Sabtu, 25 Februari 2012

AsLaik La (Al Insaan 2/7)


ASAL-USUL TENTANG BAGAIMANA FIKIRAN AL-INSAAN DIPENJARAKAN OLEH SEJENIS MAKHLUK?
[Part 2 of 7]

Percayakah anda... perbuatan berfikir dianggap sebagai salah satu bentuk ibadah yang amat tinggi dan unik nilainya di sisi Allah s.w.t? Cuba lihat firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Mereka yang mengingati Allah dalam keadaan berdiri, duduk dan tidur serta berfikir pada kejadian langit dan bumi (lalu berkata) Tuhan kami sesungguhnya Engkau tidak jadikan semua ini sebagai satu kebatilan, maha suci Engkau. Maka lindungilah kami daripada azab neraka. [Surah al-Imran, ayat 190].

Kemudiannya Allah s.w.t juga berfirman lagi [dalam surah al-Baqarah ayat 164] bermaksud: “Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, perubahan malam dan siang serta kapal yang belayar di lautan membawa perkara yang memberi faedah kepada manusia, dan apa yang diturunkan Allah s.w.t dari langit dari air lalu dihidupkan dengannya bumi yang gersang dan menyebarkan padanya setiap kehidupan, melalukan angin dan awan yang ditundukkan di antara langit dan bumi, itu semua merupakan tanda (kekuasaan Allah s.w.t) bagi mereka yang berfikir”.

Sebenarnya... banyak lagi ayat2 Al-Quraan di mana Allah s.w.t menyebut tentang betapa perlunya dan betapa mulianya orang2 yang berfikir. Anda boleh semak sendiri di dalam Al-Quran.... kalau tak silap saya, hal2 tentang keutamaan berfikir ini disebutkan sebanyak 48 kali jumlahnya. Sila berikan komen di ruangan komen FB ini sekiranya saya tersilap kiraan dan mohon dapat diperbetulkan.

Okay... sambung balik cerita....

Pembenci2 al-insaan maklum sangat tentang hal ini. Justeru itu... mereka tahu, antara perkara yang mesti dilakukan ialah membendung kebolehan manusia berfikir. Akan tetapi... siapakah yang mampu untuk membendung fikiran manusia? Siapakah yang mampu memenjarakan fikiran manusia? Ya, Iblis dan Dajjal pun tidak mampu melakukan tugas ini sendirian.

Oleh kerana Iblis dan Dajjal tahu yang mereka tidak mampu membendung dan memenjarakan fikiran manusia sendirian.... lantas mereka sedar diri yang tugas ini mesti di “out-source” atau lebih tepat lagi mereka perlukan rakan kolaborasi di dalam hal ini. Mereka tahu yang mereka perlu pergi kepada makhluk2 yang mampu melakukan tugasan yang hampir mustahil ini. Suatu MOU dan seterusnya MOA perlu ditandatangani dengan salah satu daripada mana2 makhluk yang berkebolehan untuk mengikat persefahaman dan perjanjian supaya tugasan memenjarakan fikiran manusia dapat segera dilaksanakan.

Tanpa melengahkan masa, Iblis dan Dajjal menemui satu demi satu makhluk yang berkebolehan ini untuk dijadikan rakan kolaborasi. Akan tetapi, semuanya menolak. Ada makhluk yang menolak kerana takut kepada kemurkaan Allah (bagus la kalau macam ni, masih ingatkan Allah) dan ada juga yang menolak kerana tak sanggup untuk melalui kepayahan tugasan ini (yang ni jenis makhluk yang tak nak cari pasal). Tapi apa yang memeranjatkan ialah, kebanyakan makhluk ini menolak kerana takutkan al-insaan. Takut kepada al-insaan? Hebat sangatkah al-insaan ini? Makhluk2 berkebolehan ini bukan calang2... tapi masih takut kepada al-insaan? Mmmmm... musykila kabir :P

Dipendekkan cerita, setelah puas Iblis dan Dajjal bertemu dengan makhluk2 yang berkebolehan ini dan semuanya menolak.... mereka tiada pilihan lain lagi melainkan bertemu dengan makhluk berkebolehan yang terakhir. Pada mulanya, mereka memang tidak mahu langsung menemui makhluk ini.... tapi apa boleh buat... hanya inilah harapan terakhir mereka di dalam menjayakan perlaksanaan memenjarakan fikiran manusia. Mereka tahu... kalau semua manusia berfikir... maka tak lakulah penipuan2 mereka untuk menyesatkan manusia.

Makhluk ini saya tidak tahu namanya yang sebenar... tetapi daripada beberapa sumber yang saya dapat semak... dia digelar “Aslaik La”. Kenapa ia tidak mempunyai nama? Ini ialah kerana ia bukanlah makhluk yang menggunakan bahasa di dalam komunikasi harian mereka... maka macam mana la ia nak mempunyai nama.... kerana untuk menamakan sesuatu... ia perlu dinamakan menggunakan perkataan dan perkataan ialah salah satu komponen bahasa. Adakah anda faham? Kalau tak faham... ulangi baca perenggan ini kerana amat mustahak untuk anda memahami perenggan ini sebelum meneruskan pembacaan anda.

Walaupun makhluk ini tidak menggunakan bahasa untuk berkomunikasi sesama mereka, ironinya ialah makhluk ini amat handal di dalam bidang bahasa dan boleh dikatakan mereka menguasai seluruh dan segala mak nenek jenis bahasa.... malah dengan mudah pula spesies mahkluk ini boleh merekabentuk bahasa2 baru sekiranya mereka mahu. MasyaAllah... ini lah kekuasaan Allah.

Selain daripada itu... sesuatu yang lebih sukar untuk dipercayai ialah makhluk ini boleh mengesan, membaca dan memahami apa sahaja. Inilah sebabnya kenapa Iblis dan Dajjal pada mulanya amat keberatan untuk berjumpa makhluk ini untuk mengikat perjanjian. Iblis dan Dajjal tahu, sebaik sahaja mereka menemui makhluk ini.... sudah tentu apa yang ada luar dan dalam mereka (zahir dan batin) dapat dibaca dengan mudah oleh makhluk ini yang digelar “Aslaik La”. Saya diberitahu oleh beberapa rakan yang maksud “Aslaik La” ialah “Yang Ada di dalam Tiada”.... hahahhhh... saya tahu... ntah bahasa apa la ni agaknya... Bunyik cerita saya ini pun dah semakin lama semakin berbunyik seperti cerita orang gila :P Tapi terpulanglah... seperti biasa... saya selalu sahaja mengingatkan anda.... Sekiranya anda merasakan cerita ini gila atau anda merasakan saya gila... anda boleh sahaja memilih untuk menghentikan pembacaan anda.

Seperti yang diceritakan tadi, oleh kerana tiada pilihan lagi akhirnya Iblis dan Dajjal pun sepakat bertemu dengan “Aslaik La” untuk mengikat perjanjian supaya “Aslaik La” boleh membantu mereka memenjarakan fikiran manusia.

Sebaik sahaja Iblis dan Dajjal menemui “Aslaik La”.... mereka terkejut besar apabila mendengar apa yang dinyatakan oleh “Aslaik La” kepada mereka.

“Aslaik La” menyatakan seperti berikut.....Wahai Iblis dan Dajjal, kamu berdua sudah tentu tahu yang sebaik sahaja kamu datang menemui aku... serta merta aku tahu dan maklum segala yang berada di luar dan di dalam kamu. Oleh itu, aku maklum yang kedatangan kamu ini kerana mahu aku memenjarakan fikiran manusia bukan?

Iblis dan Dajjal tak tahu respon yang bagaimana harus mereka berikan....

“Alaik La” menyambung... Macam ni sajalah... engkau tidak perlu meminta aku melaksanakan perbuatan itu kerana aku memang telah difitrahkankan oleh Allah untuk menjalankan tugas memenjara fikiran manusia. Oleh itu... pulanglah kamu berdua dan jangan kamu menemui aku lagi.

Setelah faham maksud yang disampaikan oleh “Aslaik La”.... maka pulanglah Iblis dan Dajjal dengan seribu tanda tanya. Namun, walaupun mereka dipenuhi dengan seribu tanda tanya, sudah tentu mereka merasa teramat2 gembira.

Wallahualam.

1 ulasan:

  1. "aslaik la" difitrahkan begitu mungkin utk mengawal rahsia Allah..dan supaya Allah dicari oleh manusia setelah manusia menjumpaNya.. wallahualam.

    BalasPadam