Jumaat, 2 Mac 2012

Kalimah Syahadah (Al Insaan 6/7)

ASAL-USUL TENTANG BAGAIMANA FIKIRAN AL-INSAAN DIPENJARAKAN OLEH SEJENIS MAKHLUK?
[Part 6 of 7]

Membicarakan perkara2 berkaitan dengan “Dua Kalimah Syahadah” memang bukan senang. Tambahan pula, jika ianya dibincangkan di ruangan terhad FB ini. Perkara ini juga sensitif dan saya membuat agakan... selepas posting ini dibuat, mungkin ramai yang akan mengatakan... “Carilah guru yang mursyid”. Atau “Apa kelayakan penulis untuk membincangkan hal ini?” Atau “Bahaya berfikir tentang hal ini.... boleh merosakkan aqidah...”, “Astaghfirullah... penulis dah sesat” dan berbagai2 lagilah bentuk maklumbalas yang seumpanya.

Walaupun demikian, saya beranikan diri juga demi mengajak kita sama2 berfikir dan tidak takutkan bisikan2 hati yang membungakan rasa was-was. Semoga Allah sentiasa memelihara pegangan kita bila memikirkan tentang hal2 berat seperti ini selagi niat tidak lain dan tidak bukan hanya mencari redha Allah.

Jika kita tidak berfikir tentang hal ini, adakah memadai kita menerima “Dua Kalimah Syahadah” begitu sahaja? Adakah salah jika kita bertanya soalan2 seperti... Siapakah Allah? Siapakah kita? Mengapa Nabi Muhammad saw dipilih menjadi Rasulullah penghulu segala rasul2 dan bukan orang lain? Bilakah masanya kita mengikat perjanjian sehingga kita berada di dalam kedudukan kita sekarang ini? Bolehkah Allah pada bila2 masa menukar status Iblis daripada makhluk yang engkar kepada makhluk yang diterima taubatnya? Ish... memang banyak lagi soklan2 yang bersifat kritikal begini yang rasanya saya tak ada kesempatan lagi untuk membicarakannya di sini.

Sebagai “warm-up” baca link ini:

http://www.e-bacaan.com/artikel_mungkinkahnabi.htm

Saya mengambil link ini sebagai contoh kerana ianya telah sedia terhidang di internet dan hal2 yang dikupas cukup sensitif untuk menyebabkan mereka yang tak sanggup berfikir menolaknya mentah2, atau melabelkan perbincangan ini membahayakan aqidah atau bagi yang ektrem pula terus akan meloncat dan menjatuhkan hukum murtad atau kafir.

Inilah salah satu “point” saya. Inilah gunanya “Dua Kalimah Syahadah”. Harap anda boleh bayangkan, beribu2 lagi isu2 sensitif yang boleh didebatkan atau dipertikaikan seperti link ini. Namun selagi kita yang berdebat berapi2 ini tetap sama2 berpegang teguh kepada “Dua Kalimah Syahadah”, insyaAllah perdebatan dan pertikaian dapat dilakukan dengan sihat, penuh beradab dan tidaklah kita mudah melatah tak tentu pasal.

Sekarang kita pergi kepada hal sebenar yang saya nak ketengahkan untuk posting kali ini.

Berikut ialah terjemahan “Dua Kalimah Syahadah” yang biasa kita dengar:

Laa – Tidak Wujud; Ilaha – Tuhan yang berhak disembah; Illallah – Selain Allah; MuhammadurRasulullah – Muhammad Pembawa Perutusan Allah.

[Nota: Sebenarnya ada terjemahan yang luar biasa, tetapi saya tidak akan membincangkannya dalam posting ini (terlalu kontroversi). Untuk posting ini, kita fokuskan kepada Kalimah Syahadah yang kedua sahaja... MuhammadurRasulullah. Kalimah Syahadah yang pertama... Laa Ilaaha Illallah, kita bincangkan lain kali sahaja la yer]

Sewaktu Allah berkehendak menjadikan sekelian benda yang wujud, Allah pun memulakan dengan mewujudkan Nur. Maka Allah pun mengeluarkan perintah “Jadilah engkau Muhammad”. Maka iapun menjadi satu tiang Nur yang berkilau-kilauan lalu Nur itupun terus bersujud dan berkata “Segala puji bagi Allah”. Maka Allah berfirman, “Untuk itulah Kuciptakan engkau dan Kunamakan engkau Muhammad. Daripadamulah Aku memulakan kejadian makhluk2 ku ini dan denganmulah Aku menyudahi Rasul-Rasul”.

Kemudian Allah membahagi2kan Nur itu kepada 4 bahagian. Daripada bahagian pertama dijadikanNya Lauh Mahfuz, daripada yang kedua dijadikan nya Qalam. Kemudian Allah berfirman kepada Qalam, “Tulislah”. Kemudian Qalam berkata, “Apakah yang perlu kutulis? Allah berfirman, “Tulislah Laa Ilaha Illallah, MuhammadurRasulullah”. Maka Qalam itu pun menulislah apa yang diperintahkan dan setelah itu ia mengikut ilmu Allah (dengan menulis) semua perkara berhubung dengan makhluk2Nya.

Di antara lain, Qalam menulis, “Wahai anak-anak Adam daripada sulbinya! Sesiapa yang taat kepada Allah akan dimasukkanNya ke dalam syurga dan sesiapa yang derhaka kepada Allah akan dimasukkanNya ke dalam neraka. Wahai ummat Nuh! Sesiapa yang taat kepada Allah akan dimasukkanNya ke dalam syurga dan sesiapa yang derhaka akan dimasukkanNya ke dalam neraka. Wahai ummat Ibrahim! Sesiapa yang taat kepada Allah akan dimasukkanNya ke dalam syurga dan sesiapa yang derhaka akan dimasukkanNya ke dalam neraka. Wahai ummat Musa! Sesiapa yang taat kepada Allah akan dimasukkanNya ke dalam syurga dan sesiapa yang derhaka akan dimasukkanNya ke dalam neraka. Wahai ummat Muhammad! Sesiapa yang taat kepada Allah akan dimasukkanNya ke dalam syurga dan sesiapa yang derhaka kepada Allah…..” Qalam sudah hampir menulis “akan dimasukkanNya ke dalam neraka” tiba-tiba terdengar seruan daripada Allah, “Wahai Qalam! Beradablah”. Maka pecahlah Qalam itu kerana kehebatan Allah dan tertulis noktah2, bintik2 atau titik2.

[Nota: Inilah asal-usul setiap qalam biasa di dunia (tidak kiralah berapa hebatnya teknologi printing atau pengimejan kita) tidak akan menulis melainkan dalam keadaan terpecah-pecah atau berbintik-bintik – hari ini kita kira atau panggilnya sebagai “dpi” atau dot per inch atau kadang2 kita panggilnya sebagai “pixels”]

Allah kemudiannya berfirman kepadanya, “Tulislah Wahai ummat Muhammad! Sesiapa yang taat kepada Allah akan dimasukkanNya ke dalam syurga dan sesiapa yang derhaka kepada Allah akan dicatatkan sebagai dosa tetapi Allah Maha Pengampun”.

[Nota: Perhatikan tulisan Qalam yang ini ialah hanya untuk ummat Muhammad sahaja]

Kemudian daripada bahagian yang ketiga Nur itu Allah menjadikan arasy.

Bahagian Nur keempat pula dibahagikan lagi kepada empat bahagian. Yang pertama daripadanya dijadikan Akal. Yang kedua dijadikan Ma’rifat. Dan yang ketiga dijadikan Nur Arasy, Cahaya Penglihatan dan Cahaya Siang. Jika anda perasan, semua Nur-Nur ini adalah daripada Nur yang mula2 sekali dijadikan Allah dan diberi nama Muhammad. Oleh itu Nur yang diberi nama Muhammad ini adalah makhluk yang terawal dari segala-galanya yang dijadikan Tuhan.

Bahagian yang keempat daripada empat bahagian itu pula disimpan di bawah arasy sehingga Allah menjadikan Adam dan diperintahkan malaikat supaya bersujud kepadanya.

Adam dimasukkan ke dalam syurga, ketika itu malaikat berdiri di bahagian belakang Adam bersaf-saf. Mereka memandang kepada Nur Muhammad lalu berkatalah Adam, “Wahai Tuhan! Kenapakah malaikat ini berdiri di belakangku bersaf-saf?” Allah berkata, “Wahai Adam! Mereka memandang kepada Nur Kekasihku (Muhammad) penyudah sekelian Rasul yang akan Ku keluarkan daripada sulbi belakangmu.”

Adam mendengar Nur itu bertasbih dengan tasbih yang agung. Kemudian Nur itu berpindah daripada Adam kepada Hawa. Adam melihat Nur itu pada wajah Hawa bersinar-sinar. Kemudia Hawa melahirkan Rasul yang mula-mula daripada anak Adam iaitu Syith. Maka hilanglah Nur itu daripada wajah Hawa , berpindah pulalah ia kepada Syith. Adam meminta kepada Syith agar tidak diletakkannya Nur itu melainkan pada perempuan-perempuan yang suci.

Kemudian terus berpindah-pindahlah Nur itu daripada seorang lelaki mulia kepada seorang lelaki mulia yang lain dan daripada seorang perempuan yang suci kepada seorang perempuan suci yang lain hinggalah ia sampai kepada sulbi Abdullah bin Abdul Mutalib dan seterusnya diletakkan kepada Aminah. Kemudian Allah mengeluarkannya ke dunia lalu dijadikanNya penghulu sekelian Rasul dan penyudah sekelian Rasul. Dijadikannya rahmat kepada sekelian alam dan pemimpin kepada orang-orang yang bertuah.

Kita tutup Part 6 ini dengan [Surah An-Nur: Ayat 24-35] yang ertinya... “Allah memberi nur langit dan bumi. Perumpamaan nurNya adalah seperti suatu misykat di mana di dalamnya ada suatu lampu, lampu itu ada dalam gelas, dan gelas itu seperti bintang yang berkelip, dinyalakan dari pohon yang terberkati, suatu zaitun yang tak terdapat di timur maupun di barat, yang minyaknya saja hampir-hampir sudah bercahaya sekalipun api belum menyentuhnya; cahaya di atas cahaya. Allah menunjukkan siapa yang dikehendakiNya kepada nurNYA itu. Allah menunjukkan beberapa contoh untuk manusia. Allah maha mengetahui tiap-tiap sesuatu”.

Wallahualam

8 ulasan:

  1. Sah cerita nur muhamad ini cerita rekaan ulama tasawuf syiah. takde pon hadis dgn riwayat sekali atau dalil dalil dari alquran. Sayangilaah kalimah syahadah tuan. Kita tidak memiliki apa apa kepentingan dari ajaran syiah ini..

    Abdullah bin saba adalah watak ciptaan golongan yahudi syiah..ade ke dia mengistiharkan Saidina Ali ra itu sebagai tuhan?? maksom..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Susah juga kalau budak2 dok sekali bersembang dgn org tua. Budak2 ni suka mencelah & blagak pandai.. Dengar dulu.. Fikir.. Mencari.. Berdoa.. Berserah.. Tahan.. Sabar.. Oral la dlu, jgn trus terjah aje. Pnulis dh cite kt posting dia yg sblm ni. Ini bknnya pngetahuan megi. Celup je dh bole mkn. Nt bila sampai masa, tuan akn fhm.. Mgkin cpt, mgkin lmbt.. Maaf Tuan Penulis.. Sy agak kurg sopan, saja nk halau langau, khuatir tmasuk dlm mknn. Hehe..

      Padam
    2. asslm,terima kasih atas penerangan yang dalam pasal hal ini,cerita ini ada diceritakan oleh guru saya dalam aliran tasauf, may allah bless u, "tiada yang nyata selain allah,dan muhammad itu penyata bagi allah" wallahualam..

      Padam
    3. cerita menepati dari apa yg saya pelajari,
      nama Muhammad ialah perkara pertama yang dipandang Nabi Adam ketika dia dihidupkan.

      Padam
  2. Allah anugerahkan kita untuk berfikir...Hayati dan fikirlah apa yang ingin dia sampaikan...kalo ragu2 rujuk Al Quran...kitab yang benar...

    BalasPadam
  3. As salam saudara. Link xdpt bukaklah :(

    BalasPadam
  4. Bermula Kalimah Syahadah dlm Hakeqat Nur Muhammad itu tersembunyi.
    Aku adalah Nabi tatakala Adam masih antara air dan tanah Sabda Nabi.
    Doktrin Hakeqat Muhammad pakaian Ahli Sufi Syiah Sunni usah diragui.
    Kalo tidak hayati koq Perakuan Syahadah kita bisa omongan tidak berisi.
    Tatakala Alam Antah Berantah dialam telor nan sebutir kita telah bersaksi.
    Setelah lahiri ragawi sumpah setia dilupai hijab2 hitam membaluti dibuangi.
    WahuaMa'akomAinamaKuntom Dia beserta kamu walo kemana kamu pergi....
    Selagi kita maseh ada Dia tiada antara Ada dgn Tiada kemana mahu cari.
    Apaan hakeqat Nurun Ala Nurin dirasai dihayati hanya Dia yg anugerahi.
    Dikala itu koq kesedaran diDiri kita pancaran Ruh Muhammad Nur Ilahi.
    Sudah terwakil Rahsia Ilahi dlm Kalimah Insan koq ketika itu bisa ngerti.
    Ada yg bilang dikala itu bisa bertukar ganti Gerak Syahadah pula kuasai.
    Apa fahamnya ngak ngerti Allahu'alem koq Nur Muhammad bisa bimbingi.

    BalasPadam
  5. ada sesiapa tahu terjemahan la ilaha ila Allah yang dia katakan kontroversi tu. boleh saya saya tau apa dia?

    BalasPadam