Khamis, 8 Mac 2012

Perjanjian (Al Insaan 7/7)


ASAL-USUL TENTANG BAGAIMANA FIKIRAN AL-INSAAN DIPENJARAKAN OLEH SEJENIS MAKHLUK?
[Part 7 of 7]



Setelah menelusuri Part 1 hingga Part 6, rasanya kita sampai kepada situasi di mana kita boleh membincangkan persoalan2 asal yang dipaparkan dalam siri kali ini. Ia melibatkan persoalan2 pokok seperti berikut:

(i) Roh adalah operator atau “user” bagi 2 komputer mikro hebat bernama kelenjar pineal dan otak. Apa itu roh? Apa kena mengena roh dengan Nur yang diberi nama Muhammad?;

(ii) Pada mulanya, semasa kita dalam rahim ibu, kelenjar pineal digunakan oleh roh untuk mentadbir jasad dan apabila kita dilahirkan otak mula diaktifkan bagi mengambil alih peranan kelenjar pineal. Mengapa?;

(iii) Setelah roh mula mengawal otak sepenuhnya ketika umur kita 6 atau 7 tahun, kelenjar pineal mengalami proses “reboot” dan seterusnya duduk dalam “stand-by mode” atau mod tunggu-sedia. Stand-by untuk apa? Sedia untuk apa?

(iv) Kita telah berkenalan sedikit sebanyak dengan makhluk bernama “Aslaik La”. Selepas peristiwa Banjir Besar, “Aslaik La” telah memenjarakan fikiran manusia. Bagaimanakah dan apakah peranan akhir “Aslaik La” untuk melepaskan semula fikiran manusia daripada penjara ini? Adakah pelepasan fikiran daripada penjaranya memerlukan kita memenuhi syarat tertentu?

(v) Apakah natijah dan akibat apabila fikiran manusia terlepas daripada penjara ini?

Memang memeningkan untuk menjawab semua soklan di atas satu-persatu. Namun demikian, mungkin nukilan sebuah kisah disulami buah2 fikiran boleh dihidangkan untuk memberikan kita klu2 kepada jawapan2 bagi persoalan2 ini. Sebelum itu, perlu saya ulangi lagi apa yang biasa saya katakan. Diharapkan anda cuba memikirkan apa yang cuba disampaikan sebelum melontarkan komen2 seperti “Carilah guru yang mursyid”. Atau “Apa kelayakan penulis untuk membincangkan hal ini?” Atau “Bahaya berfikir tentang hal ini.... boleh merosakkan aqidah...”, “Astaghfirullah... penulis dah sesat” dan berbagai2 lagilah bentuk komen yang seumpamanya. Semoga Allah sentiasa memelihara pegangan kita bila memikirkan tentang hal2 berat seperti ini selagi niat tidak lain dan tidak bukan hanya mencari redha Allah.

Sekarang, saya kongsikan cerita2 yang saya ambil daripada beberapa sumber.

Selepas Allah menjadikan roh2 buat mengisi kelongsong pelbagai jenis makhluk2 nya, Allah pun bertanya... “Siapakah di antara kalian yang sanggup untuk menjadi manusia?” Maka semua roh pun ditunjukkan oleh Allah tentang apakah itu manusia serta darjatnya di sisi Allah. Sekalian roh2 segera menolak seraya berkata... “Kami tidak sanggup ya Allah, kami takut tidak terpikul amanahMu dan akan menjadi kufur serta engkar!” Allah pun bertanya lagi... “Mengapa pula takut jadi begitu sedangkan telah Kutunjukkan kelebihan2 manusia yang tiada taranya di kalangan makhluk2 Ku yang lain?” Sekalian roh2 pun menjawab... “Memang benarlah tentang kelebihan2 itu, tapi Kau juga telah meletakkan sesuatu yang rasanya tidak dapat dikawal oleh manusia sebati dengan jasad yakni NAFSU, EGO serta FI’IL SUKA BERKIRA-KIRA.”

Allah pun berfirman lagi... “Tapi Aku juga meletakkan serta mengekalkan kelak KALBU (HATI) dan AKAL yang sebati dengan kalian semua walau pun kalian duduk di dalam jasad manusia. Dan kemudian aku tambah dengan suatu perkara lagi yang hanya akan diketahui apabila kalian mengisi kelongsong jasad manusia. Sekarang, bagaimana?” Sekalian roh2 pun menjawab... “Tapi kami tidak mengerti tentang perkara yang kau tambahkan itu.” Akhirnya Allah berfirman... “Aku tidak menzalimi makhluk2 Ku.”

Mendengarkan tentang hal ini, segera menjawab sekumpulan roh2. Mereka berkata... “Kami sanggup menjadi manusia ya Allah!” Maka Allah berfirman kepada kumpulan ini... “Aku akan jadikan kalian semua manusia yang hidup bersenang-lenang. Kelak di bumi, dalam senang-lenangmu, kau tetap berjaya mencari perkara yang Aku tambahkan dan kalian akan menemui Aku. Sesetengah daripada kalian aku lantik menjadi Rasul2, Nabi2 dan Wali2 Ku. Apabila kalian mati dan dibangkitkan semula, Aku letakkan kalian di dalam Jannah selama-lamanya.”

[Nota: maksud bersenang-lenang bukanlah kaya-raya dengan harta-benda dan anak-pinak, tetapi kelapangan dan ketenangan hati]

Kemudian menjawab pula sekumpulan roh2 lain. Mereka berkata... “Kami pun sanggup menjadi manusia ya Allah!” Maka Allah berfirman kepada kumpulan ini... “Aku akan jadikan kalian semua manusia yang hidup bersusah-payah. Kelak di dalam susah-payahmu, engkau tidak akan menemui apa yang Aku tambahkan tetapi kalian tetap berjaya mencari Aku. Apabila kalian mati dan dibangkitkan semula, Aku letakkan kalian di dalam Jannah selama-lamanya.”

Selepas itu, segera menjawab pula sekumpulan lagi roh2. Mereka berkata... “Kami sanggup menjadi manusia ya Allah dengan syarat Kau izinkan kami menemui apa yang Kau tambahkan itu!” Maka Allah berfirman kepada kumpulan ini... “Nyata kalian ragu2 kepada sifat PemurahKu dan hanya mahukan kesenangan tanpa rasa malu. Aku akan jadikan kalian semua manusia yang hidup bersenang-lenang untuk suatu masa. Kelak di bumi, dalam senang-lenangmu, kau akan lupa mencari Aku kecuali sebahagian kecil daripada kalian. Apabila kalian mati dan dibangkit semula, Aku akan campakkan kalian di dalam Neraka. Sebahagian kalian akan kekal di dalamnya manakala sebahagian kalian pula akan Aku keluarkan daripada Neraka dan Aku masukkan ke dalam Jannah dengan sifat PengampunKu”.

Melihatkan semua yang berlaku ini, sekumpulan lagi roh2 lain pula berkata... “Kami pun sanggup menjadi manusia ya Allah. Terpulanglah pada Mu sekiranya Kau izinkan untuk kami menemui apa yang Kau tambahkan itu. Sekiranya Kau tidak izinkan nercaya kami akan mencarinya sendiri di dalam jasad manusia kami!” Maka Allah berfirman kepada kumpulan ini... “Kalian ragu2 kepada sifat PenyayangKu dan merasakan diri kalian tidak bergantung kepada Ku. Aku akan jadikan kalian semua manusia yang hidup bersusah-payah. Kelak di dalam susah-payahmu, kau akan melupakan Aku. Apabila kalian mati dan dibangkitkan semula, Aku akan campakkan kalian ke dalam Neraka selama-lamanya kecuali sebahagian yang sempat bertaubat di atas keengkaran kalian semenjak di alam roh ini lagi.”

Selepas berakhir semuanya ini, tiada lagi roh2 yang berani dan sanggup menawarkan diri mereka untuk menjadi manusia. Maka Allah berfirman... “Kalian yang lain2 akan aku isi di dalam kelongsong makhluk2 Ku yang lain2. Sesetengahnya menjadi makhluk hampir2 menyerupai manusia dan sesetengahnya tidak. Sesetengahnya mukallaf dan sesetengahnya tidak. Aku Maha Mengetahui setiap sesuatu.”

Daripada kisah ini, sanggupkah kita renung2 kan, kumpulan roh2 jenis manakah kita ini? Adakah kita hidup berpandu NAFSU, EGO dan FI’IL SUKA BERKIRA-KIRA? Kadang2 kita suka sangat berkira-kira sehingga dengan Allah pun kita hendak berkira-kira.

Setelah membaca tentang hal2 di atas... tentu anda perasan yang persoalan tentang kelenjar pineal, otak dan “Aslaik La” masih belum disentuh lagi. Baiklah... adapun kelenjar pineal itu ialah sesuatu yang bukan sebahagian daripada roh dan bukan pula sebahagian daripada jasad. Inilah dia perkara yang ditambahkan kepada manusia sekaligus dengan DNA kita yang lengkap dengan segala-gala ilmu. Ia merupakan jambatan alam halus dan alam fizikal. Seperti diberitahu sebelum ini, apabila kita berumur 6 atau 7 tahun, otak pun mengambil alih peranan kelenjar pineal bagi digunakan oleh roh untuk mentadbir jasad. Kelenjar pineal “reboot” dan menunggu dalam kedudukan “stand-by”. Tujuan kedudukan “stand-by” ini ialah supaya “Aslaik La” boleh mengaksesnya. Kelenjar pineal kita diakses untuk menentukan apakah tindakan yang patut diambil oleh “Aslaik La” kepada kita. Apa maksudnya?

Pernahkah anda merasakan jiwa anda kosong? Jiwa diselubungi perasaan murung dan mendung. Semua benda tidak menarik untuk dilakukan. Nak makan pun tak selera, nak buat apa2 pun rasa tak menarik. Asyik mengeluh dan mengeluh... namun jiwa semakin tertekan. Kadang2 untuk keadaan yang ekstrem, terbit pula sel2 kanser yang mula memberontak dan memakan jasad kita. Ini adalah simptom yang menunjukkan kelenjar pineal kita dalam keadaan nazak.

Bagi kelenjar pineal yang nazak begini, “Aslaik La” akan mengetatkan kunci penjara fikiran. Semakin nazak kelenjar pineal, semakin ketat kunci penjara fikiran. Mengapa? Tujuannya ialah bagi mengecilkan NAFSU, EGO dan FI’IL SUKA BERKIRA-KIRA. Ini supaya lebih mudah kita kembali ke pangkal jalan dan memperbaiki keadaan kita.

Bagi kelenjar pineal yang sihat pula, “Aslaik La” akan melonggarkan penjara fikiran. Jiwa akan terasa bercahaya. Semua yang dilakukan serba menjadi dan menambahkan rasa bahagia serta gembira. Malah, sekiranya keadaan ini berterusan, KALBU (HATI) dan AKAL menjadi amat perkasa sehingga penjara fikiran akan termusnah sama sekali.

Apabila fikiran terbebas daripada penjaranya... apakah yang akan berlaku? Di sinilah letaknya sesuatu yang amat2 merbahaya. NAFSU, EGO dan FI’IL SUKA BERKIRA-KIRA akan berada di tahap yang tertinggi. Sekiranya tersalah langkah, kita akan memilih dunia dan melupakan akhirat. Kita akan lupa dan hilang rasa belas kasihan kepada manusia atau makhluk2 lain. Akan tetapi, sekiranya kita boleh mengawal NAFSU, EGO dan FI’IL SUKA BERKIRA-KIRA ini, sambil mengekalkan sikap zuhud dan merendah diri kita, segala2 ilmu dan berkat akan merapati kita. Terbongkarlah misteri alam sejagat satu-persatu.

Demikianlah berakhirnya siri 7 Part atau 7 Bahagian ini. Diharapkan ianya dapat menerbitkan buah2 fikiran yang menjadi manfaat bagi sesetengah orang dan mungkin pula ianya menjadi mudharat bagi sesetengah yang lain.

Wallahualam.

21 ulasan:

  1. Terima kasih... Sungguh jelas penerangan ini. Sekarang saya sedar yang saya tidak keseorangan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih juga kerana sudi membaca. Ya tuan tidak keseorangan.

      Padam
  2. saya ingat saya ja yang gila, cumanya saya tak pandai menulis dan menutur kata mengekspresikan kegilaan yang mungkin bila saya cakap, orang akan cakap saya gila. penulisan yang membuka minda bagi yang berfikir, terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama la kita, penulis diberikan kelebihan dan anugerah yang tidak ternilai.. alhamdulillah

      Padam
  3. salam,

    Menarik kupasan saudara, terima kasih. Err.. nak tau sikit, sedara ni ada melalui tarekat, menempuh hakikat dan makrifat ke? Bukan memerli tapi sungguh nak tau..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tidak mengikat diri saya kpd kumpulan2 tarekat.. cuma saya sentiasa bertanya kepada mereka yg ahli kpd persoalan yg timbul di benak fikiran saya..

      Padam
  4. terima kasih... kupasan yang sangat menarik dan mudah untuk difahami...May Allah Bless You... amin

    BalasPadam
  5. boleh x owner blogger ni tukar profile picture yg lebih 'kool'....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak tukar profile pic apa ye? Boleh dicadangkan kepada saya.. :)

      Padam
  6. terima kasih tuan blog kerana share info2 ni byk bende yg dpt dipelajari dan difahami amat sukar untuk mendapat ilmu2 seperti ini di tempat lain...dan bukan calang2 orang yg ingin berkongsi ilmu spti ini..

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah

    terbuka segala kunci yang mengganggu dan membelenggu jiwa ini dengan banyak persoalan berat yang hampir serupa dengan pertanyaan di atas yang sudah dipendam lama dan telah diajukan pada sebilangan ilmuwan namun tidak terkesan dengan yakin akan jawapannya... kini terungkai sedikit

    BalasPadam
  8. Saya hormati pandangan penulis. Maaf ada sedikit perbezaan pandangan.

    Bukankah organ yang pertama terbentuk dlm pembentukan janin ialah jantung (a.k.a Hati Maknawi pd pdgn sufi)? Malahan jantung ini mempunyai system berfikirnya sendiri, malahan disahkan oleh kajian Sains (cth - lihat Heartmath.org). Dan bukankan ditiupkan ruh itu dipasakkan pada Jantung (pd lataif2 tertentu) terlebih dahulu?

    Mengatakan pineal gland bukan sebahagian dari jasad, saya kurang setuju. Ianya adalah organ fizikal, bersaiz kecil dlm otak. Ya benar gland ini memang sumber pada banyak fenomena psikik. Tapi yg dikatakan gland ini sbg penghubung/jambatan kpd 2 dunia adalah hanya bila terjadinya tindak balas chemical terutamanya DMT yg agak luar biasa. Natijahnya consciousness kita akan meningkat @ 'high' lalu kita akan masuk dlm matrix akal a.k.a 'dunia khayalan yg real'.

    Maaf bukan berniat untuk menafikan @ mempertikaikan 'keistimewaan' yg mereka miliki. Cuma harapnya jgn terlalu over confident atau tiada reservation langsung. Perlu sentiasa cross check dengan sumber lain bila 'dinampakkan sesuatu'.

    Apapun artikel tuan sangat menarik dan informative.

    Terima kasih

    the apprentice




    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kerana info yg anda kongsikan.. saya berlapang dada menerima apa jua pendapat kerana itu lah tujuan artikel2 ini selain bekongsi maklumat..

      Padam
    2. Manusia akan di bangkitkan semula bermula dri tulang sulbi... mengapa penggali kubur melakuka kerja pemindahan mayat pada waktu malam?.... jawapan guru sya.... kerana tulang sulbi yang kecil ini bercahaya di waktu malam dan part ini lah yang paling penting sekali, ia penuh dengan memori 1 hayat manusia ...maaf kalo salah

      Padam
    3. Pineal gland mengawal pituitary gland yg mengawal hormone badan.
      Keiklasan hati kini blh disukat dgn kadar hormone seratonin dlm bdn.
      Kalau bgn tahajud tapi masih mcm2 sakit ...tu indication solat tak khusyuk dan ikhlas.

      Padam
    4. Harap tuan nizam mj nampak hubungkaitnya insyallah.

      Padam
    5. Alhamdulillah saya tidak berseorangan

      Padam
    6. As Above So Below, apa yg asalnya diatas ternyata ianya dibawah.
      From Below To Above, apa yg dibawah pulang keasalnya keatas.
      Don't disturb the sleeping baby if we are not ready as the BabySitter.

      Padam
    7. Langit mengesahkan keagungan Allah serta Para Malaikat-Nya.
      Bumi mengesahkan makhluk ciptaan-Nya itulah Jin dan Manusia.
      Pertemuan antara Langit dgn Bumi disitu ciptaan AlInsan bermula.
      Hikayat AlInsan diAlam Ajsyam Rohim Ibu berhimpun segalanya.

      Padam
    8. Bermula ciptaan Lembaga Tok Adam dari 7 kepal Tanah Nurani Mekah.
      Ditugaskan pada Jibrael dgn kuasa-Nya Allah yg susah semua mudah.
      Kemana diangkut berapa tahun lama ditempa itu semua Urusan Allah.
      Pertama2 kepala dada perut tangan kaki 7 anggota Adam tersiap sudah.
      Lengkap 10 organ dalam pancaindera 17 anggota Adam berdiri megah.
      Bani Adam difardhukan solat sehari semalam 17 rakaat mengeluh susah?
      Ciptaan Bani Adam diAlam Ajsyam Rohim Ibu bayangannya pun sama.
      Dari segumpal darah setitik noktah dijadikan dulu Mata bahagian kepala.
      Turun kedada perut tulang sulbi anggota organ maseh tidak sempurna.
      Kapan Allah tiupkan Ruh-Nya berdiri aku menumpang Hidup Hayyatullah.
      Janji sumpah setia suratan takdir azali diterima termaktub diikrar sudah.
      Setelah lahir hingga dewasa segala janji mengapa dilupa terhijab sudah?
      Cari Kunci AlFattah pembuka yg ghoib kalo malas yg senang jadi susah..

      Padam
  9. Asal penciptaannya dari satu kepala satu mata.
    Tetapi hasil keluarannya satu kepala dua mata..
    Hilang ghoib satu mata dlm mata ke3 ia berada.
    Dlm Sufi Islam Qab Qusyaini ia diberikan nama.
    Dlm IChing China titik Kun Lun disitu duduknya.
    Dlm Yoga Hindu disebutkan Bindu gelarannya.
    Ida Pingala pada mahkota Firaun disitu bertahta.
    Semuanya correspond to Pineal Gland titiknya.
    Ada yg bilang disitulah God Spot dikiaskannya.
    Barang siapa kuasainya alam semesta jajahnya.
    Salah bawa Allah murka bisa sewel badan celaka.

    BalasPadam