Jumaat, 10 Februari 2012

Hubungan Piramid dan Bulan [TB 7/13]


Menyambung tentang Persoalan (a) daripada Part 6....

NASA tidak pernah mendaratkan sesiapa pun di Bulan. Seperti yang diceritakan sebelum ini, setiap kali mereka menghantar orang ke Bulan, studio khas ala hollywood mereka akan memancarkan “video dan audio feed” kepada angkasawan yang kemudiannya menghantar semula data palsu ini ke Bumi. Data palsu ini dihantar sebagai gula2 kepada “Ground Control Centre” mereka yang langsung tidak tahu menahu tentang penipuan yang dijalankan. Ini kemudiannya dijadikan santapan rakyat2 biasa di Bumi dalam bentuk journal2 dan buku2 teks mengarut NASA.

Tujuan sebenar penghantaran misi-misi Apollo hanyalah untuk mengelilingi Bulan sahaja. Nak turunkan orang memang merbahaya kerana radiasi yang berat dan mereka juga takut diserang oleh Lamarakh Bulan. Habis tu, apa yang mereka buat sewaktu mengelilingi Bulan?

Mereka memancarkan mesej-mesej Atalan Bumi bagi memujuk Atalan Bulan yang bermastautin di 18 buah bangunan berbentuk piramid tu bagi menyerahkan resipi teknologi ilmu dunia fizikal terhebat mereka. Ini kerana Atalan Bumi telah lama kehilangan resipi teknologi ini kerana pembelotan sekelompok Atalan sewaktu peperangan dengan Lamarakh dahulu (cerita pembelotan ni pun kalau nak citer... panjang jugak). Ringkasnya, kelompok ini belot kerana mereka merasakan Atalan lah yang bersalah mencetuskan peperangan dengan Lamarakh. Atalan lah yang telah bertindak terlebih dahulu melancarkan serangan ke atas Lamarakh (Ni macam perangai Israel la ni).

Sekarang kita cerita sikit tentang teknologi yang telah hilang dari Atalan Bumi. Ia melibatkan kebolehan memanipulasi atom serta molekul dan secara kasarnya terbahagi kepada 2 bidang utama:

i. Teleportasi – mengalihkan sesuatu jasad fizikal (tak kira la besar mana pun) daripada satu lokasi ke satu lokasi yang lain. Contohnya.. macam yang berlaku dalam zaman Nabi Sulaiman a.s. bila istana Ratu Balkis dipindahkan. Cuma masa tu Asif Bin Baqriya guna ilmu lain... bukan ilmu Atalan ni. Atau macam citer Star Trek... boleh beam orang dpd satu tempat ke satu tempat. Atau lebih advance lagi... mcam citer Stargate... boleh lompat daripada satu portal ke satu portal lain.

ii. Manipulasi bahan – menukar sifat sesuatu bahan... contohnya seperti cerita King Midas la ni... boleh tukar apa2 benda kepada emas atau macam citer komik Pedang Sitiawan boleh menukar kayu jadik pedang, dsb. Senang jugak kan... bila lapar jer tukar pasir jadik nasik beriani :P

Alhamdulillah... sehingga kini Atalan Bulan masih belum menyerahkan semula teknologi kepada Atalan Bumi dan NASA.

Ini lah di antara sebab mengapa setiap kali ada piramid ditemui di mana2 bahagian di Bumi, geng2 jahat akan segera menguasainya. Ini termasuk piramid yang berada di dalam hutan simpan Taman Negara Pahang (kita rakyat Malaysia pun tak diberitahu hal ni). Sedikit info tentang piramid Malaysia ini ada saya kongsikan di dalam posting2 yang lepas dalam album NWO ni.

Ini kerana piramid2 ni pernah menjadik kampung halaman Atalan suatu masa dulu dan di situ terdapat portal2 yang sehingga hari ini masih aktif. Maknanya kalau Atalan Bulan nak balik Bumi... tak payah susah2 nak naik kapal angkasa... teleport sahaja... maka sampai la mereka ke Bumi. Dengan teknologi teleport dan manipulasi bahan ini juga... bolehlah kita bayangkan mengapa membina piramid bukanlah menjadi perkara yang sukar untuk mereka.

[Nota: Semua teknologi yang diceritakan dalam Part 6 dan Part 7 ini hanya melibatkan teknologi Al-Bashar sahaja. Belum cerita lagi pasal teknologi Kumpulan Al-Jin dan Al-Insaan. Bayangkan kalau teknologi2 ini bergabung. Mungkin kita akan rasa sangat hebat... tapi tak lah hebat pun sebenarnya kalau berbanding ilmu Allah. Itu sebab di dalam Al-Quran ada banyak kali kita semua ditempelak... kalau Al-Jin dan An-Naas (Al-Bashar + Al-Insaan) bergabung pun tak boleh nak buat seperti apa yang Allah buat]

(Insyaallah... bersambung)

14 ulasan:

  1. Assalamualaikum...
    saya mahu bertanya dimanakah Pyramid Hutan Simpan Taman NEgara Pahang. Boleh Tunjuk Gambar.. JIka Ada Sila Emailkan Pada saya. di Shaz_oren92@yahoo.com.. Terima Kasih . ?

    BalasPadam
  2. Menurut dari sumber lain, ada yang memiliki gambar nya.. Saya sendiri tidak pernah memiliki @ melihat gambar tersebut. Wallahhualam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lokasi piramid anda terlalu umum. Saya percaya maklumat ini datang dari sebuah blog yang saya kira sebenarnya ada niat terselindung di sebalik pendedahan lokasi pyramid yang mana blog tersebut buat berdasarkan konon-konon gambar dari lelaki memakai kereta berjuta-juta ringgit.

      Secara lojiknya, agensi kerajaan atau agen kerajaan mana yang pakai kereta berharga berjuta ringgit? Ini bukan cerita James Bond, di mana perisik pakai kereta mewah, ada gajet canggih dan dikelilingi perempuan cantik dan seksi.

      Perempuan atau gadis yang sangat popular dan menjadi igauan serta ramai lelaki gila bayang yang kononnya penulis blog tersebut pun TIDAK WUJUD.

      Hati-hati lah dengan permainan minda, adakah kumpulan ini lawan? adakah mereka kawan? (U know what im talking about and whom i m refering to)

      Its a mind game...jangan kena kelentong.

      MOHON SAYA MEMBUAT LINK PADA BLOG SAUDARA.

      Padam
    2. srikandi tu ke? blog M.O? eh mr shah kalau ade pape info bgtaulahhh aku, setakat bnde benar buat ape disorok sorokan ye dak?

      Padam
    3. hehe..kelakarla....
      encik shahpaskal,
      kisah piramid anda juga tidak berbukti,hnya lisan semata.malahan lebih teruk drpd klaim cik srikandi..umpama kisah dongeng...lg mau bantai org ka?

      inilah dia melayu..phd tinggi sgt.bila ada ilmu sikit, pntang nmpk org lain ada ilmu yg sma mulalah semmmbang...

      klu srikandi tu fake spt yg anda katakan, boleh buktikan?sy x sebelahkn mna2 pihak sebenarnya,cuma muak dgn cara anda...bila dikritik sikit,mulalah ckp 'x berfikir dluar kotak'...

      ayat semmmmbang popular ~ 'untuk menjaga rahsia'..
      alahai melayu

      Padam
  3. bagaimana NASA berkomunikasi dgn org di bulan?? bahasa apa yg mereka gunakan? jika warga atalan bulan telah maju dari bumi..maka apa2 cara berkomunikasi diantara org bumi dgn org bulan seperti manusia zaman sekarang berkomunikasi dgn org gua dulu2..mcm mana nak faham? mesti device org atalan dah advanced..mcm mana diorang nak decode signal dr org bumi?
    thank you..

    BalasPadam
  4. http://english.pravda.ru/science/mysteries/31-10-2007/99895-moon-0/

    BalasPadam
  5. Baru hari ni terpanggil untuk tinggal komen, sudah baca blog ni sejak bulan Ramadhan yang lalu. Mengenai Piramid di Pahang tu memang ade dengar cerita dari kawan yang belajar Biotech di Shah Alam. Dia pun dapat maklumat tu dari kawan ayahnya yang merupakan orang yang bertygas atau lalu di situ, x pasti la dia saintis ke ape. Waktu bersembang dengan dia haritu mengenai piramid di Malaysia, dia sendiri kata pernah dengar cerita tu. Tiba-tiba je kawan ayah dia cakap pasal piramid katanya. Kata kawan ayah dia tu lagi, akan ada gangguan elektomagnet kat kawasan tu macam di Bermuda. Piramid tu rupa macam mana x pula di ceritakan, mungkin ke piramid tu reflektif yang pantul hanya reflection pokok dan kita hanya boleh nampak pokok je kat hutan simpan tu. Waallahualam. Saya dan suami akan ke Taman Negara nanti, saja la jalan-jalan. Agaknya leh jumpa ke? Sahih ke tak? Waallahualam.

    BalasPadam
  6. di situ jyga terdapat cahaya seakan-akan bola turun naik...hanya berlaku dalam bulan 12..hehehe sama mcm kat kbun atuk sye plak...

    BalasPadam
  7. dekat mana boleh jumpa lamarakh ni...

    BalasPadam
  8. i like ur blog. n btw, aku rasa cite ni mcm 50:50 je ant percaya n xpercaya je. slmt menunaikan haji. - makcik poppy kg pisang

    BalasPadam
  9. Lambang mata dengan pyramid...kekuasaan keatas teknologi yg tak tercapai dek aqal..so..siapakah dajjal sbenarnya? ??

    BalasPadam
  10. semua dajjal... teknologi mana ade kuase.... Allah...kuasa... makhluk langsung x kuasa.... semuanya drpd Allah minta pd Allah. dunia sementara akhirat kekal abadi.... hanya sunnah nabi ada kejayaan dunia dan akhirat... tidak Allah jadikan dunia ini hanya kerana nabi Muhammad s.a.w...

    BalasPadam
  11. This is what I'm talking about...masalahnya mengapa pyramid2 berbagai bentuk ini ada dimana2 sahaja dalam dunia ini?...siapakah atau kaum apakah yang mencipta pyramid2 ni?...untuk apakah kegunaannya?...apakah kepentingannya dengan binaan pyramid2 tersebut?...inilah persoalan2nya yang misteri dan tidak diketahui lebih tepat sehingga kini...

    BalasPadam