Rabu, 15 Februari 2012

Siapa lagi? [TB 12/13]

Bermula daripada Part 1 hingga Part 11, rasanya tidak keterlaluan jika dikatakan saya telah menghujani anda dengan maklumat2 yang luar biasa, aneh dan amat jarang diambil serius. Malah bagi kebanyakan orang terutamanya yang skeptik pasti merasakan hal2 sebegini adalah gila atau mengarut semata2 dan setaraf dengan kisah2 dongeng dan mitos. Bagi anda yang masih sanggup untuk meluangkan masa dan sudi memberi ruang untuk berfikir tentang perkara2 ini.... marilah kita menyambung sedikit lagi.

Di akhir Part 11, kita dah pun menyenaraikan saki baki tujuh Bangsa terdahulu yang masih hidup bersama2 dengan kita (Al-Insaan) di Bumi hingga ke hari ini iaitu:

i. Bangsa Polippa Al-Hin;
ii. Bangsa Polippa Al-Bin;
iii. Bangsa Polippa Al-Tam;
iv. Bangsa Polippa Al-Ram;
v. Bangsa Al-Jin;
vi. Bangsa Al-Bashar Atalan; dan
vii. Bangsa Al-Bashar Lamarakh.

Adakah ini sahaja Bangsa2 yang masih wujud hingga ke hari ini?

Jawapannya.... sudah tentu tidak. Terdapat puluhan lagi Bangsa2 yang terselamat dan telah meneruskan kelangsungan hidup mereka semenjak jutaan tahun lagi. Al-maklum... Bumi ini sudah sangat tua. Saya tidak dapat bayangkan bagaimanakah reaksi mereka yang skeptik ini sekiranya saya mula bercerita pula tentang semua puluhan Bangsa2 ini. Cerita2 tentang kewujudan tujuh jenis Bangsa sebelum ini sahaja pun sudah cukup untuk menyebabkan ruangan “FB Private Message” saya dipenuhi dengan kata2 mengejek dan berbentuk perlekehan. Tidak kurang juga kata2 nasihat yang menyuruh saya kembali ke dunia realiti.... ya... realiti yang fana atau palsu... Itulah realiti menurut definisi mereka yang tidak mempercayai perkara2 yang halus ini.

Untuk memburukkan keadaan lagi, keberadaan Bangsa2 ini pula dirahsiakan dan ditutup oleh geng2 jahat melalui program2 “information censorship” mereka. Program2 ini telah lama dikuatkuasakan semenjak beribu2 tahun lagi di kalangan pemegang2 tampuk pemerintahan negara, di kalangan komuniti saintis dan akademia hinggalah kepada kawalan informasi masakini yang dijalankan secara paksa melalui kuasa kepolisan, ketenteraan dan kumpulan2 pelbagai huruf mereka seperti CIA, KGB, MI6, dsb diterajui oleh the Head of Jesuits. Minda kita pula telah diasuh semenjak kecil lagi dengan sistem pendidikan mereka. Tidak cukup dengan itu, minda kita dilobi pula dengan program2 berita dan informasi tajaan mereka disusuli dengan persembahan2 hebat Hollywood dan rangkaian televisyen serta media mereka.

Ini semua membawa kepada satu situasi yang bagaimana?

Untuk permulaan, cuba bayangkan sekiranya anda ialah salah seorang pembuat keputusan di dalam pentadbiran geng2 jahat. Anda tentu sedar yang geng2 jahat anda sudah menguasai hampir semuanya... harta, duit, sistem ekonomi, sistem pendidikan, kuasa ketenteraan, teknologi sains dan sistem kekuasaan pemerintahan negara2 di seluruh dunia ini. Kenapa anda masih lagi tidak berani beroperasi secara terang-terangan dan menghapuskan terus sesiapa yang menghalang anda? Bukankah anda berkuasa untuk melakukannya sekarang? Apa yang menyebabkan anda masih belum lagi bertindak?

Sebenarnya, geng2 jahat ini masih tidak berani lagi melakukan tindakan penyudah mereka kerana dua perkara:

i. Populasi Bumi yang terlalu ramai – Pada masa ini (setakat awal tahun 2012), populasi Bumi telah melepasi 7 Billion orang. Sekiranya geng2 jahat (yang tak sampai 5% populasi ini) mengambil keputusan untuk menguatkuasakan kehendak mereka secara paksa, pasti mereka tidak akan sanggup ditentang oleh jumlah populasi yang ramai ini. Mereka perlu melakukan beberapa tindakan persediaan terlebih dahulu seperti mengurangkan populasi Bumi atau setidak-tidaknya melemahkan populasi Bumi dengan jalan peperangan, kebuluran, penyebaran penyakit dan pelbagai sekatan terhadap kelompok2 tertentu.

ii. Kewujudan puluhan Bangsa2 terdahulu – Geng2 jahat sedia maklum tentang kewujudan Bangsa2 terdahulu ini yang mempunyai pelbagai kebolehan luar biasa. Mereka sebenarnya amat bimbang kalau2 Bangsa2 ini masuk campur dan mungkin akan menyokong rakyat Bumi menentang Syaitan, Dajjal dan konco2 nya jika mereka bertindak sekarang. Maka, geng2 jahat ini pun sebenarnya ada program2 tertentu untuk menjejaki Bangsa2 terdahulu ini bagi menghapuskan mereka (Ni pun kalau nak cerita... bunyi nya pasti amat di luar akal :P).

Cuba bayangkan alam semesta yang sebegini luas dengan banyaknya ruang2 dimensi yang kita tidak ketahui; adakah wajar sekiranya kita mengatakan hanya kita sahaja yang ada di sini?

Persoalan seterusnya ialah... hebat sangatkah kemajuan sains dan teknologi yang kita telah capai kini sehingga kita dengan penuh yakin menidakkan sebarang kewujudan makhluk2 lain?

Adakah jika sesuatu perkara itu tidak dapat kita lihat, dengar, sentuh, hidu dan rasa.... kita mengatakan ianya tidak wujud? Contoh mudah ialah jika kita mengkaji mata kita sendiri yakni deria penglihatan kita.... ianya hanya mampu melihat tidak sampai 0.01% daripada spektrum atau julat cahaya yang wujud. Ini bermakna 99.99% spektrum cahaya langsung kita tidak sedari wujudnya tanpa menggunakan peralatan2 sains.

Dan akhir sekali, kenapa agaknya bila ada orang yang mengkaji dan menghebahkan perkara sebegini akan dihentam oleh orang2 di sekeliling mereka yang telah terasuh dan terdidik dengan sistem yang sedia ada?

Dalam Part 13 kelak... iaitu Part yang terakhir... saya akan cuba kongsikan beberapa lagi perkara berkaitan yang pasti akan berbunyi sangat2 radikal terutamanya bagi golongan skeptik. Sebelum itu, rasanya saya perlu mengambil masa sedikit bagi membuat moderasi yang terperinci sebelum membuat posting terakhir nanti.


(Insyaallah... bersambung)

22 ulasan:

  1. Teruskan perjuangan saudara, pedulikan mereka. Saya lewat menemui blog ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. uiks...shah kat sini.. hehehe

      Padam
    2. Sye pn lmbat jgk ni.. ape2 hal truskn prjuangn lu br0.. waa skong lu dri bwah..

      Padam
    3. teruskan.. bro. sa sokong ko dari tepi.. heheheheh

      Padam
  2. tak sangka owner blog military pun minat kisah2 lagenda nih. dua2 blog ni aku suka. teruskan menulis.

    BalasPadam
  3. sini rupanya sumber utk post terbaru shahpaskal

    BalasPadam
  4. ini ilmu yang cukup tua, mereka adalah makluk allah, saya percaya kisah ini.... dalam quran ada sebut

    BalasPadam
  5. Mmg byk org yg berilmu tp bodoh, sdikit org yg bodoh tp berilmu.. Bodoh kita kpd Pencipta.. Tuan truskn usaha suci&murni tuan.. Sy xknal tuan tp sy percaya apa tuan buat. Mrk tlh dlatih bhw 1+1 jumlahnya 2, sdgkn jumlahnya bole jd 3,4,5,.. Betul ke? Gila ke? Hehe.. Bukan mudah utk PERCAYA DI DALAM LAUTAN FITNAH!!! Melainkn yg mdpt.....

    BalasPadam
  6. Teruskan....Naluri banyak persoalan yang sejak di bangku sekolah menjadikan akhirnya hari ini, saya menemui blog ini.

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah....buka sikit minda

    BalasPadam
  8. Biarkan katak dgn tempurungnya hanyut dibawa arus longkang

    BalasPadam
  9. Teruskan usaha saudara... Minda Bercambah Ilmu Bertambah...

    BalasPadam
  10. Harap semakin banyak lilin yg dapat dinyalakan...

    BalasPadam
  11. Dahsyat!!lapisan yang sangat2 lampua.....

    BalasPadam
  12. Dasyat mmg dasyatt..Allah Maha Besar yg menjadikn 7 petala langit n bumi...tak mungkin al ihsan saja yg tinggal..

    BalasPadam
  13. Saya pun kaji mcm awk.. Fikiran kite sama.. Tp ape yg pting ilmu.. Sgt luas.. Awk sgt bgus krn berani bercerita dan berkongsi hal yg sepatutnya kita kena blaja dan cari.. Al-quran kunci segala2nya. Kpd sesiapa yg anggap ini mitos, cerita kartun, atau karut..truskanlah anda xrugi pun.. Sbb fikiran anda semua telah di manipulasikan oleh mereka yg xsepatutnya..

    BalasPadam
  14. Agak pelik...bahawa para alim ulama atau ustaz2 kita kat Malaysia ni jarang atau tidak pernah langsung mahu menyentuh bab2 sedemikian untuk pengetahuan umum...kalau dibandingkan di Indonesia, ustaz2 mereka secara terbuka akan membincangkan kisah2 sedemikian berserta kisah2 akhir zaman...

    BalasPadam