang saintis2 sekular kita ada pun hanyalah mikroskop elektron... maka jangan harap la kita nak melihat ether menggunakan mikroskop ini :D Mana mungkin jasad kita yang kasar ini beserta lima deria kita yang kasar ini juga dapat mengesan kehadiran ether. Semua benda2 fizikal lain di DR1 kita ini tidak dapat langsung memanipulasi ether kerana semua benda2 fizikal termasuk kita sendiri tidak dapat menggerakkan atau mengalih ether. Jadi... apa la guna ether kalau kita tidak dapat berbuat apa2 mengenainya?

Sebenarnya ada sesuatu yang kita miliki dapat menggunakan dan memanfaatkan ether ini.... InsyaAllah di dalam posting seterusnya, saya akan cuba berkongsi pula tentang hal ini.

p/s: kepada saudara mara serta rakan2 yang mengenali diri saya, selepas membaca posting ini.... janganlah anda merasa bimbang dan gundah gulana pula apabila kita bersua. Saya sedaya upaya tidak akan membaca fikiran anda :D


Wassalam – Public Secret

APA ITU "SINGULARITY" : Mind Control [Part 2/7]

Sebelum kita melihat 5 dimensi ruang yang lain, adalah penting kita memahami 2 dimensi ruang yang telah diterangkan di dalam Part 1 sebelum ini terlebih dahulu. Ramai sekali pihak2 yang menasihatkan saya agar pengetahuan ini tidak dikongsikan secara terbuka kerana bimbang tentang penyalahgunaannya. Namun bagi saya, pengetahuan ini wajar dikongsikan. Kalau nak
disalahgunakan, terpulanglah kepada kita....

Ok... recap sikit. Dimensi Ruang Pertama (DR1) = Keberadaan Fizikal yang boleh disentuh, didengar, dilihat dan dirasai secara fizikal. Ia melibatkan jisim dan jirim. Contohnya jasad kita sendiri dan benda2 yang ada disekeliling kita seperti batu, tumbuhan dan haiwan termasuklah bunyi-bunyian, bau dan “taste”. Dimensi Ruang Kedua (DR2) = Keberadaan yang tidak boleh diukur dan dinilai secara fizikal. Ia tidak mempunyai jirim dan jisim. Contohnya fikiran dan emosi.

Untuk makluman, ada sesuatu yang sentiasa mengisi kedua-dua dimensi ruang DR1 dan DR2 ini. Bergantung kepada tamadun atau budaya ia dikenali sebagai “ether”, “gaya”, “maya” atau kalau dalam cerita Star Wars... ia dikenali sebagai “The Force”. Ia adalah medium di mana keberadaan di dalam DR1 boleh memberi kesan kepada keberadaan DR2 dan begitu jugalah sebaliknya. Sebagai contoh, hanya dengan perkataan yang keluar daripada mulut kita yang bersifat fizikal ini... ia boleh mengubah fikiran ataupun emosi seseorang (DR1 memberi impak kepada DR2). Atau dengan emosi tertentu pula kita akan mengeluarkan perkataan tertentu (DR2 memberi impak kepada DR1). Nampak perkaitan ini? Ambillah masa sedikit dan cuba fikirkan contoh2 lain supaya kita benar2 faham.

Tanpa “ether” DR1 dan DR2 terputus hubungannya. Tanpa ether kita boleh bercakap apa sahaja dan ia tidak akan memberi impak kepada fikiran atau emosi pendengarnya. Tanpa ether, idea yang timbul di dalam fikiran kita tidak akan boleh dimanifestasikan di alam fizikal kita. Tanpa ether kita semua akan menjadi sebuah robot dan komputer yang tidak berperasaan dan beremosi. Macam mana... boleh ikut penerangan setakat ini?

Okay... sekarang kita pergi ke peringkat yang seterusnya. Bolehkah sesuatu yang ada di dalam fikiran kita mengubah sesuatu di dalam fikiran orang lain tanpa melibatkan perbuatan tertentu seperti mengeluarkan perkataan tertentu atau melakukan perbuatan tertentu yang bersifat fizikal? Terima kasih kepada ether, kita boleh melakukannya. Bagaimanakah caranya?

Sama ada kita sedar atau tidak, kita boleh menyuruh seseorang itu melakukan sesuatu atau mengambil keputusan tertentu dengan hanya menghantar apa yang kita fikirkan terus kepada fikiran seseorang tersebut (hanya melibatkan DR2). Pernah lihat seorang “Jedi” dalam cerita Star Wars melakukan hal ini? Ini boleh dilakukan dengan satu syarat. Kita hendaklah boleh melepasi pertahanan fikiran orang yang hendak kita kawal itu.

Apakah pertahanan fikiran? Pertahan fikiran telah diwujudkan secara semulajadi bagi semua jirim dan jisim di alam fizikal kita ini. Tidak kiralah sama ada kita seorang manusia, seekor kucing, sebatang pohon durian atau pun sebutir batu, kita mempunyai pertahanan fikiran semulajadi yang bertindak menghalang sesuatu pihak lain daripada menguasai fikiran atau emosi kita secara terus DR2 kepada DR2 tanpa melalui DR1. Tanpa pertahanan ini, kita akan dikuasai oleh manusia2 lain atau makhluk2 lain tanpa kerelaan kita. Tanpa pertahanan ini, maka rasanya kita boleh bayangkan dunia kita akan melalui perubahan yang amat2 drastik. Sebab itulah ramai di antara kita yang telah lama mengetahui serta memahami hal ini merasa sedikit bimbang. Mengapa bimbang? Inilah yang akan berlaku bermula hujung tahun ini pada 21 Disember, 2012. Kita akan tiba di suatu era atau zaman di mana sempadan DR2 dan DR1 semakin menipis dan pertahanan fikiran semulajadi kita akan semakin lemah dan mungkin terus hilang.

Orang yang paling beruntung ialah orang yang telah memahami hal ini terlebih dahulu dan telah mula melatih minda mereka untuk memperkuatkan pertahanan fikiran mereka. Pada masa yang sama, mereka juga telah berlatih untuk memperkuatkan minda mereka supaya apabila zaman jurang DR2 dan DR1 semakin terhakis tiba, mereka dapat mengeksploitasi orang lain dengan mudah sekali.

Inilah sebenarnya sebab saya berkeras untuk berkongsi tentang hal ini secara terbuka walaupun mendapat tentangan daripada banyak pihak. Saya merasakan tidak adil sekiranya ada pihak2 yang tahu dan ada pula pihak2 yang tidak tahu. Maka apabila bermulanya era baru nanti pada 21 Disember, 2012... pihak2 yang tidak tahu akan didominasi dan diperhambakan.

Kita boleh memilih untuk mengkaji hal ini lebih lanjut atau menganggapnya hanya sebagai cerita2 yang tidak masuk akal. Akan tetapi bila masanya tiba tidak lama lagi.... kita tanggunglah sendiri akibatnya...


Wassalam – Public Secret

Sabtu, 3 November 2012

APA ITU "SINGULARITY" [Part 1/7]


Bolehkah kita menyatakan di mana letaknya ruang yang kosong di alam semesta ini? Benar2 wujud ke ruang kosong ini? Saya percaya, ramai di antara kita masih dok menjawab dengan spontan. Ruang kosong? Ala... pergi jer la keluar 50 batu daripada atmosfera bumi ni... angkasa lepas tu ruang kosong la. Kan ruang kat angkasa lepas tu kosong.... vakum! Apa la punya s
oklan? Tak pun pergi jer makmal, carik bekas yang kedap udara atau “air-tight container”.... pastu pam semua udara dan gas keluar sampai jadik ruang vakum... ruang kosong la tu. Adakah benar ruang vakum itu bererti ruang yang kosong? Maka, bagi kita yang masih menyangka istilah ruang vakum merujuk kepada ruang yang kosong... elok la membaca nukilan kecil ini. Kalau yang dah tau tu... tak yah la baca...

......

......

.......

Haishhhh... ok la... kalau dah tau tapi masih nak baca... boleh la baca jugak.... :D

Tahukah kita... ruang vakum semulajadi i.e. angkasa lepas atau mana2 ruang vakum tiruan yang dihasilkan di dalam makmal sebenarnya tidak kosong. Ada sesuatu yang sentiasa mengisinya. Dengan kata lain, there is no such thing as emptiness. Ceh... sori cakap omputih sikit. Ada sesuatu yang kita tidak boleh suka2 nak pam keluar... Betulkah begini? Apa yang sentiasa dok mengisi ruang vakum? Sebenarnya ada banyak.... contoh mudah... cahaya boleh “travel” atau bergerak melalui vakum... frekuensi radio dan lain2 lagi seumpamanya... boleh mengisi ruang vakum... dan kita masih panggil ruang itu vakum jugak hanya semata2 kita merasakan ruang itu kosong dan bebas daripada molekul2 dan atom2 jirim dan jisim. Boleh fahamkah setakat ini?

Sekarang cuba bayangkan wujud satu keadaan di mana sesuatu ruang itu benar2 kosong atau istilah omputihnya “true vacuum”.... maka persoalan yang timbul... adakah keadaan begini masih boleh dipanggil ruang? Apa sebenarnya ruang ini? Cuba pikir betul2.... apa mender ruang ni yang sebenarnya? Kalau dah ia benar2 kosong... satu habuk jirim dan jisim pun takder... cahaya ke.. frekuensi radio ke.. hapa ke... semuanya takder... apa yang memberinya ukuran panjang, lebar dan tinggi bagi membentuk apa yang kita biasa panggil sebagai ruang?

Okay... okay... cukup dulu tentang ruang jenis ni... Sekarang... meh kita dok pertimbangkan beberapa soklan lain pulak.

Apakah yang kita faham tentang “Fikiran” dan “Emosi” ??? Kedua-duanya memang wujud. Ye ke? Kalau kedua-duanya wujud... boleh ke ianya mengisi ruang atau tidak? Atau... adakah kedua-duanya ini tidak memerlukan ruang untuk wujud? Abis tu... kalau kedua-duanya tak perlukan ruang untuk wujud... depa dok wujud kat mana plak? Sori... cakap Kedah la pulak. Haaaa... bolehkah kita menjawabnya..??? Depa dok kat mana?

Orait... sekarang try pikir macam ni pulak. “Fikiran” dan “Emosi” memang memerlukan ruang untuk wujud... tapi ruang tempat kedua-duanya wujud adalah ruang dimensi lain yang tidak sama dengan dimensi ruang tempat wujud jirim dan jisim fizikal. Amacam? Boleh terima ke kalau cakap macam ni?

Sebagai pengakhiran bagi Part 1 ini... saya suka untuk “highlight” satu perkara. Daripada persoalan2 yang ditimbulkan di atas, kita sepatutnya sudah boleh nampak bahawa untuk pembentukan ruang sahaja sudah ada sekurang-kurangnya dua dimensi kewujudan ruang yang berbeza. Sebenarnya terdapat 5 lagi dimensi ruang yang belum saya sentuh lagi. Dapatkah kita memikirkan apakah 5 lagi dimensi kewujudan ruang ini? Bagi setiap dimensi ruang ini... apakah benda atau perkara yang mengisinya?

Nanti kita sambung lagi yer....


Wassalam – Public Secret