Ahad, 24 Jun 2012

Melayu? (Bangsa Mim 9)



“Takkan MELAYU hilang di DUNIA” – Hang Tuah

Inilah frasa yang di sebut oleh Laksamana Hang Tuah dan ia bagai di paku pada memori setiap ‘melayu’ yang melayu pada zaman kini. Hang Tuah adalah seorang pendekar (bukan pesilat) yang mendapat ilmu yang tinggi dari guru-guru beliau yang amat hebat dalam hal agama dan kebatinan. Biasanya, suatu perkataan itu akan terus di lupakan dan terus berkubur dek masa. Akan tetapi, frasa dari Hang Tuah ini bagai suatu wasiat yang harus kita ‘tepati’. Maka, dek kerana itulah tiap kali musuh dair luar datang menyerang, tiap kali itu jua kebangkitan akan di rasai.

Apapun, sebelum kita memasuki bab terbaru itu, mari kita selesaikan bongkah klue yang terakhir ini. Seperti yang saya katakan tadi, tiap bangsa ada ‘matinya’ dan di ganti dengan yang lebih baik. Yang mengantikan itu pula adalah golongan beriman yang di pimpin oleh para nabi
dan rasul sehinggalah sekarang. ERA IBRAHIM adalah era terakhir di mana percambahan bangsa berlaku selepas ERA NUH. Dari IBRAHIM lahirlah bangsa ARAB, ISRAEL, EROPAH, ARYAN dan banyak lagi. Memang patutlah baginda di gelar sebagai BAPA BANGSA.

Bangsa Aryan dari keturunan QETURAH telah bertemu di Indo-China, Nusantara.Manakala, bangsa arab pula di temukan dengan aktiviti perdagangan dan perkahwinan campur sejak era kesultanan melayu lagi. Bangsa Israel yang terpilih pula di bawa oleh Nabi Musa dan ianya tidak di ketahui kerana terang dan jelas golongan mereka ini di gelar sebagai ‘the lost tribe’. Kalau sudah ‘lost’ bagaimana pula dapat di bongkar. Jika, tak dapat di bongkar, kenapa pula ramai bercerita mengenai ini. HAHAHA…jangan bimbang, inilah di katakan ‘MASA SUDAH TIBA’. Jika anda mengkaji hadis nabi mengenai kebangkitan bermula dari timur di akhir zaman, ada hadis menyebut mengenai ‘apa saja yang di sembunyikan akan jelas sejelasnya’.

Selain dari itu, bangsa cina juga berasimilasi di NUSANTARA sejak dulu kala lagi. Bangsa India juga begitu. Bangsa Eropah pula telah datang selepas era kolonial dan perkahwinan campur terus berlaku. Sebagai contoh, ACEH adalah frasa dari konsonan Arab, Cina, English dan Hindu (India). Maka, bercampurlah segala bangsa dari jurai IBRAHIM dan MUHAMMAD di NUSANTARA ini.

Dek kerana itulah apabila di tanya, siapa itu melayu, maka semua pening kerana ada yang berwajah cina, orang putih, arab dan sebagainya di nusantara ini. Jadi, siapakah bangsa MIM itu? Rasanya anda sudah tentu dapat mengagak jawapannya. Bangsa MIM itu adalah
“Bangsa campuran yang tiada berbangsa tetap dari jurai kenabian”…Bagaimana harus ‘mati’ sedangkan asimilasi bangsa MIM ini sentiasa ‘updated’ sehinggakan ianya tiada berbangsa. Jadi, adakah kita boleh katakan MELAYU itu adalah bangsa MIM seperti mana di dalam BAHTERA NUH itu? Anda sendiri yang jawab. Saya sudah memberi pelbagai data dan kini, andalah yang mempromosikannya agar wasiat NABI MUHAMMAD tentang kebangkitan dari TIMUR ini benar-benar terjadi.

……………………………………………………………

Artikel hadapan akan membincangkan kod-kod yang terdapat di sekitar kita mengenai bangsa MIM ini. Selain itu, apakah kaitannya bangsa MIM terbaru ini dengan masa depan. Apakah pula cabaran yang terpaksa di hadapi oleh bangsa MIM terbaru ini. Bangsa MIM adalah bangsa ‘ahli rumah’ dari bahtera nabi noh, maka apa kod yang membuktikan kita inilah bangsa MIM yang sebenar sedangkan yahudi dan amerika juga bangsa asimilasi?! Apa pula maksud Melayu itu dan kaitannya dengan MIM ini. Apakah peranan kita demi kebangkitan timur seperti di wasiatkan oleh NABI MUHAMMAD seperti mana wasiat ADAM dan NUH sebelum ini? Saksikan segalanya di dalam artikel BANGSA ‘MIM’ – tak hilang di dunia (siri akhir) pada masa akan datang. Sekian wassalam

……………….

rujukan:-

-Al-QURAN dan hadis
-EDEN in the east, STEPEHN OPPENHEIMER
-ATLANTIS; FINALY FOUND, Prof Arysio Santos
-Hikayat Inderapura
-Hikayat Merongmahwangsa
-Hikayat Sejarah Melayu
-cerita-cerita orang tua

INFO – PENDEKAR SUFI

5 ulasan:

  1. Sila nyatakan nama sekurang2nya satu nama tokoh ulamak muttabar atau ulamak muttakhir yg membenarkan kenyataan pernikahan Nabi Ibrahim a.s dgn 'Qeturah' (bukan nama sebenar). Nama sebenar 'Qeturah' atau "Jawiyah' pun tidak diketahui.

    Ini adalah kerana cerita ini adalah bersumberkan Israeliyat / Genesis. Bukan dari mana2 kitab Islam yg muttabar.

    Walaupun ada sumber Israeliyat yg boleh dipercayai tetapi tetap tidak boleh dijadikan bahan hujah atau sandaran fakta. Begitulah adab berilmu.

    BalasPadam
  2. Pesanan kata semangat Tok Tuah "Takkan Melayu Hilang DiDunia".
    Rela berkorban apa saja utk nafsu raja sudah lapok banyak angkara.
    Kehebatan kekuatan Tok Tuah pada dolat Keris Taming Sari letaknya.
    Hingga keris jadi lambang Semangat Melayu senjata pahlawan negara.
    Majlis bersejarah istihar Kemerdekaan Tanah Melayu tidak sempurna,
    Laungan "Merdeka" tanpa keris semangat Melayu dihunus keangkasa.

    "SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KEMERDEKAAN
    MALAYSIA YG KE 57 - KIBARKAN JALUR GEMILANG"

    BalasPadam
  3. KEMERDEKAAN REPUBLIK INDONESIA... Sebelumnya warga Indonesia telah menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan Republik Indonesia Yg Ke 69. Sejarah kemerdekaan penuh sengsara korban nyawa membebaskan bumi tercinta dari penjajah Belanda dan Jepang. Dgn semangat juang Bangsa Indonesia yg dipimpin oleh AlMarhom Bung Karno, akhirnya penjajah bisa diusir dari bumi Indonesia. Indonesia mengistiharkan tanggal 17 Augustus 1945 (No. 88 Leo/Rooster) tarikh Kemerdekaan Rebuplik Indonesia. Maka berkibaran bendera Sang Saka Merah Putih selama2nya...

    KEMERDEKAAN TANAH MELAYU... Warga Malaysia maseh meraikan bulan kemerdekaan Tanah Melayu dari penjajah British. Sejarah delegasi menuntut kemerdekaan Tanah Melayu diketuai oleh AlMarhom Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj, secara rundingan damai. Setelah ditetapkan oleh Sang Ratu dgn syarat2 tertentu, akhirnya Bangsa Melayu rela terima walo pun dlm terpaksa. Maka tanggal 31 Augustus 1957 (No. 47 Virgo/Rooster) @ jam 9.30 AM diStadium Merdeka, bergema laungan "Merdeka..." sambil keris dihunus keangkasa. Maka bermula berkibar bendera Jalur Gemilang diserata Tanah Melayu...

    Apakah Bani MIM dgn Bani Jawi itu sama ato berbeda..?? Anutan agama Islam, saudara serumpun, serta barakah 2 Pewaris Sang Saka Merah Putih yg bisa mengikat keduanya.. Sejarah Nusantara diEra Wali 7 berputik dari Selat Sunda keNegara Salaka Jawa Barat, hingga kePulau Besar Melaka telah dilupa. Maseh terpendam penuh misteri, ngak bisa habes2 kalo mahu digali dikaji... Allahu'alem & Salam.....

    BalasPadam
  4. KESAKTIAN KERIS TAMING SARI ASLI... Kekuatan semangat Melayu terletak pada kesaktian keris Taming Sari yg asli. Kekuatan kesaktian keris Taming Asli yg asli pula terletak pada koramah Sang Saka Merah Putih. Namun kekuatan koramah Sang Saka Merah Putih terletak pada Mukjizat Kitab Pusaka Nabi yg jadi rebutan diAlam Wali... Kalo tidak masakan salah satu bendera kekuatan Bangsa Melayu jelas berwarna Merah Putih, ditengahnya satu bulatan kuning, dalamnya terpantak sebilah keris hijau. Bendera milik siapakah itu..?? Jawabannya tentu ramei orang2 Melayu bisa tahu...

    KEHILANGAN KERIS TAMING SARI ASLI... Karna keris Taming Sari yg asli telah berpuaka telah makan korban beratusan nyawa, mangsa terakhir saudara setia, akhirnya dihumban oleh Tok Tuah kelaut Selat Melaka. Karna Tok Tuah sudah celek mata kepada Sultan Melaka digantikan dgn keris keduanya yg sama serupa tetapi tiada power. Bermakna sudah beratusan tahun ianya terpendam terbenam dilubuk dilaut Selat Melaka. Sudahkah keris Taming Sari yg asli itu timbul semula..??

    PENGISTIHARAN KEMERDEKAAN TANAH MELAYU... Tidak sempurna Majlis Istiadat Pengistiharan Kemerdekaan Tanah Melayu, tanpa keris Taming Sari asli dihunus kelangit. Karna disitu letaknya lambang kekuatan semangat Bangsa Melayu. Dari perkhabaran ghoib keris Taming Sari asli sudah timbul semula. Lantas Tunku arahkan orang harapannya Tengku Kassim mencarinya. Bisakah beliau ketemu pemiliknya? Tatakala laungan "MERDEKA..." tanggal 31 Augustus 1957, keris mana yg diguna oleh Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj..??

    PEWARIS SAH SANG SAKA MERAH PUTIH... Kesaktian keris Taming Sari memang tiada tandingannya. Mengapa ia sangat sakti, dari mana asal usul besinya..?? Kesaktiannya terletak pada Kewalian Nasab asal pemiliknya. Kewalian mereka terletak pula pada Mukjizat Kitab Pusaka Muqaddam Nabi. Hanya 2 pewaris sah Sang Saka Merah Putih yg layak memiliki menyimpannya. Perebutan utk memiliki keris Tamin Sari asli telah jadi sengketa 2 beradik Ahlulbait dari Nasab Wali 7 dari 2 Negara. Perlu diingat kalo keris Taming Sari asli jatuh ketangan bukan Pemegang Haq, salah guna bisa bawa celaka. Siapakah kedua mereka itu..??

    "Tok Habib Hussein Lampoyang mengkhabari - Tok Zulqarnaen menyembunyi.."

    BalasPadam