Sabtu, 11 Februari 2012

Bangsa Kerinchi [TB 8/13]

Sori... side-track sikit daripada citer NASA, Bulan, Appoloc, Atalan dan Lamarakh....

Untuk Part 8 ini, kita akan cuba mengenali salah satu bangsa yang dikatakan sebagai saki baki Al-Bashar yang terselamat selepas perang besar tamat. Bangsa ini dikenali dengan nama Bangsa Kerinchi. Nama ini sebenarnya bukanlah nama yang asing bagi kita yang tinggal di Malaysia, Indonesia dan kawasan2 lain di Nusantara ini.

Cerita2 yang biasa kita dengar tentang Bangsa Kerinchi ini ialah mereka tiada lekukan di bahagian antara bawah hidung dan bibir atas mereka serta mereka boleh bertukar menjadi harimau. Tapi... takkan itu sahaja. Kalau setakat boleh jadik harimau jer, tak lah hebat sangat :P Nanti dulu.... memang mereka ada banyak lagi kebolehan dan kelebihan lain... pasni akan diceritakan.

Tidak lengkap rasanya kalau bercerita tentang Bangsa Kerinchi ni kalau tak menyentuh tentang Gunung Kerinchi dan kawasan sekitarnya. Mungkin juga ada di antara kita yang pernah mendengar pun tentang Gunung Kerinchi. Ia sebenarnya adalah kawasan yand diduduki Bangsa Kerinchi berzaman-zaman lamanya. Kawasan ini kalau kita amati betul2... kita akan perasan ianya dipagari bukit bukau dan gunung2.

Sedikit lagi maklumat tentang Gunung Kerinchi... Ia adalah salah satu daripda puluhan gunung2 berapi yang masih aktif di Indonesia. Ketinggiannya ialah 3,805 meter daripada aras laut. Gunung ini menjadi gunung tertinggi di Pulau Sumatera. Di sebelah timurnya terdapat Tasik Bento yang airnya sangat2 jernih. Di belakangnya terdapat Gunung Tujuh dengan kawah dan tasik yang juga sangat indah dan amat2 jarang sekali dikunjungi manusia. Kawasan ini dapat ditempuh melalui jalan darat dari Jambi menuju Sungaipenuh melalui Bangko. Jalan alternatif ialah mengikuti jalan dari Padang, Lubuk Linggau, dan Bengkulu. Kalau nak naik kapal terbang, boleh mendarat di Padang atau Jambi.

Ok... ok... cukup la cerita pasal info Gunung Kerinchi dan Gunung Tujuh ni... dah macam bunyik pemandu pelancong plak!

Balik semula kepada kisah tentang Bangsa Kerinchi. Mereka dikatakan salah satu bangsa yang keturunannya adalah berasal daripada anak kedua Iskandar Zulkarnain. Bagaimana pula boleh jadi begini?

Setakat kajian yang telah dibuat, saya agak terkejut juga bila mendapati... Bangsa Kerinchi ini berasal daripada percampuran Al Bashar (daripada keturunan Appolloc + Lamarakh) dan Al-Insaan (daripada Keturunan anak kedua Iskandar Zulkarnain). Jika diimbas kembali info dalam posting terdahulu, keturunan Apolloc ialah keturunan raja2 yang mentadbir Atalan dan Lamarakh. Tapi keturunan Apolloc yang ini sudah tentu bukan keturunan tulen lagi kerana telah bercampur baur dengan Lamarakh sejurus sebelum kematian Helion (raja terakhir sebelum peperangan besar).

Sebut tentang Iskandar Zulkarnain ini pula, anda tentu pernah mendengar tentang kisah satu bangsa yang hampir tidak difahami pertuturan mereka dan bangsa ini telah dipagar dengan tembok kukuh campuran besi dan tembaga (Dalam Al-Quran pun ada menceritakannya dalam surah Al-Kahf). Bangsa yang dipagar oleh Iskandar Zulkarnain ini sebenarnya ialah saki baki Bangsa Atalan yang bertindak agresif mengganggu Al-Insaan di kawasan Nusantara ini. Ya... kejadian itu berlaku di sini. Dengan ini saya menolak teori yang mengatakan kejadian mungkin berlaku di kawasan Pergunungan Kaukasus yang banyak dicadangkan kebelakangan ini. Walaupun yang demikian, oleh kerana saya tidak boleh mendedahkan sumber2 maklumat saya, maka terpulanglah kepada penilaian anda sama ada hal ini masuk akal atau pun tidak.

Menyambung lagi kisah Bangsa Kerinchi ini, ada banyak cerita yang mengatakan mereka mempunyai pelbagai kebolehan luar biasa yang lain.... selain daripada boleh bertukar menjadi harimau. Mereka juga boleh menghilangkan diri daripada pandangan mata kasar manusia biasa. Kebolehan mereka mengubat bermacam2 jenis penyakit juga adalah sangat dikagumi. Selain daripada harimau, saya ada juga mendengar yang sesetengah mereka boleh bertukar kepada lain-lain jenis haiwan seperti kucing, burung helang dan kuda.

Tentang nama2 ketua mereka pula, yang paling selalu disebut2 ialah dua orang yang digelar Lebai Sakti Danau dan juga Salleh Seri Menanti. Katanya, kedua2 mereka ini masih lagi hidup dan bermastautin di kawasan Gunung Kerinci.

p/s: Kalau anda seorang lelaki yang masih bujang, cuba2 lah carik gadis berbangsa Kerinchi untuk dikahwini. Anda pasti mendapat kejutan yang besar :P


(Insyaallah.... bersambung)

16 ulasan:

  1. haha.. statement yg last tu best..
    dapt kejutan yg besar..
    anak jdk superman kot..:p

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau jumpa..boleh la saudara daham blogs ceritakan kepada saya untuk jadik bahan artikel nanti :p

      Padam
  2. kawan den punya sepupu pernah jumpa & berborak dgn sorg budak dalam umah akwna den..tapi dia sorg je la nampak...bawah idung & atas bibir tu xde lekuk mcm sedara ceritakan ni x silap..ada kata bunian..jin..atau mungkin bangsa kerinci ni..adakah bangsa kerinci ni hidup dalam keadaan fizikal yg sama seperti manusia skrg yg bole dilihat secara zahir atau mereka dighaibkan? hanya bole dilihat secara batin?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sefaham saya mereka ini ada dalam bentuk fizikal namun kemungkinan dengan ilmu dan izin Allah mereka berupaya untuk ghaib.

      Wallahualam

      Padam
  3. mengikut kajian berdasarkan teks2 lama dan hadis serta quran..bangsa yang iskandar zulkarnaian jumpa tu adalah bangsa cina. zulkaranain sendiri adalah dari perkataan cina iaitu raja yang agung. bangsa yang tidak dapat difahami kerana tidak ada seorang pun penterjemah iskandar zulkarnain pernah menemui atau berjumpa org cina. mcm mana dengan pandangan saudara?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dlm hadis mengatakan bangsa yg dipagar oleh iskandaar zulkarnain ini keluar slps nabi Isa bunuh dajjal. Lgi satu pagar yg dibina adalah cmpuran besi dan tembaga. Bkn batu bata spti great wall of china

      Padam
  4. lagi satu..setelah merujuk kepada pakar bahasa arab..dan hadis...al bashar dan al insan dalam alquran adalah merujuk kepada manusia..bukan merujuk kepada bangsa sebelum manusia dan manusia sekrang..al bashar kata nama bagi "sekumpulan manusia" manakala al insan adalah kata panggilan secara individu..yang jelas ianya adalah panggilan untuk manusia sejak adam alaihissalam..kalau penulis ada rujukan lain sila kemukakan.

    BalasPadam
  5. hm bnyk yg perlu dijelaskan ni.

    BalasPadam
  6. jadi encik admin...yakjuj tu atlan dan makjuj tu lamarkh ??
    juz penelitian surah al kahfi dgn posting admin ni

    BalasPadam
  7. Saya berkahwin dgn gadis berbangsa kerinchi...mmg ada kejutan..

    BalasPadam
  8. Arwah nenek dan atok sebelah ibu asal kerinchi, memang arwah pernah cerita tentang harimau ni. Dikatakan oleh ibu saya juga, keturunan si ibu ni di indonesia ada yang ada ekor. Dia pun dengar cerita je. Macam monyet kot. Arwah nenek dulu pun asyik mimpi harimau, etc. Arwah dulu kerja dengan British sebagai tukang masak, dan terus menetap di Pahang. Yang pernah balik ke Kerinchi hanya atok dan pak cik. Saya sombong waktu tu, x amik tau sangat pasal keturunan. Rasa macam merepek je. Tapi tak pelik sangat la baca pasal statement admin ni, sebab banyak lg cerita tak masuk dek akal pernah dengar. Cerita unicorn si kuda bertanduk pun pernah dengar. Surah al-kahfi memang surah fav sejak kecil. Dari situlah timbul minat baca article dan buku serta pandangan mengenai kisah macam ni. Terima kasih admin susah payah share cerita ni. Benar, ke tak kisah ni sume hanya Allah yang tahu. Terima kasih admin, sebab inspire saya serta adik2 saya untuk terus berfikir. Kami gemar jadikan informasi macam ni sebagai tajuk perbualan atau bed time story bila santai2. Teruskan lah usaha. Cayok!

    BalasPadam
    Balasan
    1. bleh cter skit lg psal kturunan cik adik?mcm menarik je,,:)

      Padam
  9. Siluman??? Hmmm..jadi..yang mana 1 jin..yg mana 1 bunian ne???

    BalasPadam
  10. Terbukanya pintu fitnah pembohongan apabila dikatakan "sumber maklumat" tidak boleh didedahka...sedangkan rahsia alam akhirat, alam malakut, alam ruh, rahsia Al Quran, ilmu hakikat, maghrifah dan seumpamanya boleh dipelajari dan jelas sumber rujukkanya dari Al Quran, Hadis dan kitab2 ulamak muktabar.

    BalasPadam
  11. Assalammualaikum... sy berketurunan kerinchi dr sbelah bapa, dan dr sbelah bapa adalah keturunan terus dr kerabat atau bahasa senangnye, atok sy waris ksultanan di semerap kerinchi...belah emak dr keturunan bugis n syed habib noh. dr info yg diberitahu sejak kecik, mmg ade dlm keturunan kerinchi yg tiada lekuk di bwh hidung n boleh btukar mjadi harimau.. harimau dan kerinchi mmg xdpt dipisahkan. pencak silat seni kerinchi / pedang harimau skrg di Malaysia hnya ada satu mahaguru shj iaitu ayh saya dikatakan berasal dr jelmaan harimau yg mngajar ilmu ni... tp di alam kerinchi ade dark side n ilmu putih... dan dark side akan tertewas dgn ilmu putih (ilmu2 al Quran). dan benda ni tjadi bila pakcik saya menuntut ilmu dark side tewas dgn ayah sy... tentang ilmu halimunan? bkn halimunan tp pandangan mata org tak nampak kita bila dlm keadaan tdesak. ilmu ni ada sy warisi... tp segala ilmu persilatan kerinchi bukan utk ditunjuk2 dan hanya keturunan kerinchi shj yg boleh mwarisi ilmu2 kerinchi... pernah dgr tanah kerinchi digelar "sekepal tanah dari syurga"? sy ada tgk salah silah kerabat lama dulu, berasal dr iskandar zulkarnain. tp hanya Allah yg Maha Mengetahui...

    BalasPadam