Ahad, 24 Jun 2012

Pendahuluan (Bangsa Mim 1)



Wasiat ilmu ADAM yang di turunkan kepada anak cucu baginda lantas menjadikan mereka itu sebagai ‘dewa’. Tugas mereka adalah untuk mengurus, bukannya untuk di sembah. Tapi, akibat kebodohan manusia yang tidak mahu mengikut, mereka ini menyembah-yembah manusia ‘dewa’ ini dan jadikan mereka ini tuhan. Akibatnya, mereka di musnahkan atau di hapuskan terus dari permukaan bumi. kenapa harus mereka menyembah tuhan manusia sedangkan ALLAH itu selayaknya di sembah kerena DIAlah zat maha segala.

Sebelum kita masuk lebih dalam lagi, saya ingin menerangkan tentang ADAM sebelum ADAM. Hal ini memang memeningkan. Tambahan lagi jika muslim itu tidak mahu ‘open-mind’. Saya hairan kenapa muslim kini suka melemahkan kekuasaan ALLAH?! Maksud saya ialah, andai kata seseorang saintis itu mengkaji sesuatu di luar adat, lantas mereka kata “mereka mahu mencabar tuhan”. Sebenarnya, mampukah kita mencabar tuhan sedangkan DIA ‘laisakamislihi syaiun’ yakni tidak menyerupai mana satu pun mahupun pemikiran.

Maksud sebenar ALLAH maha besar ialah, sehebat mana ciptaan manusia sekali pun atau sepelik mana sekali pun sesuatu perkara itu, sesungguhnya itu adalah dari keizinanNYA. Tiada pernah manusia mencabar DIA dan menghampiri kekuasaanNYA kerana DIA melebihi segala. Andai kata saintis kini sedang mengkaji ‘god particle’, apakah itu ‘tuhan’. Sudah tentu tidak. Kerana DIA tidak menyerupai mana-mana pun. Kemudiannya, muslim pula bising-bising menyatakan ‘jangan cabar tuhan’. Apakah muslim mengerti apa yang mereka katakana itu. Siapa yang pernah mencabar tuhan. Sesungguhnya manusialah yang mencabar diri mereka sendiri.

Daripada itu, cukuplah mengata orang lain sebagai ‘karut’, khurafat’, ‘syirik’, ‘mencabar tuhan’ dan sebagainya kerana sifat-sifat inilah yang menjatuhkan umat islam secara umumnya. Merekalah yang merendah-rendahkan kekuasaanNYA yang maha luas. Andai kita dapat membina teknologi yang mampu pergi ke penjuru angkas sekali pun, tidak pernah mampu kita untuk mencapai tahap kekuasaanNYA. Itulah di namakan KEIZINAN DARINYA.

Berbalik pada perihal ADAM sebelum ADAM, adam itu adalah suatu nama bagi suatu perciptaan berupa manusia yang kita miliki kini. Mengikut komen pada artikel sebelum ini, memang ya, ADAM di turunkan untuk memimpin generasi sebelum ini. Sebenarnya, saya takut untuk membuka perihal itu kerana ia mungkin menimbulkan fitnah kepada yang tidak pernah memahami.

Jadi, marilah saya buka satu kisah mengenai asal usul sesuatu makhluk bernama AZAZIL. Kisah ini di ambil dari buku-buku terdahulu dan cerita orang-orang tua yang mengaji tentang sufi.

Pada suatu ketika dulu, wujud satu bangsa yang suka berperang. Entah bagaimana, peperangan itu di sertai juga oleh para malaikat-malaikat sehinggakan bumi menjadi rata dan tiada lagi kehidupan di atasnya. Tapi, ajaibnya, ada seorang budak kecil masih hidup menangis-nangis mencari ibu bapanya. Lantas, malaikat mengambilnya lalu di bawa ke langit. Azazil ini di besarkan dan menjadi seorang abid yakni seorang ahli ibadat yang cukup hebat. Doanya sentiasa di perkenankan sehinggakan malaikat-malaikat pun datang meminta azazil doakan untuk mereka.

Pada suatu ketika, ALLAH mahu menciptakan sesuatu yang baru. Penciptaan ini di namakan sebagai ADAM. Azazil naik ke atas dan melihat-lihat boneka ADAM yang masih tidak bernyawa itu dan menyentuhnya. Lalu wujudlah calitan Azazil pada bahagian atas mulut dan bawah hidung kita pada hari ini.

Kemudian, di suatu bahagian yang lain, para malaikat yang baru saja membina bumi baru ini naik ke langit lantas melihat sesuatu di kaki langit. Ia tertera tentang akaa ada seorang hamba ALLAH ini yang akan membelot dan di laknat oleh ALLAH. Para malaikat menjadi takut dan menemui Azazil untuk doakan mereka. Azazil doakan para malaikat ini jauh dari kutukan itu tapi dia tidak mendoakan dirinya sendiri kerana menganggap dirinya akan selamat.

Pada era kebangkitan ADAM, azazil dan kuncu-kuncunya membelot dan membantah tentang pembinaan ADAM tambahan lagi di suruh untuk tunduk dan sujud. Akhirnya Azazil dan pengikutnya di burukan wajah mereka dan di halau keluar dari langit. Mereka inilah di namakan sebagai ‘fallen angle’.

Mereka inilah yang pertama sekali menduduki bumi baru ini. Di dalam ‘syurga’ pula, Adam dan Hawa bergelak tawa. Tapi, di sudut dalam manusia, sebenarnya wujud calitan ‘azazil’ yang ego tadi lalu meresap kedalam diri. Calitan itulah yang mengoda ADAM dan HAWA supaya memakan buah yang di larang. Peristiwa itu menyebabkan mereka berdua di halau keluar.

Pada hakikatnya, peristiwa itu hanyalah sebagai sebab musabab untuk ADAM dan HAWA keluar dari ‘syurga’ menuju ‘Dunia’. Sejak awal penciptaan ADAM lagi, sudah di tentukan tujuannya untuk mentadbir bumi dan menjadi pemimpin pada golongan yang engkar yakni golongan Fallen Angle tadi.

Sedikit info mengenai golongan Fallen angle, mereka ini bukanlah malaikat semata-mata. Tapi ada juga berupa makhluk yang terdahulu yang tidak di ketahui namanya. Azazil bila di turunkan ke bumi lantas dia di kenali sebagai IBLIS atau LUCIFER. Golongan yang wujud sebelum turunnya ADAM yang sempurna itu kebanyakkannya masih primitive dan tidak suka kepada penyatuan dan ketuhanan.

Mungkin dari situ juga, berlaku pencampuran genetic ‘fallen angle’ dan manusia lantas memwujudkan ‘nefilim’ atau si gergasi. Selain itu juga, pencampuran genetic itu juga dengan haiwan menghasilkan generasi ‘mutant’ bertubuh kehaiwanan. Inilah di sebut sebagai duyung dan lain-lain’. Bumi baru ketika itu di penuhi dengan pelbagai makhluk yang cukup berbeza. Jarak turunnya IBLIS dan turunnya ADAM tidak di ketahui tapi mungkin mengambil masa ribuan tahun dunia, kerana perbezaan sehari dunia dan sehari ‘akhirat’ adalah seribu tahun. Dek kerana itu, pembiakan dan penyebaran makhluk-mahkluk yang berkeliaran ini menyebabkan bumi tidak seimbang. Seorang pemimpin harus di angkat dengan segera.

Dek kerana itulah, turunnya ADAM dan HAWA. Mereka turun sebagai pemimpin pada manusia hybrid dari campuran ‘fallen angle’ dan spesis lain yang di ciptakan di bumi baru sebelum penurunan ADAM. Setakat itulah yang saya dengar dan jika mahu lebih, kalian haruslah mencari dan mengkajinya sendiri.

ADAM yang di beri ilmu segala itu kemudiannya mewariskan ilmu ‘segala nama’ kepada anak cucunya yang haq. Anak cucu inilah yang menjadi dewa-dewa yang di kenali pada catitan-catitan ketamadunan kuno. Tapi, di khabarkan juga, ada ahli yang mendapat ilmu ini dan aplikasikan mengikut hawa nafsu. Lantas terbinalah kecanggihan fizikal yang berlandaskan materialistic.

Jadi, pada era itu, terdapat dua golongan dewa. Satu, dewa yang mengurus dunia dengan arahanNYA dan satu lagi, dewa yang mahu membina dunia sebagai syurga. Maka, terjadilah ‘pertelingkahan’ sehingga kini. inilah di namakan sebagai ‘light and dark’. Pertempuran ini sentiasa terjadi sehingga kini.

Pada era satu bangsa yakni pada era kepimpinan anak cucu adam yang Berjaya menyatupadukan segala makhluk, kehidupan mereka cukup hebat. Baik dari segi spiritual dan fizikal. Emas itu umpama mainan saja. Terdapat juga kota-kota yang terapung di udara. Kota di bawah laut dan di atas gunung. Seorang raja memerhatikan saja dari atas gunung akan wilayahnya di mana, di bawahnya terdapat ribuan ikan paus bermain riang sambil di perhatikan oleh beberapa manusia di dasar lautan itu. Gambaran kehidupan itu seperti fantasi. Saya mendapat gambaran ini melalui keadah ‘channeling’.

Tapi, sejak berlakunya era ‘light and dark’, benua yang termaju itu terpecah dua dan saling bertelingkahan dan di akhiri dengan peristiwa perang besar. Pada era itu juga, bukan hanya ‘atlantis’ atau ‘lemuria’ saja yang wujud tapi masih ada lagi wilayah-wilayah lain yang hebat seperti ketamadunan ‘ramayana’ yang di sebut dalam kitab hindu. Tapi, janganlah kita pening untuk memikirkan lokasi-lokasi mereka ini dengan berlandaskan peta kini. ternyata ketika zaman dahulu, peta mereka cukup lain dan di khabarkan peta bumi berlapis dua. Mungkin itulah di sebut sebagai kayangan. Apapun, kita tinggalkan tentang itu.

Kemudiannya, peristiwa banjir besar terjadi akibat dari peperangan itu lantas menenggelamkan segala yang ada. Bahtera NOH yang besar (mungkin lagi besar dari bahtera 04 dalam filem 2012), mendarat di tanah besar yang kini di kenali sebagai Asia Barat.

Dari situ, bermulalah kehidupan yang baru di mana, manusia-manusia hybrid di hapuskan (atau di sembunyikan). Yang tinggal hanyalah manusia dari keturunan ADAM dan haiwan-haiwan yang di selamatkan. Bertebarablah mereka membina kehidupan yang baru.

Di suatu tempat yang lain pula, benua yang baru saja tenggelam itu membiarkan tanah paling tinggi mereka tidak di tenggelami air. Jadi, wujudlah apa yang kita saksikan sekarang ini sebagai tanah ‘nusantara’. Tanah-tanah tinggi ini dahulunya pernah di diami oleh para dewa-dewa pada era ADAM dan era ‘light and dark’. Tapi, sejak peninggalan NOH, tanah ini kosong dan menunggu kepulangan penduduk asalnya…tapi bilakah mereka itu akan pulang ke pangkuan tanah ‘dewa’ ini?

kesimpulan dari pada artikel kali ini adalah:-

1- umat sebelum ADAM adalah makhluk-makhluk hybrid dan ‘fallen angle’ yang harus di pimpin.

2- terdapat beberapa era sebelum berlakunya peristiwa banjir besar NOH yakni

a) kedatangan ‘fallen angle’ dan pencampuran genetik yang tidak seimbang

b) era kedatangan ADAM dan anak cucunya dalam proses penyebaran manusia-manusia sempurna

c) era penyatuan segala jenis manusia (satu bangsa) dan kemunculan ‘dewa-dewa’

d) era pemisahan ‘light and dark’ (dewa pengurus dan dewa keduniaan)

e) era wilayah-wilayah ketamadunan dunia terhebat (atlantis, lemuria, ramayana dan lain-lain)

f) kemusnahan era ADAM dan bermulalah era manusia semata-mata

Banyak persoalan yang masih bermain di fikiran. Apa yang terjadi pada ‘fallen angle’ pada era ADAM sehingga kini? kemana perginya dewa-dewa yang pernah mendiami tanah dewa yakni nusantara ini? Apa itu peta dunia berlapis dua? Apa pula itu kayangan? Sebesar mana bahtera NOH itu? Ke mana perginya ilmu wasiat ADAM? Saksikan di artikel seterusnya.

INFO – PENDEKAR SUFI

12 ulasan:

  1. "Pada suatu ketika dulu, wujud satu bangsa yang suka berperang. Entah bagaimana, peperangan itu di sertai juga oleh para malaikat-malaikat sehinggakan bumi menjadi rata dan tiada lagi kehidupan di atasnya."

    mana al-hin? jin?

    BalasPadam
  2. "Mungkin dari situ juga, berlaku pencampuran genetic ‘fallen angle’ dan manusia lantas memwujudkan ‘nefilim’ atau si gergasi." bukan ke Adam belum turun lg ke bumi? apakah maksud manusia itu?

    BalasPadam
  3. Salam tuan blog..Azazil menurut cerita ni adalah Iblis dan adakah ia dicipta dari api?
    sekadar bertanya..

    BalasPadam
  4. cerita tak ada sumber ...picisan

    BalasPadam
  5. HURUF MIM.... Bermula huruf MIM itu salah satu dari 30 Huruf Qusum / Hijaeyah Jawi seperti dlm JusAmma itu. Dari segi angka bagi huruf MIM itu nilainya adalah "40=4". Dari ilmiah Numerology huruf MIM itu aka huruf Roman "M", juga nilainya 4. Dari sudut Vedic Astrology angka 4 itu lambang planet Uranus, the rulership in Aquarius (The Water Bearer). Dunia Semesta sekarang sedang mengakhiri "The Ending Age Of Pisces", sedang menuju memasuki "The Dawning Age Of Aquarius". Apakah pengaruh2 Age Of Aquarius itu? Kapankah bermulanya itu Age Of Aquarius? Apakah kebangkitan Bani MIM itu ada kaitan dgn Age Of Aquarius..?? Allahu'alam....

    ALIF-LAM-MIM... Apakah keistimewaan huruf MIM? Hinggakan dlm solat ketika bersyahadah digambarkan telunjuk kanan seperti huruf MIM. Sekali pandang memang seperti huruf MIM. Tetapi disatu wajah yg lain bermula pertama pandang seperti huruf ALIF. Kedua pandang seperti huruf LAM. Ketiga pandang seperti huruf MIM. Makanya berhimpun pandang jadilah huruf ALIF-LAM-MIM. Janganlah disangka MIM angka 4 itu nombor mati. Kapan bergabong ALIF-LAM-MIM jadilah ia angka 8 lambang HIDUP. Maka Bani MIM tidak akan mati selagi berpegang hidup dgn ajaran Syariat Muhammad dan Hakeqat Muhammad. Maka Bani MIM itu bangsa yg sentiasa hidup wujud sepanjang zaman. Seperti pesanan Tok Laksamana Hang Tuah "Takkan Hilang Melayu DiDunia"...

    BANGSA MIM.... Apakah itu Bangsa / Bani MIM..?? Apakah gelaran Bani MIM itu kerana mengambil sempena nama Nabi dan Bapak Manusia Pertama, yaitu Adam AS..?? Kini anak cucu cicit Nabi Adam AS sudah berkembang bertaburan diserata pelusuk bumi dinamakan Bani Adam. Antara taburan penghijrahan Bani Adam adalah Nusantara. Maka taburan Bani MIM dan sejarah mereka diNusantara, tamaddun dan peradaban mereka telah hilang tenggelam dimakan zaman, dinamakan "The Lost Continent". Hingga Nabi SAW ada berSabda : "Islam bakal bangkit semula dari Timur (Timur Nusantara)". Maka bermulalah kedatangan awal Islam keNusantara. Bermula genetic Arab MIM dan ajaran Islam dari Bumi Mekah MIM telah berhijrah keKepulauan Melayu MIM. Maka bermulalah kebangkitan semula Bani MIM diera zaman Wali 7 dan Wali Songo. Kini Bani MIM sedang alami transformasi perubahan besar2an, bagi persediaan hadapi cabaran kebangkitan semula Islam Akhirul Zaman....

    "The Lost Continent Finally Found. The New Atlantis Is Rising...."

    Wallahu'alam....

    BalasPadam
  6. manusia baru dicipta, tetapi sudah ada hybrid dengan manusia.. tak faham.. hm..

    BalasPadam
  7. Sumber dari DC Comic. Aq dah baca pasal ni tahun 80'an lagi dari comic comic keluaran DC Comic.

    BalasPadam
  8. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  9. ape bendee la kw ni... sibuk sangat dok kaji kitab hindu bagai, pendekar sufi sangatt. nih aq nak tanya, kw da hafal ke 30 juzuk Al-Quran beserta terjemahan, kitab yang wajib kita beriman? kuat sngt pengaruh cerita Avatar ni. lols. move on la.. berpijak di bumi yang nyata, banyak lgi yg kte kna persoalkan.. xpayah nak pegi hal global la, baru dlm negara sndri punya masalah pun da failed, sibuk nak kaji peta bumi berlapis?? bang, mse form 3 blajar sains kan? zzz. cukup je kte percaya yg dunia ni mmg akan kiamat (bumi akan musnah xkesah la lapis seribu sekalipun) n bersiap sedia ke arahnya.. kw xdpt ape2 pun kalau nak buzy body pasal 'fallen angle' yg where the hell ths things come from?? ape tu??? pompuan yg rambut ular cerita percy jackson ke? ( gelak nak mati) haih.. sedih aq baca, baik la kw habiskan masa kw mengkaji n menulis ni,, pegi baca balik buku sirah kerajaan johor dri darjah 1 sampai drjah khas. in shaa Allha, segala persoalan akan terjawab.. wallahu'alam.. p/s : kalau xpuas jugak carik la wasiat yg Rasulullah tinggalkan : Al-Quran dan Hadith , dah habis.. katam sume da setle.. percaya lah, kw xkan ingt lnsung da nak carik wasiat nabi Adam sbb kw akan faham keperluannya. sekian, Assalamualaikum!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kw tu merujuk pada KAU ke ? tak reti mengeja ke apa KAU ni ? bapak pemalas . mengeja pun pemalas suruh orang pegi mengaji al-quran & hadith .

      Padam
    2. Kw tu merujuk pada KAU ke ? tak reti mengeja ke apa KAU ni ? bapak pemalas . mengeja pun pemalas suruh orang pegi mengaji al-quran & hadith .

      Padam