Khamis, 29 Mac 2012

Kauniyah (Segitiga Bermuda 8/13)

LAUTAN GANAS, PINTU2 GERBANG DIMENSI DAN PULAU2 TIDAK BERPENGHUNI?
[Part 8 of 13]


Part 8 saya mulakan dengan sedikit petikan daripada sebuah kitab tauhid yang saya baca suatu masa yang agak lama dahulu. Tajuk kitab? Entah, tak tau la pulak sebab kulit atau “cover” kitab ni telah dikoyakkan. Kitab ni rasanya memang kena “banned” kat Malaysia. Diorang dok cerita kat saya, macam tu la caranya kalau nak bawak masuk buku2 dan kitab2 yang kena “banned”. Koyak jer “cover” kitab tu. Maka, kalau tak tau tajuk kitab, kastam ngan imigresen pun malas nak check isi buku2 atau kitab2 ni. Kalau ada tajuk, pastu tajuknya mencurigakan pula, geng2 kastam atau imigresen mungkin timbul rasa syak.

Selepas puas membaca kitab ni lebih daripada sepuluh kali (bukan tebal pun, lebih kurang 80 mukasurat jer pun).... baru la saya faham kenapa ianya dilarang untuk dibawa masuk ke Malaysia. Isinya amat kontroversi dan amat mudah untuk disalah tafsir sebagai ajaran sesat. Tentang jenis tulisannya pula pula... tulisan jawi lama tetapi masih boleh dibaca kerana lebih kurang macam tulisan jawi buku2 sekolah agama tahun 80an jer.

Berikut ialah petikan yang saya maksudkan:

Alam adalah firman Allah yang tak tertulis iaitu ayat-ayat kauniyah (abstrak atau bersifat halus), Al-Quran pula adalah ayat-ayat kauliyah (tidak abstrak atau bersifat kasar).

[Contohnya roh bersifat kauniyah (abstrak dan halus), dan jasad pula bersifat kaluliyah (tidak abstrak atau kasar)]

Semua alam semesta tergelar atas Asma Allah iaitu Nama Allah. Ini ditegaskan di mana “Bismillah” atau lebih tepat lagi “huruf Ba” ialah permulaan Al-Quran dan berperanan sebagai “border” atau “pemisah” atau “sempadan” di antara kauniyah dan kauliyah.

Asma Allah terkandung di dalam Kehendak Allah seperti yang diterangkan secara kauliyah iaitu “Kun Faya Kun” dan Kehendak Allah terkandung dalam sifat.

Sifat terkandung di dalam Af’al iaitu penyebab, musabab atau perbuatan. Akhir sekali, Af’al pula terkandung di dalam Dzat.

Adoi la... memang susah nak faham... sekali baca memang bunyik nya macam berbelit2. Akan tetapi, jika diteliti dengan sabar berulang2 kali... rasanya ia akan memberikan perspektif baru dalam mendapatkan secebis lagi kefahaman benda2 yang tidak nampak di mata kasar kita.

Setelah saya dok puas memikirkan tentang macam mana nak menerangkan maksud petikan ini, saya hanya mampu menyusun penerangannya seperti berikut. Kalau penerangan ni tak boleh difahami, saya tak tau la nak terangkan macam mana lagi :P

Semua hal2 yang diceritakan di dalam petikan ini adalah hijab. Ya, hijab! Ini kerana Asma Allah, Sifat Allah, Af’al Allah bukanlah Dzat Allah itu sendiri … itulah yang dimaksudkan oleh para ahli sufi atau guru2 tauhid bahawa segala yang mampu digambarkan tentang kauniyah secara kauliyah adalah adalah secara analogi HURUF sahaja, dan ia merupakan hijab itu sendiri di mana Dzat Allah berada di sebalik (beyond) TITIK-TITIK yang membentuk HURUF ini. Dzat Allah sudah tentu tidak boleh digambarkan oleh sesuatu yang wujudnya di dunia kauliyah atau dunia fizikal yang kita duduki ini. Untuk mengetahui Dzat Allah, kita harus berupaya berfikir tanpa menggunakan HURUF dan TITIK-TITIK, kerana ianya sendiri adalah hijab!

Hehehh... boleh faham ke? Kalau tak faham... takper la. Mungkin boleh bertanya orang2 lain yang boleh menerangkan hal ini dengan lebih baik lagi.

Pulau keenam di dalam Segitiga Bermuda ini pula memang berkait rapat dengan hal2 yang dibincangkan di atas. Dikatakan pintu gerbang kota pulau ini ialah sempadan atau “border” di antara alam kauniyah dan kauliyah. Alangkah baiknya kalau kita dapat merasa berdiri betul2 di atas sempadan alam kauniyah dan kauliyah ini. Boleh la kita melihat dan membandingkan kedua2 alam ini dan memahami perkaitannya. Makhluk2 yang menghuni pulau ini pula dikatakan makhluk yang berbentuk tenaga dan tiada jasad tetap.

Di dalam kitab Kabbalah ada penerangan tentang satu konsep yang sama iaitu konsep “As Above, So Below” yakni apa yang berlaku di alam kauniyah pasti ada perkaitan dengan alam kauliyah dan begitulah sebaliknya. Malah, di dalam pengajian Kabbalah, ianya lebih terperinci lagi di mana alam kauniyah dibahagikan kepada beberapa “Sefirot” atau lapisan.

[Seperti yang saya maklumkan di dalam posting2 saya yang terdahulu, ilmu Kabbalah hari ini telah banyak sekali diubah-suai. Walaupun begitu, jika hendak mendapatkan gambaran tentang apakah ilmu Kabbalah ini... boleh la melawat website ini http://edu.kabbalah.info/bnei-baruch Website ini ada menawarkan program2 Kabbalah percuma secara online dan bahan2 belajarnya seperti video dan e-book akan dibekalkan secara percuma. Pusat pengajiannya bertempat di Tel Aviv, Israel. Pensyarah2 nya pula ialah rabai2 yahudi. Saya sendiri pernah mengikuti salah satu program2 yang ditawarkan dan saya dapati ianya sedikit sebanyak boleh membantu memahami tentang perspektif alternatif perkaitan hal2 kauniyah dan kauliyah berbanding apa yang ada di dalam kitab2 yang diajarkan di sekolah2 pondok di Nusantara ini.]

Sekarang, marilah kita melihat beberapa contoh bagaimana alam kauniyah dan alam kauliyah saling bergantung dan berkait di antara satu sama lain.

Contoh pertama... bagi tukang2 sihir misalnya... sekiranya mereka ingin mendatangkan kesakitan kepada seseorang... mereka akan menggunakan khidmat khadam mereka untuk pergi ke alam kauniyah. Di alam kauniyah, khadam ini akan bertugas membuat sesuatu di alam ini di mana implikasinya ialah mendatangkan kesakitan kepada “target” mereka yang tinggal di alam kauliyah.

Contoh kedua pula, di alam kauliyah... ayat2 Al-Quran yang dibaca mungkin hanya akan kelihatan seolah2 hanya ayat2 bacaan sahaja dan biasanya tiada kesan yang “direct” atau jelas untuk dilihat dengan mata kasar. Akan tetapi, sebenarnya ayat2 Al-Quran ini dengan niat2 tertentu akan memberikan kesan yang besar di alam kauniyah. Kesan terhadap alam kauniyah ini pula seterusnya akan kembali menampakkan hasilnya atau akibatnya di alam kauliyah.

Saya rasa, sekiranya kita benar2 jelas tentang konsep “As Above, So Below” ini, tentu kita akan boleh memikirkan banyak lagi contoh2 lain dalam memanipulasi alam kauniyah dan kauliyah ini.

Persoalannya... adakah ia sesuatu yang beretika bagi kita memanipulasi situasi bagi mendapatkan faedah peribadi dengan pengetahuan ini? Tak tau la nak kata... saya tidak mampu untuk menjatuhkan hukumnya kerana saya bukannya arif di dalam hal2 menjatuhkan hukum.

Wallahualam.

5 ulasan:

  1. Ajaque.. hang ada pesbuk tak...

    cepat2 ler siapkn artikel ni.. tak saba den nk compile wat buku :)

    BalasPadam
  2. terbaik la... makin menarik.. sentiasa menunggu dgn penuh sabar...

    BalasPadam
  3. Terima Kasih Heavenly dan Fauzi kerana sudi membaca

    BalasPadam
  4. salam, saya nak tanya, betol kah sebenarnya dalam segi tiga bermuda ni ada telaga kautsar sbb tu jin n setan xnk bg manusia masuk dlm area ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saudara blanket,

      Dari Anas, dia berkata: Pada suatu hari ketika Rasulullah berada di tengah kami, Beliau mengantuk sekejap. Kemudian Beliau mengangkat kepalanya dengan senyum. Maka kami bertanya: "Apa yang membuatmu tertawa, wahai Rasulullah?" Rasulullah menjawab,"Baru saja turun kepadaku sebuah surat," maka Beliau membaca surat Al Kautsar. Kemudian Rasulullah bersabda,"Apakah kalian tahu apakah Al Kautsar itu?" Maka kami berkata,"Allah dan RasulNya lebih mengetahui." Rasulullah bersabda,"Al Kautsar adalah sungai yang dijanjikan Rabbku Azza wa Jalla untukku. Disana terdapat kebaikan yang banyak. Ia adalah telaga yang akan didatangi umatku pada hari Kiamat. Jumlah bejananya sebanyak bintang-bintang…." [HR Muslim (400) kitab shalat bab hujjatu man qaala al-basmalah ayatun min awwali kulli surat siwa bara’ah.]

      Ini nas tentang Al Kautsar, yang kita boleh fahami yang ia berada di Syurga.

      Wallahualam.

      Padam