Jumaat, 10 Februari 2012

Penduduk di bulan? [TB 4/13]


Pada posting yang agak lama dahulu di dalam album NWO ini, ada diusulkan bahawa sebelum manusia (Al-Insaan) duduk di Bumi dan dilantik Allah menjadi khalifah terdapat beberapa kumpulan makhluk-makhluk lain yang terdahulu menjadi penghuni Bumi seperti berikut:

i. Kumpulan Al-Jin – semenjak tahun 16.4 Billion B.C.
ii. Kumpulan Pertama Al-Bashar (Makhluk seakan-akan menyerupai manusia) – semenjak tahun 820 Juta B.C.
iii. Kumpulan Kedua Al-Bashar – semenjak tahun 41 Juta B.C.
iv. Kumpulan Ketiga Al-Bashar – semenjak tahun 2.2 Juta B.C.

[Nota: Al-Bashar (makhluk seakan-akan menyerupai manusia) dan Al-Insaan (manusia) dikategorikan dalam kumpulan yang sama iaitu An-Naas. Sebab itu kalau kita lihat di dalam Al-Quran terdapat 3 perkataan ini yang diterjemahkan sebagai manusia... sebenarnya mereka adalah kumpulan yang berbeza. Daripada segi fizikal serta kebolehan juga berbeza]

Nabi Adam (Bapa Al-Insaan) dan isterinya Hawa hanya turun ke Bumi sekitar tahun 102,000 B.C. Kebanyakan pendapat mengatakan Nabi Adam dan Hawa memulakan penghidupan di Bumi pada sekitar tahun 8,030 B.C. Di dalam posting yang lepas juga telah saya nyatakan yang saya tidak bersetuju tentang hal ini di atas sebab-sebab tertentu.

Mengapa saya perlu saya “recap” semula cerita ini? Ini ialah kerana hendak menerangkan apa sebenarnya yang ada di Bulan dan mengapa NASA acap kali melancarkan misi-misi Apollo mereka ke Bulan. NASA dan geng2 jahat ini juga sanggup membelanjakan banyak wang dan sumber mereka untuk mengada-adakan cerita sampingan serta pelbagai muslihat bagi menutup aktiviti2 sebenar mereka di Bulan (seperti yand dijelaskan di dalam Part 2 dan Part 3).

Kalau melihat sahaja foto yang saya sertakan untuk posting kali ini, saya pasti ramai akan segera memberikan pelbagai reaksi spontan. Bagi yang skeptik sudah tentu akan terbit ayat2 seperti... “Aduh... mengarut la... semua ni auta jer!!!” atau “Ape ke jadah la posting ni!!!”... atau... “Hahahah... dah gila agaknya penulis posting ni!!!” dan pelbagai lagi statement yang bersifat “rejection” atau penolakan.

Jika anda seorang yang skeptik... saya telah pohon berkali-kali di dalam Part 1 dahulu supaya anda jangan membaca langsung (Part 1 hingga Part 13) kerana bagi anda sudah tentu siri cerita begini dianggap dongeng dan bersifat imaginasi semata-mata.

Baiklah... balik semula kepada tujuan asal posting Part 4 ini. Kumpulan Pertama Al-Bashar mula bertapak di Bumi semenjak tahun 820 Juta B.C. sehinggalah pengusaan mereka di Bumi tamat pada Kumpulan Ketiga Al-Bashar sejurus sebelum Nabi Adam dan Hawa turun ke Bumi pada sekitar 102,000 B.C. Penghidupan mereka berbeza daripada penghidupan kita sebagai manusia (Al-Insaan). Ini disebabkan kebolehan fizikal dan mental mereka berbeza daripada kita Al-Insaan.

Dipendekkan cerita.... pada zaman Al-Bashar, mereka rata-ratanya mempelopori dua jenis teknologi seperti berikut:

i. Teknologi Sains dan Ilmu Dunia Fizikal – Berlandaskan ilmu epistemologi, kajian kimia, ilmu metematik, kaji bahan, ilmu fizik, ilmu logika, ilmu bahasa dan lain-lain yang sealiran dengannya; dan

ii. Teknologi Metafizik dan Inter-Dimensi – Berlandaskan ilmu biologi tinggi, kajian dimensi dan spiritual.

Satu kebaikan di zaman Al-Bashar ialah mereka tiada langsung godaan syaitan kerena peranan syaitan untuk menyesatkan belum enter-frame lagi. Malah, Azazil (yang kemudiannya menjadi Lucifer a.k.a. Bapa Iblis) pada masa ini masih lagi menjadi satu makhluk yang amat kuat beribadat dan mempunyai status yang tinggi di kalangan Malaikat walaupun dia adalah daripada jenis Jin.

Perbezaan amalan teknologi yang berbeza ini telah membentuk dua negara yang besar dan hebat diberi nama Atalan dan Lamarakh.

[Nota: Cerita tentang dua negara hebat ini telah diubahsuai dan dijadikan modal untuk mengada-adakan cerita Atlantis dan Lemuria]

Atalan mengamalkan Teknologi Sains dan Ilmu Dunia Fizikal manakala Lamarakh mengamalkan Teknologi Metafizik dan Inter-Dimensi. Pada mulanya kedua-dua negara ini tiada membenci di antara satu sama sehinggalah timbul satu isu yang besar sehingga mereka terjerumus ke dalam kancah peperangan yang hebat. Berlakulah pertumpahan darah yang dahsyat dan semua ini telah disaksikan oleh Malaikat dan Jin yang tidak terbabit di dalam peperangan tersebut.

Apakah isunya sehingga terjadi peristiwa berdarah ini? Tidak lain dan tidak bukan mereka berperang untuk menuntut hak mereka terhadap pengusaan Bulan. Apa la... pasal Bulan pun nak berperang... bagi dua jer Bulan tu tak boleh ke? Ya... jawapannya tak boleh kerana Bulan mempunyai satu kehebatan yang tiada taranya di mana kedua-dua negara mahu mengusai Bulan secara mutlak.... tiada kompromi bagi mereka di dalam hal ini. Selepas peperangan ini, kebanyakan Al-Bashar telah terhapus. Akan tetapi ada saki baki mereka yang selamat di mana keturunan mereka masih ada hingga kini... hidup bersama keturunan kita Al-Insaan. Apa yang tinggal di Bulan pula setelah semuanya hancur akibat peperangan besar ini? Yang tinggal hanyalah 18 buah piramid dan 81 kubah.


(Insyaallah... bersambung)

13 ulasan:

  1. salam.saya asraf.saya nak tanya berkenaan dgn pergaduhan diantara dua negara atalan dan lamarakh. if iblis masih lagi tidak memulakan tugasnye..bagaimana pergaduhan ini boleh tercetus? siapa yg menghasut mereka untuk bergaduh?

    BalasPadam
  2. soalan ni hampir serupa dengan soalan ' kenapa manusia masih berbuat dosa pd bulan ramadhan walaupun syaitan telah dibelenggu?'
    jawapannya nafsu yg datang dari diri manusia itu sendiri'
    betulkan kalau saya salah.

    BalasPadam
  3. Terima kasih qwerty kerana menjawab soalan dari saudara asraf. Iblis sememangnya hanya mula menghasut manusia setelah Adam di ciptakan (itulah yang di sebut dalam AlQuran). Namun jika kita lihat jawapan Malaikat ketika Allah menyatakan tentang manusia akan menjadikan(Al Insaan) khalifah di bumi. Malaikat ini menjawab yang manusia melakukan kerosakan di bumi.Adakah Manusia yang dimaksudkan ini adalah Al Insaan? semestinya tidak kerana Al Insaan masih tidak berada di bumi. Kenapa pula mereka melakukan kerosakan? Itulah fitrah manusia yang diberi keinginan atau seperti yang disebut oleh saudara "qwerty" nafsu..

    BalasPadam
  4. thanks for the answer..both of you..

    BalasPadam
  5. same jgk dgn iblis yg hasut diri sendiri utk derhaka,...asalkan soleh tuh,lps 2 derhaka,syurga neraka pong pnh tgk,nk jgk masuk neraka,..kompius tol,..

    BalasPadam
  6. saya juga ada stu cerita..: Kisah ni pasal seorg pemuda bangsa lamarakh ngn gadis pilihan nya.. , mereka berjanji utk berjumpa di satu tmpat yg cntik, smbil memerhati pemandangan bumi. Tiba2.. ketika mereka hmapir tiba di tempat perjanjian.. bulan terbelah menjadi dua... dan mereka terpisah dan menangis ingatkan mereka tidak akan terjumpa lagi.. tapi rupanya hanya sekjap.. dan kisah itu masih menjadi misteri bgi mereka. LOOOOLLLL

    BalasPadam
  7. NAFSU adalah Makhluk Allah yg sngat degil...malah makhluk ini lagi kuat dari Syaitan, Makhluk NAFSU ni pernah Allah humban mereka kedalam neraka sebanyak 3 kali tapi masi degil, akhir sekali Allah SWT menghumban mereka kedalam Neraka LAPAR, baru dia insaf dan berkata engkau la TuhanKu Ya Allah... Sebab itu pada bulan Ramadhan Kita berpuasa menahan lapar utk mengekang nafsu kita... Allahuata'ala'alam....Allah ciptakn manusia ni dgn di isi Roh,Qarin dan Nafsu...masing2 ada peranan, ibarat kalo kita install Windows kat PC or Laptop kena install jugak Driver nya...salah satu Analogi la

    BalasPadam
  8. Pada pendapat saya, golongan al-bashar lebih awal dulu berbanding jin. Kehancuran tamadun
    Al bashar mengangkat jin menjadi khalifah sementara di bumi. Tetapi Allah menciptakan al insan yang kemudiannya Allah melantik al insan ini menjadi khalifah sebenar d bumi. Ini mmbuatkn golongan jin tidak berpuas hati, dan pemberontakan di langit dan dibumi ini d ketuai oleh azazil..

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah. .. bertambah lg ilmu aku...
    Seperti yg kite biase dgr... "lagi banyak yg kite tahu, lg banyak perkare yg kite xtahu"
    Aku xtolak posting ni dan aku xtrima bulan2 jugak posting ni... sbb aku yakin... kite sekarang berada dizaman ke4 seperti yg nabi kite bgitahu... zaman pembohongan dan zaman fitnah yang terbesar dalam kewujudan al insaan...
    Wallahualam. ..

    BalasPadam
  10. boleh tak saudara ajak tunjukkan dimana dlm quran yang albasyar ini diterjemahkan kepada manusia? kalau boleh surah apa dan ayat berapa.. saya nak refer.. sbb setau saya rasanya basyar ni maknanya berita gembira.. kalau salah mohon perbetulkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dlm bahasa arab selain إنس kita blh jgk guna بشر. Berita gembira tu sy rase المبشرين.

      Padam
  11. Dari rekod geologi bumi ini hanya berusia 4.6 billion tahun. Boleh sdra beri rujukan 16.2 billion tahun tu.

    BalasPadam
  12. Dalam masalah 'sebelum kedatangan Nabi Adam aka manusia ke muka bumi' ini...aku percaya bahawa Allah telah mencipta berbagai2 keturunan makhlukNya menetap di bumi atau di planet2 atas kehendakNya...memang 'nafsu' itu sentiasa menyuruh kepada kejahatan...ini pernah Allah ceritakan asal penciptaan 'nafsu' ini...wallahu'alam...kalau salah tolong betulkan...

    BalasPadam