Rabu, 11 April 2012

Ruang dan masa (Segitiga Bermuda 9/13)


LAUTAN GANAS, PINTU2 GERBANG DIMENSI DAN PULAU2 TIDAK BERPENGHUNI?
[Part 9 of 13]


Diam tak diam, telah sampai masanya kita untuk melihat pula pulau ketujuh di dalam Segitiga Bermuda. Sedikit peringatan untuk para pembaca yang dihormati sekalian; Bermula daripada pulau ketujuh (yakni Part 9) ini hinggalah Part 13 nanti, segala kisah2 dan maklumat2 yang dikongsikan akan menjadi amat2 pelik dan amat2 tidak pernah didengar. Ianya akan amat2 menyakitkan hati sekiranya anda seorang yang benar2 berpegang teguh kepada “skeptism” dan benar2 bersikap tegar kepada hanya apa yang boleh diterjemahkan oleh 5 deria anda.

[Disclaimer: Penulis tidak akan bertanggungjawab jika anda dilanda kesan2 negatif setelah membaca dan cuba memikirkan posting2 seterusnya di dalam siri album NWO ini.]

Penerangan penghuni pulau ketujuh ini mudah. Ianya mudah kerana penghuninya hanya satu makhluk sahaja. Dia ditakdirkan duduk menyendiri di pulau ini. Akan tetapi, apa yang tidak mudah dan yang akan berbunyik “Super Karut” atau “Super Gila” ialah pengetahuan dan kefahaman makhluk ini tentang alam kauniyah dan kauliyah (kalau tak ingat apa itu “alam kauniyah” dan “alam kauliyah”... rujuk la Part 8 yer).

Makhluk ini... pada saat ini sedang duduk menyendiri di pulau ketujuh setelah diberikan “privilege” untuk menyaksikan hampir segala2 nya. Sebagai contoh... dia pernah meyaksikan alam semesta ini sebelum terjadinya “Big Bang” di mana pada waktu itu, segala2 yang ada di dalam alam kauliyah ini hanyalah berupa suatu titik padat (tanpa “ruang” dan tanpa “masa”). Rasanya ahli2 sains moden masakini pun baru2 jer cuba nak belajar dan paham bahawa titik padat ini mengandungi tenaga tulen (sebahagian dpd Nur) tanpa sebarang jisim dan jasad. Kita semua pada waktu itu masih duduk di alam roh lagi (tentang cerita2 hal ini, boleh la rujuk posting terdahulu album NWO yang bertajuk ASAL-USUL TENTANG BAGAIMANA FIKIRAN AL-INSAAN DIPENJARAKAN OLEH SEJENIS MAKHLUK? - Part 6 dan Part 7).

Makhluk ini juga telah menyaksikan apa yang ada di tujuh lapisan langit (kalau nak panggil lapisan la... sebenarnya perkataan “lapisan” kurang tepat untuk menggambarkan keadaan langit ini sebab bunyiknya macam kuih lapis jer. Takkan la langit berlapis2 macam kuih lapis pulak la, kan?). Makhluk ini juga bebas keluar masuk “alam kauniyah” dan “alam kauliyah”.

Baiklah... cukup2 la kan dok cerita contoh pasal pengalaman hidup dan “privilege” kejadian makhluk ni. Kalau nak cerita semua... panjang berjela2 la pulak nanti. Rasanya anda dah faham maksud saya. Jadi, ada baiknya kita berkongsi dulu apa yang lebih penting daripada menceritakan pengalaman hidup dan “privilege” kejadian makhluk ni. Saya cuba kongsikan seperti berikut.

Terus-terang... sewaktu saya cuba menulis posting Part 9 ini serta Part yang berikutnya (Part 10, 11, 12 dan 13), saya sentiasa merasakan diri saya kekurangan perbendaharaan kata (vocabulary) serta kosa kata.

[Nota: Kosa kata adalah himpunan kata yang diketahui oleh seseorang insan atau entiti lain (seperti al-bashar, jin dan polipa). Ia merupakan bahagian serta struktur bentuk dari sesuatu bahasa tertentu. Kosa kata seseorang didefinisikan sebagai himpunan semua kata2 yang dimengertikan oleh orang tersebut atau semua kata-kata yang berkemungkinan akan digunakan oleh orang tersebut untuk menyusun “kalimah” baru untuk tujuan menyampaikan maksud atau informasi.]

Masalah tentang bahasa ini telah saya ceritakan dengan panjang lebar di dalam siri posting album NWO bertajuk ASAL-USUL TENTANG BAGAIMANA FIKIRAN AL-INSAAN DIPENJARAKAN OLEH SEJENIS MAKHLUK? – Part 1 hingga Part 13. Walaupun saya menghadapi kekangan bahasa ini, saya cuba2 juga menulis.

Okay... okay... kita balik semula kepada isi pokok posting ini. Persoalan yang lebih penting sebenarnya ialah apakah yang membolehkan makhluk ini diberikan “privilege” atau kelebihan ini?

Bagi memulakan penceritaan tentang hal ini, suka saya terlebih dahulu menarik perhatian anda bahawa makhluk ini pernah bermastautin di suatu tempat di Tanah Melayu beribu2 tahun sebelum masehi (B.C.) dulu. Kalau saya sebutkan nama bandar di mana tempat itu pada zaman sekarang ini saya bimbang anda akan ketawa pecah perut sehingga perut anda benar2 pecah :P Jadi elok la kalau saya tak sebutkan nama bandar tu. Harap2 di ruangan komen posting ni nanti, jangan la dok tanya plak pasal nama bandar ni yer :D

Sewaktu makhluk ini bermastautin di sini, dia dilawati oleh ramai sekali cendekiawan2 dan ilmuan2 daripada seluruh pelusuk dunia. Dikatakan ramai juga mereka2 yang telah berjaya mempelajari banyak perkara daripada makhluk ini.

Akan tetapi, ada sedikit keanehan. Kebanyakan mereka yang kembali ke kampung halaman mereka setelah belajar daripada makhluk ini mengalami suatu penyakit. Penyakitnya ialah tidak lain dan tidak bukan penyakit riak dan takabbur. Mungkin inilah bahaya ilmu2 yang hebat tetapi berat untuk menanggungnya. Kebanyakan mereka2 ini mula mencipta agama baharu dan menyebabkan ramai sekali manusia sesat kerana menyembah mereka sehingga ke hari ini.

Apakah ilmu ini? Saya akan cuba terangkan. Mana la tahu... kot kot boleh difahami :P Kalau tak boleh faham... saya mohon maaf in advance... sebab setakat ini sahaja la yang saya mampu cuba menulis tentangnya kerena kekangan bahasa.

Sebaik sahaja “ruang” tercipta, “masa” pun serta merta cuba memenuhinya. Kalau anda dapat bergerak cukup pantas di dalam “ruang”... “masa” akan terhenti bagi anda. Dan... kalau anda dapat bergerak lebih pantas lagi, anda akan faham mengapa “ruang’ dan “masa” itu hanyalah ilusi semata.

Seperti yang kita tahu... alam semesta atau “universe” adalah sentiasa dalam proses pengembangan semenjak peristiwa “Big Bang”. Maka... sepantas mana ruang alam semesta mengembang, sepantas itu jugalah “masa” perlu mengejar pengembangan ini bagi memenuhi “ruang” baru yang terbentuk. Daripada manakah masa ini datang? Apa sumbernya? Bagaimanakah “masa” sentiasa sahaja boleh memenuhi “ruang” baru yang tercipta? Wujudkah “ruang” yang masih tidak sempat diisi oleh “masa”? Inilah kuncinya di dalam memahami apa yang telah diajarkan oleh makhluk ini sejak zaman berzaman.

“Ruang” yang tidak sempat diisi oleh “masa” semasa proses pengembangan alam semesta akan selama-lamanya tidak diisi oleh “masa”. “Ruang” tanpa masa inilah yang dipanggil sebagai “dark matter” oleh saintis2 moden masakini. Mereka memanggilnya “dark matter” kerana mereka tahu tentang kewujudannya tetapi tidak tahu apakah bendanya “dark matter” ini. Kalau anda mahukan kepastian, anda boleh menyelidiki sendiri tentang hal ini. Anda boleh sahaja “google” sepuas2 nya atau rujuk semua buku2 terbitan NASA atau hasil2 penulisan saintis2 tersohor seperti Stephen Hawking dan sewaktu dengannya. Anda kemudian akan tahu bahawa para saintis sudah lama tahu yang “dark matter” ini memenuhi lebih dua pertiga alam semesta ini. Bolehkah anda bayangkan bahawa dua pertiga alam semesta ini dipenuhi oleh “dark matter” tetapi TIADA langsung saintis yang tahu apakah itu “dark matter”?

Ada satu lagi terma yang disebut sebagai “dark energy”. Yang ini pula satu lagi hal yang berkait rapat dengan “dark matter”. Saintis2 NASA yang ngaku terer tu pun tak tau jugak apa benda ni :P

Betul ke NASA dan saintis2 ini tidak tahu? Atau mereka pura2 tak tahu sebab mereka tak mahu kita tahu?

Kalau tiada aral, saya akan sambung penerangan tentang hal ini di dalam Part 10 dan seterusnya nanti.

Wallahualam.

16 ulasan:

  1. Teruskan menulis! Saya cuba untuk membaca dengan pemikiran yang terbuka kerana pada pendapat saya sekiranya terlalu berfikir dengan mendalam, bertambah sempit dan sukar untuk menelan butiran yang disajikan.... saya percaya ilmu Allah itu terlalu luas dan tidak tercapai akal fikiran.... Tiada yang mustahil bagiNya....

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul......tapi makhluk y bermastautin kat Tanah melayu tu...jadi wonder plak..negeri mane eekkkk???

      Padam
  2. Subhanallah , yang ni kompleks sedikit . Doakan saya faham part ini , insyaallah .

    BalasPadam
  3. Siapakah/apekah makhluk yg disebut awal2 td? Selalu penerangan x sampai. Mcm trgantung. Ending part ni berkaitan dark matter, ruang & masa. So psl makhluk bila?

    BalasPadam
  4. Mintak maaf Admin macam dgn pulau ke-6?skrag terus pulau ke-7

    BalasPadam
  5. kat tanah melayu ni makhluk tu pernah duduk kat bandar mana? mesti kat gambang kuantan pahang kan???

    BalasPadam
    Balasan
    1. hhaha..ada gak yg tnya kt mna tempat tu..hahaaha...

      Padam
  6. 'Hujung tanah',kawasan barat.

    BalasPadam
  7. Aslaik La
    makhluk yg diberikan banyak pengetahuan.
    even Iblis dan Dajjal pun diketahui niat dan isi hati.


    adakah ini penghuni pulau tersebut?

    BalasPadam
  8. Aku anggap cerita ini hanya sains fiksyen saja. Kerna takde dalil dan fakta.
    Aku merasa kan penulis ini ada berkawan dgn jin. Dimana jin ini yg berumur panjang sejak zaman nabi sulaiman atau sebelum itu. Jin ini bijak bermain dgn kata kata hinga penulis tak blh menolak cerita itu.

    BalasPadam
  9. ada yg menyebut hujung tanah kawasan barat?? Kalau betullah, Mashaa Allah....

    BalasPadam
  10. makhluk seakan manusia..wekkkkk

    BalasPadam
  11. makhluk seakan manusia..wekkkkk

    BalasPadam