Jumaat, 10 Februari 2012

Sejarah di bulan [TB 5/13]


Sedikit peringatan sebelum membaca Part 5 ini. Kisah yang diceritakan di sini akan menjadi semakin pelik dan mungkin berbau fantasi. Jika anda tidak sanggup mendengarnya... eloklah ditamatkan pembacaan anda di sini.

Menyambung daripada kisah Part 4, sebelum peperangan tercetus di zaman Kumpulan Ketiga Al-Bashar.... mereka iaitu Kumpulan Pertama dan Kedua al-Bashar hidup dalam keadaan harmoni dan tiada kekacauan besar. Mereka ditadbir oleh keturunan raja yang amat bijaksana. Keturunan ini bernama Appoloc. Keistimewaan keturunan Appoloc ini ialah mereka berkebolehan di dalam kedua-dua teknologi yang disebutkan sebelum ini.

Hanya apabila raja terakhir daripada keturunan ini mati, kekacauan mula timbul menyebabkan mereka membentuk dua negara yang besar iaitu Atalan dan Lamarakh. Mujur, konflik ini serta merta reda apabila mereka menyedari masih ada lagi keturunan Apolloc yang hidup. Dia bernama Helions.

[Nota 1: Pada waktu ini, mereka juga telah lama tahu tentang keistimewaan Bulan dan istana raja keturunan Appoloc memang telah lama bertapak di Bulan]

[Nota 2: Mungkin ada yang tertanya-tanya bilakah mulanya Kumpulan Al-Bashar ini menyedari keistimewaan Bulan dan mendirikan istana raja Appoloc di situ. Untuk menceritakan kisah ini... amat panjang. Mungkin cerita ini boleh dikongsi secara berasingan di dalam siri posting yang lain]

Ok... sambung balik. Sebaik sahaja Helions ditabal menjadi raja, timbul pula isu baru di mana kedua-dua negara mahu memastikan kepentingan mereka di Bulan. Isu ini timbul kerana Helions berdarah campuran Appoloc dan Lamarakh. Maka sudah tentu negara Atalan bimbang mereka akan dipinggirkan kelak daripada menikmati keistimewaan Bulan sekiranya Helions dilantik menjadi raja.

Untuk menyelesaikan isu ini, negara Atalan dan Lamarakh telah bersetuju untuk mengikat satu perjanjian. Di antara perkara2 lain, di dalam perjanjian ini mereka bersetuju untuk memilih wakil-wakil daripada kedua-dua negara untuk membentuk satu kerajaan bersama yang akan mentadbir dan menjaga kepentingan masing-masing Bulan. Nama kerajaan ini masih dikekalkan dengan nama Kerajaan Appoloc mengambil sempena nama keturunan yang memang telah menjadi raja dan pemerintah semenjak zaman Kumpulan Pertama dan Kedua Al-Bashar lagi.

Secara ringkas, berikut ialah nama2 mereka yang telah terpilih untuk membentuk kerajaan Appoloc baru ini:

Ketua Kerajaan Appoloc: Helions (berdarah campuran Appoloc dan Lamarakh. Dia dilantik menjadi raja kerana dialah satu2 nya lelaki yang berketurunan Appoloc yang masih hidup)

Wakil Kerajaan Appoloc daripada negara Atalan: Lelaki – Ratoth, Siriso dan Min; Perempuan – Bendias Artems, Xauhqi Coyol dan Dianess Zuss.

Wakil Kerajaan Appoloc daripada negara Lamarakh: : Lelaki – Horath, Saith dan Duau ; Perempuan – Mawuo Mao, Duanas Ranas dan Ayumas Isya.

Sekiranya anda perasan, nama2 yang mirip dengan nama2 wakil kedua-dua negara ini telah digunakan sebagai nama2 tuhan atau dewa di dalam banyak kepercayaan Pagan dan agama dahulu kala di dalam tamadun2 manusia seperti tamadun Maya, Aztech, Rom, Greek dan lain-lain lagi. Kenapa agaknya yer?

Buat sementara, segalanya berjalan lancar sehinggalah sampai pada suatu masa Helions telah mati dan tidak meninggalkan waris keturunan Appoloc. Pada waktu ini bermulalah perang besar yang menumpahkan banyak darah di Bumi dan di Bulan.

Untuk menggambarkan sedikit sebanyak tentang dahsyatnya perang ini... Bulan yang dahulunya sebuah planet yang menyerupai Bumi hancur lebur sehingga atmosferanya menjadi amat tipis. Juga, Bulan yang dahulunya seperti Bumi berputar mengikut kadarnya telah berhenti berputar di mana seperti yang kita lihat hari ini... Bulan sentiasa menghadapkan muka yang sama sahaja kepada Bumi.

Sebagai balasan ke atas perbuatan Al-Bashar yang menumpahkan darah dan perbuatan yang mendatangkan kerosakan ini... satu malapetaka telah diturunkan di Bumi. Pernah dengar tentang Peralihan Kutub Bumi atau “Earth Polar Shift” ? Inilah yang berlaku. Walaupun demikian masih terdapat saki baki Al-Bashar yang Allah telah izinkan terselamat daripada bencana ini. Keturunan mereka masih hidup bersama dengan keturunan kita Al-Insaan sehingga ke hari ini. Manakala di Bulan pula, masih lagi ada keturunan Al-Bashar yang terselamat juga. Merekalah yang menduduki di bahagian yang digelar “The Dark Side of the Moon” iaitu bahagian Bulan yang tidak menghadap ke Bumi. Warga Atalan yang yang terselamat menduduki 18 buah struktur berbentuk piramid dan warga Lamarakh yang terselamat menduduki 81 buah struktur berbentuk kubah. Mereka kini tidak lagi berperang di antara satu sama lain menyedari perbuatan mereka yang melampau dahulu dan telah pun mendapat balasan Allah.

Jadi apa kaitannya dengan NASA dok suka nak buat “trip” ke Bulan pula? Nanti akan dijelaskan di dalam Part 6.

Apa yang sedang berlaku kini ialah, warga Atalan yang terselamat di Bumi telah mengulangi lagi kesilapan mereka dahulu. Mereka masih memusuhi warga Lamarakh yang terselamat. Tidak cukup dengan itu, mereka juga memusuhi keturunan kita iaitu Al-Insaan yang telah menggantikan Al-Bashar sebagai khalifah baru di Bumi.Untuk tujuan ini, mereka telah mengikat perjanjian baru dan bersekongkol dengan geng2 jahat di bawah pimpinan Syaitan dan Dajjal bagi memusnahkan saki baki warga Lamarakh (di Bulan dan Di Bumi) dan menghancurkan keturunan Al-Insaan.

[Nota 3: Walaupun warga Atalan di Bumi masih belum insaf, warga Atalan di Bulan pula berbelah bahagi sama ada mahu menurut atau pun tidak agenda warga Atalan Bumi ini. Warga Lamarakh di Bulan dan di Bumi pula sentiasa mengambil tindakan kawalan supaya warga Atalan Bumi tidak dapat mempengaruhi warga Atalan di Bulan yang memegang kunci kepada teknologi terhebat mereka yang berlandaskan Sains dan Ilmu Dunia Fizikal.]


(Insyaallah... bersambung)

20 ulasan:

  1. salam sye nak tye dari mane admin dapat sumber ni klau boleh tahu bleh x emel kat sye sumber yg admin dapat ni...

    BalasPadam
  2. kimhafiz09@yahoo.com ni emel sye...sye harap admin boleh berkongsi...:)

    BalasPadam
  3. Dalam cerita Naruto sekarang tga hangat pasal mission memanipulasi bulan oleh madara dan obito utunk menjadikan bumi sebuah fantasi*syurga dunia* .eh name aku hehe.

    BalasPadam
  4. elok dijadikan movie. tapi pengarah kena power la. jgn sia2kan jalan cerita ini. menarik untuk makluman semua. mat salleh dah lama buat movie cara berkias. kita buat direct amacam?

    BalasPadam
  5. Salam. Saye jugak berminat nk tau mane admin dpt sumber..email sye faizjoharpazi@gmail.com

    BalasPadam
  6. salam, saya juga nak tahu dari mana sumber yg admin dpt maklumat. Baru2 ini saya ada menonton di youtube (boleh cari di youtube "Spirit Science MOVIE SERIES"), Dari teorinya mula 2 saya rasa cam karut je..., kemudian saya terjumpa blog anda... cuma bezanya mereka mengatakan pada suatu masa dahulu ada bangsa yg tinggal di planet marikh... e-mel saya shah.zack.91@gmail.com.

    BalasPadam
  7. salam saudara.. nk tny dr mne dpt sumber.. bleh email x m.safwanzainal@gmail.com.. please & tq

    BalasPadam
  8. salam saudara.. nk tny dr mne dpt sumber.. bleh email x m.safwanzainal@gmail.com.. please & tq

    BalasPadam
  9. salam..permintaan yg sama bro,ttg sumber.my email a_10k@yahoo.com. tq bro

    BalasPadam
  10. salam. bro kalau boleh sy pun nak benda please. pleasee. hehe. email : izzatremi@gmail.com

    BalasPadam
  11. adakah bangsa2 yg dikatakn itu lngsung tidak beribadat dn tiada agama,sedangkn malaikat dn jin pn bribadat kpd allah sejak azali,,pstu plak xde lngsung kisah2 drpd alquran dn hadis yg cter psal ni,jgn kte kisah,kias2 pn xde,lu tipu gua ke bro??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Adakah dalam artikel di atas mengatakan mereka tidak beribadat?

      Langsung tak ada kias, kena masak nasi guna air+beras.. So, sapa tipu anda supaya masak nasi guna beras+air? Think..

      Padam
  12. Bro ajaque rahman dr sumber mana anda dpt? Boleh ke email kt saya di ringilera77@gmail.com

    BalasPadam
  13. salam saudara ajaque....
    insya allah saya cuba 'proses' segala maklumat dlm blog ini dgn open mindednye dan sedikit sebanyak terjawab la beberapa soalan yg bermain dlm kepala saye selama ni...
    saya agak teruja membace blog saudara ini terutama pasal bermuda triangle yg penah diceritakan oleh seorang ustaz ketika saya di sekolah menengah dlu...cerita dia sama je dgn apa yg ada di blog saudara....

    tapi saya nak lari topik sikit niyh....
    saya byk baca pasal tengkorak hablur yg dikatakan sebenarnya alat komunikasi atau alat record dari mahkluk2 di angkasa atau bahasa ringkas saintis barat ni UFO la....
    baru2 ni pun history channel ade tayangan pasal tengkorak hablur ni yg dikatakan jika dikumpul semua 13 tengkorak ini dari seluruh dunia akan tercipta satu dunia baru...dan para pengkaji ni pun sibuk la nk kumpul 13 ketul crystal skulls ni cepat2 supaya dapat mencipta dunia baru bagi manusia sekarang yg dikatakan dalam keadaan kritikal (ntah ape yg dimaksudkandgn kritikal tu pun xtau la) dan seperti biase la konklusi yg diorg nk asak dalam kepala otak penonton kononnya kemungkinan UFO la pencipta segala dan macam2 lagi la idea dorg yg nk bodohkan orang....
    mungkin ke tengkorak hablur yg dikatakan terkandung segala maklumat teknologi dan sebagai alat record "UFO" ni benar? atau ade kene mngena dgn makhluk yg NASA nak sgt sorok dari kita seperti yg saudara ceritakan? atau ade agenda laen utk memesong dan memperbodohkan kita?

    diharap kalau saudara ada maklumat yg bole dikongsikan pasal ni mohon dikongsi..bunyi mmg mcm mngarut bin tahyul tpi ape salahnye kalau kite mengkaji supaya tidak diperbodohkan lagi .wallahualam....

    BalasPadam
  14. abg ajaque dpt sumber dr mana?bleh tak e mail kt saya syameel29@gmail.com
    tq :3

    BalasPadam
  15. Salam. Saye jugak berminat nk tau mane admin dpt sumber..email sye honeynottybo@gmail.com

    BalasPadam
  16. Sumber bgtau kat sini xleh ke? Knp mesti beremail pula? Adehh
    Klu bg email admin layan ke? Ekeke

    BalasPadam
  17. Saudara ajaque,apakah jenis senjata yg digunakan dlm pertempuran itu? Teknik perang yg digunakan? Macam starwars ke?

    BalasPadam