Khamis, 19 April 2012

Pulau Berkembar (Segitiga Bermuda 10/13)

 karnain Bin Ramli
LAUTAN GANAS, PINTU2 GERBANG DIMENSI DAN PULAU2 TIDAK BERPENGHUNI?
[Part 10 of 13]


Menyambung daripada Part 9... rasanya elok kalau kita tidak tergesa2 terus masuk kepada penerangan tentang “dark matter” dan “dark energy” ini. Lagipun, apa yang akan dipaparkan di dalam posting ini adalah bukan maklumat yang mengikut arus perdana (mainstream) seperti yang biasa didapati di internet atau mana2 buku2 terbitan NASA dan badan2 yang memegang “authority” ketika ini. Maka penerangan “step-by-step” diperlukan. Bukan apa... supaya tidak tersalah tafsir. Nanti mungkin ada pula yang menuduh penulis menyebarkan buah fikiran sesat pulak :P

Baiklah... slow and steady... kita mulakan satu persatu.

Seperti yang saya telah ulangi banyak kali sebelum ini di dalam album NWO, anda boleh saja membaca mengenai “Big Bang” atau apa2 sahaja fakta2 sains berkaitan dengannya (betul ke semuanya fakta?) di dalam buku2 mahu pun di internet. Apa yang kita biasa dengar tentang “Big Bang” ialah... lebih kurang 15 Billion atau 20 Billion tahun dahulu, alam sejagat (universe) masih belum wujud. Semuanya masih bercantum sebagai suatu objek yang padat. Tiba2 “BOOOM!!!” objek padat ini mengalami letupan besar dan ia pun pecah berkecai membentuk apa yang kita panggil ruang (space). Proses inilah yang membentuk segala2nya... bintang2, planet2, galaksi2 dan seumpamanya. Ruang yang terbentuk ini pula dikatakan masih lagi dalam proses pengembangan sehingga ke hari ini. Yang tambah pelik... pengembangan ruang ini bukannya semakin lama semakin perlahan... malah pengembangannya semakin lama semakin cepat. Bolehkah anda membayangkannya? Setiap saat masa berlalu, alam sejagat (universe) yang kita diami ini menjadi semakin membesar dan semakin meluas berkali2 ganda?

Sudah tentu... banyak sekali persoalan2 lain yang ditimbulkan tentang hal kejadian “Big Bang” ini. Antaranya... sewaktu semuanya masih lagi bercantum sebagai suatu objek padat... objek ini duduk di mana? Objek padat ini terapung2 di awangan ke? Kenapa pula objek padat ni tiba2 nak meletup pula? Adakah masa telah wujud sebelum atau semasa keadaan ini? Apa kebenda la sebenarnya benda yang kita panggil masa ini? Sampai bila alam sejagat ni nak terus berkembang selepas berlaku letupan? Ruang alam sejagat akan terus berkembang sampai bila2 ke? Jika ini benar, adakah suatu hari nanti semua bintang2, planet2 dan galaksi2 akan duduk teramat2 berjauhan di antara satu sama lain sehinggakan semuanya akan luput daripada penglihatan kita yang duduk di bumi ini? Ahh! memang memeningkan...

Seperti yang kita ketahui... memang ada pun orang2 yang telah lama gigih mengkaji dan membandingkan penemuan2 saintifik ini dengan apa yang tersebut di dalam Al-Quran. Terima kasih kepada mereka2 yang gigih ini. Sebagai contoh... kita boleh lihat link ini (harap dapat baca terlebih dahulu):
http://www.al-azim.com/~smkdolsaid/sainsdlmquran.htm

Selain daripada link ini, suka saya masukkan juga di sini link2 yang telah di “paste” kan sebagai komen di dalam Part 9 yang lalu iaitu http://re-matrix.blogspot.com/p/toc.html oleh saudara Ajaque Rahman, http://isa777.multiply.com/ oleh saudara Khalil Rafael dan
http://ms.harunyahya.com/ms/books/917/RELATIVITI_MASA_DAN_HAKIKAT_TAKDIR/chapter/2251 oleh saudara Angos Rizal. Pada saya, semua rujukan2 ini adalah amat2 baik sekali untuk menerbitkan buah2 fikiran. Cuma kita mungkin sedikit terkilan kerana buah2 fikiran sebegini mungkin hanya dapat berlegar2 di fikiran masing2 sebagai individu tanpa dapat diluahkan, dikongsikan dan dibincangkan sepenuhnya kerana kekangan perbendaharaan kata dan kosa kata bahasa yang kita punyai. Al-maklum, banyak sekali yang ada di dalam fikiran kita ini memang tidak terkeluar sama sekali kerana cara komunikasi biasa kita sesama manusia adalah benar2 terhad.

Setelah anda membaca artikel2 daripada link2 ini, harap2nya anda akan dapat mengenalpasti yang posting ini bukan bertujuan untuk mengulang cerita2 tentang apa yang telah dikaji dan ditulis oleh ramai orang seperti yang terdapat di dalam contoh link2 yang diberikan di atas. Posting ini sebenarnya bertujuan untuk menceritakan bahagian2 yang masih belum disentuh atau tidak mahu disentuh lagi. Sekali lagi saya cadangkan... anda membaca dahulu link2 di atas supaya dapatlah kita sama2 membuat perbandingan kajian masing2 ini kelak.

Sekarang marilah kita perhatikan beberapa kata kunci ini. Sebagai permulaan... cuba anda terangkan terlebih dahulu kepada diri anda sendiri... apakah sebenarnya maksud2 kata kunci ini.

Senarai kata kunci yang dimaksudkan saya ialah NAMA, JIRIM, JISIM, RUANG KAUNIYAH, RUANG KAULIYAH, MASA KAUNIYAH, MASA KAULIYAH, RUANG TANPA MASA,TENAGA TANPA MASA, GRAVITI, TENAGA CAHAYA, TENAGA KEUPAYAAN, TENAGA KINETIK, TENAGA HABA, GELOMBANG, FREKUENSI, IMAGINASI dan EMOSI.

Telitikanlah setiap perkataan betul2... dan fikirkan perlahan-lahan. Cuba terangkan kepada diri anda sendiri... apakah pengertian dan bagaimanakah apresiasi anda untuk setiap perkataan ini? Benar... kita mungkin pernah mendengar sesetengah perkataan2 ini. Akan tetapi, anda mungkin akan perasan bahawa perkataan2 ini amat jarang sekali dibincangkan atau diterangkan secara terperinci... baik di peringkat persekolahan rendah serta menengah kita dahulu mahupun di peringkat pembelajaran “tertiary” kita di kolej2 atau universiti2. Mengapa? Mengapakah hal2 yang amat penting ini tidak dimasukkan di dalam silibus pengajaran dan pembelajaran kita?

Kalau dilihat semua kata kunci ini... rasanya anda mungkin bersetuju jika saya katakan bahawa setiap satu daripadanya adalah secara sendirinya subjek yang berat jika dikaji. Saya merasakan, setiap satu daripada kata kunci ini mungkin akan memerlukan berpuluh2 atau beratus2 muka surat untuk bercerita secara terperinci mengenainya. Tidakkah begitu? Maka bagaimana pula saya hendak meringkaskannya di dalam ruangan terhad Album NWO ini?

Walaupun demikian, di dalam Part 10 ini... saya akan mula cuba juga menulis mengenainya dengan rasa rendah hati dan sebarang kekurangan saya memohon maaf “in advance” yer. Saya akan cuba menyentuh sedikit sebanyak (yakni sebahagian) dahulu tentang kata kunci ini dan kalau tiada aral saya akan menyambungnya lagi di dalam Part 11, Part 12 dan Part 13 (bahagian akhir) nanti. Juga... dengan melakukannya sebegini, harap2 nya dengan ruangan terhad posting di FB ini... dapatlah juga saya berkongsi sedikit sebanyak tentang perihal semua kata kunci ini dan kaitan rapatnya dengan dua pulau terakhir (pulau berkembar) yang berada di dalam Segitiga Bermuda.

NAMA.... apa ada pada nama? Begitulah soalan yang telah diutarakan semenjak zaman berzaman lagi dan sehingga kini... soalan ini masih belum berjawab. Jadi... ni nak cuba try jawablah... walaupun tak seberapa sangat jawapan ini.
Kalau kita rujuk Al-Quran... ayat yang pertama di dalam surah yang pertama (Surah Al-Fatihah) menyentuh tentang NAMA yakni “BismillahiRahmaaniRahiim” – Dengan NAMA Allah yang Maha Pemurah Maha Penyayang. Tidakkah ini menunjukkan bahawa NAMA adalah penting dan mempunyai signifikasi yang besar?

Menurut beberapa sumber yang telah menerangkan kepada saya bahawa NAMA juga dikenali sebagai “ISIM”. Ia adalah bekas tempat meletak sesuatu. Nak letak apa plak? Dikatakan... JIRIM dan JISIM tidak boleh wujud sendiri kerana ia perlu diletakkan di dalam tempat meletaknya yang dinamakan NAMA atau “ISIM”. Dengan kata lain... apa yang saya cuba nyatakan ialah objek padat sebelum berlakunya “Big Bang” sebenarnya ialah “JIRIM dan JISIM yang diletakkan di dalam ISIM”. Got it? Kalau tak “got it” tu kena “got it” dululah yer. Kalau tak lagi susah nak faham bila masuk kepada kata kunci yang berikutnya iaitu RUANG KAUNIYAH dan RUANG KAULIYAH.

Okay la... ruangan FB Part 10 ni pun dah habis. Jumpa lagi di dalam Part 11.

Wallahualam.

Rabu, 11 April 2012

Ruang dan masa (Segitiga Bermuda 9/13)


LAUTAN GANAS, PINTU2 GERBANG DIMENSI DAN PULAU2 TIDAK BERPENGHUNI?
[Part 9 of 13]


Diam tak diam, telah sampai masanya kita untuk melihat pula pulau ketujuh di dalam Segitiga Bermuda. Sedikit peringatan untuk para pembaca yang dihormati sekalian; Bermula daripada pulau ketujuh (yakni Part 9) ini hinggalah Part 13 nanti, segala kisah2 dan maklumat2 yang dikongsikan akan menjadi amat2 pelik dan amat2 tidak pernah didengar. Ianya akan amat2 menyakitkan hati sekiranya anda seorang yang benar2 berpegang teguh kepada “skeptism” dan benar2 bersikap tegar kepada hanya apa yang boleh diterjemahkan oleh 5 deria anda.

[Disclaimer: Penulis tidak akan bertanggungjawab jika anda dilanda kesan2 negatif setelah membaca dan cuba memikirkan posting2 seterusnya di dalam siri album NWO ini.]

Penerangan penghuni pulau ketujuh ini mudah. Ianya mudah kerana penghuninya hanya satu makhluk sahaja. Dia ditakdirkan duduk menyendiri di pulau ini. Akan tetapi, apa yang tidak mudah dan yang akan berbunyik “Super Karut” atau “Super Gila” ialah pengetahuan dan kefahaman makhluk ini tentang alam kauniyah dan kauliyah (kalau tak ingat apa itu “alam kauniyah” dan “alam kauliyah”... rujuk la Part 8 yer).

Makhluk ini... pada saat ini sedang duduk menyendiri di pulau ketujuh setelah diberikan “privilege” untuk menyaksikan hampir segala2 nya. Sebagai contoh... dia pernah meyaksikan alam semesta ini sebelum terjadinya “Big Bang” di mana pada waktu itu, segala2 yang ada di dalam alam kauliyah ini hanyalah berupa suatu titik padat (tanpa “ruang” dan tanpa “masa”). Rasanya ahli2 sains moden masakini pun baru2 jer cuba nak belajar dan paham bahawa titik padat ini mengandungi tenaga tulen (sebahagian dpd Nur) tanpa sebarang jisim dan jasad. Kita semua pada waktu itu masih duduk di alam roh lagi (tentang cerita2 hal ini, boleh la rujuk posting terdahulu album NWO yang bertajuk ASAL-USUL TENTANG BAGAIMANA FIKIRAN AL-INSAAN DIPENJARAKAN OLEH SEJENIS MAKHLUK? - Part 6 dan Part 7).

Makhluk ini juga telah menyaksikan apa yang ada di tujuh lapisan langit (kalau nak panggil lapisan la... sebenarnya perkataan “lapisan” kurang tepat untuk menggambarkan keadaan langit ini sebab bunyiknya macam kuih lapis jer. Takkan la langit berlapis2 macam kuih lapis pulak la, kan?). Makhluk ini juga bebas keluar masuk “alam kauniyah” dan “alam kauliyah”.

Baiklah... cukup2 la kan dok cerita contoh pasal pengalaman hidup dan “privilege” kejadian makhluk ni. Kalau nak cerita semua... panjang berjela2 la pulak nanti. Rasanya anda dah faham maksud saya. Jadi, ada baiknya kita berkongsi dulu apa yang lebih penting daripada menceritakan pengalaman hidup dan “privilege” kejadian makhluk ni. Saya cuba kongsikan seperti berikut.

Terus-terang... sewaktu saya cuba menulis posting Part 9 ini serta Part yang berikutnya (Part 10, 11, 12 dan 13), saya sentiasa merasakan diri saya kekurangan perbendaharaan kata (vocabulary) serta kosa kata.

[Nota: Kosa kata adalah himpunan kata yang diketahui oleh seseorang insan atau entiti lain (seperti al-bashar, jin dan polipa). Ia merupakan bahagian serta struktur bentuk dari sesuatu bahasa tertentu. Kosa kata seseorang didefinisikan sebagai himpunan semua kata2 yang dimengertikan oleh orang tersebut atau semua kata-kata yang berkemungkinan akan digunakan oleh orang tersebut untuk menyusun “kalimah” baru untuk tujuan menyampaikan maksud atau informasi.]

Masalah tentang bahasa ini telah saya ceritakan dengan panjang lebar di dalam siri posting album NWO bertajuk ASAL-USUL TENTANG BAGAIMANA FIKIRAN AL-INSAAN DIPENJARAKAN OLEH SEJENIS MAKHLUK? – Part 1 hingga Part 13. Walaupun saya menghadapi kekangan bahasa ini, saya cuba2 juga menulis.

Okay... okay... kita balik semula kepada isi pokok posting ini. Persoalan yang lebih penting sebenarnya ialah apakah yang membolehkan makhluk ini diberikan “privilege” atau kelebihan ini?

Bagi memulakan penceritaan tentang hal ini, suka saya terlebih dahulu menarik perhatian anda bahawa makhluk ini pernah bermastautin di suatu tempat di Tanah Melayu beribu2 tahun sebelum masehi (B.C.) dulu. Kalau saya sebutkan nama bandar di mana tempat itu pada zaman sekarang ini saya bimbang anda akan ketawa pecah perut sehingga perut anda benar2 pecah :P Jadi elok la kalau saya tak sebutkan nama bandar tu. Harap2 di ruangan komen posting ni nanti, jangan la dok tanya plak pasal nama bandar ni yer :D

Sewaktu makhluk ini bermastautin di sini, dia dilawati oleh ramai sekali cendekiawan2 dan ilmuan2 daripada seluruh pelusuk dunia. Dikatakan ramai juga mereka2 yang telah berjaya mempelajari banyak perkara daripada makhluk ini.

Akan tetapi, ada sedikit keanehan. Kebanyakan mereka yang kembali ke kampung halaman mereka setelah belajar daripada makhluk ini mengalami suatu penyakit. Penyakitnya ialah tidak lain dan tidak bukan penyakit riak dan takabbur. Mungkin inilah bahaya ilmu2 yang hebat tetapi berat untuk menanggungnya. Kebanyakan mereka2 ini mula mencipta agama baharu dan menyebabkan ramai sekali manusia sesat kerana menyembah mereka sehingga ke hari ini.

Apakah ilmu ini? Saya akan cuba terangkan. Mana la tahu... kot kot boleh difahami :P Kalau tak boleh faham... saya mohon maaf in advance... sebab setakat ini sahaja la yang saya mampu cuba menulis tentangnya kerena kekangan bahasa.

Sebaik sahaja “ruang” tercipta, “masa” pun serta merta cuba memenuhinya. Kalau anda dapat bergerak cukup pantas di dalam “ruang”... “masa” akan terhenti bagi anda. Dan... kalau anda dapat bergerak lebih pantas lagi, anda akan faham mengapa “ruang’ dan “masa” itu hanyalah ilusi semata.

Seperti yang kita tahu... alam semesta atau “universe” adalah sentiasa dalam proses pengembangan semenjak peristiwa “Big Bang”. Maka... sepantas mana ruang alam semesta mengembang, sepantas itu jugalah “masa” perlu mengejar pengembangan ini bagi memenuhi “ruang” baru yang terbentuk. Daripada manakah masa ini datang? Apa sumbernya? Bagaimanakah “masa” sentiasa sahaja boleh memenuhi “ruang” baru yang tercipta? Wujudkah “ruang” yang masih tidak sempat diisi oleh “masa”? Inilah kuncinya di dalam memahami apa yang telah diajarkan oleh makhluk ini sejak zaman berzaman.

“Ruang” yang tidak sempat diisi oleh “masa” semasa proses pengembangan alam semesta akan selama-lamanya tidak diisi oleh “masa”. “Ruang” tanpa masa inilah yang dipanggil sebagai “dark matter” oleh saintis2 moden masakini. Mereka memanggilnya “dark matter” kerana mereka tahu tentang kewujudannya tetapi tidak tahu apakah bendanya “dark matter” ini. Kalau anda mahukan kepastian, anda boleh menyelidiki sendiri tentang hal ini. Anda boleh sahaja “google” sepuas2 nya atau rujuk semua buku2 terbitan NASA atau hasil2 penulisan saintis2 tersohor seperti Stephen Hawking dan sewaktu dengannya. Anda kemudian akan tahu bahawa para saintis sudah lama tahu yang “dark matter” ini memenuhi lebih dua pertiga alam semesta ini. Bolehkah anda bayangkan bahawa dua pertiga alam semesta ini dipenuhi oleh “dark matter” tetapi TIADA langsung saintis yang tahu apakah itu “dark matter”?

Ada satu lagi terma yang disebut sebagai “dark energy”. Yang ini pula satu lagi hal yang berkait rapat dengan “dark matter”. Saintis2 NASA yang ngaku terer tu pun tak tau jugak apa benda ni :P

Betul ke NASA dan saintis2 ini tidak tahu? Atau mereka pura2 tak tahu sebab mereka tak mahu kita tahu?

Kalau tiada aral, saya akan sambung penerangan tentang hal ini di dalam Part 10 dan seterusnya nanti.

Wallahualam.