Isnin, 27 Februari 2012

Rahsia Kitab Kabbalah (Al Insaan 4/7)

ASAL-USUL TENTANG BAGAIMANA FIKIRAN AL-INSAAN DIPENJARAKAN OLEH SEJENIS MAKHLUK?
[Part 4 of 7]

Sebelum kita sambung mengenali “Aslaik La”, cuba perhatikan dulu ayat ini.

[Surah Al-Israa’, Ayat 84] Katakanlah (wahai Muhammad): “Tiap-tiap seorang beramal menurut pembawaan jiwanya sendiri; maka Tuhan kamu lebih mengetahui siapakah (di antara kamu) yang lebih betul jalannya”.

Saya mengutarakan dulu ayat ini supaya boleh kita renung2 dan fikir2 kan. Apa yang saya tulis sebagai posting2 di dalam album NWO ini ialah interpretasi maklumat2 yang saya dapat melalui pembawaan jiwa saya. Sekiranya ada di antara anda yang berbeza pendapat, terpulanglah kepada anda dan saya tidak memaksa anda untuk melihatnya. Sedikit peringatan lagi, posting kali ini dan posting2 seterusnya di dalam siri ini akan membawa isi2 dan kandungan2 yang berat2 dan diharapkan sekiranya anda tidak mampu menanggungnya, tutuplah segera posting ini yer :P

“Aslaik La” dijadikan daripada bahan yang dipanggil “Ketiadaan” atau “Nothingness”. Terkejut? Tidak faham? Meragukan? Ya, saya pun sama sahaja ketika mula2 mendengar tentang hal ini. Saya mengambil masa yang agak lama juga untuk memahami dan menghargai bahan “Ketiadaan” ini.... di mana sesuatu itu tidak boleh ada tanpa adanya “Ketiadaan”.

[Nota: Rasanya elok la anda berhenti membaca dahulu di sini dan cuba fahamkan dulu perenggan ini. Setelah anda rasa agak2 sudah dapat menangkap dengan jelas apa yang diterangkan di sini, boleh la pembacaan anda disambung semula].

Sebenarnya, ada banyak lagi makhluk Allah yang setara kompleks nya dengan “Aslaik La” ini. Contoh makhluk2 yang setara dengan “Aslaik La” ialah..... “Masa”, “Ruang”, “Cahaya”, “Graviti”, “Kalam”, “Lauh Mahfuz” dan “Tenaga”. Ya... semuanya ini adalah makhluk2 Allah jua dan terlalu kerap ilmuan2 dan saintis2 hari ini menyalah anggap di mana mereka sama sekali tidak mengiktiraf semuanya ini sebagai makhluk2 Allah. Sebaliknya mereka menyangka yang semua ini sebagai sesuatu yang lain. Justeru, bagaimanakah sebenarnya kita hendak memahami struktur alam sejagat ini untuk mengenali dan membezakan kewujudan semua makhluk2 Allah? Sebenarnya, ada banyak kitab2 yang menerangkan hal2 sebegini.

Walaupun memang ada banyak kitab2 yang boleh menerangkan struktur keseluruhan alam sejagat yang mengandungi berlapis2 dimensi, di dalam posting kali ini saya hanya ingin berkongsi tentang sebuah kitab sahaja. Kitab ini telah sekian lama dipandang serong oleh masyarakat umum kerana hasil manipulasi geng2 jahat. Kitab ini bernama Kitab Kabbalah. Kadang kala ia digelar sebagai “The Book of Jewish Magic” dan banyak lagilah gelaran2 yang memusykilkan telah diberi untuk kitab ini (boleh sahaja anda google di internet untuk melihat puluhan nama2 lain bagi Kitab Kabbalah serta ajaran2 nya).

Kitab Kabbalah sebenarnya adalah sebuah kitab lama yang digunakan oleh semua 96 Bangsa2 terdahulu yang telah disalin semula oleh cendekiawan2 di zaman pemerintahan Nabi Sulaiman a.s. Malangnya, hari ini jika anda cari di internet atau rujukan2 moden yang lain tentang Kitab Kabbalah... anda akan menemui maklumat2 yang telah diselewengkan habis-habisan oleh geng2 jahat. Tujuan penyelewengan besar-besaran ini ialah tidak lain dan tidak bukan bagi memastikan fikiran kita Al-Insaan sentiasa terpenjara. Geng2 jahat juga mahu memastikan kita kekal mengikut telunjuk mereka dalam keadaan tidak menyedari apa yang sebenarnya berlaku.

Geng2 jahat juga maklum, dengan kedatangan Nabi Muhammad saw serta turunnya Al-Quran, Al-Insaan akan dibebaskan daripada belenggu dan penjara fikiran ini sekiranya benar2 menghayati ajaran2 Islam yang boleh merungkai semua persoalan2 yang terbuku di benak minda, fikiran dan hati kita.

Untuk makluman anda, Kitab Kabbalah yang asli adalah tidaklah berapa tebal... hanya setebal majalah2 hiburan yang biasa kita baca sahaja. Walaupun demikian, isinya mengandungi banyak sekali ilmu2 yang telah terkumpul dan digunakan semenjak zaman-berzaman daripada Bangsa2 terdahulu. Dalam Kitab Kabbalah asli (versi salinan zaman Nabi Sulaiman a.s.), ianya dipenuhi rajah2 geometri dan simbol2 sahaja. Setiap helaian mempunyai beberapa jenis kombinasi tekstur tertentu yang jika ditelusuri dan disentuh dengan jari atau kulit kita akan mengajarkan kita ilmu2 yang tidak boleh dijelaskan dengan bahasa pertuturan. Setiap helaian juga mempunyai bau-bauan yang mengandungi ilmu2 dan di helaian2 tertentu boleh dijamah dengan lidah bagi merasai sesuatu jenis rasa yang juga boleh menyampaikan maklumat2 yang tidak boleh kita bayangkan pada masa kini. Di permukaan2 tertentu kitab ini pula, kita boleh meniup dan ia akan mengeluarkan bunyi yang hebat serta boleh juga menyampaikan ilmu2 dan maklumat2 tertentu. Perkataan atau ayat hanya tertulis sedikit sahaja dalam bahasa Hebrew atau Ibrani. Tiada pengetahuan khas diperlukan bagi memahami isi2 kitab ini. Semua manusia boleh mentelaah kitab ini dengan mudah. Bolehkah anda bayangkan? Kini, kitab ini telah jatuh di tangan geng2 jahat. Untuk makluman anda, Dajjal mempunyai satu salinan peribadi kitab ini.

Saya faham, untuk kebanyakan kita, maklumat yang diceritakan di sini adalah terlalu berat untuk diproses oleh minda dan fikiran kita. Seperti biasa, fikiran anda tentu akan mengasak-asak dan tertanya-tanya daripada sumber manakah saya mendapat maklumat2 gila sebegini. Saya tahu, kita manusia moden telah lama melabelkan maklumat2 sebegini sebagai fantasi dan illusi. Inilah yang dimahukan oleh geng2 jahat.

Seperti posting2 saya yang terdahulu, polisi saya tetap sama untuk tidak mendedahkan sumber2 saya kerana sebab2 tertentu. Saranan saya ialah, cuba bukakan minda, fikiran dan hati anda dalam menimbangkan hal2 ini.

Wallahulam

19 ulasan:

  1. anda sgat beruntung kerana dapat informasi tentang ini..

    BalasPadam
  2. boleh saya tahu, selain kitab kaballah, kitab apa lagi yang ada ilmu2 atau cerita mengenai bangsa2 terdahulu?

    BalasPadam
  3. Adakah nombor dalam kitab kabbalah ni boleh dijadikan sebagai satu jenis sihir???

    BalasPadam
  4. jadi dajjal ada satu salinan asal kitab kabbalah. selain dari tu...? musykil gak, pada masa sama nak tahu macam mana "rupa" sebenar kitab ni...

    BalasPadam
  5. adakah kitab kaballah ini sama ngan "voynich manuscript"?????????

    BalasPadam
  6. maknanya anda juga mempunyai satu kitab kabbalah yg ori..klau x apsal mcm2 bleh tau...xkn dengar criter org.. sebagi manusia biasa saya musykil dan fitrah sbagai manusia utk ragu2 dengan kenyataan sesiapa pn wlaupn benar....sbb saya x kenal tuan blogger..nk keluarkan hadis pn kene tahu latar belakang perawinya..ini kn pula nk percaya dengan org yg saya tidak pernah tgok pn wajahnya...jgnla marah dgn org yg x percaya...bknnya menjejaskn ilmu anda pn..x semestinya org yg x percaya x paham ape yg nk disampaikan..x payahla berdakwah klau takut kene hina..

    BalasPadam
  7. Sy teruja membaca posting saudara, tetapi jika kita fikirkan.. timbulnya tok2 guru, imam2 kita semua ni dari ilmu yg pernah diturunkan oleh Nabi Muhammad S.A.W kepada sahabat2 baginda. itu lah sebenar2 GURU atau PETUNJUK utk kita ikuti. Soalan sy, adakah segala info disni merujuk dari hadis2 Sahih baginda? Sbb itulah GURU kita yg paling teratas kerana tiada manusia lain yg berada diatasnya. Segala Ilmunya diturunkan dengan wahyu dari Allah S.W.T melalui Jibril. Sy tidak memperkecil ilmu saudara kerana pada sy ia sudah menyentuh perkara ghaib. Kalau info disni telah menjangkau lebih dr yg pernah diberitahu oleh Nabi kita Nabi Muhammad S.A.W sy rasa elok kita renungkan kembali. Jika sememangnya info disini sememangnya mengikuti dr segala hadis yg sahih sy rasa ia elok sebagai pembacaan. Tetapi jika ia hanya dari kajian orang mengenai maksud Al-Quran elok la kita fikirkan. Soalan sy lagi.. adakah ada manusia lain yg lebih memahami maksud Al-Quran dari baginda Nabi Muhammad S.A.W? Sekian

    BalasPadam
  8. Encik...ooooohh Encik,... Saranan encik adalah "cuba bukakan minda, fikiran dan hati anda dalam menimbangkan hal2 ini". Tapi, sumber rujukan, maklumat dan kesahihannya encik nak rahsiahkan. Blog ini, kalau sekadar bacaan untuk orang yang berfantasi, sangat baik. tapi untuk bacaan ilmiah atau menambah pengetahuan, blog ini membuang masa dan sesat lagi menyesatkan. beramal/belajar tanpa guru, bererti mengundang padah, sama la juga dengan berkata sesuatu tanpa sumber/rujukan seperti menjatuhkan nilai pengetahuan yang encik perolehi. encik tak semestinya perlukan bukti untuk perbincangan ilmiah, tetapi sumber maklumat/rujukan. antara fungsi rujukan/sumber adalah menjadi pendorong kepada pengkaji lain untuk turut sama membongkar ilmu yang ada. kerana rujukan seringkali wujud dalam satu rantaian yang panjang dan masa yang berbeza, dan menunggu masa untuk dijejaki (kalau la encik faham). tetapi apa yang encik sajikan di sini, sama la seperti komik pedang setiawan atau dragon ball. budak-budak baru belajar boleh lerr.. kalau encik dapat maklumat dari buku ISA DAWUD atau mana-mana JIN, encik sepatutnya ingat bahawa sejahat-jahat manusia adalah sebaik-baik jin. pembohongan dan tokok tambah adalah ciri penyampaian maklumat mereka. rujuk hadis2 yer.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tidak perlu merendahkan orang lain jika anda tidak bersetuju. Agree to disagree. Saya juga ingin bertanya apa pula sumbernya tentang sejahat jahat manusia adalah sebaik baik jin? Cuba baca penjelasan dlm link di bawah:
      http://www.al-ahkam.net/home/content/pnerngn-hdis-sebaik-baik-jin-adalah-sejahat-jahat-manusia

      Padam
    2. Sejahat2 manusia setakat saya tahu adalah firaun. Siap mengaku tuhan lagi..
      Kan ada Jin Islam. Adakah diaorg jahat mcm firaun sehingga mengaku sebagai tuhan? (Dah encik panakz kata sejahat jahat manusia adalah sebaik baik jin)

      Mengelirukan betul la. aduyai.

      Padam
  9. blog ilmu pon bole jd panas. ni blom politik ni. hahaa! ape pon tq sbb share!

    BalasPadam
  10. Penulis memohon maaf kerana tidak dapat menyajikan rujukan atas sebab2 yg tidak dapat dielakkan. Jika pembaca ingin mengambil post ini sbg fantasi, maka itu hak pembaca. Tiada paksaan.

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum. .. apebila sy membace dgn hati yg terbuka... sy faham dan percaye kerana tiada yg mustahil bg Allah dlm mencipta apa sahaje...

    Semasa baginda nabi kita Muhammad s.a.w diturunkan wahyu... kemudian baginda menyampaikan kepada umatnye... buat pertama kalinya... adakah org di sekeliling baginda percaye??? Bahkan mereka siap meminta... mana bukti dan rujukannya??? Sekiranya anda meletakkan diri anda disana... adakah anda percaye dgn kate2 si pengembale kambing yg tidak beribu dan ayah n tidak juga kesekolah??? Baginda bercerita berjumpa jibril a.s dan menerima wahyu... apakah bukti sumber rujukan yg baginda lampirkan smpi org kambpung baginda sndr menggelar baginda ni gila... (SY XSAMEKAN PENULIS DGN NABI KESAYANGAN SAYE... cuma situasinye boley kita ambil iktibar...

    Sy ign bertanye... jika akan datang akan ade seorang manusia mengaku bahawe die adalah imam mahadi... adekah anda akan percaye??? Sebabnye anda/kita/sy sndr xkenal wajah sebenar imam mahadi... jadi... jangan lah mempertikaikan ape yg telah disampaikan dr org yg kita xkenal... jika was2... kembali kepada yg maha Esa...
    Wallahualam

    BalasPadam
  12. untuk percaya, mula2 mesti kena x percaya..sama mcm untuk ada, mesti kena x ada dulu...gua caya sama lu tuan penulis blog!!! sy baca semua yg tuan tulis dlm 1 hari dan sy hampir2 gila :D .. amat mencabar otak sy sbb cerita tuan lain dari yg lain... teruskan menulis....t.ksh!!

    BalasPadam
  13. Seperti juga kesah Nabi Muhammad SAW setelah pulang dari peristiwa Israq dan Mikraj bagi menerima Rahsia Solat.. Lalu dibangunkan dari tidur opah Siti Khodijah dan Imam Ali. Pertama2 mereka diajar ambil wuduk, lalu diajarkan bersyahadah bersaksi mengadakan pengakuan Ketuhanan Allah dan Kerasulan Nabi Muhammad SAW. Lantas Baginda bimbing mereka solat berjamaah, Nabi sebagai Imam, opah Siti Khodijah dan Imam Ali sebagai Makmum... Makanya manusia pertama beriman dgn Rasulullah SAW, memeluk Islam dan berbaiah terus dgn Baginda adalah opah Siti Khodijah dan Imam Ali yg maseh usia kanak2..

    Setelah Rasulullah SAW khabarkan peristiwa tersebut kepada ummatnya Bani Quraisy, adakah mereka percaya dan beriman mengaku Kerasulan Nabi SAW..?? Rata2 mereka ketawa tidak percaya, menafikan Kerasulan Nabi Muhammad SAW, melainkan seorang. Hanya Mr Burn and his gang dari puak "28 Kapir Quraisy" mengaku beriman, tetapi mahu dikasi ingat mesti "Ada makna." Muslihat mereka tidak lain "Ada udang disebalik mee".....

    Jawabannya sudah sekian lama tersirat terpendam seperti dlm Hakeqat Syahadah dan Rahsia Solat yg telah diajarkan oleh Rasulullah SAW. Wallahu'alam...

    BalasPadam
  14. Sebelum membaca Blog in sy dah lama mendengar tentang ini satu masa dahulu dari seorang guru yang tua. Saya sokong penulis... teruskan

    BalasPadam
    Balasan
    1. sumbernya tidak dapat di putuskan di sini , kerana ia sebuah kisah yang diperturunkan generasi demi generasi secara jujur...jika penulis memberitahu sumbernya dri kisah warisan,. ramai yang tidak akan menerimanya, namun kewujudan kitab adalah dari perturunan warisan juga

      Padam
  15. Segala ilmu-ilmu yang ada adalah milik mutlak Allah s.w.t termasuk ilmu sihir. Adalah kufur mengatakan ilmu - ilmu tertentu milik makhluk. Sebagai contoh, anda mengatakan ilmu sihir adalah ilmu syaitan dan datang dari Syaitan tetapi padahal Syaitan adalah makhluk Allah dan ia meminta ilmu tersebut untuk menyesatkan manusia. Jika ilmu digunakan untuk kearah kebaikan, maka ilmu tersebut boleh digunakan. Masalah dengan ahli sihir adalah kerana mereka menggunakan ilmu di jalan yang salah dan mengatakan ilmu sihir datang dari Syaitan padahal semua ilmu datang daripada Allah. Bukan bermaksud untuk menghalalkan ilmu sihir tetapi sesetengah ilmu yang disangkakan sihir seperti ilmu kebatinan Melayu dianggap syirik diamalkan padahal ilmu tersebut digunakan untuk membantu masyarakat sejagat. Ilmu sihir diharamkan untuk diamalkan kerana ilmu tersebut menjadi hitam disebabkan pengamal ilmu tersebut menyalahgunakan ilmu untuk memudaratkan seseorang. Sebagai contoh yang lain, ilmu agama merupakan satu kewajipan untuk masyarakat. Akan tetapi, jika pengamal ilmu agama menggunakan ilmu agama untuk mengejarkan pangkat dan kemewahan, maka ilmu agama tersebut akan memudaratkan si pengamal dan laknat Allah akan menimpa keatas orang tersebut. Inilah mengapa tasawwuf amat diperlukan bagi mengawal nafsu seseorang. Ini sekadar pandangan daripada saya.

    BalasPadam
  16. Aku bukan tidak setuju atau pun setuju mengenai topik2 yang dibincangkan oleh blogger ini...tetapi sebenarnya ilmu pengetahuan manusia pada sisi Allah adalah sedikit sahaja...namun begitu apa yang dibincangkan diatas berkenaan kitab kabbalah tidaklah mustahil ia ada kebenarannya...sebab kita manusia2 kini lebih suka mengikut ikutan logik akal fikiran yang memang pernah terjadi pada kaum2 yang lalu...contohnya ramai yang tidak percaya kepada mukjizat2 yang Allah kurniakan kepada rasul2Nya sehingga ada kaum yang meminta pada rasul mereka agar mereka dapat melihat Allah Yang Maha Perkasa dengan mata kepala mereka sendiri...akhirnya mereka binasa disambar petir...jika kita mencari ilmu...sesungguhnya 'ilmu' itu terlalu luas untuk diterokai oleh manusia...sehingga kita manusia tiada akan mampu menguasainya sebab ilmu itu sentiasa akan ada perkara2 baru yang akan muncul untuk dipelajari...sebab itu Allah kata ilmu pengetahuan manusia hanyalah sedikit sahaja pengetahuannya...wallahu'alam...Allah lebih mengetahuiNya...

    BalasPadam