Selasa, 21 Februari 2012

Penutup satu Permulaan [TB Part 13/13]


Di dalam Part 13 (Bahagian Akhir) ini, apa yang saya cuba lakukan ialah membuat perkaitan sebahagian maklumat2 yang telah lama saya simpan tapi bimbang untuk berkongsi. Ianya sukar disampaikan tanpa bercerita dahulu tentang hal2 yang terdapat di dalam Part 1 hingga Part 12. Saya tidak pasti apakah bentuk respon yang bakal diterima. Namun, setelah membuat moderasi yang terperinci, saya rasa sedap hati untuk menggunakan ruangan FB ini untuk membuat “test run”.

Diharapkan ianya dapat mencetuskan buah fikiran dalam mencari cara masing2 memahami apa yang telah dan sedang berlaku... mungkin juga dapat bersedia pula dengan apa yang akan berlaku. Terpulanglah pada anda... sama ada mahu menimbangkan atau pun tidak apa perkara ini secara serius. Seperti posting2 terdahulu, sudah tentu apa yang ada di Part terakhir ini pun bersifat radikal. Malahan... mungkin bagi sesetengah orang... ianya teramat2 radikal sekali.

Kerana ruangan posting FB adalah terhad... saya akan terus “straight to the point” sahaja tanpa konar sana dan konar sini lagi supaya dengan ruangan terhad ini, dapat saya muatkan apa yang saya hajatkan.

Anda sudah bersedia? Here we go...

[Nota: Dicadangkan anda baca perlahan-lahan perenggan2 selepas ini. Pastikan anda betul2 faham apa yang diperkatakan... jangan sampai salah faham pulak. Kalau perlu, ulang banyak kali sehingga faham... kalau masih tak faham jugak... mungkin anda membaca posting ini dalam keadaan lapar, mengantuk atau anda sedang mengalami keadaan “jiwa kacau”... :P]

Sebelum ini anda tentu pernah mendengar atau membaca tentang kisah Nabi Nuh a.s. Sewaktu berlaku banjir besar, bahtera beliau telah memuatkan insan2 terpilih serta makhluk2 lain yang juga terpilih. Cuma, apa yang tidak dicatatkan di mana2 buku setakat yang saya dah baca ialah tentang Bangsa2 terdahulu yang juga menumpang di dalam bahtera Nabi Nuh a.s. Apakah tujuannya mereka menumpang sedangkan mereka boleh sahaja menyelamatkan diri daripada banjir besar ini dek kerana ilmu2 dan kebolehan2 yang mereka miliki? Ya... mereka semua ada satu tujuan yang sama. Mereka mahu mengenali lebih dekat lagi tentang makhluk yang bernama Al-Insaan ini. Semua 96 jenis Bangsa2 terdahulu telah sepakat menghantar wakil masing2 di dalam hal mahu menumpang bahtera ini.

Dipendekkan cerita, setelah banjir besar berakhir, kesemua 96 wakil Bangsa2 terdahulu ini telah bersependapat dan sama2 bersetuju memang patutlah Al-Insaan kini menjadi khalifah di Bumi menggantikan Bangsa2 mereka. Ini kerana mereka kagum dengan kelebihan2 yang dipinjamkan Allah kepada Al-Insaan. Kerana ini, sebelum meninggalkan bahtera, mereka semua telah berdoa kepada Allah. Mereka meminta supaya kisah2 dan ilmu2 tentang Bangsa2 terdahulu ini tidak pupus hilang begitu sahaja tetapi diwarisi pula oleh Al-Insaan. Guess what? (sori... cakap omputih plak sikit). Doa daripada 96 Bangsa2 terdahulu ini telah dimakbulkan oleh Allah.

Ok... standby... di sinilah bermulanya maklumat yang saya rasa teramat2 radikal bagi sesetengah kita. Macam biasa... saya mohon hentikan pembacaan anda sekiranya anda merasakan saya telah melepasi batasan dan melampau.

Ada apa dengan nombor 96? Klu nya terdapat di dalam Surah ke-96 iaitu Surah Al-'Alaq. Semua orang tahu bahawa ayat2 di dalam Surah Al-'Alaq ialah wahyu pertama pertama diturunkan. Tetapi di dalam penyusunan Al-Quran, ia duduk sebagai surah yang ke-96. Ini kerana ia membawa kisah2 dan ilmu2 Bangsa2 terdahulu. Kalau nak dihuraikan semuanya tentulah tidak cukup ruangan di sini. Untuk itu saya akan menyentuh hanya tentang 5 ayat pertama sahaja yang membawa 4 perkara yang menjadi sebahagian daripada inti2 kepada ilmu2.

Sebelum bercerita lebih lanjut, saya mohon anda bersedia dengan terjemahan Al-Quran di sisi anda. Ini bagi membolehkan anda menyemak terus apa yang saya ceritakan tentang 5 ayat2 yang dimaksudkan.

Ayat pertama... Allah telah mengarahkan kita untuk Iqra’... bacalah. Baca apa? Kemudian ayat ke-2, ayat ke-3 dan ayat ke-4 pula diceritakan tentang kejadian Al-Insaan daripada segumpal darah dan bagaimana Allah yang maha mulia mengajarkan kita dengan kalam. Segumpal darah? Kalam apa? Perkataan yang digunakan di sini untuk merujuk kepada manusia ialah Al-Insaan. Seperti yang diceritakan sebelum ini, Al-Insaan bermaksud jenis kita dan tidak termasuk Al-Bashar atau mana2 Bangsa terdahulu. Ayat ke-5 pula memberitahu kita.... yang Allah mengajarkan Al- Insaan apa yang tidak diketahui. Apa yang kita tidak ketahui?

Inilah kunci yang sangat2 penting bagi membentuk “rangka” atau “framework” pemikiran (akal dan hati) kita supaya kita boleh meneroka lebih jauh lagi di dalam mengkagumi kebesaran Allah dan seterusnya dapat pula mengkaji ilmu2 yang sebelum ini mungkin teramat2 sukar sekali difahami.

(i) Baca apa? Bacalah apa yang ada di sekeliling kita. Bacalah... bukan hanya dengan 5 deria dan akal sahaja malah juga dengan hati. Bacalah... supaya kita mengerti adanya Bangsa2 terdahulu dan dapat pula kita memanfaatkan ilmu2 yang dipinjamkan Allah kepada mereka.
(ii) Segumpal darah? Perkataan yang digunakan untuk segumpal darah ialah 'Alaq ('Ain, Lam dan Qof ). Tajuk surahnya pun Al-'Alaq. Daripada segi konteks dan terjemahan yang lebih tepat, ia merujuk kepada DNA Al-Insaan. Cuba recall kisah DNA ini daripada Part 6. Kalau tak ingat... baca la semula Part 6 yer :P Anda faham sekarang? Semua ilmu2 ini telah ada di dalam “DNA junk” Cuma menunggu masa untuk diaktifkan. Bagaimana nak mengaktifkannya? Ntah... kalau saya tau nak buat cam mana... sudah lama saya aktifkan “DNA junk” saya sendiri :D
(iii) Kalam apa? Kalam yang telah Allah ciptakan untuk menulis Qada’ dan Qadar di dalam Kitab Lauh Mahfuz. Apa signifikasinya? Seperti yang kita tahu... semuanya telah dituliskan di Lauh Mahfuz. Kalau betul2 nak cerita pasal Lauh Mahfuz ni... terlalu panjang. Harap anda dapat cuba mencernakan klu ini terlebih dahulu. Jika diizinkan Allah... saya akan kongsikan lebih terperinci di dalam posting2 akan datang.
(iv) Apa yang tidak kita ketahui? Selagi “DNA junk” tidak aktif... selagi itulah kita tidak mengetahui. Insyaallah... kalau kita sentiasa mencari... dapatlah kita mengetahui.

Cukuplah setakat ini dulu kot... Semoga apa yang dihidangkan daripada Part 1 hingga Part 13 ini dapat memberikan kita manfaat di dunia dan di akhirat. Akhir kata, mana yang baik itu sudah tentu datang daripada Allah, dan mana yang tidak baik datangnya daripada kelemahan dan kealpaan diri saya sendiri.

Wallahualam.

p/s: Bacalah dengan seikhlas mungkin imej yang disertakan bersama posting ini.

39 ulasan:

  1. terima kasih, x tau knape, tp kadang2 air mata saya automatik jatuh bile bace some of the post here,
    mungking krn saya tlh terlalu lame hidup dlm dunia yg palsu.

    BalasPadam
  2. Blanket : Sama Sama..

    Princess Pika : Sama sama, Kita patut bersyukur kerana masih ada di luar sana yang tidak mahu bangun dari tidur yang lena.

    BalasPadam
  3. hrmmm,...xthu nk ckp ape,tpi ini suatu perkara yg betul2 menakjubkan,sy cbe utk gabungkn pengetahuan sy tntg alam ini yg sgt sedikit dgn catatan misteri saudara,belum lg bertemu titiknya,tpi sy akn cuba dri mse kesemasa dgn panduan dri pewaris muhammadiah yg sebenar demi sesuatu yg misteri ini,ini adlh perkara yg misteri dri termisteri,sy bukan menolak catatan saudara,tpi sy cbe utk mncri titik persamaan shj,...kesimpulannya,dri sisi Allah itu sesuatu yg xmungkin kita capai dgn sgla pancaindra yg dianugerahkn ini,...krn Allah SWT itu bersifat dekat tidat bersentuh,jauh tidak bersenggan,...syukran jazilan,jazakumullahhu khair

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apapun ribuan terima kasih saudara farason kerana sudi menjengah dan membaca artikel yang disajikan.

      Semoga kita menemui apa yang dicari, Insyaallah

      Padam
  4. Terima Kasih berkaitan info ini. Tergerak hati ini bermula 2minggu lepas membaca & menghayati kisah2 secara mendalam. Kewujudan Nabi Adama a.s, Penyambungnya Nabi Syith a.s & seterusnya kepada keturunan yang diketahuinya & tidak diketahuinya oleh Nabi Syith iaitu Sayyid Anwas (Dewi Mulat Bidadari Syurga), baka ori dari Nabi Syith a.s (turunnya keturunan nabi-nabi dari baka ini)& Sayyid Anwar (turunya di tanah jawi)baka yang diketahuinya lewat sehingga turunnya berita dari Allah mengesahkan keturunannya yang baru Baginda ketahui dari ( Nabi Syith & anak perempuan Azazil, Dewi Dhula)..keturunan adam hingga ke nusantara sehinggalah berpatah semula kejadian sebelum Nabi Adam a.s iaitu Al Hin. CAri punya cari, ada lagi bangsa yang tidak diketahui, & kebanyakannya berkaitan dari awal saya baca & saya memahami setiap apa yang diterangkan di blog ni. Saya menerimanya untuk menghayati kekuasaan & keagungan ciptaan Allah yang maha hebat & banyak lagi yang saya nak cari untuk manfaat diri sendiri. Nama2 filem yang dikaitkan mendekatkan lagi akal untuk berfikir, seperti yang diceritakan didalam blog ini. Banyak filem diterbalikan cerita asal seperti clash of the titan, avatar, jumpper. Tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Putera Arryan keran sudi berkongsi maklumat.

      Padam
    2. saya ad terbaca 1 kitab lama tulisan asal sankrit hindu..menceritakan kewujudan raja2 melayu berasal dari dewa..boleh saudara tergkan?

      Padam
    3. saya ad terbaca 1 kitab lama tulisan asal sankrit hindu..menceritakan kewujudan raja2 melayu berasal dari dewa..boleh saudara tergkan?

      Padam
  5. fuuh .. buat la lagi artikel2 yang menarik . macam mana la kalau 100 percent wujud . huhu . bagi aku , yang penting amal ibadat perlu disempurnakan baru selamat . woohooo .

    BalasPadam
  6. saya ada menulis novel 4 tahun lepas dan cerita yang sy tulis ni hampir sama dengan apa yg sy baca dalam post2 yg ade dlm blog ni.. adakah ini hanya kebetulan atau mmg ade bangsa2 yg kita taknampak utk memberi ilham kepada sy, tp malang skali draft utk novel tu dah hilang, tp sy masih menyimpan beberapa bahagian dlm cerita sy tu,.. dlm cerita itu mengisahkan beberapa bangsa dari penduduk bumi menentang kezaliman raja yang mempunyai kuasa sihir yg sgt dasyat... tp dlm cerita ada diselitkan sejarah asal bumi yg diduduki oleh dewa2.....

    BalasPadam
  7. x sgke selame ni hidup dalam penipuan....

    BalasPadam
  8. terima kasih kerana sharekan info2 sebegini..minta izin n tolong kalau boleh saya nak tau siapa org atau sumber kajian ini di Malaysia ni..sbb saya nak menuntut lebih lagi dan bercadang untuk mengkaji DNA junk memandangkan saya pelajar jurusan perubatan.. email saya.. rushee.din93@gmail.com atau rushee_din@yahoo.com respon anda sangat dihargai.. :)Wassalam..

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum Tuan Aljaque Rahman yang saya hormati, sangat indah penulisan tuan sehingga saya tak boleh berhenti membaca dan tertunggu2 penulisan terbaru. Maafkan saya jika tersilap kata kerana saya manusia yg sedang mencari ilmu. Seperti yang tuan katakan sebelum ini, agar kita sama-sama mengkaji, saya minta tuan kaji semula penggunaan Surah Al-Ankabut ayat 19 dan Al-An'am Ayat 6 itu dlm merujuknya ke atas makhluk sebelum Al-Insan. Ambil 2 atau 3 ayat sebelumnya dan selepasnya supaya ayat yang digunakan ini dapat memperlihatkan kepada siapa tujuan ayat ini. Wallahualam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  10. salam, bro... ble thn gk cite nie, btl ke x, x sah la.... tpi klu ble tau binatang zamn 2 mcm mne,
    zaman dinasour cm mne plak, continent kn dolo waktu zamn nabi nuh kn ad 1 je.. cite npe babi d hram kn oleh nabi nuh,banjir besar, b btl ke ad haiwan moden gn haiwan kuno,sprti tiory evolusi..
    evolusi haiwan bkn tiory darwin[ darwin 2 tipu je ] tiory iluan islam[ x igt name ilmuan 2]

    ok la sj2 nk tau... hehe
    ap2 msk akal jugk cite nie

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada 1 artikel dari sumber dprcayai dan tinggi ilmunye mngatakan,bumi dahulu nye besar,oleh kerana ia hmpir dengan marahari,ia semakin mengecil, umpana buah oren,bila letak bwah matahari ia akan mengecut, balik pada point, ada satu firman Allah mmberitahu,telahKu ciptakan semua kehidupan daripada air,ok, kite ambik contoh bakteria:
      bakteria A+b=ab
      bakteria A+C=ac
      bila semua bakteria bertemu/bercantum,dengan izin Allah,ia akan mengahasilkan satu kehidupan baru.contoh terjadianye Rhysaurous,T-Rex dsbg, mkhluk zaman dulu hmpir sama dengan kite,oleh kerana ginetiknye bercampur aduk+bumi mkin mengecil,ia melahirkan satu evolusi yg baru, seperti kangaroo,badak air dsbg,makhluk itu mmng ada pada zaman nabi,mungkin sebesar betis Nabi Adam,atau tumitnye?zaman2 dulu tingginye sngt luar biasa,swktu Nabi Adam dan Hawa dtrunkan kebumi,mereka diturunkan dtmpat yg berasingan,umpama di Malaysia ke Manchester,tapi Nabi Adam berjaya temukannye dalam masa 3 hari saje,
      wallaualam..

      Padam
  11. somehow bulu roma saya meremang bila habis baca kisah ini.. teruskan usaha anda saudara..

    BalasPadam
  12. em,,perspektif sy terhadap dunia berubah sama sekali,,,terlalu banyak sy x tahu,,,,MASYA ALLAH,,,,hebatny ilmu ALLAH tiada tolok bandinganny,,,

    BalasPadam
  13. Bila tuan keluarkan persoalan dari surah Al-Alaq, serta-merta saya teringatkan persoalan yang sama dari arwah abg angkat saya yg baru 2 bulan lepas kembali kpdNYA. Semoga tuan teruskan usaha yang baik ini agar kita dapat bermuzakarah bersama untuk mendalami ilmu Allah yang amat luas ini.

    BalasPadam
  14. salam,

    Penulisan dan pengetahuan yang hebat. Memberikan saya perspektif lebih luas lagi dalam pencarian saya.

    Saya lewat menemui blog ini, syukur penulisan tuan memberi banyak 'clue' tentang perkara-perkara yang saya sebelum ini tertanya-tanya.

    Umpama saya dalam pencarian kepingan 'jigsaw puzzle', untuk saya cari dan cantumkan menjadi satu gambaran yang lebih besar yang lengkap.

    Kagum akan sumber maklumat tuan, membolehkan orang-orang seperti saya baca dan fikirkan bersama.

    Teruskan penulisan anda..insyaAllah, tujuan yang baik akan dipermudahkan oleh Allah.

    BalasPadam
  15. bila baca imej yg d sertakan...huh...menggigil...hati sanubari..x tarkata....kenapa???aya pn x tau

    BalasPadam
  16. Salam tuan,
    terima kasih kerana berkongsi, ada kitab kitab lama sebagai rujukan tak kalau nak tau lagi hal hal yang diceritakan, adakah sumber sejarah ini dari israelliat?,dalam taurat zabur ada diceritakan tak hal hal ini...

    BalasPadam
  17. dasyat...terima kasih info yang diberikan...May Allah Bless You...

    BalasPadam
  18. Assalamualaikum. Menarik sungguh. Sekadar nak tahu. Ada tak org lain selain Isa Dawood yg pernah bertanyakan hal2 begini kepada bangsa Jin (Jin Islam)? Tak pun mereka2 yg ada kebolehan perjalanan astral pergi jenguk2 kat bulan. Mungkin boleh dpt info lebih.

    BalasPadam
  19. assalamualaikum..tuan punye blog..saye rase sgt2 sdih krn terlalu lwt menjumpai blog saudara..terima kasih kerana berkongsi ilmu dan berjaya membuka minda saye..sesetengah orang yg skeptip akan menafikan ape yg saudara tulis,tetapi saye mengambil ilmu ini dari saudara atas dasar ingin tahu..saye mtk saudara halalkan ilmu ini..tq

    BalasPadam
  20. assalammualikum..terima ksih juga sy ucpkn pada penulis blog ni krn sudi mngkaji & kongsi rahsia alam kepd semua..

    BalasPadam
  21. Assalamualaikum
    Teori n kefahaman sy yg membuatkn sy tertanye2...
    1.masa nabi kita Muhammad s.a.w israq dan mekraj (maaf klu salah eje) baginda berjalan 7 lapisan @tingkat utk sampai bertu sang pencipta Allah s.w.t.. dan diberitahu... dimana pon tempat nabi kite dah sampai... disitu ade kehidupan..
    2. Allah pernah berfirman... manusia@al insaan adalah sebaik2 kejadian
    Pade pendapat n pemaham sy... jika digabungkn 1 dan 2.. kite boley dapat keaimpulan... ade kehidupan lain selain kehidupan dibumi, alam roh, jin dan malaikat... ini ape yg sy paham...
    Betulkn sy jika sy salah... sedia terima teguran dan trima kasih pd penulis kerane berkongsi ilmu dgn semua...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin benar kefahaman sdr. Namun sy berpendapat makhluk ciptaanNya inii bertebaran di mana mana. Ada juga makhluk yg keberadaannya dibumi ini juga namun terhijab kerana keterbatasan 5 pancaindera kita cthnya makhluk jin. Biasanya perkara ini ditakrifkan sbg dimensi yg berbeza.

      Namun begitu ada satu deria yg ada pada Al Insan yg tidak ramai yg berupaya menggunakannya. Deria ini dapat melangkaui dimensi yg berbeza.. Deria itu adalah " mata hati".

      Wallahualam

      Padam
  22. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kpd semua yg membaca. Jika ia membawa kebaikan.. segala pujian hanya bg Allah. Jika ia membawa keburukan.. saya memohon maaf di atas kelemahan yg ada dlm artikel2 ini. Manusia tidak dpt lari dari kesilapan dan kelemahan.

    Saya juga memhon maaf kerana tidak berkesempatan menjawab persoalan2 yg dikemukakan di dlm ruangan komen kerana kelemahan saya juga. Ada yg sy x mampu jawab kerana kurangnya ilmu saya dan ada kerana terlepas pandang diatas keterbatasan masa yg ada pada saya.

    BalasPadam
  23. As Salam Sdr Ajaque...terima kasih kerana share ilmu...sekurang-kurangnya utk berfikir dan mendalami...

    BalasPadam
  24. salam semua pembaca....
    to me, its very impressive. keep it up admin. alhamdullilah syukur pd Allah karena bertemu blog yg bisa membuat kita benar benar yakin akan kebesaran dan keagongan Ilahi... membuat kita berfikir dan terus berfikir.
    justeru, laksanakan apa yg diperintahkan dan jauhi segala apa yg dilarang.
    Tahniah sekali lagi ajaque rahman. moga tuan terus diberikan ilham utk menulis lagi dan lagi.

    BalasPadam
  25. tahniah . teruskan lagi usaha abg . saya tunggu artikal terbaru abg :)

    BalasPadam
  26. salam..Alhamdulillah..sekdr beri pendpt n kongsi skit..benar kata saudara ajaque rahman ttg mata hati..kalu bc buku sufi n tasawuf, itulah permulaannya..biasa dgr citer wali Allah yg blh berada di mana2 dlm sekelip mata (cth d msia blh ke mekah n kembali)..erm,sefhm sy..kn blaja sifat 20 (wujud, qidam, baqa..)..ini asas..kite skrg dh tak diajar ttgnya, apakan lg memahami makna tersirat di sebaliknye serta 'pecahan2'nya..kita kn kaji kenapa Allah beri kita (Alif, Lam, Lam, Ha) dan Muhammad (Mim, Ha, Mim, Dal)..mohon maaf jika keterlaluan...sy br bc part 1-13..Wallahualam..

    BalasPadam
  27. Sebuah catatan yang menarik bagi saya.bila diselitkan dengan bacaan sy mengenai perbualan seorang ust dengan al-hin,dan tentang paladin,ada sebuah video di youtube berkenaan penunggang motosikal yang diselamatkan oleh seseorang menggunakan teleport.ada kesamaan dengan coretan saudara ini.

    BalasPadam
  28. Hanya para Ariff billah yg bisa menceduk ilmu Allah yg maha luas ne..
    Subhanallah

    BalasPadam
  29. ....PERTAPAAN RASULULLAH SAW SELAMA 44 HARI....
    Bermula Nabi SAW keJabal Nur Gua Hiraq apakah yg baginda cari?
    Rupanya Nabi menjalani Alam Pertapaan selama 44 hari disiang hari.
    Turun Wahyu Pertama takajud gementar seluruh jiwa raganya Nabi.
    Rupanya Jibrail menjelma membimbingi barulah senang hatinya Nabi.
    Surah Al-Alaq itulah Wahyu Pertama disematkan dalam dadanya Nabi.
    Ikraq bacalah "Bismi"Lah ArRahman ArRohim penyayang mengasehani.
    Dari segumpal darah itulah asal kejadiannya Al-Insan yg amat terperi.
    Bermula satu hari satu Surah diajarkan Nabi hinggalah genap 44 hari.
    Selama 44 hari lengkaplah 44 Surah terhimpun dlm Muqaddam Nabi.
    Sesekali atok Nabi didatangi opah Siti Khodijah bertemankan Imam Ali.
    Bawa buah Tamar Nabi dgn Air Zam2 buat bekalan pertapaannya Nabi.
    Tatakala itu opah Siti Khodijah sedang mengandongkan Nasabnya Nabi.
    Sempurna sudah Kitab Pusaka Muqaddam Nabi utk Ahlulbaitnya nanti.
    Terajui Akhirul Zaman dan ubati 44 macam penyakit ummatnya Nabi....
    Kitab ori tertulis atas kulit unta ditangan Imam Ali kini ghoib mana pergi?
    Itulah Kitab Muqaddam Mukjizat Pusaka Nabi jadi rebutan diAlam Wali...
    Obor Penutupnya Nabi SAW kini Muhammad Ke2 pula sedang menerajui....

    BalasPadam
  30. salam bro,actually am searching for ways how to enter Mistisfiles blog, but i end up with u.Believe it or not, after reading it, sudddenly the atalan or the lamarkh appear infront of me, but second only(imagination+blur vision). I have to be becareful to what i am thinking...dunia sebelah hanya dilapisi oleh garisan yang nipis, but maybe have to learn more....okla bro,saja nak layan minat yang mendalam terhadap dunia misteri disekeliling kita.

    BalasPadam
  31. sangat infomatif n deep n berat... XP
    actually nak baca pasal al-hin je, tp last2 end up nga blog abang...
    first time dgr pasal semua ni... mmg lain ape yg saya tahu (walaupun tak banyak :P)...
    minta halal nga ilmu abang... :)
    boleh saya tahu info ni dari mane? dato' ke? hehehee

    BalasPadam