Khamis, 29 Mac 2012

Kauniyah (Segitiga Bermuda 8/13)

LAUTAN GANAS, PINTU2 GERBANG DIMENSI DAN PULAU2 TIDAK BERPENGHUNI?
[Part 8 of 13]


Part 8 saya mulakan dengan sedikit petikan daripada sebuah kitab tauhid yang saya baca suatu masa yang agak lama dahulu. Tajuk kitab? Entah, tak tau la pulak sebab kulit atau “cover” kitab ni telah dikoyakkan. Kitab ni rasanya memang kena “banned” kat Malaysia. Diorang dok cerita kat saya, macam tu la caranya kalau nak bawak masuk buku2 dan kitab2 yang kena “banned”. Koyak jer “cover” kitab tu. Maka, kalau tak tau tajuk kitab, kastam ngan imigresen pun malas nak check isi buku2 atau kitab2 ni. Kalau ada tajuk, pastu tajuknya mencurigakan pula, geng2 kastam atau imigresen mungkin timbul rasa syak.

Selepas puas membaca kitab ni lebih daripada sepuluh kali (bukan tebal pun, lebih kurang 80 mukasurat jer pun).... baru la saya faham kenapa ianya dilarang untuk dibawa masuk ke Malaysia. Isinya amat kontroversi dan amat mudah untuk disalah tafsir sebagai ajaran sesat. Tentang jenis tulisannya pula pula... tulisan jawi lama tetapi masih boleh dibaca kerana lebih kurang macam tulisan jawi buku2 sekolah agama tahun 80an jer.

Berikut ialah petikan yang saya maksudkan:

Alam adalah firman Allah yang tak tertulis iaitu ayat-ayat kauniyah (abstrak atau bersifat halus), Al-Quran pula adalah ayat-ayat kauliyah (tidak abstrak atau bersifat kasar).

[Contohnya roh bersifat kauniyah (abstrak dan halus), dan jasad pula bersifat kaluliyah (tidak abstrak atau kasar)]

Semua alam semesta tergelar atas Asma Allah iaitu Nama Allah. Ini ditegaskan di mana “Bismillah” atau lebih tepat lagi “huruf Ba” ialah permulaan Al-Quran dan berperanan sebagai “border” atau “pemisah” atau “sempadan” di antara kauniyah dan kauliyah.

Asma Allah terkandung di dalam Kehendak Allah seperti yang diterangkan secara kauliyah iaitu “Kun Faya Kun” dan Kehendak Allah terkandung dalam sifat.

Sifat terkandung di dalam Af’al iaitu penyebab, musabab atau perbuatan. Akhir sekali, Af’al pula terkandung di dalam Dzat.

Adoi la... memang susah nak faham... sekali baca memang bunyik nya macam berbelit2. Akan tetapi, jika diteliti dengan sabar berulang2 kali... rasanya ia akan memberikan perspektif baru dalam mendapatkan secebis lagi kefahaman benda2 yang tidak nampak di mata kasar kita.

Setelah saya dok puas memikirkan tentang macam mana nak menerangkan maksud petikan ini, saya hanya mampu menyusun penerangannya seperti berikut. Kalau penerangan ni tak boleh difahami, saya tak tau la nak terangkan macam mana lagi :P

Semua hal2 yang diceritakan di dalam petikan ini adalah hijab. Ya, hijab! Ini kerana Asma Allah, Sifat Allah, Af’al Allah bukanlah Dzat Allah itu sendiri … itulah yang dimaksudkan oleh para ahli sufi atau guru2 tauhid bahawa segala yang mampu digambarkan tentang kauniyah secara kauliyah adalah adalah secara analogi HURUF sahaja, dan ia merupakan hijab itu sendiri di mana Dzat Allah berada di sebalik (beyond) TITIK-TITIK yang membentuk HURUF ini. Dzat Allah sudah tentu tidak boleh digambarkan oleh sesuatu yang wujudnya di dunia kauliyah atau dunia fizikal yang kita duduki ini. Untuk mengetahui Dzat Allah, kita harus berupaya berfikir tanpa menggunakan HURUF dan TITIK-TITIK, kerana ianya sendiri adalah hijab!

Hehehh... boleh faham ke? Kalau tak faham... takper la. Mungkin boleh bertanya orang2 lain yang boleh menerangkan hal ini dengan lebih baik lagi.

Pulau keenam di dalam Segitiga Bermuda ini pula memang berkait rapat dengan hal2 yang dibincangkan di atas. Dikatakan pintu gerbang kota pulau ini ialah sempadan atau “border” di antara alam kauniyah dan kauliyah. Alangkah baiknya kalau kita dapat merasa berdiri betul2 di atas sempadan alam kauniyah dan kauliyah ini. Boleh la kita melihat dan membandingkan kedua2 alam ini dan memahami perkaitannya. Makhluk2 yang menghuni pulau ini pula dikatakan makhluk yang berbentuk tenaga dan tiada jasad tetap.

Di dalam kitab Kabbalah ada penerangan tentang satu konsep yang sama iaitu konsep “As Above, So Below” yakni apa yang berlaku di alam kauniyah pasti ada perkaitan dengan alam kauliyah dan begitulah sebaliknya. Malah, di dalam pengajian Kabbalah, ianya lebih terperinci lagi di mana alam kauniyah dibahagikan kepada beberapa “Sefirot” atau lapisan.

[Seperti yang saya maklumkan di dalam posting2 saya yang terdahulu, ilmu Kabbalah hari ini telah banyak sekali diubah-suai. Walaupun begitu, jika hendak mendapatkan gambaran tentang apakah ilmu Kabbalah ini... boleh la melawat website ini http://edu.kabbalah.info/bnei-baruch Website ini ada menawarkan program2 Kabbalah percuma secara online dan bahan2 belajarnya seperti video dan e-book akan dibekalkan secara percuma. Pusat pengajiannya bertempat di Tel Aviv, Israel. Pensyarah2 nya pula ialah rabai2 yahudi. Saya sendiri pernah mengikuti salah satu program2 yang ditawarkan dan saya dapati ianya sedikit sebanyak boleh membantu memahami tentang perspektif alternatif perkaitan hal2 kauniyah dan kauliyah berbanding apa yang ada di dalam kitab2 yang diajarkan di sekolah2 pondok di Nusantara ini.]

Sekarang, marilah kita melihat beberapa contoh bagaimana alam kauniyah dan alam kauliyah saling bergantung dan berkait di antara satu sama lain.

Contoh pertama... bagi tukang2 sihir misalnya... sekiranya mereka ingin mendatangkan kesakitan kepada seseorang... mereka akan menggunakan khidmat khadam mereka untuk pergi ke alam kauniyah. Di alam kauniyah, khadam ini akan bertugas membuat sesuatu di alam ini di mana implikasinya ialah mendatangkan kesakitan kepada “target” mereka yang tinggal di alam kauliyah.

Contoh kedua pula, di alam kauliyah... ayat2 Al-Quran yang dibaca mungkin hanya akan kelihatan seolah2 hanya ayat2 bacaan sahaja dan biasanya tiada kesan yang “direct” atau jelas untuk dilihat dengan mata kasar. Akan tetapi, sebenarnya ayat2 Al-Quran ini dengan niat2 tertentu akan memberikan kesan yang besar di alam kauniyah. Kesan terhadap alam kauniyah ini pula seterusnya akan kembali menampakkan hasilnya atau akibatnya di alam kauliyah.

Saya rasa, sekiranya kita benar2 jelas tentang konsep “As Above, So Below” ini, tentu kita akan boleh memikirkan banyak lagi contoh2 lain dalam memanipulasi alam kauniyah dan kauliyah ini.

Persoalannya... adakah ia sesuatu yang beretika bagi kita memanipulasi situasi bagi mendapatkan faedah peribadi dengan pengetahuan ini? Tak tau la nak kata... saya tidak mampu untuk menjatuhkan hukumnya kerana saya bukannya arif di dalam hal2 menjatuhkan hukum.

Wallahualam.

Ahad, 25 Mac 2012

Ilmu Hizib (Segitiga Bermuda 7/13)

SEGITIGA BERMUDA: KOTA2 JIN, KOTA2 MAKHLUK2 LAIN, KAWASAN2 LAUTAN GANAS, PINTU2 GERBANG DIMENSI DAN PULAU2 TIDAK BERPENGHUNI?
[Part 7 of 13]


Di dalam posting Part 6 yang lalu anda telah dihidangkan tentang beberapa perkara yang jarang diperkatakan di kalangan orang2 biasa iaitu ilmu2 Hizib, konsep saling memerlukan di antara “ada” dan “tiada” untuk membentuk kewujudan serta eksperimen mental bagi membayangkan sejauh mana kita memerlukan deria penglihatan dan pendengaran kita di dalam memahami makna tentang sesuatu itu.

Baiklah... begini cerita (yang telah diringkaskan) tentang pulau kelima di dalam Segitiga Bermuda ini.

Suatu masa dahulu, ada seorang manusia telah sampai ke pulau kelima ini. Dia adalah orang ke-7 dan kalau tak silap yang terakhir sampai ke pulau kelima ini. Lepas dia ni, takder lagi la orang pernah dapat sampai ke pulau ini. Dia bernama Ricardo Francais Burton. Percaya atau pun tidak, walaupun dia menyembah tuhan yang satu... dia ni diiktiraf sebagai salah seorang ilmuan yang terulung dan teragung di kalangan ketua2 freemason dan illuminati. Malah, geng2 jahat ni dok la buat cerita yang dia ni adalah salah seorang ahli kumpulan jahat mereka. Mengapa yer?

Dia dikatakan lahir pada tanggal 19hb Mac 1821 dan mati pada tanggal 20hb Oktober 1890 pada umur 69 tahun. Sebenarnya identiti dia ni serta tarikh lahir dan tarikh kematian dia hanyalah direka-reka bagi menyorokkan maklumat dan kisah yang sebenar.

Nama sebenar dia ni ialah Sianmun Herhorr. Dia seorang Raja berstatus Firaun yang memerintah di Mesir selama 7 tahun semenjak 1081 B.C. hingga 1074 B.C. Tempoh dia memerintah adalah agak pendek kerana dia dikatakan hilang pada penghujung 1074 B.C. Sepanjang pemerintahan dia, Mesir mengalami suasana yang amat2 tidak aman kerana banyak sekali berlaku pemberontakan. Ini disebabkan hakikat bahawa Sianmun Herhorr bukanlah berdarah diRaja Firaun. Dia hanyalah Ketua Paderi (High Priest) bagi Kuil Amun di Thebes. Kalau nak cerita lagi macam mana dia boleh jadi Raja... memang menarik... tapi panjang la pulak. Untuk itu, kita terus sahaja la loncat ke “timeline” di mana tiba2 Sianmun Herhorr menghilangkan diri daripada tanah Mesir.

Al-kisah tentang Sianmun Herhorr ni... dia seorang yang amat luar biasa. Dia diizinkan Allah panjang umur. Silap2 dia masih hidup lagi pada hari ini. Sekiranya dia masih hidup lagi sekarang ini... harap2 nya dia mempunyai FB dan membaca secebis kisah hidupnya sendiri di ruangan album NWO dalam FB saya yang tidak seberapa ini.

Dia boleh menulis dan bertutur lebih daripada 70 bahasa termasuklah Arab Qibti, Hebrew, Sanskrit hinggalah sampai ke bahasa2 lain di Afrika, Eropah, Asia dan Nusantara. Entah2 bahasa Melayu pun dia boleh jugak agaknya :P Daripada segi ilmu pula, dia memang fasih segala cabang ilmu sains dan astronomi. Dia juga amat2 fasih dengan pelbagai ilmu halus dan ilmu kasar.

Semenjak dia menghilangkan diri pada 1074 B.C. dia telah merantau ke merata2 ceruk dunia. Dikatakan dia pernah bertemu Dajjal beberapa kali dan kehebatannya diakui sendiri oleh Dajjal sebagai setaraf dengan Dajjal sendiri. Cerita tentang pengalaman dia merantau memang seronok sekali dibaca tetapi sayang ceritanya tidak pernah dibukukan. Saya pun hanya mendengarnya secara lisan daripada seseorang yang saya temui tidak lama dahulu di lobi hotel Sheraton Kuala Lumpur di sebelah Jalan Dooraisamy (Jalan Maksiat nih :P).

Dipermudahkan cerita, setelah mengembara ke segala ceruk rantau di dunia ni, Sianmun Herhorr telah dijumpakan Allah dengan seorang gembala kambing di Semenanjung Hijaz (semenjak dikuasai oleh geng2 Saud... Semenanjung Hijaz kini dikenali dengan nama Arab Saudi). Sianmun Herhorr telah dikejutkan dengan begitu hebat sekali di mana dia tidak pernah bertemu lagi dengan seseorang yang lebih hebat daripada Dajjal dan dia sendiri. Maka kepada gembala kambing ini ditanyakan olehnya... “Wahai gembala kambing, mahukah kau memberitahu aku di mana kamu perolehi pengetahuan dan ilmu yang begitu hebat ini?” Gembala kambing itu pun menjawab... “Sudah tentu aku boleh memberitahu kau. Cuma aku tak pasti sama ada kau sanggup atau tidak untuk pergi ke sana. Aku mempelajari apa yang aku tahu ini daripada penduduk2 di sebuah pulau. Di sana, mereka mengamalkan ilmu2 Hizib dan taat sekali mengabadikan diri mereka kepada Allah”.

Setelah memahami tentang lokasi pulau ini, Sianmun Herhorr tidak berlengah2 lagi. Segeralah dia bergerak menuju ke pulau kelima dalam Segitiga Bermuda ini. Apabila sampai sahaja di pulau ini dia terkejut kerana tidak nampak sesiapa pun. Maka dia mula menjelajah ke seluruh pulau mencari penghuninya namun tiada sesiapa yang ditemuinya. Oleh kerana kepenatan, dia pun tertidur. Alangkah terkejutnya apabila dia bangun, dia tidak dapat melihat (yer la... tak dapat melihat maknanya jadik buta la tu). Anehnya, sepanjang masa dia buta teraba2 ini, dia sentiasa mendapat makanan dan minuman tersedia apabila tiba masanya dia lapar atau pun haus. Diam tak diam, telah 10 tahun lamanya dia buta. Tidak cukup dengan itu, selepas 10 tahun... dia mula hilang pendengaran a.k.a. pekak. Namun dia amat sabar sekali. Masa bergerak pantas sehingga sedar2 sahaja... dia telah pun melalui hidup sebagai seorang yang buta selama 20 tahun dan pekak selama 10 tahun.

Sepanjang 20 tahun ini, Sianmun Herhorr sedar yang segala2 ilmu yang dia tahu dan mahir langsung tidak dapat membantunya di pulau ini. Dia buta dan pekak terlalu lama sehinggakan dia lupa bagaimana rupanya warna dan apakah itu bunyi.

Suatu hari... dia pun berdoa... “Wahai tuhan yang aku tahu wujud tapi aku tidak mengenali Mu, pulangkanlah penglihatan dan pendengaran ku. Nescaya aku akan keluar daripada pulau ini dan menjadi hamba Mu yang berdakwah dan mengajar kepada orang ramai tentang segala kebesaran ilmu2 Mu”. Tidak semena2... terdengarlah dia akan suara. Alangkah nikmatnya mendengar bunyi setelah sekian lama menjadi pekak. Suara itu berbunyi... “Amalkanlah Hizib... nescaya engkau akan pulih menjadi orang yang melihat dan mendengar semula. Fahamkanlah mengapa perlu ada dan tiada itu serentak untuk suatu kewujudan. Tidaklah sama sesuatu yang wujud dan tidak wujud”. Kemudian dia tidak mendengarkan apa2 lagi.

Puas Sianmun Herhorr memikirkan... apa la Hizib ni? Apa la halnya dengan ada dan tidak ada supaya timbul kewujudan? Walapun masih tidak bertemu jawapannya... dia masih tenang dan tidak putus harapan. Kemudian selama 10 tahun lagilah dia bersabar menjadi buta dan pekak. Namun kali ini, ada perbezaan. Selama 10 tahun kali ini, dia tidak henti2 mengarang segala macam ayat2 yang indah2 dan baik2 dalam berbagai2 jenis bahasa di dalam fikirannya untuk memuji tuhan yang dia tahu wujud tetapi tidak mengenaliNYA. Genap 10 tahun... dia mendengar sekali lagi suara yang sama yang dia pernah dengari dulu. Suara itu berbunyi... “Ya... apa yang kau tidak putus2 lakukan selama 10 tahun kebelakangan ini... itulah Hizib”. Habis sahaja suara itu berkumandang... Sianmun Herhorr segera mendapat semula penglihatan dan pendengarannya”. Namun apabila dia meninjau keadaan sekelilingnya... dia sedar yang dia kini tidak lagi berada di pulau kelima Segitiga Bermuda. Dia sedar, dia kini berada di tanah suci Mekah.

Pada hari ini nama Sianmun Herhorr telah dilupakan oleh kebanyakan orang. Dia lebih dikenali dengan nama Sir Ricardo Francais Burton dengan ratusan buku2 ilmiah seluruh dunia yang telah dia telah terjemahkan ke dalam bahasa Inggeris seperti “Hikayat Seribu Satu Malam (Arabian Nights)” dan “Kitab Karmasutra (The Book of Karmasutra)”.

Wallahualam.

Selasa, 20 Mac 2012

Eksperimen Minda (Segitiga Bermuda 6/13)

SEGITIGA BERMUDA: KOTA2 JIN, KOTA2 MAKHLUK2 LAIN, KAWASAN2 LAUTAN GANAS, PINTU2 GERBANG DIMENSI DAN PULAU2 TIDAK BERPENGHUNI?
[Part 6 of 13]


Di dalam Segitiga Bermuda, penghuni pulau kelimanya ialah musuh ketat penghuni pulau keempat yang telah diceritakan sebelum ini. Ini kerana penghuni pulau kelima ini adalah pengamal ilmu2 Hizib secara tegar atau “hardcore”. Ilmu2 Hizib? Apa mender pulak la ilmu2 Hizib ni? Bagi yang pernah mendengarnya apatah lagi yang maklum tentangnya tentulah tidak merasa pelik.

Seperti yang saya maklumkan di dalam part 4 yang lalu, semakin lama, memang semakin susah nak menerangkan tentang pulau2 berikutnya di dalam Segitiga Bermuda ini. Untuk bercerita tentang pulau kelima ini pula... saya akan memerlukan 2 kali posting FB lah nampaknya.

Sebelum bercerita lebih lanjut... berikut ialah beberapa perkara yang tidak boleh tidak... mesti ditonjolkan atau di "highlight" kan terlebih dahulu.

Sekiranya anda pernah membaca posting2 terdahulu di dalam album NWO, saya pernah menyatakan bahawa “tidak ada” ialah tidak sama dengan “tidak wujud”... make no mistake about this! Selepas itu saya juga ada menyatakan pula “ada” dan “tidak ada” adalah dua bentuk kewujudan yang serentak serta saling memerlukan di antara satu sama lain. Oleh itu persamaan “ada”dan “tidak ada” ialah kedua-duanya wujud. “Ada” tidak boleh wujud tanpa “tidak ada” dan begitulah sebaliknya.

Kita ambil satu contoh. Cuba lihat dan amati betul2 tulisan posting ini. Tanpa latar belakang putihnya, adakah anda rasa anda boleh nampak tulisan2 di dalam posting ini? Inilah yang selalu berlaku di dalam fikiran kita. Seringkali kita merasakan bahawa tulisan2 atau teks2 ini sebagai penting manakala latar belakang putihnya tempat tulisan2 ini duduk sebagai tidak penting walhal tulisan2 atau teks2 ini tidak boleh “ada” tanpa latar belakang putihnya yang bersifat “tidak ada”.

Kita ambil pula satu lagi contoh. Cuba anda pegang sebatang pen di tangan anda. Bolehkah anda sekarang menyatakan bahawa di tangan anda “ada” sebatang pen? Sama ada anda sedar atau tidak sedar... anda tidak akan boleh menyatakan di tangan anda “ada” sebatang pen tanpa membandingkan dengan keadaan sebelumnya di mana di tangan anda sebelum itu “tidak ada” sebatang pen.

Bolehkah anda memahami konsep ini?

Bak kata hamba Allah yang saya pernah berbincang mengenai hal ini... beliau mengatakan kepada saya “1” tidak boleh wujud tanpa “0” dan “0” tidak boleh wujud tanpa “1”. Ini sahajalah yang benar2 wujud. Kalau kau faham tentang ini... tentu kau akan sedar bahawa “2”, “3”, “4”... hinggalah “9” hanya ilusi semata2... apatah lagi “10”, “11”, “12”... “1000”... “1 juta” hinggalah positif infiniti... ianya adalah ilusi di dalam ilusi di dalam ilusi yang mengkhayalkan. Itulah DUNIA. Ya, itulah DUNIA. Pastu hamba Allah tu ada menyambung lagi... tetapi terlalu panjang pulak nak dikongsikan di sini.


[Kalau masih tak faham lagi konsep ini, saya cadangkan baca dengan perlahan-lahan seberapa banyak kali yang perlu perenggan2 di atas. InsyaAllah... bolehlah difahami nanti :P Kefahaman tentang konsep ini amat penting bagi membolehkan kita benar2 memahami situasi di pulau kelima di dalam Segitiga Bermuda ini]

Sekarang cuba bayangkan anda tiba2 hilang deria pendengaran anda. Keadaan sekeliling anda tiba2 menjadi sunyi sepi. Hal ini berterusan sehingga 3 hari, kemudian berlanjutan selama 3 tahun dan tahu2 sahaja sudah 10 tahun anda menjadi seorang yang pekak. Bayangkan anda yang sebelum ini biasa mendengar macam2 jenis mak nenek bunyi-bunyian tiba2 tidak mendengar apa2 selama 10 tahun. Adakah anda rasa anda masih boleh mengingati bagaimanakah rasanya mendengar bunyi? Bolehkah anda menerangkan kepada diri anda apakah itu bunyi setelah 10 tahun tidak mendengar apa2?

Tidak cukup dengan keadaan pekak selama 10 tahun ini... anda secara tiba2 hilang pula deria penglihatan (yer la... hilang penglihatan tu buta la :P). Hal ini berterusan sehingga 3 hari, kemudian berlanjutan selama 3 tahun dan tahu2 sahaja sudah 10 tahun anda menjadi seorang yang buta (Adoi la... kesiannya... dah la pekak, buta pulak). Bagaimanakah rasanya duduk di dalam keadaan ini agaknya?

[Masih laratkah anda memberikan fokus dan konsentrasi anda untuk menggunakan lagi kuasa imaginasi anda untuk menyambung eksperimen mental ini. Kalau tak larat... stop la dulu. Pasni boleh sambung balik :D]

Okay... sekarang bayangkan anda bertemu dengan seseorang yang mengalami keadaan yang sama dengan anda. Ya... sama sebijik dan senasib seperti anda. Adakah anda akan sedar yang orang ini sama2 sedang merasai apa yang anda sedang rasa... pekak selama 20 tahun.... dan buta selama 10 tahun? Bagaimanakah mungkin anda akan sedar hal ini? Tentulah anda tidak akan sedar atau tahu... bukankah begitu?

Nah! ... saya cadangkan kita berhenti rehat dulu di sini. Kalau anda rajin... ambillah masa beberapa minit... beberapa jam atau mungkin beberapa hari untuk berfikir dan membayangkan serta menghayati dengan jelas sejelas-jelasnya konsep dan eksperimen mental yang telah diterangkan di atas.

Kalau takder aral... dalam beberapa hari lagi (atau beberapa minggu lagi :P)... saya akan cuba menerangkan persoalan2 yang telah ditimbulkan di dalam Part 6 ini iaitu:

1. Apakah tujuannya eksperimen mental ini?
2. Apakah pula kena mengena eksperimen mental ini dengan konsep yang telah diterangkan panjang lebar sebelum itu?
3. Seterusnya, apa kaitannya pula semua hal2 ini dengan pulau kelima di dalam Segitiga Bermuda yang penghuninya terdiri daripada makhluk yang mengamalkan secara tegar ilmu2 Hizib?

p/s: Sedikit peringatan... harap anda mendapatkan rehat secukupnya sebelum memikirkan hal2 sebegini supaya anda dapat mengelakkan daripada menjadi "stressed-out" atau tegang seperti orang2 dalam gambar posting ni ;-)

Wallahualam

Ahad, 18 Mac 2012

Annunaki (Segitiga Bermuda 5/13)

SEGITIGA BERMUDA: KOTA2 JIN, KOTA2 MAKHLUK2 LAIN, KAWASAN2 LAUTAN GANAS, PINTU2 GERBANG DIMENSI DAN PULAU2 TIDAK BERPENGHUNI?
[Part 5 of 13]


Untuk bercerita tentang pulau keempat ini, rasanya saya perlu terlebih dahulu berkongsi secara ringkas kisah tentang Annunaki. Pernahkah anda membaca atau mendengar tentang Annunaki ini?

Memang ada banyak sekali versi tentang cerita Annunaki. Walaupun demikian, rata2 nya semua versi ini bersependapat tentang perkara2 berikut:

1. Rekod tentang Annunaki dan kaum kerabatnya mula dapat dikesan di dalam rekod2 papan (tablet) tanah liat Kerajaan Sumeria yang berusia lebih 3,000 tahun dahulu.
2. Mereka datang daripada planet yang jauh (bernama Planet Nibiru atau Planet X). Ada pula sesetengah pengkaji berpendapat planet mereka sebenarnya berada di dalam dimensi yang lain.
3. Mereka amat berminat dengan emas (berkemungkinan besar untuk digunakan sebagai bahan utama teknologi memanjangkan umur bangsa2 hybrid serta manusia2 yang di bawah kawalan mereka).
4. Ramai manusia2 terdahulu menganggap mereka tuhan, dewa atau utusan tuhan.
5. Di kalangan mereka sendiri terdapat perbalahan besar tentang bagaimana mereka hendak menetapkan status hubungan mereka dengan manusia i.e. sesetengahnya mahu menjadikan manusia hamba mereka, sesetengahnya pula mahu bekerjasama dengan manusia, sesetengahnya mahu manusia menyembah mereka sebagai dewa atau tuhan dan sesetengahnya pula mahu berterus-terang dan berkongsi ilmu sebenar tentang ketuhanan dan teknologi mereka.
6. Ada di kalangan mereka yang bercinta dan berkahwin dengan manusia menyebabkan lahirnya bangsa2 hybrid atau campuran. Ada pula di antara mereka yang mengubah genetik manusia2 tertentu untuk menjadi pasangan2 mereka atau orang2 kanan mereka.
7. Anu adalah raja mereka manakala watak2 lain yang utama adalah Ninhursag, Enlil, Enki, Marduk dan Inanna. Sebenarnya ada banyak lagi watak2 penting yang lain. Jika anda betul2 berminat untuk mengetahui mengenainya secara lebih terperinci, bolehlah mendapatkan naskhah tulisan Zachariah Sitchin yang bertajuk “The Earth Chronicles” atau buku2 lain yang mana pada pendapat saya amatlah tebal sehingga tidak sanggup untuk menghabiskan pembacaannya. Sudahlah buku2 ini tebal, banyak pula hal2 penting yang telah diubah atau sekurang2 nya disaring oleh pakar2 “censorship” geng2 jahat.
8. Raja Anulah yang bertanggungjawab mengajarkan teknologi2 songsang yang kita miliki hari ini. Teknologi2 ini memudahkan mereka mengawal manusia. Teknologi2 songsang ini dikatakan telah menyebabkan kita lalai berhibur, meningkatnya tahap nafus2 buruk kita, timbul sifat2 cintakan penghidupan dunia secara melampau, dipenuhi rasa hasad dengki sesama kita dan dipenuhi juga dengan rasa ingin berlumba2 mencapai kemajuan materialistik.

Siapakah mereka sebenarnya? Siapakah Anu dan konco2 nya ini? Berikut ialah versi tentang Annunaki yang telah disorokkan daripada pengetahuan kita.

Anu sebenarnya adalah salah satu daripada raja2 jin kafir yang mempunyai kerajaan yang amat2 besar. Ninhursag, Enlil, Enki, Marduk dan Inanna pula sebenarnya adalah pembesar2 kerajaan jin ini yang beroperasi dan berkebolehan untuk berinteraksi dengan sesetengah manusia dan manusia hybrid yang memuja2 jin serta mensyirikkan Allah.

Berikut adalah nama sebenar pembesar2 jin kafir ini menurut kajian Islam serta tugas2 mereka:

Ninhursag (Tsabar) - Dia mengetuai kementerian yang mendatangi orang2 yang sedang di dalam kesusahan atau ditimpa musibah seperti kematian isteri, awek, anak ataupun kaum kerabat lain yang disayangi. Begitu juga dia akan mendatangi orang2 yang baru mengalami kerugian akibat bencana alam, kemalangan, dibuang kerja, kerugian urusan jual-beli, dirompak dan sebagainya. Dia membisikannya dan menyatakan permusuhannya kepada Allah. Diucapkannya, melalui mulut orang yang ditimpa musibah itu keluhan2 and caci-maki terhadap ketentuan Allah atas dirinya.

Enlil (Dasim) - Dia bertanggungjawab mengetuai kementerian untuk mencerai-beraikan ikatan perkahwinan atau membuat rasa cemburu benci antara satu sama lain di kalangan suami-isteri sehingga menjadi penceraian. Dia adalah pembesar yang paling disayangi oleh Raja Anu.

Enki (Al-A'war) - Dia mengetuai kementerian yang mempunyai pakar-pakar dalam urusan mempermudah terjadinya perzinaan. Konco2 nya pandai menghiaskan indah bahagian bawah tubuh kaum wanita ketika mereka keluar rumah, khususnya kaum wanita zaman moden masa kini. Segala persoalan yang bersangkut-paut keruntuhan moral, hubungan2 seks sumbang dan pembangunan kancah2 perzinaan berada di dalam agenda kementerian Al-A’war. Kementerian ini juga telah memajukan teknologi menaikkan nafsu syahwat dengan penggunaan campuran herba2 dan bahan2 kimia tertentu sebagai afrodisiak.

Marduk (Maswath) - Dia mengetuai kementerian yang pakar dalam menciptakan kebohongan-kebohongan besar mahupun kecil. Bahkan kejahatan yang dia dan konco2 nya lakukan sampai pada tahap dia memperlihatkan diri mereka sendiri dalam bentuk seseorang manusia yang duduk dalam suatu pertemuan yang disenggarakan oleh manusia. Ia kemudiannya menyebarkan kebohongan di dalam kumpulan2 perjumpaan manusia ini yang kemudiannya disebarkan pula oleh manusia2 ini kepada masyarakat umum dunia. Banyak konco2 Maswath yang kini duduk memperlihatkan diri di dalam kumpulan2 manusia seperti Bilderberg Group, Trilateral Committee, Council on Foreign Relation (CFR), Club of Rome, Skull and Bones, United Nations (UN) dan banyak lagilah persatuan2 seumpamanya. Kementerian Maswath ini jugalah yang menguasai semua pemimpin2 negara seluruh dunia sehingga ke hari ini.

Inanna (Zalnabur) - Dia mengetuai kementerian yang bertanggungjawab menyelewengkan urusan2 ekonomi, kewangan, perniagaan dan urusan jual-beli di dunia. Konco2 nya berkeliaran di pasar-pasar perniagaan besar dan kecil di seluruh penjuru dunia termasuklah bursa2 saham dan kaunter2 foreign exchange. Merekalah yang menyebabkan pertengkaran, caci-maki, perselisihan dan bunuh-membunuh sesama manusia melalui kesempitan hidup disebabkan hal2 kewangan dan harta-benda. Konco2 nya juga menzahirkan diri2 mereka dalam bentuk manusia dan duduk di dalam kumpulan2 penting ekonomi serta kewangan dunia seperti World Bank, US Federal Reserve, International Monetary Fund (IMF), Central European Bank (CEB), syarikat2 milik keluarga Rothschild, keluarga Goldman Sachs dan lain2 lagi seumpamanya.

Sekarang kita telah pun tahu, siapa penghuni pulau keempat di dalam Segitiga Bermuda. Untuk makluman, pulau ini mula diduduki oleh kerajaan Raja Anu setelah mereka diusir sepenuhnya oleh sekumpulan wali2 Allah keluar daripada Kerajaan Sumeria. Setelah sekian lama menipu penduduk2 Kerajaan Sumeria, akhirnya tembelang mereka pecah apabila salah satu daripada cendekiawan2 mereka yang paling berilmu memeluk Islam dan mendedahkan rancangan2 jahat Raja Anu kepada manusia. Cendekiawan ini juga ada kaitan dengan pembangunan teknologi kumpulan Paladin yang pernah saya ceritakan di dalam posting2 terdahulu album NWO ini.

Daripada jauh, pulau ini kelihatan merah menyala serta kehitam-hitaman pekat. Tanahnya dinaikkan daripada lahar2 api yang amat panas daripada perut bumi. Pulau ini juga dikenali sebagai “Mysterious Volcano Island” oleh mereka2 yang menduduki Segitiga Bermuda. Mereka menganggapnya sebagai misteri kerana gunung berapi pulau ini tidak pernah meletus. Apa yang mereka mungkin tidak fahami ialah memang terdapat banyak letusan gunung berapi di pulau ini tetapi ianya dilindungi oleh kota dan pintu gerbang dimensi Raja Anu. Setakat ini, api2 daripada pulau ini tidak pernah lagi memudaratkan kawasan2 di sekelilingnya.


Wallahualam.

Sabtu, 17 Mac 2012

Gurindam Kebenaran

Masa itu akan tiba
Yang benar akan terbuka
Yang bathil pasti terkesima
Cermin diri sudahkan bersedia
Panji mana yang akan dibawa
Ketika masa itu telah tiba...

Berkokoklah mereka
Memperjuangkan bangsa
Yang lain pula demi agama
Yang di sana bertepuk gembira
Yang di sini menangis hiba
Lupakah mereka tujuan tercipta...

Sesungguhnya semuanya datang dari Dia
Dan kembalilah semua padaNya jua.. 



Jumaat, 16 Mac 2012

Hijab (Segitiga Bermuda 4/13)

SEGITIGA BERMUDA: KOTA2 JIN, KOTA2 MAKHLUK2 LAIN, KAWASAN2 LAUTAN GANAS, PINTU2 GERBANG DIMENSI DAN PULAU2 TIDAK BERPENGHUNI?
[Part 4 of 13]





Dua pulau yang terdahulu agak mudah untuk dikongsikan ceritanya... boleh dikatakan “straight forward” manakala pulau2 yang berikutnya (ada lagi 7 buah pulau belum cerita lagi), “complicated” sikit. Namun begitu, insyaAllah dapatlah kita dipermudahkan memahami cerita pulau2 ini.

Sebelum kita boleh mula mengenali pulau yang ketiga di dalam Segitiga Bermuda, ada eloknya kalau saya dapat kongsikan dahulu tentang beberapa konsep terlebih dahulu. Konsep2 ini pun bukanlah konsep2 yang luar biasa tetapi mudah sangat untuk kita lupa dan terlepas pandang untuk memberikan apresiasi yang secukupnya.

Seperti yang semua orang pun tahu, Allah maha melihat. Akan tetapi Allah tidak memerlukan mata untuk melihat. Malah, Allah menciptakan mata dan bagi pinjam pulak kat manusia supaya manusia boleh melihat. Kemudian Allah mengadakan pula beberapa jenis cahaya supaya manusia dapat menikmati penglihatan di dalam pelbagai bentuk warna-warni dan perspektif. Di dalam hal ini, timbul dua persoalan. Untuk apa Allah meminjamkan penglihatan kepada kita? Soalan yang kedua pula, bagaimana Allah melihat?

Satu lagi konsep pula berbunyi begini.... Kita pun maklum yang Allah maha mengetahui. Sudah tentu pengetahuan Allah bukan seperti pengetahuan kita. Contohnya rambut yang atas kepala kita ni... pengetahuan kita setakat tahu atas kepala kita ni ada rambut dan rambut kita warna apa... Itu sahaja. Tapi pengetahuan Allah pula amat2 mendalam. Allah tahu berapa helai rambut rambut atas kepala kita dan berapa helai yang hitam serta berapa helai pula dah mula memutih. Allah juga tahu bila masanya bagi setiap helai rambut atas kepala kita ni gugur dan bila pula masanya setiap rambut baru nak tumbuh. Malah bila gugur rambut kita, Allah tahu pula di mana ia akan jatuh. Dan begitulah seterusnya pengetahuan maha luas dan sama sekali tidak dapat dibayangkan oleh kita. Semuanya di dalam pengetahuan Allah.

Baiklah... balik semula kepada hal pulau ketiga di dalam Segitiga Bermuda. Pulau ini dihuni oleh makhluk yang payah hendak diceritakan. Walaupun makhluk penghuni pulau ini masih tergolong di dalam golongan makhluk fizikal (bukan seperti jin)...kita tidak boleh melihat mereka dengan cara biasa. Kita hanya boleh melihat susuk jasad mereka dengan bantuan alat2 canggih seperti kamera infra-merah atau peralatan2 seumpamanya. Ini kerana susuk jasad mereka tidak membalikkan atau memantulkan cahaya seperti objek2 biasa. Al-maklum, mata kasar kita hanya boleh melihat dengan ihsan cahaya terhad yang dipantulkan oleh objek2 sekeliling kita. Penghuni pulau ini pula bukan melihat menggunakan mata seperti kita tetapi menggunakan kebolehan sonar (pantulan bunyi) seperti keluang atau unggas2 seumpamanya. Kalau anda berminat untuk mengetahu bagaimana sesetengah unggas melihat menggunakan teknik sonar... google jer la yer. Saya tidak akan menerangkannya dengan panjang lebar kerana ruangan posting FB yang terhad ini.

Maka kalau kita tidak boleh melihat pulau ini... bagaimana untuk kita datang melancong ke sini. Jawapannya mudah sahaja. Sekiranya anda masuk ke kawasan Segitiga Bermuda, pulau ini dapat anda kenali dengan “trademark” cahaya hijau yang menyelubunginya. Tanah pulau ini pula dinaikkan daripada kawasan tanah yang amat2 dalam dan sangat2 gelap.

Sekarang... cuba renungkan ayat Al-Quran ini:

“Atau (orang-orang kafir itu keadaannya) adalah umpama keadaan (orang yang di dalam) gelap-gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak bertindih ombak; di sebelah atasnya pula awan tebal (demikianlah keadaannya) gelap-gelita berlapis-lapis, apabila orang itu mengeluarkan tangannya, dia tidak dapat melihatnya sama sekali dan (ingatlah) sesiapa yang tidak dijadikan Allah menurut undang-undang peraturanNya mendapat cahaya (hidayah petunjuk) maka dia tidak akan beroleh sebarang cahaya (memandunya ke jalan yang benar)”
[Surah An-Nur - Ayat 40]

Geng2 saintis zaman sekarang dengan bantuan teknologi moden telah dapat mengesahkan bahawa adanya apa yang dipanggil “Kegelapan Mutlak di Dasar Laut.” Apa kah maksudnya hal ini? Berikut adalah sedikit kupasannya:

1. Seperti yang ramai di antara kita tahu, cahaya biasa (berwarna putih pada mata kasar kita) adalah terdiri daripada 7 jalur warna iaitu ungu (violet), biru nila (indigo), biru (blue), hijau (green), kuning (yellow), oren (orange) dan merah (red). Hukum alam fizikal telah ditetapkan oleh Allah di mana sinaran cahaya putih ini mengalami biasan atau pemantulan apabila ianya mengenai air. Lapisan air 10 hingga 15 meter teratas akan menyerap warna merah. Oleh itu jika seorang penyelam menyelam sedalam 25 meter ke bawah laut dan terluka, ia tidak akan dapat melihat warna merah darahnya, kerana sinar warna merah ini tidak dapat menembusi kedalaman ini. Begitu juga sinar warna oren akan diserap pada kedalaman 50-100 meter, hijau pada kedalaman 100-200 meter, biru pada kedalaman melebehi 200 meter, sinar ungu dan biru nila pada kedalaman melebehi dari lapisan tersebut Akibat dari kehilangan berperingkat sinar warna ini, dari satu lapisan ke lapisan yang lain, lautan menjadi bertambah gelap secara berperingkat. Kegelapan bertambah mengikut lapisan penyerapan sinar warna. Di bawah kedalaman 1500 meter, ianya menjadi gelap-gulita mutlak.

2. Sinaran matahari diserap oleh kepulan awan ,yang mana ia membias/memantulkan sinaran cahaya mengakibatkan lapisan gelap di bawah awan. Ini merupakan lapisan pertama kegelapan.. Apabila sinaran cahaya ini sampai ke permukaan laut, ianya dibiaskan/dipantul oleh permukaan ombak menyebabkab adanya sinar pada permukaan air. Oleh itu ombak membias/memantulkan cahaya dan mengakibatkan kegelapan. Sinar cahaya yang tidak dipantul akan menembusi ke dalam lautan. Oleh itu lautan mempunyai dua bahagian, iaitu permukaan laut yang bercirikan cahaya dan kepanasan, dan laut dalam yang bercirikan kegelapan. Permukaannya pula dipisahkan berdasarkan kedalaman ombak.

Ombak dalaman menutupi air dalam di bahagian bawah lautan kerana air di bahagian dalam ini mempunyai kepadatan yang lebih tinggi berbanding dengan air di bahagian atasnya. Kegelapan bermula di bawah ombak dalaman, sehinggakan ikan-ikan di bahagian air dalam ini tidak dapat melihat. Sumber cahaya bagi mereka adalah dari tubuh ikan-ikan itu sendiri. Inilah yang dipanggil cahaya2 istimewa.

Ini bertepatan dengan apa yang dinyatakan oleh Al-Qur’an:

“Kegelapan di dalam lautan dalam yang meluas, ditutupi ombak-ombak, yang di atasnya lagi ditutupi ombak-ombak”.

Dengan lain perkataan, di atas ombak ini ada lebih banyak jenis ombak, iaitu yang terdapat di permukaan lautan. Al-Qur’an menyatakan lagi, “di atasnya ditutupi awan (gelap), kegelapan yang berlapis-lapis, satu di atas yang lain”.

Awan-awan ini adalah lapisan –lapisan penghadang , satu di atas yang lain, yang seterusnya menyebabkan kegelapan akibat penyerapan warna-warna pada peringkat-peringkat yang berbeda.

Bagaimana? Bolehkah memahami ini semua? :D

Sebagai penutup untuk Part 4 ini, berikut ialah sedikit maklumat tentang pulau ketiga ini serta penghuni2 nya:

1. Makhluk2 penghuni pulau ini diberikan tugas untuk menyelubungi seluruh dunia dengan beberapa lapisan hijab yang terdiri daripada lapisan2 kegelapan mutlak dan lapisan2 cahaya istimewa yang sukar kita fahami.

2. Pintu gerbang dimensi kota pulau ini ialah sumber pengeluaran lapisan2 kegelapan mutlak serta lapisan2 cahaya istimewa bagi menyelubungi dunia kita dengan beberapa lapisan hijab.

3. Sekiranya lapisan2 hijab ini tiada, kita akan terkejut besar kerana kita akan serta merta dapat melihat bermacam2 makhluk halus yang selama ini sama2 menduduki bumi di sekeliling kita. Apa yang akan juga berlaku sekiranya lapisan2 hijab ini tiada ialah kesemua 11 dimensi yang selama ini kita tidak dapat fahami dan tidak dapat lihat akan terserlah di depan mata kasar kita.

4. Sekiranya kita berdiri betul2 di hadapan pintu gerbang dimensi pulau ini, kita akan dapat melihat dunia kita tanpa sebarang hijab. Dan dikatakan, selepas kita melalui pengalaman ini, kita boleh meninggalkan pulau ini dengan keadaan penglihatan kita tidak terhijab lagi.

5. Diceritakan suatu masa dahulu, sekumpulan manusia telah dapat mempelajari ilmu2 tentang lapisan2 kegelapan mutlak dan cahaya2 istimewa daripada penghuni2 pulau ini. Merekalah yang telah mengajarkan dan munurunkan pula ilmu2 ini kepada orang2 yang terbuka hijab dan boleh pula membuka hijab penglihatan orang2 biasa seperti kita.

p/s: Harus difahami, gelap pada definisi kita ialah keadaan cahaya yang tidak dapat diproses oleh mata kasar kita dan ianya bukanlah tiada kehadiran cahaya.

Wallahualam.

Ahad, 11 Mac 2012

HAARP (Segitiga Bermuda 3/13)

SEGITIGA BERMUDA: KOTA2 JIN, KOTA2 MAKHLUK2 LAIN, KAWASAN2 LAUTAN GANAS, PINTU2 GERBANG DIMENSI DAN PULAU2 TIDAK BERPENGHUNI?
[Part 3 of 13]


Pulau berikutnya ialah pulau yang diduduki oleh sejenis makhluk yang mungkin jarang sekali kita akan terfikir kewujudannya. Makhluk ini ialah tumbuhan yang berakal, mukallaf, boleh bergerak-geri dan boleh pula berkata2. Trademark makhluk ini ialah amat berlawanan dengan manusia. Kalau manusia terkenal dengan sikap tergesa-gesanya, makhluk ini pula sangat2 tidak tergesa-gesa. Contohnya, apabila makhluk ini berbual, mereka hanya akan mengeluarkan satu ayat sahaja dalam sehari. Selebihnya masa di dalam hari tersebut digunakan untuk berfikir apa ayat seterusnya yang akan dikeluarkan. Tentang pergerakan pula, mereka mampu bergerak-geri dengan pantas. Akan tetapi, sekiranya tiada keperluan mereka hanya bergerak perlahan2 atau tidak bergerak langsung.

Cuaca pulau ini sangat “hostile” dan “tidak friendly” kepada manusia. Manakan tidak, tempat ini menjadi tumpuan angin yang datang berpusu2 daripada seluruh pelusuk dunia. Pulau ini mempunyai beberapa lubang besar dan ratusan lubang2 sempit yang amat2 dalam. Lubang2 ini memancutkan udara yang sangat2 panas menyebabkan tekanan udara di kawasan pulau ini sangat2 rendah. Kerana hal inilah pulau ini menjadi tumpuan terjahan angin2 ganas yang menyebabkan lautan di sekelilingnya juga ganas bergelora. Lubang2 sempit pulau ini sebenarnya bersambung dengan jutaan lubang2 besar dan lubang2 sempit lain di seluruh dunia yang membentuk suatu “network” atau jaringan saluran2 udara panas dan sejuk di seluruh dunia. Secara ringkas, bolehlah diibaratkan jutaan saluran2 ini seperti urat2 saraf yang merentasi seluruh jasad bumi.

Maka apa pula gunanya pintu gerbang dimensi pulau ini dan tugas makhluk yang mendudukinya?

Kota dan pintu gerbang dimensi di pulau ini sebenarnya mempunyai suatu kuasa yang mampu mengawal dan menjana pergerakan angin. Ya, saya faham tentu sukar untuk mempercayai bahawa hanya sebuah pulau sahaja mampu mengawal dan menentukan rentak aliran angin di seluruh dunia. Tetapi begitulah yang saya difahamkan. Pulau ini ibarat jantung kepada bumi yang tidak henti2 mengepam dan meregulasikan aliran2 udara panas dan sejuk di bawah tanah dan di luar kerak bumi. Makhluk yang mendudukinya pula memastikan pulau ini dapat berdiri teguh dan bertahan demi memastikan fungsinya dapat dijalankan dengan baik. Akar2 makhluk di sini memegang jasad pulau dengan erat.

Disamping menjadi “control centre” atau pusat mengepam dan mengawal aliran angin seluruh dunia, kota pulau ini menyimpan dua jenis angin yang bila sampai masanya akan dilepaskan melalui pintu gerbang dimensi kota terus ke lubang2 yang telah ditetapkan di bumi. Angin yang pertama akan membawa kemarau yang dahsyat dan yang kedua ialah angin yang lembut bagi mencabut nyawa setiap orang mukmin di penghujung akhir zaman kelak.

Sebagai renungan...

[Surah Ad-Dukhan: Ayat 8-10]
Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia; Dia lah Yang menghidupkan dan Yang mematikan; (Dia lah jua) Tuhan kamu dan Tuhan datuk nenek kamu yang telah lalu.
(Mereka tidak meyakini kebenaran yang dijelaskan kepada mereka), bahkan mereka masih tenggelam dalam keraguan sambil bermain-main dengan perkara ugama.
Oleh itu tunggulah semasa langit membawa asap kemarau yang jelas nyata.

[Rasulullah bersabda]

“Di pintu gerbang (menjelang) hari kiamat akan datang angin yang akan mencabut ruh-ruh setiap Mu’min”
(Riwayat Ahmad, Muslim, Tirmidzi dan Ibn Majah dari An Nuwas Ibn Sam’an)

“Sesungguhnya Allah akan mengutus suatu angin yang lebih lembut dari sutra dari arah Yaman atau arah selatan. Tidak seorangpun yang akan dia sisakan dari orang-orang yang masih ada iman dihatinya walaupun seberat biji kecuali akan dia cabut rohnya.”
(Riwayat Muslim dari Abi Hurairah. Riwayat Hakim. Dan dalam Asshahihah Al Albaani, nomer 1759)

Pulau ini jugalah yang menyebabkan projek HAARP geng2 jahat mengalami kesukaran dalam usaha2 mereka untuk mengawal sepenuhnya tingkah laku bumi seperti aliran angin. Seperti yang sesetengah kita telah ketahui... HAARP ialah sebuah projek tajaan geng2 jahat untuk menguasai tingkah laku bumi seperti gempa bumi, tsunami, hujan/kemarau, aliran angin dan banyak lagi cabang2 fenomena berkaitan frekuensi (untuk mengetahui lebih lanjut tentang projek HAARP ini, bolehlah merujuk di posting yang lalu di dalam album NWO atau google sahajalah di internet).

Berdasarkan kajian geng2 jahat, mereka maklum yang sesuatu telah mengganggu penguasaan mereka menggunakan teknologi HAARP mereka dan ianya berpunca daripada suatu kuasa yang sumbernya datang daripada Segitiga Bermuda. Namun, sehingga kini mereka gagal memusnahkan punca kuasa ini walaupun Syaitan dan Dajjal tahu sangat tentang kewujudan dan kedudukan pulau ini. Mereka setakat ini tiada dapat berbuat apa2 kepada jantung bumi ini yang terletak di sebuah pulau di bawah jagaan makhluk2 tumbuhan yang mukallaf.

Wallahualam.

Tongkat dan cincin (Segitiga Bermuda 2/13)

SEGITIGA BERMUDA: KOTA2 JIN, KOTA2 MAKHLUK2 LAIN, KAWASAN2 LAUTAN GANAS, PINTU2 GERBANG DIMENSI DAN PULAU2 TIDAK BERPENGHUNI?
[Part 2 of 13]


Marilah kita lihat pulau yang pertama dahulu yakni pulau penempatan jin.

Bertentangan dengan sifat jin, pulau yang dihuni oleh mereka ini amat dingin. Pulau ini menjadi dingin kerana bangsa jin di sini dengan ilmu mereka telah menaikkan tanah yang kaya dengan sebatian kaca, perak, tanah liat dan batu zamrud. Kemudian mereka mendatangkan hawa dingin yang dapat ditampung oleh bahan2 tanah pulau ini.

Cahaya pula tidak boleh berperangai seperti biasa di kawasan pulau ini. Disebabkan hal ini, daripada pandangan mata kasar, pulau ini sentiasa kelihatan berbalam-balam. Tiada tumbuh-tumbuhan yang hidup di pulau ini.

Jenis jin yang menduduki pulau ini adalah daripada jenis jin ifrit yang paling gagah perkasa.

Haaa... sekarang sampai kepada informasi yang sensitif sikit. Ia mengenai dengan tugas utama jin2 ifrit yang duduk di pulau ini. Harap2 tidak ada yang melenting marah pulak kerana sudah tentu saya tidak dapat menghadirkan bukti2 tentang hal ini. Saya hanya berkongsi maklumat yang saya dapat dan tidak boleh pula nak menyatakan sumbernya. Jadi terpulanglah pada anda untuk menilainya sendiri.

Di pulau ini tersimpan dua objek penting yang tidak ternilai harganya. Dua objek ini ialah tongkat Nabi Musa a.s. dan cincin Nabi Sulaiman a.s. Jin2 ifrit di sini menjaga dua objek ini dengan ketat sambil menantikan makhluk yang berhak datang mengambilnya.

Makhluk yang akan datang mengambilnya ialah tidak lain dan tidak bukan bernama Dabbatul-Ard. Ia adalah sejenis makhluk yang mempunyai campuran bulu2 panjang dan bulu2 pendek (bulu2 roma). Saiznya amat besar sehingga diceritakan semasa ia keluar daripada bumi nanti (di antara Bukit Safa dan Marwa), ia hanya dapat mengeluarkan separuh sahaja badannya dalam masa 3 hari dan akhirnya dapat mengeluarkan seluruh badannya dalam masa 9 hari.

Mula2 Dabbatul-Ard akan mengambil cincin Nabi Sulaiman a.s. dan memakai di jari tangan kanannya. Kemudian ia akan mengambil tongkat Nabi Musa a.s. dengan tangan kirinya. Setelah itu, di dalam perjalanannya daripada Segitiga Bermuda ini ke arah Mekah, dia akan berkata2 dengan semua manusia yang ditemuinya... “terlalu ramai manusia telah tidak yakin lagi dengan ayat2 Allah”.

Apabila sampai di Mekah, ia akan berhenti di antara Makam Ibrahim dan Hajarul Aswad. Ia kemudiannya akan memekik mengeluarkan suara yang amat kuat. Orang2 mukmin tidak akan takut atau gentar kerana mereka tahu Dabbatul-Ard ialah makhluk Allah yang sedang menjalankan perintahNya. Muka orang2 mukmin akan bersinar2 apabila disuakan cincin Nabi Sulaiman a.s. manakala muka orang2 kafir pula akan suram apabila ditunjalkan tongkat Nabi Musa a.s. kepada hidung2 mereka.

Sebagai renungan... berikut ialah terjemahan [Surah An-Naml – Ayat 82] “Dan apabila perkataan telah jatuh atas mereka ,kami akan mengeluarkan seekor binatang melata dari bumi yg akan mengatakan kepada mereka bahawa sesungguhnya manusia sudah tidak yakin kepada ayat-ayat kami”.

Begitulah, pintu gerbang dimensi kota di pulau ini ialah untuk dimasuki oleh Dabbatul-Ard yang akan datang mengambil tongkat Nabi Musa a.s. dan cincin Nabi Sulaiman a.s.


Wallahualam.

Khamis, 8 Mac 2012

Pengenalan (Segitiga Bermuda 1/13)

SEGITIGA BERMUDA: KOTA2 JIN, KOTA2 MAKHLUK2 LAIN, KAWASAN2 LAUTAN GANAS, PINTU2 GERBANG DIMENSI DAN PULAU2 TIDAK BERPENGHUNI? 
[Part 1 of 13]



Adoi la... terlalu banyak versi2 cerita dan berita tentang Segitiga Bermuda ini di internet. Begitu juga dengan buku2 yang berada di pasaran. Mentang2 lah kebanyakan kita tak berpeluang pergi dan melihat sendiri apa yang ada di situ, bermacam2 teori dan penjelasan dibuat mengenai kawasan segitiga yang masih menjadi misteri ini. Al-maklum, kalau kita banyak duit pun, belum tentu kita boleh pergi melawat keseluruhan Segitiga Bermuda dan kembali dengan selamat.

Seperti yang kita ketahui, memang banyak sekali pulau2 di dalam kawasan segitiga ini yang berbucukan Florida, Pulau Bermuda dan Puerto Rico. Yang diumumkan kepada kita ialah terdapat lebih kurang 347 buah pulau di kawasan segitiga ini dan hanya 20 buah pulau yang mempunyai penghuni. Jumlah penduduk di kesemua 20 buah pulau berpenghuni ini pula dikatakan tidak sampai 100,000 orang. 

Apa yang akan saya kongsikan kali ini, mungkin sesuatu yang anda tidak pernah dengar sebelum ini tentang Segitiga Bermuda. Menjelang sekarang... I think you know the drill already (Sori... cakap omputih plak). Macam biasa, janganlah tanyakan saya daripada mana sumber2 maklumat saya dan janganlah bertanya sama ada saya pernah pergi melawat ke kawasan segitiga ini. Seperti biasa juga, kalau anda mula merasa yang maklumat2 yang ada untuk siri posting 13 Part kali ini berbau fantasi, feel free untuk berhenti menghidunya :P

Pulau2 di kawasan segitiga ini sebenarnya melebihi 400 buah pulau. Dianggarkan, lebih kurang 60 buah pulau tidak ditandakan langsung di dalam mana2 peta rasmi... baik dalam bentuk atlas untuk kajian akademik mahupun carta2 peta pelayaran. Mengapa? Sudah tentulah untuk menyembunyikan kewujudan pulau2 tertentu ini. Kita pula dimomokkan dengan pelbagai cerita2 yang menakutkan supaya tidak ramai di antara kita yang berminat untuk datang dan melihat sendiri apa yang ada di kawasan segitiga ini.

Memang benar apabila kita memasuki ke sesetengah kawasan di dalam kawasan segitiga ini, kebanyakan peralatan2 navigasi yang biasa seperti kompas dan GPS tidak dapat berfungsi dengan betul. Malah di kawasan2 tertentu di sini, kompas dan GPS menjadi gila dan tidak dapat digunakan langsung sebagai penunjuk arah. 60 pulau2 rahsia inilah penyebab sebenarnya. Di pulau2 ini, diletakkan transmitter2 atau pemancar2 gelombang2 tertentu bagi tujuan menggilakan sebarang peralatan2 navigasi biasa. Maknanya apa? Maknanya, hanya kapal2 atau kapal selam2 atau pengangkutan2 udara yang mempunyai peralatan2 navigasi istimewa sahaja yang boleh mengemudi haluan2 mereka di kawasan ini. Untuk menambahkan tahap bunyik kekarutan siri posting kali ini, saya dengan berat hati ingin memaklumkan, pemancar2 ini pula bukanlah buatan manusia. Bukan buatan manusia? Macam mana tu?

Maka, soalan seterusnya pulak... mengapa pula mereka2 yang bertanggungjawab ini bersusah-payah nak mengelakkan kita memasuki kawasan segitiga ini. Ada apa yang berharga sangat di sini? Sebenarnya apa yang mereka2 ini mahu sorokkan bukanlah pulau2 ini. Akan tetapi, ialah apa yang berada di sebalik pulau2 ini. Daripada 60 pulau2 rahsia yang diceritakan tadi, 9 daripadanya adalah pintu2 masuk alam lain atau lebih tepat lagi pintu2 gerbang dimensi. Fuh!!! Sungguh sukar untuk terus mempercayai hal begini... Sudah tentu saya faham mengapa amat sukar untuk memproses maklumat2 sebegini. InsyaAllah, dapatlah saya cuba menerangkan hal2 ini sedikit demi sedikit dengan harapan, menjelang tamat 13 Part nanti, kita sama2 akan dapat melihat perspektif dan persepsi baru tentang kawasan segitiga ini. 

Ok... sambung balik cerita. 

Bagi setiap satu daripada pulau2 ini, ia dikawal ketat oleh bangsa2 yang berbeza dengan kota masing2 yang amat gah dan kukuh. Salah satu daripada bangsa2 yang menghuni di 9 pulau2 ini ialah bangsa jin. Lagi 8 bangsa2 lain pula akan diceritakan nanti la yer.

Saya rasa elok juga kalau saya masukkan sedikit penjelasan tentang asal-usul kawasan segitiga Bermuda ini dulu.

Kawasan ini dahulunya memang tiada langsung pulau. Pulau2 ini hanya wujud semenjak Nabi Adam a.s. dan Hawa mula menduduki bumi lebih kurang 102,000 tahun dahulu. Dengan izin Allah, sebahagian jin dan sebahagian daripada 8 bangsa2 lain telah dibenarkan untuk menduduki kawasan segitiga ini sebagai kawasan2 milik mereka. Namun, mereka semua diberi syarat yang jelas... jika ada manusia yang berusaha menduduki mana2 kawasan di kawasan segitiga ini, mereka perlu beralah dan memberi ruang.

Pada mulanya, 9 bangsa2 ini hanya menaikkan tanah untuk membentuk 9 buah pulau sahaja yakni 1 pulau untuk setiap bangsa bagi mendirikan pintu2 gerbang kota mereka. Akan tetapi, mereka kemudiannya bersepakat menaikkan tanah pula untuk lebih kurang 60 buah pulau lagi untuk meletak pemancar2 gelombang mereka. Tidak lama kemudian, mereka menaikkan tanah bagi beratus2 pulau lagi untuk “cover line” kedudukan kota2 mereka. Tu yang jumlah pulau2 yang ada kini adalah melebihi 400 buah pulau.

Apabila semua kota2 dan pintu2 gerbang telah siap dibina dengan kukuh, tiada lagi manusia yang dapat masuk ke kawasan segitiga ini. Dikatakan, kumpulan orang2 yang pertama memasuki dan mula menduduki sebahagian pulau2 di kawasan segitiga ini ialah mereka yang diturunkan daipada bahtera Nabi Nuh a.s. Ini ialah semasa banjir telah mulai surut dan bahtera di dalam pelayaran sambil menurunkan kumpulan2 tertentu di lokasi2 terpilih di seluruh dunia.

Mmmmmm... apa la tujuan semua ni? Susah2 ajer nak buat pintu2 gerbang la... kota2 la... naik tanah bagi jadik pulau2 la.... 

Oh yer... pasal geng2 jahat pulak... diorang pun yer2 la dok citer hebat sangat teknologi2 diorang tu. Diorang pun sama jugak.... tak boleh masuk sewenang2 nya kawasan segitiga ni. Habis tu, siapa yang boleh masuk pulak? Nak buat apa pun manusia nak datang kat kawasan ni? 

Wallahulam.

Perjanjian (Al Insaan 7/7)


ASAL-USUL TENTANG BAGAIMANA FIKIRAN AL-INSAAN DIPENJARAKAN OLEH SEJENIS MAKHLUK?
[Part 7 of 7]



Setelah menelusuri Part 1 hingga Part 6, rasanya kita sampai kepada situasi di mana kita boleh membincangkan persoalan2 asal yang dipaparkan dalam siri kali ini. Ia melibatkan persoalan2 pokok seperti berikut:

(i) Roh adalah operator atau “user” bagi 2 komputer mikro hebat bernama kelenjar pineal dan otak. Apa itu roh? Apa kena mengena roh dengan Nur yang diberi nama Muhammad?;

(ii) Pada mulanya, semasa kita dalam rahim ibu, kelenjar pineal digunakan oleh roh untuk mentadbir jasad dan apabila kita dilahirkan otak mula diaktifkan bagi mengambil alih peranan kelenjar pineal. Mengapa?;

(iii) Setelah roh mula mengawal otak sepenuhnya ketika umur kita 6 atau 7 tahun, kelenjar pineal mengalami proses “reboot” dan seterusnya duduk dalam “stand-by mode” atau mod tunggu-sedia. Stand-by untuk apa? Sedia untuk apa?

(iv) Kita telah berkenalan sedikit sebanyak dengan makhluk bernama “Aslaik La”. Selepas peristiwa Banjir Besar, “Aslaik La” telah memenjarakan fikiran manusia. Bagaimanakah dan apakah peranan akhir “Aslaik La” untuk melepaskan semula fikiran manusia daripada penjara ini? Adakah pelepasan fikiran daripada penjaranya memerlukan kita memenuhi syarat tertentu?

(v) Apakah natijah dan akibat apabila fikiran manusia terlepas daripada penjara ini?

Memang memeningkan untuk menjawab semua soklan di atas satu-persatu. Namun demikian, mungkin nukilan sebuah kisah disulami buah2 fikiran boleh dihidangkan untuk memberikan kita klu2 kepada jawapan2 bagi persoalan2 ini. Sebelum itu, perlu saya ulangi lagi apa yang biasa saya katakan. Diharapkan anda cuba memikirkan apa yang cuba disampaikan sebelum melontarkan komen2 seperti “Carilah guru yang mursyid”. Atau “Apa kelayakan penulis untuk membincangkan hal ini?” Atau “Bahaya berfikir tentang hal ini.... boleh merosakkan aqidah...”, “Astaghfirullah... penulis dah sesat” dan berbagai2 lagilah bentuk komen yang seumpamanya. Semoga Allah sentiasa memelihara pegangan kita bila memikirkan tentang hal2 berat seperti ini selagi niat tidak lain dan tidak bukan hanya mencari redha Allah.

Sekarang, saya kongsikan cerita2 yang saya ambil daripada beberapa sumber.

Selepas Allah menjadikan roh2 buat mengisi kelongsong pelbagai jenis makhluk2 nya, Allah pun bertanya... “Siapakah di antara kalian yang sanggup untuk menjadi manusia?” Maka semua roh pun ditunjukkan oleh Allah tentang apakah itu manusia serta darjatnya di sisi Allah. Sekalian roh2 segera menolak seraya berkata... “Kami tidak sanggup ya Allah, kami takut tidak terpikul amanahMu dan akan menjadi kufur serta engkar!” Allah pun bertanya lagi... “Mengapa pula takut jadi begitu sedangkan telah Kutunjukkan kelebihan2 manusia yang tiada taranya di kalangan makhluk2 Ku yang lain?” Sekalian roh2 pun menjawab... “Memang benarlah tentang kelebihan2 itu, tapi Kau juga telah meletakkan sesuatu yang rasanya tidak dapat dikawal oleh manusia sebati dengan jasad yakni NAFSU, EGO serta FI’IL SUKA BERKIRA-KIRA.”

Allah pun berfirman lagi... “Tapi Aku juga meletakkan serta mengekalkan kelak KALBU (HATI) dan AKAL yang sebati dengan kalian semua walau pun kalian duduk di dalam jasad manusia. Dan kemudian aku tambah dengan suatu perkara lagi yang hanya akan diketahui apabila kalian mengisi kelongsong jasad manusia. Sekarang, bagaimana?” Sekalian roh2 pun menjawab... “Tapi kami tidak mengerti tentang perkara yang kau tambahkan itu.” Akhirnya Allah berfirman... “Aku tidak menzalimi makhluk2 Ku.”

Mendengarkan tentang hal ini, segera menjawab sekumpulan roh2. Mereka berkata... “Kami sanggup menjadi manusia ya Allah!” Maka Allah berfirman kepada kumpulan ini... “Aku akan jadikan kalian semua manusia yang hidup bersenang-lenang. Kelak di bumi, dalam senang-lenangmu, kau tetap berjaya mencari perkara yang Aku tambahkan dan kalian akan menemui Aku. Sesetengah daripada kalian aku lantik menjadi Rasul2, Nabi2 dan Wali2 Ku. Apabila kalian mati dan dibangkitkan semula, Aku letakkan kalian di dalam Jannah selama-lamanya.”

[Nota: maksud bersenang-lenang bukanlah kaya-raya dengan harta-benda dan anak-pinak, tetapi kelapangan dan ketenangan hati]

Kemudian menjawab pula sekumpulan roh2 lain. Mereka berkata... “Kami pun sanggup menjadi manusia ya Allah!” Maka Allah berfirman kepada kumpulan ini... “Aku akan jadikan kalian semua manusia yang hidup bersusah-payah. Kelak di dalam susah-payahmu, engkau tidak akan menemui apa yang Aku tambahkan tetapi kalian tetap berjaya mencari Aku. Apabila kalian mati dan dibangkitkan semula, Aku letakkan kalian di dalam Jannah selama-lamanya.”

Selepas itu, segera menjawab pula sekumpulan lagi roh2. Mereka berkata... “Kami sanggup menjadi manusia ya Allah dengan syarat Kau izinkan kami menemui apa yang Kau tambahkan itu!” Maka Allah berfirman kepada kumpulan ini... “Nyata kalian ragu2 kepada sifat PemurahKu dan hanya mahukan kesenangan tanpa rasa malu. Aku akan jadikan kalian semua manusia yang hidup bersenang-lenang untuk suatu masa. Kelak di bumi, dalam senang-lenangmu, kau akan lupa mencari Aku kecuali sebahagian kecil daripada kalian. Apabila kalian mati dan dibangkit semula, Aku akan campakkan kalian di dalam Neraka. Sebahagian kalian akan kekal di dalamnya manakala sebahagian kalian pula akan Aku keluarkan daripada Neraka dan Aku masukkan ke dalam Jannah dengan sifat PengampunKu”.

Melihatkan semua yang berlaku ini, sekumpulan lagi roh2 lain pula berkata... “Kami pun sanggup menjadi manusia ya Allah. Terpulanglah pada Mu sekiranya Kau izinkan untuk kami menemui apa yang Kau tambahkan itu. Sekiranya Kau tidak izinkan nercaya kami akan mencarinya sendiri di dalam jasad manusia kami!” Maka Allah berfirman kepada kumpulan ini... “Kalian ragu2 kepada sifat PenyayangKu dan merasakan diri kalian tidak bergantung kepada Ku. Aku akan jadikan kalian semua manusia yang hidup bersusah-payah. Kelak di dalam susah-payahmu, kau akan melupakan Aku. Apabila kalian mati dan dibangkitkan semula, Aku akan campakkan kalian ke dalam Neraka selama-lamanya kecuali sebahagian yang sempat bertaubat di atas keengkaran kalian semenjak di alam roh ini lagi.”

Selepas berakhir semuanya ini, tiada lagi roh2 yang berani dan sanggup menawarkan diri mereka untuk menjadi manusia. Maka Allah berfirman... “Kalian yang lain2 akan aku isi di dalam kelongsong makhluk2 Ku yang lain2. Sesetengahnya menjadi makhluk hampir2 menyerupai manusia dan sesetengahnya tidak. Sesetengahnya mukallaf dan sesetengahnya tidak. Aku Maha Mengetahui setiap sesuatu.”

Daripada kisah ini, sanggupkah kita renung2 kan, kumpulan roh2 jenis manakah kita ini? Adakah kita hidup berpandu NAFSU, EGO dan FI’IL SUKA BERKIRA-KIRA? Kadang2 kita suka sangat berkira-kira sehingga dengan Allah pun kita hendak berkira-kira.

Setelah membaca tentang hal2 di atas... tentu anda perasan yang persoalan tentang kelenjar pineal, otak dan “Aslaik La” masih belum disentuh lagi. Baiklah... adapun kelenjar pineal itu ialah sesuatu yang bukan sebahagian daripada roh dan bukan pula sebahagian daripada jasad. Inilah dia perkara yang ditambahkan kepada manusia sekaligus dengan DNA kita yang lengkap dengan segala-gala ilmu. Ia merupakan jambatan alam halus dan alam fizikal. Seperti diberitahu sebelum ini, apabila kita berumur 6 atau 7 tahun, otak pun mengambil alih peranan kelenjar pineal bagi digunakan oleh roh untuk mentadbir jasad. Kelenjar pineal “reboot” dan menunggu dalam kedudukan “stand-by”. Tujuan kedudukan “stand-by” ini ialah supaya “Aslaik La” boleh mengaksesnya. Kelenjar pineal kita diakses untuk menentukan apakah tindakan yang patut diambil oleh “Aslaik La” kepada kita. Apa maksudnya?

Pernahkah anda merasakan jiwa anda kosong? Jiwa diselubungi perasaan murung dan mendung. Semua benda tidak menarik untuk dilakukan. Nak makan pun tak selera, nak buat apa2 pun rasa tak menarik. Asyik mengeluh dan mengeluh... namun jiwa semakin tertekan. Kadang2 untuk keadaan yang ekstrem, terbit pula sel2 kanser yang mula memberontak dan memakan jasad kita. Ini adalah simptom yang menunjukkan kelenjar pineal kita dalam keadaan nazak.

Bagi kelenjar pineal yang nazak begini, “Aslaik La” akan mengetatkan kunci penjara fikiran. Semakin nazak kelenjar pineal, semakin ketat kunci penjara fikiran. Mengapa? Tujuannya ialah bagi mengecilkan NAFSU, EGO dan FI’IL SUKA BERKIRA-KIRA. Ini supaya lebih mudah kita kembali ke pangkal jalan dan memperbaiki keadaan kita.

Bagi kelenjar pineal yang sihat pula, “Aslaik La” akan melonggarkan penjara fikiran. Jiwa akan terasa bercahaya. Semua yang dilakukan serba menjadi dan menambahkan rasa bahagia serta gembira. Malah, sekiranya keadaan ini berterusan, KALBU (HATI) dan AKAL menjadi amat perkasa sehingga penjara fikiran akan termusnah sama sekali.

Apabila fikiran terbebas daripada penjaranya... apakah yang akan berlaku? Di sinilah letaknya sesuatu yang amat2 merbahaya. NAFSU, EGO dan FI’IL SUKA BERKIRA-KIRA akan berada di tahap yang tertinggi. Sekiranya tersalah langkah, kita akan memilih dunia dan melupakan akhirat. Kita akan lupa dan hilang rasa belas kasihan kepada manusia atau makhluk2 lain. Akan tetapi, sekiranya kita boleh mengawal NAFSU, EGO dan FI’IL SUKA BERKIRA-KIRA ini, sambil mengekalkan sikap zuhud dan merendah diri kita, segala2 ilmu dan berkat akan merapati kita. Terbongkarlah misteri alam sejagat satu-persatu.

Demikianlah berakhirnya siri 7 Part atau 7 Bahagian ini. Diharapkan ianya dapat menerbitkan buah2 fikiran yang menjadi manfaat bagi sesetengah orang dan mungkin pula ianya menjadi mudharat bagi sesetengah yang lain.

Wallahualam.

Jumaat, 2 Mac 2012

Kalimah Syahadah (Al Insaan 6/7)

ASAL-USUL TENTANG BAGAIMANA FIKIRAN AL-INSAAN DIPENJARAKAN OLEH SEJENIS MAKHLUK?
[Part 6 of 7]

Membicarakan perkara2 berkaitan dengan “Dua Kalimah Syahadah” memang bukan senang. Tambahan pula, jika ianya dibincangkan di ruangan terhad FB ini. Perkara ini juga sensitif dan saya membuat agakan... selepas posting ini dibuat, mungkin ramai yang akan mengatakan... “Carilah guru yang mursyid”. Atau “Apa kelayakan penulis untuk membincangkan hal ini?” Atau “Bahaya berfikir tentang hal ini.... boleh merosakkan aqidah...”, “Astaghfirullah... penulis dah sesat” dan berbagai2 lagilah bentuk maklumbalas yang seumpanya.

Walaupun demikian, saya beranikan diri juga demi mengajak kita sama2 berfikir dan tidak takutkan bisikan2 hati yang membungakan rasa was-was. Semoga Allah sentiasa memelihara pegangan kita bila memikirkan tentang hal2 berat seperti ini selagi niat tidak lain dan tidak bukan hanya mencari redha Allah.

Jika kita tidak berfikir tentang hal ini, adakah memadai kita menerima “Dua Kalimah Syahadah” begitu sahaja? Adakah salah jika kita bertanya soalan2 seperti... Siapakah Allah? Siapakah kita? Mengapa Nabi Muhammad saw dipilih menjadi Rasulullah penghulu segala rasul2 dan bukan orang lain? Bilakah masanya kita mengikat perjanjian sehingga kita berada di dalam kedudukan kita sekarang ini? Bolehkah Allah pada bila2 masa menukar status Iblis daripada makhluk yang engkar kepada makhluk yang diterima taubatnya? Ish... memang banyak lagi soklan2 yang bersifat kritikal begini yang rasanya saya tak ada kesempatan lagi untuk membicarakannya di sini.

Sebagai “warm-up” baca link ini:

http://www.e-bacaan.com/artikel_mungkinkahnabi.htm

Saya mengambil link ini sebagai contoh kerana ianya telah sedia terhidang di internet dan hal2 yang dikupas cukup sensitif untuk menyebabkan mereka yang tak sanggup berfikir menolaknya mentah2, atau melabelkan perbincangan ini membahayakan aqidah atau bagi yang ektrem pula terus akan meloncat dan menjatuhkan hukum murtad atau kafir.

Inilah salah satu “point” saya. Inilah gunanya “Dua Kalimah Syahadah”. Harap anda boleh bayangkan, beribu2 lagi isu2 sensitif yang boleh didebatkan atau dipertikaikan seperti link ini. Namun selagi kita yang berdebat berapi2 ini tetap sama2 berpegang teguh kepada “Dua Kalimah Syahadah”, insyaAllah perdebatan dan pertikaian dapat dilakukan dengan sihat, penuh beradab dan tidaklah kita mudah melatah tak tentu pasal.

Sekarang kita pergi kepada hal sebenar yang saya nak ketengahkan untuk posting kali ini.

Berikut ialah terjemahan “Dua Kalimah Syahadah” yang biasa kita dengar:

Laa – Tidak Wujud; Ilaha – Tuhan yang berhak disembah; Illallah – Selain Allah; MuhammadurRasulullah – Muhammad Pembawa Perutusan Allah.

[Nota: Sebenarnya ada terjemahan yang luar biasa, tetapi saya tidak akan membincangkannya dalam posting ini (terlalu kontroversi). Untuk posting ini, kita fokuskan kepada Kalimah Syahadah yang kedua sahaja... MuhammadurRasulullah. Kalimah Syahadah yang pertama... Laa Ilaaha Illallah, kita bincangkan lain kali sahaja la yer]

Sewaktu Allah berkehendak menjadikan sekelian benda yang wujud, Allah pun memulakan dengan mewujudkan Nur. Maka Allah pun mengeluarkan perintah “Jadilah engkau Muhammad”. Maka iapun menjadi satu tiang Nur yang berkilau-kilauan lalu Nur itupun terus bersujud dan berkata “Segala puji bagi Allah”. Maka Allah berfirman, “Untuk itulah Kuciptakan engkau dan Kunamakan engkau Muhammad. Daripadamulah Aku memulakan kejadian makhluk2 ku ini dan denganmulah Aku menyudahi Rasul-Rasul”.

Kemudian Allah membahagi2kan Nur itu kepada 4 bahagian. Daripada bahagian pertama dijadikanNya Lauh Mahfuz, daripada yang kedua dijadikan nya Qalam. Kemudian Allah berfirman kepada Qalam, “Tulislah”. Kemudian Qalam berkata, “Apakah yang perlu kutulis? Allah berfirman, “Tulislah Laa Ilaha Illallah, MuhammadurRasulullah”. Maka Qalam itu pun menulislah apa yang diperintahkan dan setelah itu ia mengikut ilmu Allah (dengan menulis) semua perkara berhubung dengan makhluk2Nya.

Di antara lain, Qalam menulis, “Wahai anak-anak Adam daripada sulbinya! Sesiapa yang taat kepada Allah akan dimasukkanNya ke dalam syurga dan sesiapa yang derhaka kepada Allah akan dimasukkanNya ke dalam neraka. Wahai ummat Nuh! Sesiapa yang taat kepada Allah akan dimasukkanNya ke dalam syurga dan sesiapa yang derhaka akan dimasukkanNya ke dalam neraka. Wahai ummat Ibrahim! Sesiapa yang taat kepada Allah akan dimasukkanNya ke dalam syurga dan sesiapa yang derhaka akan dimasukkanNya ke dalam neraka. Wahai ummat Musa! Sesiapa yang taat kepada Allah akan dimasukkanNya ke dalam syurga dan sesiapa yang derhaka akan dimasukkanNya ke dalam neraka. Wahai ummat Muhammad! Sesiapa yang taat kepada Allah akan dimasukkanNya ke dalam syurga dan sesiapa yang derhaka kepada Allah…..” Qalam sudah hampir menulis “akan dimasukkanNya ke dalam neraka” tiba-tiba terdengar seruan daripada Allah, “Wahai Qalam! Beradablah”. Maka pecahlah Qalam itu kerana kehebatan Allah dan tertulis noktah2, bintik2 atau titik2.

[Nota: Inilah asal-usul setiap qalam biasa di dunia (tidak kiralah berapa hebatnya teknologi printing atau pengimejan kita) tidak akan menulis melainkan dalam keadaan terpecah-pecah atau berbintik-bintik – hari ini kita kira atau panggilnya sebagai “dpi” atau dot per inch atau kadang2 kita panggilnya sebagai “pixels”]

Allah kemudiannya berfirman kepadanya, “Tulislah Wahai ummat Muhammad! Sesiapa yang taat kepada Allah akan dimasukkanNya ke dalam syurga dan sesiapa yang derhaka kepada Allah akan dicatatkan sebagai dosa tetapi Allah Maha Pengampun”.

[Nota: Perhatikan tulisan Qalam yang ini ialah hanya untuk ummat Muhammad sahaja]

Kemudian daripada bahagian yang ketiga Nur itu Allah menjadikan arasy.

Bahagian Nur keempat pula dibahagikan lagi kepada empat bahagian. Yang pertama daripadanya dijadikan Akal. Yang kedua dijadikan Ma’rifat. Dan yang ketiga dijadikan Nur Arasy, Cahaya Penglihatan dan Cahaya Siang. Jika anda perasan, semua Nur-Nur ini adalah daripada Nur yang mula2 sekali dijadikan Allah dan diberi nama Muhammad. Oleh itu Nur yang diberi nama Muhammad ini adalah makhluk yang terawal dari segala-galanya yang dijadikan Tuhan.

Bahagian yang keempat daripada empat bahagian itu pula disimpan di bawah arasy sehingga Allah menjadikan Adam dan diperintahkan malaikat supaya bersujud kepadanya.

Adam dimasukkan ke dalam syurga, ketika itu malaikat berdiri di bahagian belakang Adam bersaf-saf. Mereka memandang kepada Nur Muhammad lalu berkatalah Adam, “Wahai Tuhan! Kenapakah malaikat ini berdiri di belakangku bersaf-saf?” Allah berkata, “Wahai Adam! Mereka memandang kepada Nur Kekasihku (Muhammad) penyudah sekelian Rasul yang akan Ku keluarkan daripada sulbi belakangmu.”

Adam mendengar Nur itu bertasbih dengan tasbih yang agung. Kemudian Nur itu berpindah daripada Adam kepada Hawa. Adam melihat Nur itu pada wajah Hawa bersinar-sinar. Kemudia Hawa melahirkan Rasul yang mula-mula daripada anak Adam iaitu Syith. Maka hilanglah Nur itu daripada wajah Hawa , berpindah pulalah ia kepada Syith. Adam meminta kepada Syith agar tidak diletakkannya Nur itu melainkan pada perempuan-perempuan yang suci.

Kemudian terus berpindah-pindahlah Nur itu daripada seorang lelaki mulia kepada seorang lelaki mulia yang lain dan daripada seorang perempuan yang suci kepada seorang perempuan suci yang lain hinggalah ia sampai kepada sulbi Abdullah bin Abdul Mutalib dan seterusnya diletakkan kepada Aminah. Kemudian Allah mengeluarkannya ke dunia lalu dijadikanNya penghulu sekelian Rasul dan penyudah sekelian Rasul. Dijadikannya rahmat kepada sekelian alam dan pemimpin kepada orang-orang yang bertuah.

Kita tutup Part 6 ini dengan [Surah An-Nur: Ayat 24-35] yang ertinya... “Allah memberi nur langit dan bumi. Perumpamaan nurNya adalah seperti suatu misykat di mana di dalamnya ada suatu lampu, lampu itu ada dalam gelas, dan gelas itu seperti bintang yang berkelip, dinyalakan dari pohon yang terberkati, suatu zaitun yang tak terdapat di timur maupun di barat, yang minyaknya saja hampir-hampir sudah bercahaya sekalipun api belum menyentuhnya; cahaya di atas cahaya. Allah menunjukkan siapa yang dikehendakiNya kepada nurNYA itu. Allah menunjukkan beberapa contoh untuk manusia. Allah maha mengetahui tiap-tiap sesuatu”.

Wallahualam

Kunci Minda (Al Insaan 5/7)

ASAL-USUL TENTANG BAGAIMANA FIKIRAN AL-INSAAN DIPENJARAKAN OLEH SEJENIS MAKHLUK?
[Part 5 of 7]

Adakah kini anda sudah nampak dengan lebih jelas haluan siri kali ini? Apakah anda masih bersedia dan sanggup untuk menerima lagi maklumat2 yang berat untuk diproses? Kalau sanggup, silakanlah meneruskan pembacaan anda.

Di zaman moden ini atau lebih tepat lagi... di akhir zaman ini, kita sering lupa untuk betul2 mengamati apa yang kita lihat atau alami. Al-maklum... semuanya serba pantas, serba laju. Semua benda kita nak segera... makan nak segera disiapkan, rehat kejap nak segera segar kembali, membasuh sikit nak segera bersih berkilau... hatta sampai beri nafkah zahir/batin pun nak segera jugak (ni la punca2 keretakan institusi kekeluargaan :P). Pastu plak, kalau bisnes pulak nak segera untung dan kalau belajar pulak nak segera pandai (yang ni pulak punca2 yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran :D).

Oleh kerana semuanya serba nak segera, deria2 kita telah menjadi tumpul dan kita pun selalu sahaja terlepas pandang perkara2 yang sepatutnya kita amati dan lakukan dengan sehalus-halusnya. Berikut ialah soklan2 cepumas yang kita boleh tanya kepada diri kita sendiri.... Berapa ramai di antara kita yang dapat meluangkan masa untuk mengamati sehalus2 nya isi Al-Quran dan Al-Hadith? Berapa kalikah kita tak dapat menghadiri pengkebumian saudara mara serta sahabat handai kita yang meninggal dunia kerana ada hal lain? Berapa ramai yang tak sempat mengasuh sendiri anak2 kerana sibuk bekerja carik duit? Dan banyak lagilah soklan2 yang begini yang kita pun maklum jawapannnya. Saya ni pun sedap menulis dan bercakap sahaja... saya pun sama merasakan tekanan hidup begini seolah2 masa sentiasa tidak cukup dan saya sentiasa dalam keadaan terkejar2. Benda2 asas seperti rehat dan tidur pun selalu sahaja tak cukup. Mengapa jadi begini?

Pepatah Melayu ada mengatakan, “belum lagi duduk sudah nak berlunjur”. Memang bagi manusia inilah sifatnya... tergesa-gesa... asyik nak segera sahaja.... apa benda yang kita nak kejar sebenarnya? Di dalam Al-Quran pun ada menyebutkan hal ini... “Manusia telah dijadikan (bertabiat) tergesa-gesa…” [Surah Al-Anbiya’, Ayat 37]. Iblis dan Dajjal amat maklum tentang kelemahan manusia ini. “Aslaik La” juga amat maklum tentang ini. Mereka sama2 tahu yang di sinilah letaknya lubang kunci yang memastikan fikiran manusia terus terpenjara.

Sebenarnya, manusia boleh melepaskan diri dengan mengawal dan seterusnya menguasai sikap tergesa-gesa ini. Benarkah begini? Wah, mudahnya? Apa kena mengena pula sifat tergesa-gesa dengan fikiran yang terpenjara?

Memang ada kena mengena. Sebab itulah saya cuba mengulas panjang lebar tentang hal tergesa-gesa ini supaya kita dapat betul2 memahami tentang apa yang “Aslaik La” sedang lakukan di akhir zaman ini untuk melepaskan fikiran manusia daripada penjara.... penjara fikiran yang asalnya wujud kerana perbezaan bahasa dan propaganda yang disebarkan oleh “Aslaik La” sendiri. Sebenarnya semua rentetan kejadian2 ini memang ada hikmahnya.

[Ok... untuk memahami mengapa “Aslaik La” memenjara fikiran manusia dan kemudiannya bagaimana “Aslaik La” membebaskan pula fikiran manusia... harap dapat membaca perenggan2 seterusnya dengan cermat dan tidak tergesa-gesa. Ingat... sekiranya kita berbuat sesuatu dengan tergesa-gesa, hasilnya memang menduka-citakan :P]

Seperti yang telah diterangkan terdahulu, “Aslaik La” memang sudah fitrahnya memenjara fikiran manusia dan kemudiannya membebaskan semula fikiran manusia. Seperti yang telah diterangkan juga, sebelum kejadian Banjir Besar, fikiran manusia tidak terpenjara... maka lihatlah apa akibatnya. Nabi Nuh a.s. telah berdakwah selama hampir seribu tahun.... tapi pengikutnya tidak sampai seratus orang. Inilah bahayanya fikiran yang tidak terpenjara.

Maka, apakah tujuannya selepas Banjir Besar “Aslaik La” memenjara fikiran manusia? Tidak lain dan tidak bukan... ianya ada untuk memberikan kemudahan (handicap) kepada kita. Ianya supaya lebih mudah jika kita mencari dan mengenali Allah terlebih dahulu dan barulah fikiran kita dibebaskan. Dengan cara ini, generasi2 manusia yang hidup selepas Banjir Besar lebih ramai yang menerima ajakan nabi2 dan rasul2 ke arah jalan kebaikan seterusnya mengelakkan ditimpa musibah besar seperti yang terjadi pada zaman Nabi Nuh a.s.

Baiklah... sekarang kita cuba memahami pula bagaimana atau apa usaha2 yang dilakukan oleh “Aslaik La” bagi membebaskan fikiran manusia. Untuk ini, sebenarnya “Aslaik La” dengan izin telah mendapat kerjasama sepenuhnya daripada makhluk2 Allah yang lain iaitu “masa”, “ruang”, “graviti” dan “tenaga”. Bagaimanakah ini mungkin? Dengan izin Allah, “Aslaik La” telah mengaturkan masa, ruang, graviti dan tenaga untuk membantu manusia mengawal sikap tergesa-gesa yang memusnahkan ini.

Cuba lihat betul2 sekeliling anda. Kemudian, nilaikan perkara2 berikut.

“Masa” sebenarnya telah diperlahankan. Dengan pengembalian teknologi2 sains oleh “Aslaik La” kepada manusia2 tertentu, kita kini sepatutnya ada lebih banyak masa. Misalnya, kalau nak memasak ada rice cooker dan microwave oven. Kalau nak bercakap dengan seseorang yang jauh, boleh sahaja menelefon atau lebih canggih lagi tele-conference dan tele-presence. Kalau nak basuh baju, mesin basuh siap dengan alat pengering boleh digunakan. Pendek kata, semua benda2 yang mengambil banyak masa boleh diselesaikan dalam masa yang jauh lebih singkat. Sepatutnya kita ada masa yang lebih panjang justeru tidak tergesa-gesa.

“Ruang” telah dikecilkan. Kalau dulu nak travel daripada Kuala Lumpur ke Kota Bahru misalnya... ish mengambil masa berhari-hari atau mungkin berminggu. Dengan pengangkutan moden, sekejap sahaja kita boleh pergi ke mana-mana.

“Graviti” pula telah dikurangkan. Yang ini pulak, anda periksa la sendiri daripada sumber2 yang patut. Graviti dunia telah banyak berkurangan berbanding 80,000 tahun dahulu sewaktu Banjir Besar berlaku.

“Tenaga” telah dimudahkan. Macam2 jenis tenaga kita boleh hasilkan, simpan dan guna dengan begitu mudah sekali daripada tenaga berpunca fosil, tenaga elektrik hinggalah tenaga nuklear . Semuanya mudah. Petik sahaja suis... tenaga sedia kita gunakan.

Semua ini untuk apa? Apa gunanya semua ini?

Sepatutnya apabila semua ini telah menjadi mudah, sikap tergesa-gesa sepatutnya boleh dikawal atau dilenyapkan. Kita sepatutnya boleh melaksanakan rukun islam yang pertama dengan khusyuk. Penting ke hal ini? Ya.... sudah tentu penting. Apalah gunanya rukun2 islam yang lain kalau kita awal2 lagi telah kantoi (tak lulus) rukun yang pertama ini? Anda nilaikan la sendiri soalan yang mudah tetapi ramai yang konpius bila ditanya?

Cubalah tanya diri kita lagi... bilakah kali terakhir kita mengucap 2 kalimah syahadah dengan sepenuh hati dan tidak tergesa-gesa? Berapa banyakkah masa kita pernah luangkan untuk memikirkan dan betul2 memahami apa itu kalimah syahadah? Berapa kalikah dalam sehari kita mengucap secara lisan atau dalam hati kalimah syahadah ini?

Saya harap, kita sama2 boleh bayangkan... dikatakan sekiranya DUA kalimah syahadah kita dapat betul2 sempurnakan, maka rukun2 islam yang lain itu akan dapat kita lakukan dengan baik juga. Sebagai maklumat tambahan... inilah juga sebenarnya rahsia terbesar Vatican yang menjadi asas simbol DUA kunci papal. Untuk pembacaan lebih lanjut boleh rujuk link ini:

http://zharifalimin.blogspot.com/2010/03/kebenaran-islam-rahsia-sulit-key-to.html

DUA kalimah syahadah lah yang dapat melepaskan kita daripada penjara fikiran. Syaratnya... kita kena buang jauh2 dulu sikap dan sifat tergesa-gesa kita.

p/s: sebenarnya kalau nak dibincangkan dengan jelas-sejelasnya hal ini, sudah tentu tidak akan cukup dengan hanya sekadar posting2 FB yang terhad. Malah mungkin sebuah buku pun belum tentu dapat mengupas hal ini sepenuhnya. Walaupun demikian, diharapkan posting2 ini sekurangnya memberi sedikit klu tentang hal ini. Di dalam Part 6 dan Part 7 nanti, saya akan cuba untuk berkongsi maklumat2 kontroversi yang saya telah kutip daripada berbagai sumber tentang apakah kalimah syahadah sebenarnya serta perkaitannya dengan perjanjian yang telah kita buat dulu tetapi kini kita telah lupa. Kita perlu mengingatinya kembali.

Wallahualam.