Ahad, 24 Jun 2012

Takkan Hilang di Dunia (Bangsa Mim 8)



Kita semakin menghampiri kepada kemuncak tajuk. Segala puzzle hampir selesai. Cuma tinggal sedikit saja lagi mengenai misteri bangsa MIM ini. Apakah itu MIM dan apa kaitannya dengan MELAYU pula. Mari kita selesaikan misteri ini dengan secepat mungkin dan dengan padat.

Seperi yang saya terangkan sebelum ini, Wasiat Nuh menyuruh bangsa MIM dan anak cucunya menuju ke pentas sunda yang tenggelam. Ini kerana, Pentas sunda adalah tanah paling tinggi dan di kenali sebagai IBU TANAH. Tiap perkara mempunyai ‘center’ atau tempat kelahiran. Begitu juga dengan tanah. Tanah telah berkembang dari daratan pentas sunda yang ketika itu hanya ada satu benua semata-mata. Pentas sunda tetap di situ akan tetapi seperti yang saya beritahu tadi, tiap perkara harus ada batasnya. Jadi, pentas sunda harus ‘mati’. Tapi, penciptaan dunia dan akhirat mempunyai ‘LAW’ dia tersendiri. Tiap yang ‘mati’ akan ‘bangkit’ kembali. Seperti manusia yang mati, akan di bangkitkan di alam barzah dan kemudiannya di alam akhirat. Tapi sebenarnya, Alam barzah itu hanyalah ‘pit stop’ atau hentian semata-mata. Begitu jugalah semua perkara. Sebelum di bangkitkan semula, akan ada ‘hentian seketika’ sebelum kebangkitan sepenuhnya berlaku.

“Apakah mereka tidak memperhatikan berapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, yaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu, dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka karena dosa mereka sendiri, dan Kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain.”
Ayat 6 surah al-anaam

Jika musnah sesuatu bangsa atau kaum itu, akan bangkit sesuatu kaum dari kaum yang di binasakan itu dengan yang lebih baik. Kita adalah generasi dari kaum-kaum yang telah di musnahkan kerana itu adalah sunnahtullah. Tapi, kita harus ingat bahawa tiap kaum dan bangsa baik yang ada sekarang tetap akan mengalami proses yang serupa andai kata mereka tidak kembali ke jalan ALLAH. Tapi, ada suatu bangsa ini tidak akan musnah selama-lamanya.
Bangsa ini adalah bangsa MIM. Kenapa tidak dapat di musnahkan..hebat sangatkah?!

Ya, cukup hebat. MIM ini harus wujud kerana itu adalah ‘perintah’ pada ADAM dan warisnya sehinggalah dunia di kiamatkan. Boleh di katakan bangsa yang terakhir akan ‘mati’ adalah bangsa MIM. Jadi, apakah sebenarnya bangsa MIM ini. Mari kita selesaikan bongkah blok yang terakhir ini.

Mari kita imbas kembali dari ERA NuH, ERA IBRAHIM dan perjalanan seterusnya.
Pada Era Nuh, anak cucu Nabi Nuh akan menjadi raja-raja agung dan memimpin manusia di kala itu. Di dalam bahtera itu, terdapat suatu bangsa yang sudah asimilasi akibat lamanya pelayaran itu. Bangsa itu di namai Bangsa MIM atau Quraisy Kuno (wallahuaklam). Tapi, selepas beberapa ribu dan ratusan tahun, kucar kacir mulai berlaku. Penyembahan berhala mulai berlaku di sana sini. Ia seolah-olah mengulangi kejadian pada ERA ADAM dahulu yang mana terdapat mereka yang menyembah DEWA-DEWI dari waris ADAM yang di beri ILMU SEGALA ini.

Darah keturunan yang sepatutnya menjadi raja di buru dan di bunuh. Bangsa MIM mulai berpuak-puak dan membentuk suku kaum masing-masing. Akhirnya pelbagai bangsa wujud akan tetapi ia di khianati dengan penyembahan sesama makhluk yang sepatutnya tidak berlaku. Dari situlah bencana mulai berlaku. Bangsa-bangsa ini di hapuskan dan di ganti dengan bangsa yang lebih baik. Maka, kitalah generasi di zaman ini menunggu-nunggu detik
‘mati’ bangsa-bangsa seperti yang di beritahu dalam Al-quran.

Seperkara lagi, meskipun banyak bangsa di hapuskan, akan tetapi akan terdapat mereka yang di selamatkan. Golongan yang di selamatkan inilah golongan beriman yang di pimpin oleh para nabi yang juga mempunyai ILMU SEGALA ini. Tapi tidak semua bangsa pada zaman dahulu yang di hapuskan. Ada juga yang berevolusi dan menjadi bangsa pada zaman ini seperti bangsa eropah yang bermula dari golongan Babarian.

Kemudiannya, pada ERA IBRAHIM, isteri-isteri baginda yang datang dari darah keturunan yang mulia banyak melahirkan bangsa yang menjadi induk pada masa kini. Seperti yang kita ketahui, Hajar melahirkan ARAB, Sarah melahirkan Bani isreal dan eropah dan QETURAH melahirkan bangsa pahlawan seperti Babylon, Akkadian, Cheldea dan ARYAN.

INFO – PENDEKAR SUFI

2 ulasan:

  1. Datok Laksamana Hang Tuah tinggalkan 2 Pegangan Hidup..
    Rela Berkorban Apa Saja dan Takkan Melayu Hilang DiDunia.
    Rela Berkorban Apa Saja mula sedar diperhamba sudah berlalu.
    Takkan Melayu Hilang DiDunia kata semangat hidupkan Melayu.
    Kemana hilang semangat Melayu sudah hampir terkulai layu?

    BalasPadam
  2. RELA BERKORBAN APA SAJA...???

    Hang Tuah memikat Tun Teja hingga jatuh cintakan Tuah tidak terhingga.
    Hingga Tun Teja sanggup tinggalkan negeri keluarga demi sejatinya cinta.
    Rupanya Tun Teja dikidnap dari Pahang dijadikan santapan Sultan Melaka.
    Hang Tuah hanya berkata patek hamba yg setia "Rela berkorban apa saja"....

    SiMelor kekasih hati mencari Abang Tuah tersesat hingga termasuk istana.
    SiMelor ditangkap lalu dijadikan dayang gundek penyedap Sultan Melaka.
    Tuah cari SiMelor diistana ditangkap konon bermukah dgn dayang istana.
    Tuah dituduh durhaka dihukum mati maseh patek "Rela berkorban apa saja?"....

    Berita kezaliman Sultan Melaka tanpa periksa Hang Jebat pula buat angkara.
    Jebat mengamok diistana balas dendam Sultan demi Abang Tuah bersaudara.
    Tuah betul bendol diselamat oleh Tok Bendahara kerana Tuah tidak durhaka.
    Tiba masa Tuah hapuskan Jebat Durhaka patek "Rela berkorban apa saja"....

    Setelah Jebat terbunuh ditangan Tuah timbul sesal bebal yg tidak terhingga.
    Berkorban apa saja bunuh saudara seperguruan Jebat durhaka atau pembela?
    Sultan bersultan dimata beraja dihati perhamba pekuda rakyat utk nafsunya.
    Kali ini Hang Tuah sudah tersedar "Aku tidak rela lagi berkorban apa saja"....

    Keris Taming Sari Asli amat puaka dicampak oleh Tuah keLaut Selat Melaka.
    Tuah cari keris pengganti sama sepadan sama serupa kosong tidak berbisa.
    Tuah sudah celek menipu serahkan Yg Palsu pada Sultan Melaka padan muka.
    Sudah ratusan tahun Keris Taming Sari Asli terpendam diLaut Selat Melaka....

    Hanya tinggal pesanan Tok Laksamana Tuah - "Takkan Melayu Hilang DiDunia".
    Keris Taming Sari terpendam diLaut Selat Melaka sudahkan ia timbul semula..??
    Jawabannya sudah kini kemana siapa pemilik sah Keris Taming Sari asli berada?
    Terpacak pada bendera Sang Saka Merah Puteh disitu semangat Melayu letaknya..

    BalasPadam