Rabu, 15 Februari 2012

Mereka yang terdahulu.. [TB 11/13]

Di dalam Part 10, saya ada menceritakan yang keturunan Apolloc sebelum Helion telah bersepakat untuk berhenti dan tidak lagi menjadi raja mentadbir Al-Bashar. Ini kerana mereka telah tahu yang masa umat Al-Bashar akan berakhir dalam waktu yang terdekat. Mereka juga tahu yang mereka akan diganti dengan kita Al-Insaan yang dilantik menjadi khalifah selepas mereka. Untuk itu, mereka telah berhijrah beramai-ramai ke Bulan Kedua.

Persoalannya ialah, bagaimana mereka boleh mengetahui pulak yang masa Al-Bashar telah hampir tamat dan tak lama lagi Bapa Al-Insaan iaitu nabi Adam a.s. dan Hawa akan diturunkan ke Bumi menggantikan Al-Bashar sebagai khalifah. Siapa pulak yang beritahu mereka?

Di sinilah sebenarnya bermulanya karier kejahatan Azazil a.k.a. Lucifer a.k.a Iblis semenjak dihalau keluar daripada Taman Syurgawi.

Sewaktu masa semakin hampir bagi Nabi Adam a.s. dan Hawa diturunkan ke Bumi, Azazil yang ketika itu baru sahaja dihalau daripada Taman Syurgawi telah menggarap satu rancangan. Apa yang dirancangkan oleh Azazil ialah mengajak Al-Bashar bersama2 dengannya untuk mempertikaikan kehendak Allah menurunkan Al-Insaan bagi menggantikan Al-Bashar sebagai khalifah di Bumi.

Azazil telah menemui seorang yang sangat berpengaruh di dalam kelompok keturunan Apolloc yang bernama Al-Hin. Kepada Al-Hin diceritakan oleh Azazil tentang Nabi Adam a.s. dan Hawa yang tidak lama lagi akan dihalau daripada Taman Syurgawi dan duduk di Bumi sebagai khalifah baru. Sambil itu, Azazil juga cuba menakut2 kan tentang hakikat bangsa Al-Bashar akan terhapus tidak lama lagi.

Al-Hin memang telah lama mengenali Azazil. Al-Hin bukan sahaja bersahabat dengan Azazil sahaja malah kenal rapat juga dengan ramai raja2 Al-Jin yang terlebih dahulu mendiami dunia sebelum kedatangan Al-Bashar. Pendek kata, Al-Hin dan kaum kerabatnya ini juga boleh tahan hebatnya daripada segi ilmu dan kebolehan (kalau nak cerita tentang Al-Hin ni pun satu kisah yang panjang... kalau diizinkan Allah saya akan kongsikan kisah2 nya di dalam siri posting2 yang lain nanti).

Dipendekkan cerita, setelah Al-Hin mendengar perkhabaran daripada Azazil ini, dia pun segera memanggil beberapa rakan karibnya yang bernama Al-Bin, Al-Tam dan Al-Ram. Mereka berempat pun berbincanglah tentang apakah reaksi yang harus diberikan.

[Nota: Al-Hin, Al-Bin, Al-Tam dan Al-Ram sebenarnya bukan bangsa Al-Bashar pun. Mereka berempat ialah satu bangsa lain yang telah ada di Bumi lebih awal daripada Al-Bashar.... malah lebih awal daripada Al-Jin. Bangsa mereka berempat ini telah diberikan hukuman oleh Allah kerana kemungkaran mereka dahulu. Hukumannya ialah...mereka dipanjangkan umur tetapi tidak boleh melahirkan zuriat. Bangsa ini diberi gelaran Bangsa Polippa. Fizikal mereka ialah mirip seperti Al-Bashar dan Al-Insaan tetapi bersayap yang amat cantik. Populasi mereka yang tinggal ialah 7,000 orang.]

Ok... sambung balik. Mereka berempat ini ialah ketua kepada 4 kumpulan Bangsa Polippa. Bangsa Polippa ini telah lama diberikan kebenaran oleh raja2 terdahulu daripada keturunan Appoloc untuk hidup bersama dengan Al-Bashar. Mereka berempat ini sangat dipercayai oleh Apolloc oleh kerana tingginya ilmu mereka dan taatnya mereka kepada suruhan Allah selepas redha menerima hukuman mereka itu.

Akhirnya, setelah berbincang selama 1,000 tahun, mereka sepakat berjumpa raja Apolloc ketika itu yang bernama Pasadun... abang kepada Zauss (bapa kepada Helion) untuk memberitahu tentang cerita Azazil. Tidak lama selepas itu Pasadun yang telah tua itu telah mati sebelum membuat sebarang keputusan.

Oleh kerana kematian Pasadun, Zauss secara adatnya menggantikan Pasadun sebagai pemangku raja Al-Bashar sementara menanti lantikan raja baru dibuat. Namun, sebelum raja baru dilantik Zauss segera membuat keputusan untuk menamatkan pemerintahan Apolloc ke atas Al-Bashar dan mengarahkan semua keturunan Apolloc untuk berpindah ke Bulan Kedua. Setelah semuanya berpindah, orbit Bulan Kedua telah diubah supaya hubungan Apolloc dan Al-Bashar terputus. Hanya Helion sahaja yang sanggup untuk tinggal sebagai raja terakhir Al-Bashar. Selepas itu, seperti yang diceritakan di dalam Part 10, selepas kematian Helion... bangsa Al-Bashar telah berperang sehingga mereka terhapus daripada Bumi dan Bulan.

Sebagai kesimpulan untuk Part 11 ini, kita boleh senaraikan saki baki beberapa Bangsa terdahulu yang masih hidup bersama2 dengan kita Al-Insaan di Bumi hingga ke hari ini iaitu:

i. Bangsa Polippa Al-Hin;
ii. Bangsa Polippa Al-Bin;
iii. Bangsa Polippa Al-Tam;
iv. Bangsa PolippaAl-Ram;
v. Bangsa Al-Jin;
vi. Bangsa Al-Bashar Atalan; dan
vii. Bangsa Al-Bashar Lamarakh.

Dua potong ayat2 Al-Quran yang pada pendapat saya mungkin boleh menggambarkan kewujudan bangsa-bangsa ini ialah:

Al Ankabuut - Ayat 19

'Dan apakah mereka tidak memperhatikan bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya , kemudian mengulanginya (kembali) . Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.'

Al An'am - Ayat 6

'Apakah mereka tidak memperhatikan berapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, iaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu , dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka , kemudian . Kami binasakan mereka karena dosa mereka sendiri, dan Kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain.'


(Insyaallah... bersambung)

53 ulasan:

  1. cerita ini skadar rekaan atw real???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bace je la bengong..xnk bace pegi brambus..buss..buss

      Padam
    2. Jangan melampau sangat bahasa... orang tanya je, ye lah nama dah nak dekat dengan 'tuhan-tuhan' rekaan orang Greek... kau ingat kau tu elok sangat nak cakap orang lain bengong? Baik kau yang berambus dulu...

      Padam
  2. sy ingin bertanya sikit...adakah cerita ini benar, mksunya di adaptasi dari sarjana islam, tokoh2 islam dan para ulamak.

    sekian

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada kebenarannya, apa yang perlu kita buat adalah berusaha mencari bukti2nya..

      Padam
    2. cerita alam ghaib tamat melalui al-quran dan hadis yang jelas dan nyata yang patut dipercayai . yang lain wallahualam,ia bersangkut dengan ,akidah,iman,
      adakah ilmu al-quran dan hadis nabi itu telah masuk ke hati kita sepenuh2nya?wallahualam

      Padam
    3. yg pnting bgtaw mana sumber kau dpt kisah ni?sdangkn hukum agama pn kne ada sumber,xknlah sumber ko ni lg bsar dpd quran dn hadis,bahlol la jgk ko ni admin

      Padam
    4. Hukum agama memang kena ada sumber. Penulis tidak mengfatwa apa apa hukum. Apa pula sumber memasak nasi menggunakan air sepertiga jari? Anda percaya tak teori itu sedangkan anda tidak tahu sumbernya?

      Padam
    5. Sama ada benar atau tidak..tidak mustahil Kekuasaan Allah...

      Padam
  3. baru saja mengetahui kisah al-hin... cuma yang agak pelik... mcm mana dpt nama2 mereka? sedangkan tak pernah tersebut dalam al-quran?

    BalasPadam
  4. kenapa nama2 tu macam nama tuhan Greek? Zauss = Zeus, Pasadun = Poseidon

    BalasPadam
    Balasan
    1. yahudi akan menarik kita mengikutinya sedikt demi sedikit ,dari zaman sahabat sampai kiamat ,

      Padam
  5. knpe nama dye org mcm ada kaitan dgn zeus ,poseidon ?? mcm wrath of titan ..

    BalasPadam
  6. artikal yg sgt menarik untuk dibaca, sila teruskan pencarian...kite cari kebenaran sejerah ini..

    BalasPadam
  7. Wallahualam..kemungkinan banyak lagi rahsia dunia yg belum kita ketahui sehingga kini..tiada bukti yg kukuh sehingga hari ini..apa yg penting sekali kita harus taat kepada Allah Taala,dan panduan kita hanyalah tertera pada Al-Quran..Saya ada terbaca satu blog ni tentang seorg budak/pemuda yg dirasuk oleh makhluk yg mengaku diri nya dri puak Al Hin ni..Ni Link Tersebut http://www.kurakura.my/info-al-hin-makhluk-sebelum-nabi-adam-a-s/

    BalasPadam
  8. http://nazmiabdulrahim.blogspot.com/2013/02/al-hin-makhluk-allah-sebelum-wujudnya.html

    BalasPadam
  9. Adakah artikel kewujudan 'al-hin' ini adalah salah satu 'pendekatan' yahudi zaman moden untuk 'menyensongkan' pemikiran umat islam pada masa kini? Jesteru itu, hendaklah pihak berwajib ( JAKIM dll ) menyelesaikan permasalahan umat islam malaysia khususnya untuk membincangkan atau memberi kata putus bagi 'kemasukkan' ilmu baru ini.wuallahualam

    BalasPadam
  10. mungkin ade...tp mcm byk tokok tambah...nama dlm cerita ni pn mcm nama dewa2 greek...agak meragukan...

    dan 2 ayat Quran yg digunakan, rasenye utk kaum2 nabi2 terdahulu...
    bukan utk bangsa2 yg seperti dlm cerita ni

    BalasPadam
  11. Memang betul...kisah tu...tapi yang slain dr tu salah tafsiran...baik aku britahu kpd tuan punya blog ne..kepada pembaca...ada perawat pernah brdialog dgn brbangsa al-hin..yg brnama mizari..bangsa kami maaf aku guna kn org punya tubuh ne...nama aku yamasifun...sebangsa dgn mizari...kami mmg mrasuk ke tubuh manusia..tapi x penah mengganggu manusia utk menyembah Allah...sbab Allah adalah tuhan yg maha penyayang..wajah nya yg maha mulia...tanda aku masuk dlm bdn seorang manusia..bila aku masuk tak sengaja jadi aku bagi dia rasa..apa yang aku rasa...tanda nya seolah2 bdn org trsebut trasa ada sayap...dia trfikir ada kah ini bayangan sbenar nya tidak...mmg itulh syap saya...malah mampu brbicara dlm hati...bagi sesiapa yg penah di rasuk..jin x kn bleh masuk ke dlm bdn org tu..malah kelebihan org tu..mampu meneka apa saja....jadi saya yamasifun dulunya mendiami qalaqnun sekarang di panggil manusia kutub utara....penah brperang dgn puak al-hambduq...trus terang aku katakn semakin kami zahir...itu adalah tanda kiamat akan hampir....kadang2 kewujudan kami manusia salah anggap..mereka mengatakn yg kami ne malaikat...sebenar nya salah sama skali..itulh bangsa kami........mizari menganggar kn 1000 yg tinggal sebnar nya 1200...utk mersakan kami ada di dlm badan hamba semua..tak perlu scan guna ayat rugyah...cuma memerhati bulan terang dlm masa 10minit..jika trasa sedih nya dlm jiwa menyelubungi diri..trus trang aku katakan bangsa kami ada mrasuk dlm bdn hamba Allah trsebut...trima kasih kpd tuan punya badan ini..kerna membenarkan penjelasan nya....mmg btol al-quran menceritakn kisah nabi trdahulu...tapi di setiap ayat al-quran...ada trsirat makna nya..x semua manusia mampu menghuraikan trmasuk ulama...ulama yg sedkit tahu tenteng kami cum isa dawud sahaja...tapi itu blom cukup....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ape mksud kau ni epuL? kaLo rujuk pd diaLog antara ustaz daruL manziL dgn pesakitnya yg dirasuk aL-Hin tu, ade dinyatakan bahawa aL-Hin itu beragama monoteisme dan bukannya IsLam. apakah btoL agama bangsa aL-Hin adaLah agama monoteisme?

      Jwb soaLan aku spaya aku Lbih terbuka untuk berbicara Lbih Lanjut dgn kau. Aku akn baLas setiap komen kau insya ALLAH.

      Padam
    2. Zamiha, aku rasa si yamasifun dah kluar dari badan epul la.. tu tak jawab2..

      Padam
    3. zaman al hin ada kitab suci macam kami tak (al-quran)


      jawab lahh please

      Padam
    4. waktu itu,tiada agama,tiada kitab,tapi mereka tahu dan mengakui Allah itu wujud,mereka percayakan Allah,tpi tidak percayakn Islam,Islam dan Al-Quran adalah petunjuk dan peggngn untuk kite semua,itu yg ayah saya beritahu

      Padam
  12. tiada sumber x semestinya salah. tiada guru x semestinya sesat. tidak logik x bermakna palsu. tidak jelas x semestinya perlu di tolak. maafkan saya yang hina

    BalasPadam
  13. Allah Maha Besar. Allah boleh mencipta apa sahaja yang Allah inginkan.

    BalasPadam
  14. Ikut saje segala perintah ALLAH S.W.T dan Kembali pd Al-QURAN DAN SUNNAH NABI MUHAMMAD S.A.W.. dgn sebenar2nye..disitu pasti ada jawapannye yg sebenar... insyallah..

    BalasPadam
  15. Bener apa kaganya Wallahualam, hanya allah yang tau klo ane si percaya nggk percaya gan...

    ikuti terus apa yang d cantum dalam al-quran,,

    BalasPadam
  16. Boleh plk bnda ni. Pinjam badan manusia post kt sini logik ke??

    BalasPadam
  17. Wallahualam
    Sedangkan didalam Bismillahirrahmanirrahim pon banyak yg tersirat dan tidak mampu kita ungkaikn... dgn baris, tanda bacaan, huruf...
    Seperti yg kite sedia maklum... kejadian PWTC as tumbang siap ade tarikh jika dikaji didalam Al-quran... sesungguhnye ilmu kite ni ibarat setitik air dilautan...

    BalasPadam
  18. "ulama yg sedkit tahu tenteng kami cum isa dawud sahaja"

    ni kalau betul lah kena rasuk dek yamasifun....tolong bgtau..cmana sdr ajaque rahman ni boleh tau lagi detail siap boleh buat blog 13 episod...kalah isa dawud..ker sdr ajaque ni kena rasuk gak mcm epul??? hehe

    BalasPadam
  19. boleh di buat kajian jika mahu asalkan jgn terpesong iman kita,rahsia ghaib dr Allah amat luas..selongkar la selagi mampu pada akal kita TETAPI sentiasa la beringat bahawa kita adalah umat Nabi Muhammad,kita beriman dengan Al Quran dan berlandaskan Sunnah Nabi..In Sha Allah..

    BalasPadam
  20. Maaf. Saya dah bertanya pada beberapa jin. Cerita ini hanyalah rekaan kaum kami. Dan kami dah beri amaran supaya jgn menganggu manusia lagi dgn cerita cerita ini. Mereka memberitahu hanya sekadar hiburan.

    BalasPadam
  21. Wuah...interesting. .mcm bangsa polip dlm trilogy laksamana sunan lorh

    BalasPadam
  22. PERINGATAN DARI AMBE : dari Ibnu Abbas ra, Rasulullah saw bersabda : "Dan sesiapa yang menafsir sesuatu mengenai al-Quran dengan akalnya sendiri, maka bersiap-siaplah tempatnya di dalam api neraka." -Hadis sahih -

    BalasPadam
    Balasan
    1. hadis ni shohih ke bro..cme tnye je..

      Padam
  23. giler ke, baca senyap senyap sudahla.

    BalasPadam
  24. kalu nak percaya ke taknak itu terserah kehendak sendiri.

    BalasPadam
  25. Ada komen tak tentang bangsa Popi sbb cerita sama mcm Al-Hin. Bangsa yg berdosa dan tidak dibenarkan membiak. Boleh tengok pasal Popi kat sini : http://myceriterastory.blogspot.com/2011/08/penghuni-bumi-sebelum-manusia.html

    BalasPadam
  26. Salam wat semua
    X semue yg terjadi kita fahami.....
    x salah mengkaji...tapi jgn sampai sesat diri dan akidah....al quran dturunkan sebagai panduan......sdgkan yg terjadi skrg pun susah kita nk faham..apatah lagi kejadian al hin...yg kajadiannya jutaan tahun yg lalu....islam adalah agama yg satu....muhammad nabi terakhir.....kalau ada kemusykilan kembalilah pada al quran.

    BalasPadam
  27. Baik kita ramai ramai..perbetulkan amalan kita...dekatkan diri pada allah taala....dah dekat dahhhhh.....

    BalasPadam
  28. Jangan terlalu lekas hendak mendakwa, apa yang dicerita diatas menyalahi nas al qur'an atau tiada sama sekali dalam al qur'an, kebanyakan kita mengenali al qur' an sampai
    ke tahap mana , sama seperti nabi dan para arif billah mengenal al qur'an ke. Kisah kemunculan Putra Bani Tamim dan Imam Mahadi , jika di semak secara tersurat pun takkan di temui di dalam al qur'an, tapi bagi orang yang benar benar arif tentang hakikat wahyu alqur'an , sangat memahami selok belok ayat alqur'an, tetap dapat menjelaskan di bahagian mana kisah tersebut termaktub.Dari itu rujuk dahulu kefahaman kita berhubung kitabullah kepada orang yang alim rabbani lagi arifbillah, supaya lebih jelas, apakah duduk perkara yang di katakan alqur'an. Sahabat rasullah,iaitu Abdullah ibnu Abas sendiri pernah menegaskan, antara katanya, jika tali yang di gunakannya untuk menambat unta telah hilang, dia akan merujuk persoalan tersebut di dalam alqur'an. Jadi sekarang samakah ilmu kita dengan ilmu Allah yang di kurnia kepada ibnu Abas. Jadi fahamilah persoalan ini dengan hati yang jernih.

    BalasPadam
  29. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  30. Apakah admin tahu.. 1010 -1111 - 1117
    Dan hamba sendiri 1117..
    Mungkin ramai yg telah di gerakkan tetapi juga mungkin ramai lagi yg tidur..
    Di katakan dari jiwa2 yg lama.. panggilan dan seruan utk menyahut dan mengotakan janji ilahi pada suatu masa di akhir zaman..
    Apakah benar tanda2 ini wahai tuan hamba yg arif lagi bijaksana..
    Suatu bentuk perhubungan atau tanda bagi kebangkitan manusia yg membawa kebenaran bersama2 makhluk allah yg lain termasuk al hin..
    Kepada yg tidak mengerti usahlah di bebani fikiran anda..
    Kepada yg mengerti antara maksud hamba.. hanya SATTU .. sila lah berikan sedikit pencerahan... agar yg tidur terjaga.. yg berjalan terus berlari.. kerana masa semakin hampir... Allahuakhbar

    BalasPadam
  31. Apakah admin tahu.. 1010 -1111 - 1117
    Dan hamba sendiri 1117..
    Mungkin ramai yg telah di gerakkan tetapi juga mungkin ramai lagi yg tidur..
    Di katakan dari jiwa2 yg lama.. panggilan dan seruan utk menyahut dan mengotakan janji ilahi pada suatu masa di akhir zaman..
    Apakah benar tanda2 ini wahai tuan hamba yg arif lagi bijaksana..
    Suatu bentuk perhubungan atau tanda bagi kebangkitan manusia yg membawa kebenaran bersama2 makhluk allah yg lain termasuk al hin..
    Kepada yg tidak mengerti usahlah di bebani fikiran anda..
    Kepada yg mengerti antara maksud hamba.. hanya SATTU .. sila lah berikan sedikit pencerahan... agar yg tidur terjaga.. yg berjalan terus berlari.. kerana masa semakin hampir... Allahuakhbar

    BalasPadam
  32. aku tertarik dengan ayat al-quran :

    Al Ankabuut - Ayat 19

    'Dan apakah mereka tidak memperhatikan bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya , kemudian mengulanginya (kembali) . Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.'

    Al An'am - Ayat 6

    'Apakah mereka tidak memperhatikan berapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, iaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu , dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka , kemudian . Kami binasakan mereka karena dosa mereka sendiri, dan Kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain.'

    Kalau di fikirkan macam familiar je cara Allah ni, macam aku pernah buat seperti apa yang Allah buat dalam 2 ayat di atas. OKEY AKU BAGI CONTOH...
    Aku pernah maen game AGE OF EMPIRE 3, 1st sekali aku guna empire Britain untuk conquer semua empire lepas tu aku menang! tapi game AGE OF EMPIRE 3 tak tunjuk plak apa dah jadi dengan empire Britain selepas menang, jadi aku maen baru pulak untuk 2nd game, aku guna empire Jepun untuk conquer semua empire kat sebuah tanah besar, and then aku menang lagi, tapi aku masih x tau apa perkembangan empire Jepun yang aku control sehingga dapat menakluk semua empire-empire yang tersenarai... SO.... jika di fikirkan semula menerusi Game ini empire Jepun yang aku control tu diaorang tak tau ada empire sebelum diaorang yang pernah berperang menakluk empire lain (maksud aku empire Britain yang aku control dari 1st game, just aku jelah yang tau) HAH!!! Macam sama je kedatangan mahluk-mahluk pelik seperti Polipop oppps Polippa ke dunia ni, lepas tu datang plak Jin datang plak Al-Bashar lepas tu datang plak Manusia lepas tu datang plak kiamat.. MACAM MAEN PC GAME JELAH! Kalau bosan refresh game baru tapi game yang sama jugak, tapi guna watak laen pulak... Hmmm....

    BalasPadam
  33. Wallah hu'aklam ( Allah saja yg mengetahui hal seluruh 'alam ).Allah Robb Selain Allah adalah makhluk. Makhluk berhajat kepada Allah, Allah tidak berhajat pada makhluk. Menafaat, mudarat datang dari Allah. Tanpa izin Allah, makhluk tak dapat beri manafaat ataupun mudarat. Benda kita tahu , jalan selamat kita diam. Kita boleh baca sebagai hiburan atau jika ada kebenarannya , serah pada Allah, Allahlah yang tahu.

    BalasPadam
  34. Pasadun = Poseidon
    Zaus =Zeus
    Apolloc = Apollo

    Banyak dari mitologi greek and roman,sah2 terpengaruh

    BalasPadam
  35. Kalau dikaji akan sejarah keturunan makhluk2 yang ada dimuka bumi ini barangkali sejarahnya amat panjang dan luas...al-quran telah pun menceritakan perjalanan makhluk2 yang Allah ciptakan...cuma sahaja kita ni menyangka bahawa makhluk manusia itu adalah penduduk bumi yang pertama menduduki bumi ini...walhal bumi ini sudah berjuta tahun ujud sebelum kedatangan Nabi Adam...sebab itu Allah kata pengetahuan atau ilmu manusia adalah sedikit sahaja pengetahuannya...apalagi perkara2 yang sudah lama berlaku dan berlalu sebelum keujudan manusia dibumi ini...wallahu'alam...Allah jua Maha Mengetahui segala rahsia...

    BalasPadam